Monday, June 21, 2021

Sibukkan diri dengan menghitung aib sendiri dan jangan sekali-kali menyibukkan diri menghitungkan aib orang lain.

Sibukkan diri dengan menghitung aib sendiri dan jangan sekali-kali menyibukkan diri menghitungkan aib orang lain. 


Menurut al-Fairuz Abadzi dalam Al-Qamus al-Muhith, secara bahasa, aib (العيب) dapat didefinisikan sebagai cacat atau kekurangan. Bentuk jama’nya adalah uyub. Adapun sesuatu yang memiliki aib, dalam bahasa arab di sebut ma’ib.


Aib adalah merupakan sesuatu yang dikaitkan dengan hal yang buruk, tidak terpuji, dan negatif. Manusia tidak boleh lari tanpa menutup diri terhadap kekurangannya sendiri.


Dalam hidup ini, kita terkadang terlupakan dengan aib-aib sendiri yang begitu menggunung kerana begitu seringnya memikirkan  aib orang lain. Kita juga sering lupa untuk bersyukur bahawa Allah yang telah menjaga aib-aib kita. Sesungguhnya, manusia bukanlah apa-apa jika semua aibnya dibukakan di depan mata orang lain. Sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu'alaihiwallam, 


أَبَا هُرَيْرَةَ يَقُولُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ كُلُّ أُمَّتِي مُعَافًى إِلَّا الْمُجَاهِرِينَ وَإِنَّ مِنْ الْمُجَاهَرَةِ أَنْ يَعْمَلَ الرَّجُلُ بِاللَّيْلِ عَمَلًا ثُمَّ يُصْبِحَ وَقَدْ سَتَرَهُ اللَّهُ عَلَيْهِ فَيَقُولَ يَا فُلَانُ عَمِلْتُ الْبَارِحَةَ كَذَا وَكَذَا وَقَدْ بَاتَ يَسْتُرُهُ رَبُّهُ وَيُصْبِحُ يَكْشِفُ سِتْرَ اللَّهِ عَنْهُ


Maksudnya:" Abu Hurairah berkata; saya mendengar Rasulullah ﷺ bersabda, "“Setiap umatku dimaafkan kecuali orang yang terang-terangan dalam bermaksiat. Iaitu seseorang yang telah berbuat dosa di malam hari lantas di pagi harinya ia berkata bahawa ia telah berbuat dosa ini dan itu padahal Allah telah menutupi dosanya. Pada malam harinya, "Allah telah menutupi aibnya", namun di pagi harinya ia membuka sendiri aib yang telah Allah tutupi". Riwayat Bukhari (5608)


Seorang manusia dilihat hebat bukan kerana dirinya semata tetapi kerana Allah telah menutup aib mereka. Bayangkan sekiranya segala dosa yang dilakukan secara tersembunyi dipamerkan, segala umpatan, kata nista kita terhadap kawan kita didedahkan, bahkan segala kejahatan yang kita lakukan dipertontonkan, pasti seseorang itu tidak sanggup untuk berjalan di atas muka bumi ini.


Jangan sekali-kali terpedaya dengan pujian yang diberikan. Jangan sekali-kali riya dengan kebajikan yang dipebuat. Kerana semua itu tidak akan berguna, jika satu aib saja diungkap oleh Allah. Yakinlah, semua pujian tersebut akan berubah menjadi celaan.  Kita akan terperosok, seperosok-perosokkya. Kita juga akan malu, semalu-malunya. Kita juga akan hina, sehina-hinanya. Seperti tidak ada lagi tempat tersedia untuk menerima kita.


Maka, pertanyaan-pertanyaan ini seharusnya kita tanyakan pada diri kita sendiri. Apakah kita nampak baik di hadapan orang lain? Apakah semua itu kerana begitu banyaknya kebaikan yang kita lakukan? Atau kerana Allah telah menutupi aib kita?


Dengan sebab itu al-Imam Ibn al-Jauzi menyatakan:


اعلم أن الناس إذا أعجبوا بك فإنما يعجبون بستر الله عليك


Maksudnya:“Ketahuilah bahawa sesungguhnya manusia itu berasa kagum dengan engkau (bukan kerana dirimu), tetapi mereka kagum kerana Allah telah menutup aibmu.”


