Bergaullah bersama manusia dengan akhlak yang baik.
عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ قَالَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اتَّقِ اللَّهِ حَيْثُمَا كُنْتَ وَأَتْبِعْ السَّيِّئَةَ الْحَسَنَةَ تَمْحُهَا وَخَالِقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ حَسَنٍ
Maksudnya:"Dari Abu Zar ia berkata; Rasulullah ﷺ pernah bersabda kepadaku, "Bertakwalah kamu kepada Allah dimana saja kamu berada dan ikutilah/iringilah setiap keburukan dengan kebaikan yang dapat menghapuskannya, serta bergaullah manusia dengan akhlak yang baik". Riwayat Tirmizi(1987),Ahmad (20392,20435,20556)
Feqh Hadith:
1-Bertaqwalah kepada Allah.
2-Iringi keburukan dengan kebaikan.
3-Bergaul bersama manusia dengan akhlak yang baik.
Amalan yang ketiga dari hadith di atas adalah,
وَخَالِقِ النَّاسَ بِخُلُقٍ حَسَنٍ
“Dan bergaullah sesama manusia dengan akhlak yang baik.”
Berakhlak baik termasuk sifat takwa dan takwa tidak sempurna kecuali dengannya. Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam menjelaskan hal ini kerana ada sebahagian orang yang menyangka bahawa takwa ialah melaksanakan hak Allah tanpa melaksanakan hak hamba-hamba-Nya.
Allah Subhanahuwata'ala mengkategorikan akhlak yang baik terhadap manusia adalah sebagai bahagian dari penguat ketakwaan. Orang yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya. Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda,
أَكْمَلُ الْـمُؤْمِنِيْنَ إِيْمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا وَخِيَارُكُمْ خِيَارُكُمْ لِنِسَائِهِمْ
Maksudnya:"Orang mukmin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya dan sebaik-baik kalian adalah yang paling baik kepada isterinya". Tirmizi(1162),Abu Daud(4062), Ahmad(7095).
Apakah yang dimaksudkan Dengan Akhlak yang Baik?
Sebahagian ulama mengatakan bahawa akhlak yang baik itu berupa menahan gangguan, menahan amarah, memberi bantuan, bersabar terhadap gangguan orang lain, wajah yang berseri, tidak mengganggu orang lain, dan berkorban dalam bentuk memberi bantuan kepada orang-orang yang memerlukakan. Demikian pula dengan amar ma’ruf nahi munkar serta mengembalikan barang-barang yang dizalimi tanpa melampaui batas. Lihat Jami’ul ‘Ulum wal Hikam (I/454-458)
Insan berakhlak baik atau mulia akan sentiasa menjaga adab, tingkah laku serta tutur katanya supaya tidak menyakiti orang lain, malah sentiasa berusaha memberi manfaat kepada orang yang berada di sekelilingnya.
Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda,
عَنْ أَبِي الدَّرْدَاءِ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا شَيْءٌ أَثْقَلُ فِي مِيزَانِ الْمُؤْمِنِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ مِنْ خُلُقٍ حَسَنٍ وَإِنَّ اللَّهَ لَيُبْغِضُ الْفَاحِشَ الْبَذِيءَ
Maksud:"Dari Abu Darda` bahwasanya Nabi ﷺ bersabda, "Tidak sesuatu yang lebih berat dalam timbangan seorang mukmin kelak pada hari kiamat daripada akhlak yang baik. Sesungguhnya Allah amatlah murka terhadap seorang yang keji lagi jahat". Riwayat Tirmizi(1925), Ahmad(26245).
Sesungguhnya Allah Subhanahuwata'ala benci orang yang melampaui batas dan tidak bersopan santun.Dalam membicarakan perihal akhlak juga, ada orang yang berakhlak tercela. Golongan itu mempamerkan segala perbuatan dan percakapan yang dianggap buruk dan keji seperti kedekut, menipu, zalim, riyak dan mementingkan diri sendiri.
