Thursday, June 10, 2021

Azab Neraka

Azab Neraka

Mukmin beriman akan sentiasa mencari jalan untuk menjadi penghuni syurga Allah Subhanahuwata'ala. Kesengsaraan menghuni neraka seperti yang sering digambarkan harus menjadi benteng daripada melakukan dosa di dunia.


Dalam perjalanan menuju syurga, ada kawah neraka yang menyebabkan ramai dalam kalangan umat manusia tidak terlepas daripada terhumban ke dalamnya kerana kelalaian dan keingkaran terhadap perintah Allah.


Keadaan ini amat merugikan apabila perjalanan umur yang dilalui di dunia ini dibiarkan berlalu dalam keadaan tidak membuat sebarang persiapan untuk menghadapi Hari Kiamat.


Bagi manusia yang dihumban ke dalam neraka dan kekal di dalamnya, maka tidak ada manfaat baginya perjalanan hidup sebelum ini.


Walaupun ketika hidup di dunia dahulu banyak harta yang dikumpulkan, mempunyai kedudukan tinggi dan berpengaruh, semua itu tiada faedah apabila kesudahannya  menjadi penghuni neraka.


Kehidupan ini bermanfaat apabila dipilih untuk menjadi penghuni syurga, yang juga kegembiraan sebenar bagi orang Mukmin.


Allah Subhanahuwata'ala menangguhkan azab kepada manusia dan tidak menghukum manusia ketika hidup di dunia sebelum tibanya hari akhirat.


Manusia yang melakukan dosa dan maksiat di dunia ditangguhkan azab pada hari pembalasan kelak.


Malaikat penjaga neraka dikenali dengan nama Zabaniyah. Sifat malaikat itu sangat kasar, keras dan tiada belas kasihan!


Allah Subhanahuwata'ala berfirman dalam Surah Al-‘Alaq ayat 17-18


فَلْيَدْعُ نَادِيَهُ. سَنَدْعُ الزَّبَانِيَةَ


Maksudnya:"Maka biarlah dia memanggil golongannya (untuk menolongnya). Kelak Kami akan memanggil malaikat Zabaniyah(untuk menyeksanya).


Sisa usia kita yang masih berbaki ini adalah untuk mempersiapkan diri kita dengan melakukan amalan ahli syurga. Ciri utama ahli syurga adalah beriman dan beramal soleh, sebagaimana yang disebut oleh Allah Subhanahuwata'ala dalam firmannya, 


وَبَشِّرِ الَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ أَنَّ لَهُمْ جَنَّاتٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ ۖ كُلَّمَا رُزِقُوا مِنْهَا مِنْ ثَمَرَةٍ رِزْقًا ۙ قَالُوا هَٰذَا الَّذِي رُزِقْنَا مِنْ قَبْلُ ۖ وَأُتُوا بِهِ مُتَشَابِهًا ۖ وَلَهُمْ فِيهَا أَزْوَاجٌ مُطَهَّرَةٌ ۖ وَهُمْ فِيهَا خَالِدُونَ


Maksudnya:"Dan sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang beriman dan berbuat baik(beramal soleh), bahawa bagi mereka disediakan syurga-syurga yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Setiap mereka diberi rezeki buah-buahan dalam syurga-syurga itu, mereka mengatakan: "Inilah yang pernah diberikan kepada kami dahulu". Mereka diberi buah-buahan yang serupa dan untuk mereka di dalamnya ada isteri-isteri yang suci dan mereka kekal di dalamnya.al-Baqarah ayat 25


Setiap orang beriman pasti akan bimbang dan sangat takut melakukan kemaksiatan apabila membaca ayat al-Quran ancaman daripada Allah Subhanahuwata'ala.


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا وَقُودُهَا النَّاسُ وَالْحِجَارَةُ عَلَيْهَا مَلَائِكَةٌ غِلَاظٌ شِدَادٌ لَا يَعْصُونَ اللَّهَ مَا أَمَرَهُمْ وَيَفْعَلُونَ مَا يُؤْمَرُونَ


Maksudnya:"Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan..” (Surah At-Tahriim, ayat 6)


Penghuni neraka kelak, tidak akan mati biarpun tubuh badan mereka sentiasa dibakar, dicincang, dipotong atau dirosakkan.