Justeru itu, sesiapa yang di dalam hidupnya menyibukkan diri mencari keaibannya sendiri berbanding mencari keaiban orang lain, nescaya hal itu akan menghabiskan waktunya tanpa sempat memikirkan dan mengambil tahu aib orang lain. 


Lagi pula, orang yang suka mencari-cari kesalahan orang lain untuk dikupas dan dibicarakan di hadapan manusia, Allah akan membalasnya dengan membongkar aibnya walaupun ia berada di dalam rumahnya sendiri. Sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu'alaihiwallam,


عَنْ أَبِي بَرْزَةَ الْأَسْلَمِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا مَعْشَرَ مَنْ آمَنَ بِلِسَانِهِ وَلَمْ يَدْخُلْ الْإِيمَانُ قَلْبَهُ لَا تَغْتَابُوا الْمُسْلِمِينَ وَلَا تَتَّبِعُوا عَوْرَاتِهِمْ فَإِنَّهُ مَنْ يَتَّبِعْ عَوْرَاتِهِمْ يَتَّبِعْ اللَّهُ عَوْرَتَهُ وَمَنْ يَتَّبِعْ اللَّهُ عَوْرَتَهُ يَفْضَحْهُ فِي بَيْتِهِ


Dari Abu Barzah Al Aslamy berkata; Rasulullah ﷺ bersabda,“Wahai sekalian orang yang beriman dengan lisannya dan iman itu belum masuk ke dalam hatinya. Janganlah kalian mengghibah kaum muslimin dan jangan mencari-cari/mengintai aurat mereka. Kerana orang yang suka mencari-cari aurat kaum muslimin, Allah akan mencari-cari auratnya. Dan siapa yang dicari-cari auratnya oleh Allah, niscaya Allah akan membongkarnya di dalam rumahnya (walaupun ia tersembunyi dari manusia)". Riwayat Ahmad (18940)


Adapun orang-orang yang menceritakan hal yang tidak baik dari saudaranya termasuk pada kategori ghibah. Perbuatan ini sangat dibenci oleh Allah . Dalam firman-Nya,


إِنَّ الَّذِينَ يُحِبُّونَ أَنْ تَشِيعَ الْفَاحِشَةُ فِي الَّذِينَ آمَنُوا لَهُمْ عَذَابٌ أَلِيمٌ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ ۚ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ


Maksudnya:"Sesungguhnya orang-orang yang ingin(menyenangi) agar (berita) perbuatan yang amat keji itu tersebar di kalangan orang-orang yang beriman, bagi mereka azab yang pedih di dunia dan di akhirat. Dan Allah mengetahui, sedang, kamu tidak mengetahui". Al-Nur ayat 19


Sabda Rasulullah Sallallahu'alaihiwallam,


قَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ يَأْثُرُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِيَّاكُمْ وَالظَّنَّ فَإِنَّ الظَّنَّ أَكْذَبُ الْحَدِيثِ وَلَا تَجَسَّسُوا وَلَا تَحَسَّسُوا وَلَا تَبَاغَضُوا وَكُونُوا إِخْوَانًا وَلَا يَخْطُبُ الرَّجُلُ عَلَى خِطْبَةِ أَخِيهِ حَتَّى يَنْكِحَ أَوْ يَتْرُكَ



Maksudnya:"Berkata; Abu Hurairah berkata; Satu warisan dari Nabi ﷺ, beliau bersabda, "Jauhilah oleh kalian perasangka, sebab perasangka itu adalah ungkapan yang paling dusta. Dan janganlah kalian mencari-cari aib orang lain, jangan pula saling menebar kebencian dan jadilah kalian orang-orang yang bersaudara. Janganlah seorang laki-laki meminang atas pinangan saudaranya hingga ia menikahinya atau meninggalkannya". Riwayat al-Bukhari (4747)


Kita harus sedar bahawa diri kita pasti pernah melakukan kesalahan dan memiliki aib masing-masing. Sebagai seorang yang sihat, ketika mengetahui sebuah kesalahan yang pernah kita lakukan pasti akan segera memperbaiki kesalahan dan aib tersebut. 