Abu Hurairah berkata, Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam pernah ditanya mengenai hal yang paling banyak menyebabkan seseorang masuk syurga. Baginda menjawab,
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ سُئِلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا أَكْثَرُ مَا يُدْخِلُ الْجَنَّةَ قَالَ التَّقْوَى وَحُسْنُ الْخُلُقِ وَسُئِلَ مَا أَكْثَرُ مَا يُدْخِلُ النَّارَ قَالَ الْأَجْوَفَانِ الْفَمُ وَالْفَرْجُ
Maksudnya:"Dari Abu Hurairah dia berkata; Nabi ﷺ pernah di tanya, "Perkara apa yang banyak menyebabkan masuk syurga?" beliau menjawab, "Takwa kepada Allah dan akhlak yang mulia." Dan beliau di tanya, "Perkara apa yang banyak menyebabkan masuk neraka?" beliau menjawab, "Dua rongga yang terbuka iaitu mulut dan kemaluan". Riwayat Ibnu Majah(4236),Hasan.
Selain itu, Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam menyatakan dalam satu hadith riwayat al-Darimi,
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَكْمَلُ الْمُؤْمِنِينَ إِيمَانًا أَحْسَنُهُمْ خُلُقًا
Makaudnya:"Dari Abu Hurairah ia berkata; Rasulullah ﷺ bersabda, "Orang mukmin yang paling sempurna keimanannya adalah yang paling baik akhlaknya. Riwayat al-Darimi(2672),Abu Daud(4062), Tirmizi(1082).
Maka jelaslah, seseorang yang dihiasi kesempurnaan akhlak adalah menandakan dia juga mempunyai kesempurnaan iman.
Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam juga selalu memohon kepada Allah supaya akhlaknya diperbaiki sebagaimana tubuh badannya diciptakan dalam keadaan baik dan sempurna.Aisyah berkata, Rasulullah sering berdoa,
عَنْ عَائِشَةَ أَنَّهَا قَالَتْ إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اللَّهُمَّ أَحْسَنْتَ خَلْقِي فَأَحْسِنْ خُلُقِي
Maksudnya:"Dari Aisyah, bahawa dia berkata; Sesungguhnya Nabi ﷺ bersabda, "اللَّهُمَّ أَحْسَنْتَ خَلْقِي فَأَحْسِنْ خُلُقِي
(Ya Allah, engkau telah membaguskan rupaku, maka perbaguslah akhlakku". Riwayat Ahmad(24064)
Cara meraih Akhlak yang Baik
Akhlak yang dikatakan bersifat alami (bawaan), ertinya bahawa sejak dari awal seseorang itu telah dianugerahi akhlak yang baik . Dan ada pula seseorang yang pada alami tidak berakhlak baik, namun ia berusaha membiasakan dirinya berakhlak baik hingga benar-benar memilikinya. Lihat Syarh al-Arba’in an-Nawawiyyah (hal. 221)
Akhlak seorang hamba akan menjadi baik jika ia mengikuti Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam kerana beliaulah orang yang mewujudkan kedudukan ini dan sebagai teladannya. Allah Subhanahuwata’ala berfirman,
لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا
Maksudnya:"Sungguh, telah ada pada (diri) Rasulullah suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang-orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari Kiamat dan yang banyak mengingat Allah”. Al-Ahzab ayat 21.
Setiap muslim wajib mempelajari jalan hidup Baginda Sallallahu'alaihiwasallam dari semua sisi kehidupannya. Bagaimana Beliau Sallallahu'alaihiwasallam berakhlak terhadap Rabbnya? Bagaimana Beliau Sallallahu'alaihiwasallam berakhlak terhadap kaum Muslimin? Bagaimana Beliau Sallallahu'alaihiwasallam bergaul dengan keluarganya? Bagaimana Beliau Sallallahu'alaihiwasallam bergaul dengan para Sahabatnya? Dan bagaimana Beliau Sallallahu'alaihiwasallam bergaul dengan manusia dan lainnya?
Diantara sebab untuk meraih akhlak yang baik ialah dengan duduk dan bergaul bersama orang yang memiliki akhlak yang baik lagi bertakwa dan suci. Kerana seseorang akan terpengaruh dengan teman bergaulnya. Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda,
اَلرَّجُلُ عَلَى دِيْنِ خَلِيْلِهِ فَلْيَنْظُرْ أَحَدُكُمْ مَنْ يُـخَالِلُ
Maksudnya:“Seseorang dilihat dari agama temannya, maka hendaklah salah seorang di antara kalian melihat dengan siapa ia berteman" Riwayat Abu Daud(4833)
Oleh yang demikian maka wajib ia menjauhkan dirinya dari teman-teman yang buruk lagi jahat yang tidak berakhlak dengan akhlak yang terpuji yang diserukan agama Islam yang lurus ini. Lihat Qawa’id wa Fawa-id (hal. 167-168).
No comments:
Post a Comment