عَنْ أَبِي سَعِيدٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَّا أَهْلُ النَّارِ الَّذِينَ هُمْ أَهْلُهَا فَإِنَّهُمْ لَا يَمُوتُونَ فِيهَا وَلَا يَحْيَوْنَ


Maksudnya:"Dari Abu Sa'id dia berkata, "Rasulullah ﷺ bersabda, "Adapun penduduk neraka yang mana mereka adalah penduduknya, maka mereka tidak akan mati di dalamnya dan tidak pula hidup...". Riwayat Muslim(271)


Dalam Surah Al-Furqan, ayat 65-66, iaitu orang-orang yang meskipun mereka sudah bersungguh-sungguh dalam beribadah kepada Allah dan mereka takut kepada Allah, namun mereka tetap berdoa memohon kepada-Nya agar menyelamatkan mereka dari siksaan Jahanam.


وَالَّذِينَ يَقُولُونَ رَبَّنَا اصْرِفْ عَنَّا عَذَابَ جَهَنَّمَ ۖ إِنَّ عَذَابَهَا كَانَ غَرَامًا .إِنَّهَا سَاءَتْ مُسْتَقَرًّا وَمُقَامًا


Maksudnya:"Dan orang-orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, jauhkan azab jahannam dari kami, sesungguhnya azabnya itu adalah kebinasaan yang kekal.Sesungguhnya jahannam itu seburuk-buruk tempat menetap dan tempat kediaman.


Nabi Muhammad Salallahu'alaihiwasallam pernah bercerita mengenai kedalaman api neraka.


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ كُنَّا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذْ سَمِعَ وَجْبَةً فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَدْرُونَ مَا هَذَا قَالَ قُلْنَا اللَّهُ وَرَسُولُهُ أَعْلَمُ قَالَ هَذَا حَجَرٌ رُمِيَ بِهِ فِي النَّارِ مُنْذُ سَبْعِينَ خَرِيفًا فَهُوَ يَهْوِي فِي النَّارِ الْآنَ حَتَّى انْتَهَى إِلَى قَعْرِهَا


Maksudnya:"Dari Abu Hurairah berkata, Kami bersama Nabi ﷺ tiba-tiba beliau mendengar suara sesuatu yang jatuh berdebuk, Nabi ﷺ bertanya, "Tahukah kalian apa itu?" kami menjawab: Allah dan rasul-Nya lebih tahu. Beliau bersabda, "Itu adalah batu yang dilemparkan ke neraka sejak tujuh puluh tahun, ia jatuh ke neraka sekarang hingga mencapai dasarnya". Riwayat Muslim (5078)


Hadith sahih itu menunjukkan saiz neraka sangat besar dan dalam.


Bayangkan, golongan yang mendapat seringan-ringan seksaan di dalam api neraka kelak adalah seorang lelaki yang diberi pakai kasut atau selipar daripada api neraka.


عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَهْوَنُ أَهْلِ النَّارِ عَذَابًا أَبُو طَالِبٍ وَهُوَ مُنْتَعِلٌ بِنَعْلَيْنِ يَغْلِي مِنْهُمَا دِمَاغُهُ


Maksudnya:"Dari Ibnu Abbas bahwa Rasulullah ﷺ bersabda, "Penduduk neraka yang paling ringan siksanya adalah Abu Thalib, dia memakai kedua sandal sementara otaknya mendidih karena panasnya". Riwayat Muslim (312)


النُّعْمَانَ سَمِعْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ أَهْوَنَ أَهْلِ النَّارِ عَذَابًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ لَرَجُلٌ تُوضَعُ فِي أَخْمَصِ قَدَمَيْهِ جَمْرَةٌ يَغْلِي مِنْهَا دِمَاغُهُ


Maksudnya:"Nu'man, aku mendengar Nabi ﷺ bersabda, "Penghuni neraka yang paling ringan siksanya adalah, seseorang yang kedua telapak kakinya dipakaikan sandal, kemudian otaknya mendidih". Riwayat Bukhari (6076)


Hadith diatas mengkhabarkan bahawa sebaik sahaja meletakkan kakinya di atas selipar itu, maka akan terbakar dan menggelegak otaknya.


Ketika itu, dia merasakan dialah yang mendapat azab neraka paling pedih, sedangkan itulah seringan-ringan azab di dalam neraka.


