Thursday, June 17, 2021

Diantara tanda-tanda dan sifat mulia ahli Syurga

Diantara tanda-tanda dan sifat mulia ahli Syurga


Barzakh(بَرْزَخٌ) adalah tempat orang yang telah mati. Di sana mereka menunggu saat untuk dibangkitkan sebelum menuju ke alam akhirat. بَرْزَخٌ(ada dinding) atau alam kubur, yakni pemisah antara kematian dan kebangkitan. Sebagaimana firman Allah Subhanahuwata'ala dalam ayat berikut, 


لَعَلِّي أَعْمَلُ صَالِحًا فِيمَا تَرَكْتُ ۚ كَلَّا ۚ إِنَّهَا كَلِمَةٌ هُوَ قَائِلُهَا ۖ وَمِنْ وَرَائِهِمْ بَرْزَخٌ إِلَىٰ يَوْمِ يُبْعَثُونَ


Maksudnya:'Agar aku berbuat amal yang saleh terhadap yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak. Sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya saja. Dan di hadapan mereka ada dinding sampal hari mereka dibangkitkan. Al-Mu’minun Ayat 100.


Syurga dan neraka pula berada di alam akhirat yang menjadi destinasi terakhir buat seluruh umat manusia.


Kenikmatan hidup di dalam syurga, penghuninya menjadi sibuk untuk menikmati keseronokan dan kelebihan yang menjadi ganjaran kepada mereka.  Sebagaimana firman Allah di dalam surah Yasin ayat 55-58


إِنَّ أَصْحَابَ الْجَنَّةِ الْيَوْمَ فِي شُغُلٍ فَاكِهُونَ (55) هُمْ وَأَزْوَاجُهُمْ فِي ظِلالٍ عَلَى الأرَائِكِ مُتَّكِئُونَ (56) لَهُمْ فِيهَا فَاكِهَةٌ وَلَهُمْ مَا يَدَّعُونَ (57) سَلامٌ قَوْلا مِنْ رَبٍّ رَحِيمٍ (58


Maksudnya:"Sesungguhnya penghuni syurga pada hari itu bersenang-senang dalam kesibukan (mereka). Mereka dan isteri-isteri mereka berada dalam tempat yang teduh, baring di atas katil-katil. Di syurga itu mereka memperoleh buah-buahan dan memperoleh apa yang mereka minta. (Kepada mereka dikatakan), "Salam, "sebagai ucapan selamat dari Tuhan Yang Maha Penyayang.


Setiap orang beriman pasti akan bimbang dan sangat takut melakukan kemaksiatan apabila membaca ayat al-Quran ancaman daripada Allah Subhanahuwata'ala.


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ


Maksudnya:"Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan..” (Surah At-Tahriim, ayat 6)


Di syurga, Nabi Sallallahu'alaihiwasallam menyatakan, Baginda melihat sebatang pokok. Jika hendak melalui di bawahnya saja perlu mengambil masa selama 70 tahun.


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ قَالَ إِنَّ فِي الْجَنَّةِ شَجَرَةً يَسِيرُ الرَّاكِبُ فِي ظِلِّهَا سَبْعِينَ أَوْ مِائَةَ سَنَةٍ هِيَ شَجَرَةُ الْخُلْدِ


Maksudnya:"Dari Abu Hurairah dari Nabi ﷺ, beliau bersabda, "Sesungguhnya di dalam syurga ada sebatang pokok, seorang menunggang kuda harus berjalan di bawah naungannya selama tujuh puluh, -atau beliau menyebutkan; - seratus tahun, dan itu adalah pohon khuldi". RIwayat Ahmad (9492


Itu adalah kisah sebatang pokok di dalam syurga yang merupakan sebahagian daripada kehebatan syurga yang dijadikan oleh Allah Subhanahuwata'ala sebagai nikmat kepada penghuni syurga. 


Setiap ahli syurga dan neraka, masing-masing mempunyai tanda-tandanya.


Tanda seseorang itu bakal menjadi ahli syurga sudah pasti dapat dinilai daripada ibadat yang mereka lakukan di dunia.