Sebaik-baik orang yang bersalah adalah orang yang bertaubat, iaitu orang yang berjanji pada Allah dan dirinya sendiri untuk tidak mengulangi kesalahan tersebut.Mari kita cermati salah satu hadits Rasulullah, 


عَنْ أَنَسٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كُلُّ ابْنِ آدَمَ خَطَّاءٌ وَخَيْرُ الْخَطَّائِينَ التَّوَّابُونَ قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ غَرِيبٌ لَا نَعْرِفُهُ إِلَّا مِنْ حَدِيثِ عَلِيِّ بْنِ مَسْعَدَةَ عَنْ قَتَادَةَ


Maksudnya:"Dari Anas Nabi ﷺ bersabda, "Semua anak cucu Adam banyak salah dan sebaik-baik orang yang bersalah adalah mereka yang bertaubat." Berkata Abu Isa: Hadits ini gharib, kami hanya mengetahuinya dari hadits Ali bin Mas'adah dari Qatadah. Riwayat Tirmizi(2423)


Sebelum menutup tulisan ini, marilah kita sama-sama membaca doa yang dibaca oleh Rasulullah ,


اللَّهُمَّ أَنْتَ أَعْلَمُ مِنِّى بِنَفْسِى وَأَنَا أَعْلَمُ بِنَفْسِى مِنْهُمْ اللَّهُمَّ اجْعَلْنِى خَيْرًا مِمَّا يَظُنُّوْنَ وَاغْفِرْ لِى مَا لاَ يَعْلَمُوْنَ وَلاَ تُؤَاخِذْنِى بِمَا يَقُوْلُوْنَ


Maksudnya:"Ya Allah, Engkau lebih mengetahui keadaan diriku daripada diriku sendiri dan aku lebih mengetahui keadaan diriku daripada mereka yang memujiku. Ya Allah, jadikanlah diriku lebih baik dari yang mereka sangkakan, ampunilah aku terhadap apa yang mereka tidak ketahui dariku, dan janganlah menyiksaku dengan perkataan mereka. Riwayat al-Baihaqi dalam Syu’abul Iman, 4/228, no.4876. Lihat Jâmi’ul Ahâdits, Jalaluddin As-Suyuthi, 25/145, Asy Syamilah. 


Atau, 


ابْنَ عُمَرَ يَقُولُ لَمْ يَكُنْ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَدَعُ هَؤُلَاءِ الدَّعَوَاتِ حِينَ يُمْسِي وَحِينَ يُصْبِحُ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي الدُّنْيَا وَالْآخِرَةِ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ الْعَفْوَ وَالْعَافِيَةَ فِي دِينِي وَدُنْيَايَ وَأَهْلِي وَمَالِي اللَّهُمَّ اسْتُرْ عَوْرَاتِي وَآمِنْ رَوْعَاتِي وَاحْفَظْنِي مِنْ بَيْنِ يَدَيَّ وَمِنْ خَلْفِي وَعَنْ يَمِينِي وَعَنْ شِمَالِي وَمِنْ فَوْقِي وَأَعُوذُ بِكَ أَنْ أُغْتَالَ مِنْ تَحْتِي

قَالَ وَكِيعٌ يَعْنِي الْخَسْفَ


Maksudnya;"bnu Umar dia berkata; Rasulullah ﷺ tidak pernah meninggalkan doa-doa tersebut ketika menjelang pagi dan sore, yaitu, "Ya Allah, sesungguhnya aku meminta kepada-Mu ampunan dan keselamatan di dunia dan di akhirat. Ya Allah, sesungguhnya aku meminta kepada-Mu ampunan dan keselamatan di dalam (menjalankan) agamaku, duniaku, keluargaku dan hartaku. Ya Allah, tutupilah auratku (aib-aibku), berikanlah ketentraman apa-apa yang menjadi rasa ketakutanku, lindungilah kami dari bahaya yang datang dari hadapanku, dari belakangku, dari samping kananku, dari sampaing kiriku dan dari atasku dan aku berlindung kepada-Mu dari bahaya yang datang dari bawahku". Riwayat Ibnu Majah(3861)

No comments:

Post a Comment

Tetap istiqomah walaupun di luar bulan Ramadhan.

Tetap istiqomah walaupun di luar bulan Ramadhan. Istiqomah dalam mengerjakan amal soleh merupakan satu sikap yang penting dalam kehidupan se...