Panasnya api Neraka, hal ini dikhabarkan oleh Rasulullah Salallahu'alaihiwasallam, 


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أُوقِدَتْ النَّارُ أَلْفَ سَنَةٍ فَابْيَضَّتْ ثُمَّ أُوقِدَتْ أَلْفَ سَنَةٍ فَاحْمَرَّتْ ثُمَّ أُوقِدَتْ أَلْفَ سَنَةٍ فَاسْوَدَّتْ فَهِيَ سَوْدَاءُ كَاللَّيْلِ الْمُظْلِمِ


Maksudnya:"Dari Abu Hurairah dari Nabi ﷺ beliau bersabda, "Api neraka dinyalakan selama seribu tahun lamanya, sehingga menjadikannya berwarna putih, kemudian di nyalakan lagi selama seribu tahun, sehingga menjadikannya berwarna merah, lalu di nyalakan kembali selama seribu tahun, sehingga ia menjadi sangat hitam, yaitu seperti gelapnya malam". Riwayat Tirmizi(4311)


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ نَارُكُمْ هَذِهِ الَّتِي يُوقِدُ ابْنُ آدَمَ جُزْءٌ مِنْ سَبْعِينَ جُزْءًا مِنْ حَرِّ جَهَنَّمَ


Maksudnya:"Dari Abu Hurairah Nabi ﷺ bersabda, "Api kalian ini yang dinyalakan oleh anak cucu Adam adalah satu dari tujuh puluh bagian panasnya neraka jahanam". Riwayat Muslim(5077)


Ibnu al-Mubarak meriwayatkan daripada Sufyan, daripada Sulaiman, daripada Abu Zhibyan, daripada Salman, dia berkata: “Neraka itu hitam, baranya tidak bercahaya api.” Kemudian dia membaca:


كُلَّمَا أَرَادُوا أَنْ يَخْرُجُوا مِنْهَا مِنْ غَمٍّ أُعِيدُوا فِيهَا وَذُوقُوا عَذَابَ الْحَرِيقِ


Maksudnya: Setiap kali mereka hendak keluar dari neraka lantaran kesengsaraan mereka, nescaya mereka dikembalikan ke dalamnya. (kepada mereka dikatakan): “Rasailah azab yang membakar ini". Al-Hajj ayat 22.


Ka’ab al-Ahbar berkata: “Demi Zat yang memegang jiwa Ka’ab, jika kamu berada di Timur dan api neraka itu di Barat, lalu ia dibuka, maka otakmu keluar melalui lubang hidungmu kerana panasnya. Wahai manusia, adakah terdapat ketetapan bagi kamu semua di dunia? Adakah kamu semua mampu bersabar dengan seksaan akhirat? Wahai manusia, mentaati Allah Subhanahuwata'ala lebih mudah bagi kamu semua daripada menanggung siksaan ini, maka taatlah kepada Allah Subhanahuwata'ala".


Sesungguhnya, tiada manusia yang mampu menahan azab neraka Subhanahuwata'ala. Semua sisi di dalam neraka itu api yang sangat luar biasa kepanasannya sehingga membuatkan seluruh penghuninya tidak mampu lari.


إِذِ الْأَغْلَالُ فِي أَعْنَاقِهِمْ وَالسَّلَاسِلُ يُسْحَبُونَ. فِي الْحَمِيمِ ثُمَّ فِي النَّارِ يُسْجَرُونَ


Maksudnya:"Ketika belenggu dan rantai dipasang di leher mereka, seraya mereka diseret,ke dalam air yang sangat panas, kemudian mereka dibakar dalam api. Al-Mu'min/Ghafir ayat 71-72.


Muhammad bin al-Munkadir(m747 h) menyebut, jika semua besi di dunia ini dikumpulkan, maka tidak dapat menyamai satu lingkaran yang mengikat tubuh badan ahli neraka.


Akan dimasukkanlah penghuni neraka ke dalam (lingkaran) rantai besi yang ukuran panjangnya tujuh puluh hasta, (dengan membelitkannya ke badannya), sebagaimana firman Allah Subhanahuwata'ala, 


ثُمَّ الْجَحِيمَ صَلُّوهُ.ثُمَّ فِي سِلْسِلَةٍ ذَرْعُهَا سَبْعُونَ ذِرَاعًا فَاسْلُكُوهُ


Maksudnya:"Kemudian masukkanlah dia ke dalam api neraka yang menyala-nyala.Kemudian belitlah dia dengan rantai yang panjangnya tujuh puluh hasta". Al-Haqqah Ayat 31-32


Marilah kita semua memanjatkan doa dengan penuh pengharapan supaya Allah Subhanahuwata'ala selamatkan diri kita dan ahli keluarga kita daripada menjadi bakaran api neraka.