Satu kisah yang berlaku kepada seorang sahabat Nabi Sallallahu'alaihiwasallam, yang mana Baginda pernah mendengar tapak kaki Bilal di dalam Syurga.Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA berkata, telah berkata Nabi Salallahu'alaihiwasallam kepada Bilal ketika solat Fajar:

 

يَا بِلاَلُ حَدِّثْنِي بِأَرْجَى عَمَلٍ عَمِلْتَهُ فِي الإِسْلاَمِ، فَإِنِّي سَمِعْتُ دَفَّ نَعْلَيْكَ بَيْنَ يَدَيَّ فِي الجَنَّةِ. قَالَ: مَا عَمِلْتُ عَمَلًا أَرْجَى عِنْدِي: أَنِّي لَمْ أَتَطَهَّرْ طَهُورًا، فِي سَاعَةِ لَيْلٍ أَوْ نَهَارٍ، إِلَّا صَلَّيْتُ بِذَلِكَ الطُّهُورِ مَا كُتِبَ لِي أَنْ أُصَلِّيَ


Maksudnya: “Wahai Bilal! Khabarkan kepadaku amalan yang paling utama telah kamu lakukan sejak memeluk Islam. Ini kerana, aku mendengar gerakan kaki di sisiku di dalam Syurga. Bilal menjawab: Tidak ada amalan utama yang aku amalkan kecuali aku akan berwudhuk pada waktu malam atau siang melainkan aku akan solat dengan wudhuk tersebut di samping solat-solat yang diwajibkan ke atasku".Riwayat al-Bukhari (1149)


Hadith ini menjadi dalil tuntutan untuk menunaikan solat sunat selepas daripada berwudhuk. Hal ini turut diperkatakan oleh Imam Ibn al-Jauzi apabila beliau mengatakan bahawa hadith ini menunjukkan galakan menunaikan solat selepas selesai berwudhuk agar wudhuk itu mencapai maksudnya. [Lihat: Fath al-Bari, 3/34]


Perbuatan Bilal bin Rabah ini menepati sunnah yang diajarkan oleh Baginda Salallahu'alaihiwasallam melalui hadithnya:


Daripada ‘Uqbah bin ‘Amir al-Juhaniy RA, bahawa Nabi Salallahu'alaihiwasallam bersabda:

 

مَا مِنْ أَحَدٍ يَتَوَضَّأُ فَيُحْسِنُ الْوُضُوءَ، وَيُصَلِّي رَكْعَتَيْنِ، يُقْبِلُ بِقَلْبِهِ وَوَجْهِهِ عَلَيْهِمَا، إِلَّا وَجَبَتْ لَهُ الْجَنَّةُ


Maksudnya: “Barangsiapa yang berwudhuk serta memperelokkan wudhuknya, lalu dia mendirikan solat sebanyak dua rakaat dalam menghadapkan keduanya iaitu hati dan wajahnya (khusyuk), melainkan akan dijamin baginya syurga.” [Riwayat Abu Daud (906)][Syeikh Syu’aib al-Arna’outh menilai hadith ini sebagai hadith yang kuat]


Dari peristiwa ini, memberi gambaran kepada kita bahawa bakal ahli syurga sentiasa memenuhi hidupnya dengan amal ibadat.


Setiap orang itu pasti mengetahui adakah mereka banyak beribadat atau hidup dengan melakukan perkara sia-sia dalam kehidupan sehariannya.


Dalam al-Quran, ada ayat yang menyebutkan ciri-ciri ahli syurga:


1-Antaranya, ahli syurga tidak bercakap perkara sia-sia. Semua yang keluar daripada mulut mereka hanya yang baik-baik saja.


لَا يَسْمَعُونَ فِيهَا لَغْوًا وَلَا تَأْثِيمًا. إِلَّا قِيلًا سَلَامًا سَلَامًا


Mereka tidak mendengar di dalamnya perkataan yang sia-sia dan tidak pula perkataan yang menimbulkan dosa,akan tetapi mereka mendengar ucapan salam.

Al-Waqiah ayat 25-26


Cuba lihat pula pada diri kita, dalam sehari berapa banyak kita mengata, mengumpat, mencerca, menghina serta membuka aib orang lain?


Sedangkan seluruh penghuni syurga kelak, mereka tidak mendengar percakapan sia-sia, kosong dan dosa.


2-Seterusnya, ciri-ciri bakal ahli syurga, mereka tidak pernah berdengki serta berdendam.


إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي جَنَّاتٍ وَعُيُونٍ. ادْخُلُوهَا بِسَلَامٍ آمِنِينَ. وَنَزَعْنَا مَا فِي صُدُورِهِمْ مِنْ غِلٍّ إِخْوَانًا عَلَىٰ سُرُرٍ مُتَقَابِلِينَ. لَا يَمَسُّهُمْ فِيهَا نَصَبٌ وَمَا هُمْ مِنْهَا بِمُخْرَجِينَ


Maksudnya:"Sesungguhnya orang-orang yang bertakwa itu berada dalam syurga (taman-taman) dan (di dekat) mata air-mata air (yang mengalir).(Dikatakan kepada mereka): "Masuklah ke dalamnya dengan sejahtera lagi aman"Dan Kami lenyapkan segala rasa dendam yang berada dalam hati mereka, sedang mereka merasa bersaudara duduk berhadap-hadapan di atas ditilam-tilam. Mereka tidak merasa susah di dalamnya dan mereka sekali-kali tidak akan dikeluarkan daripadanya. Al-Hijr Ayat 45-48


Menurut ayat ini jelas gambaran bagaimana ahli syurga boleh duduk bersama dengan orang yang saling tidak mengenali antara satu dengan yang lainnya. Allah Subhanahuwata'ala sudah mencabut daripada hati mereka sifat hasad dengki yang ketika di dunia menjadi punca sengketa dan perbalahan sesama mereka.


وَنَزَعْنَا مَا فِي صُدُورِهِمْ مِنْ غِلٍّ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهِمُ الْأَنْهَارُ ۖ وَقَالُوا الْحَمْدُ لِلَّهِ الَّذِي هَدَانَا لِهَٰذَا وَمَا كُنَّا لِنَهْتَدِيَ لَوْلَا أَنْ هَدَانَا اللَّهُ ۖ لَقَدْ جَاءَتْ رُسُلُ رَبِّنَا بِالْحَقِّ ۖ وَنُودُوا أَنْ تِلْكُمُ الْجَنَّةُ أُورِثْتُمُوهَا بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ


Maksudnya:" Dan Kami cabut segala macam dendam yang berada di dalam dada mereka; mengalir di bawah mereka sungai-sungai dan mereka berkata: "Segala puji bagi Allah yang telah menunjuki kami kepada (surga) ini. Dan kami sekali-kali tidak akan mendapat petunjuk kalau Allah tidak memberi kami petunjuk. Sesungguhnya telah datang rasul-rasul Tuhan kami, membawa kebenaran". Dan diserukan kepada mereka: "ltulah syurga yang diwariskan kepadamu, disebabkan apa yang dahulu kamu kerjakan". Al-A'raf ayat 43


وَالَّذِينَ جَاءُوا مِنْ بَعْدِهِمْ يَقُولُونَ رَبَّنَا اغْفِرْ لَنَا وَلِإِخْوَانِنَا الَّذِينَ سَبَقُونَا بِالْإِيمَانِ وَلَا تَجْعَلْ فِي قُلُوبِنَا غِلًّا لِلَّذِينَ آمَنُوا رَبَّنَا إِنَّكَ رَءُوفٌ رَحِيمٌ


Maksudnya:"Dan orang-orang yang datang sesudah mereka (Muhajirin dan Anshor), mereka berdoa: "Ya Rabb kami, beri ampunlah kami dan saudara-saudara kami yang telah beriman lebih dulu dari kami, dan janganlah Engkau membiarkan kedengkian dalam hati kami terhadap orang-orang yang beriman; Ya Rabb kami, Sesungguhnya Engkau Maha Penyantun lagi Maha Penyayang". Al-Hasyr ayat 10


Itu adalah sifat Muslim yang memiliki kebersihan dan kelembutan hati.


Dalam hati tidak pernah terbit perasaan dengki dan iri hati dengan sesiapa saja walaupun melihat orang itu mendapat kelebihan daripada Allah Subhanahuwata'ala.


Lihat pula pada diri manusia hari ini, contohnya, apabila melihat saja jiran atau kawan menukar kereta baru, hati sudah tidak keruan dan mula timbul perasaan dengki.


Dalam hati kemudian berkata-kata, bagaimana dia mampu memiliki kereta itu sedangkan gajinya lebih rendah daripadanya.


Maka, untuk menjadi ahli syurga, hati mesti sentiasa bersih dan berlapang dada.

No comments:

Post a Comment

Tetap istiqomah walaupun di luar bulan Ramadhan.

Tetap istiqomah walaupun di luar bulan Ramadhan. Istiqomah dalam mengerjakan amal soleh merupakan satu sikap yang penting dalam kehidupan se...