قُوا أَنْفُسَكُمْ وَأَهْلِيكُمْ نَارًا

...peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka… Al-Tahrim ayat 6


Di dalam solat terdapat tempat-tempat yang dituntut untuk kita memperbanyakkan berdoa padanya


Daripada Abu Hurairah RA, beliau mendengar bahawa Nabi Salallahu'alaihiwasallam bersabda:

 

إِذَا فَرَغَ أَحَدُكُمْ مِنَ التَّشَهُّدِ الْآخِرِ، فَلْيَتَعَوَّذْ بِاللهِ مِنْ أَرْبَعٍ: مِنْ عَذَابِ جَهَنَّمَ، وَمِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ، وَمِنْ شَرِّ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ


Maksudnya: “Apabila kamu selesai membaca tasyahhud akhir, maka mohonlah berlindung dengan Allah daripada empat perkara: daripada seksaan kubur, seksaan neraka Jahanam, fitnah kehidupan dan kematian, serta daripada kejahatan al-masih al-Dajjal.” Riwayat Muslim (588)


Daripada Aisyah R.anha menceritakan bahawa:

 

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَدْعُو فِي الصَّلاَةِ: اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ القَبْرِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ المَسِيحِ الدَّجَّالِ، وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ فِتْنَةِ المَحْيَا، وَفِتْنَةِ المَمَاتِ، اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنَ المَأْثَمِ وَالمَغْرَمِ


Maksudnya: “Adapun Rasulullah Salallahu'alaihiwasallam berdoa di dalam solatnya (selesai membaca tasyahhud akhir): Ya Allah, aku berlindung dengan-Mu daripada seksaan kubur, aku berlindung dengan -Mu daripada daripada fitnah al-masih al-Dajjal, aku berlindung dengan-Mu daripada fitnah kehidupan dan kematian, serta aku berlindung dengan-Mu daripada perbuatan dosa dan hutang.” [Riwayat al-Bukhari (832)]


Daripada Ali bin Abi Thalib RA berkata:

 

ثُمَّ يَكُونُ مِنْ آخِرِ مَا يَقُولُ بَيْنَ التَّشَهُّدِ وَالتَّسْلِيمِ: اللهُمَّ اغْفِرْ لِي مَا قَدَّمْتُ وَمَا أَخَّرْتُ، وَمَا أَسْرَرْتُ وَمَا أَعْلَنْتُ، وَمَا أَسْرَفْتُ، وَمَا أَنْتَ أَعْلَمُ بِهِ مِنِّي، أَنْتَ الْمُقَدِّمُ وَأَنْتَ الْمُؤَخِّرُ، لَا إِلَهَ إِلَّا أَنْتَ


Maksudnya: “Kemudian apa yang dibaca di antara tasyahhud dan juga salam adalah: “Ya Allah, ampunilah (dosa) aku yang telah aku lakukan dan yang aku telah tangguhkan. Dan apa yang telah aku rahsiakan serta apa yang telah aku zahirkan. Dan apa yang telah aku bazirkan, sesungguhnya Engkau lebih mengetahuinya lebih daripadaku. Engkau yang mendahulukan serta Engkau yang mengakhirkan. Tiada Tuhan yang berhak disembah melainkan Engkau.” [Riwayat Muslim (771)]


Daripada Abu Bakar RA, beliau bertanya kepada Rasulullah Salallahu'alaihiwasallam: Ajarkanlah kepadaku satu doa untuk aku membacanya di dalam solatku, lalu Nabi Salallahu'alaihiwasallam bersabda:


اللَّهُمَّ إِنِّي ظَلَمْتُ نَفْسِي ظُلْمًا كَثِيرًا، وَلاَ يَغْفِرُ الذُّنُوبَ إِلَّا أَنْتَ، فَاغْفِرْ لِي مَغْفِرَةً مِنْ عِنْدِكَ، وَارْحَمْنِي إِنَّكَ أَنْتَ الغَفُورُ الرَّحِيمُ


Maksudnya: “Ya Allah, Sesungguhnya aku telah banyak menzalimi diriku dan tidak ada yang dapat mengampunkan dosa-dosa melainkan Engkau. Maka, Kau ampunilah dosa-dosaku serta rahmatilah aku. Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” [Riwayat al-Bukhari (834)]

No comments:

Post a Comment

Tetap istiqomah walaupun di luar bulan Ramadhan.

Tetap istiqomah walaupun di luar bulan Ramadhan. Istiqomah dalam mengerjakan amal soleh merupakan satu sikap yang penting dalam kehidupan se...