Wednesday, March 24, 2021

Sebarkan Salam nescaya kalian akan saling mencintai. Agar salam menjadi budaya dan doa sesama orang Islam samada yang dikenali atau tidak.

Sebarkan Salam nescaya kalian akan saling mencintai. Agar salam menjadi budaya dan doa sesama orang Islam samada yang dikenali atau tidak.


Salam merupakan ucapan penghormatan yang diucapkan oleh orang yang beragama Islam kepada saudaranya (seagama dengannya). Maksud ini diambil berdasarkan firman Allah Subjanahuwata'ala:


وَتَحِيَّتُهُمْ فِيهَا سَلَامٌ


Maksudnya: “Dan ucapan penghormatan mereka padanya ialah: Selamat sejahtera”. Yunus ayat 10.


Tiga pesanan Nabi Sallallahu'alaihiwasallam ketika mula-mula sampai di Madiah:


1- Sebarkan Salam. 

2- Beri makan kepada orang yang memerlukan (sedeqah).

3- Solat ketikamana orang sedang tidur (Solat Malam).


Dan kalian akan masuk syurga dengan selamat jika istiqamah dalam melakukan ketiga-tiga hal ini. Dari Abdullah bin Salam, 


عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ سَلَامٍ قَالَ لَمَّا قَدِمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ انْجَفَلَ النَّاسُ إِلَيْهِ وَقِيلَ قَدِمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدِمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدِمَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَجِئْتُ فِي النَّاسِ لِأَنْظُرَ إِلَيْهِ فَلَمَّا اسْتَثْبَتُّ وَجْهَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَرَفْتُ أَنَّ وَجْهَهُ لَيْسَ بِوَجْهِ كَذَّابٍ وَكَانَ أَوَّلُ شَيْءٍ تَكَلَّمَ بِهِ أَنْ قَالَ أَيُّهَا النَّاسُ أَفْشُوا السَّلَامَ وَأَطْعِمُوا الطَّعَامَ وَصَلُّوا وَالنَّاسُ نِيَامٌ تَدْخُلُوا الْجَنَّةَ بِسَلَامٍ

قَالَ أَبُو عِيسَى هَذَا حَدِيثٌ صَحِيحٌ


Maksudnya:"Dari Abdullah bin Salam,berkata: Ketika Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam tiba di Madinah, orang-orang bergegas menyambut beliau sambil mengucapkan: Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam datang, Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam datang, Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam datang, " aku mendatangi orang orang untuk melihat mereka, dan ketika aku telah memastikan wajah Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam aku baru aku faham bahawa wajah beliau bukanlah wajah wajah pendusta, dan yang pertama kali beliau ucapkan adalah: "Wahai sekalian manusia, sebarkanlah salam, berikanlah makanan dan laksanakanlah solat pada saat manusia tertidur nesacaya kalian masuk syurga dengan selamat." Abu Isa berkata: Hadith ini sahih". Riwayat al-Tirmizi(2409)


Daripada Abu Hurairah RA, 


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَدْخُلُونَ الْجَنَّةَ حَتَّى تُؤْمِنُوا وَلَا تُؤْمِنُوا حَتَّى تَحَابُّوا أَوَلَا أَدُلُّكُمْ عَلَى شَيْءٍ إِذَا فَعَلْتُمُوهُ تَحَابَبْتُمْ أَفْشُوا السَّلَامَ بَيْنَكُمْ


Maksudnya:"Daripada Abu Hurairah RA bahawasanya Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda, “Kalian tidak akan masuk syurga hingga kalian beriman. Dan kalian tidak dikatakan beriman hingga kalian saling mencintai. Mahukah kalian aku beritahu dengan sesuatu yang apabila kalian lakukan kalian akan saling mencintai? (iaitu) sebarkanlah (ucapkanlah) salam di antara kalian.” Riwayat Muslim (54) 


Fiqh Hadith:


1. Syurga hanya untuk orang yang beriman


2. Satu daripada syarat menjadi orang beriman ialah saling mencintai sesama Muslim.


3. Satu daripada perkara yang mendorong mencintai Muslim yang lain ialah dengan sentiasa menyebarkan ucapan “salam”.


4. Ucapan salam adalah doa: السلام عليكم (semoga keselamatan, rahmat dan barakah untuk kamu).


Dari Abdullah bin 'Amru, 


عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّ رَجُلًا سَأَلَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ الْإِسْلَامِ خَيْرٌ قَالَ تُطْعِمُ الطَّعَامَ وَتَقْرَأُ السَّلَامَ عَلَى مَنْ عَرَفْتَ وَمَنْ لَمْ تَعْرِفْ


Maksudnya:"Dari Abdullah bin 'Amru; Ada seseorang yang bertanya kepada Nabi Sallallahu'alaihiwasallam; "Islam manakah yang paling baik?" Nabi Sallallahu'alaihiwasallam menjawab: "Kamu memberi makan, mengucapkan salam kepada orang yang kamu kenal dan yang tidak kamu kenal". Riwayat Bukhari (11).


Antara lain memberi maksud agar salam menjadi budaya dan doa sesama orang Islam samada yang dikenali atau tidak.


Daripada Abu Hurairah RA, Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda:

 

خَـلَقَ اللَّهُ عَزَّ وجَلَّ آدَمَ علـى صُورَتِهِ طُولهُ سِتُّونَ ذِراعاً، فَلَـمَّا خَـلَقَهُ قال: اذْهَبْ فسَلِّـمْ علـى أولئِكَ: نَفَرٍ مِنَ الـمَلائِكَةِ جُلُوسٍ فـاسْتَـمعْ ما يُحَيُّونَكَ فإنَّها تَـحِيَّتُكَ وتـحِيَّةُ ذُرِّيَّتِكَ، فقال: السَّلامُ عَلَـيْكُمْ، فقالوا: السَّلامُ عَلَـيْكَ وَرَحْمَةُ اللَّهِ فَزَادُوهُ: وَرَحمَةُ اللَّهِ


Maksudnya: “Telah Allah Subhanahuwata'ala cipta Adam dengan ciri-cirinya iaitu dengan tingginya 60 hasta. Setelah Allah Subhanahuwata'ala menciptanya, Allah Subhanahuwata'ala berfirman: Pergilah dan ucapkanlah salam kepada malaikat yang duduk itu dan dengarkan baik-baik bacaan salam mereka kepadamu kerana itu adalah sebagai salam penghormatan dan juga anak cucu keturunanmu. Adam mengucapkan “السَّلامُ عَلَـيْكُمْ”, lalu para malaikat berkata: “السَّلامُ عَلَـيْكَ وَرَحْمَةُ اللَّهِ”. Para malaikat telah menambah (وَرَحْمَةُ اللَّهِ)”. [Riwayat al-Bukhari, no. Hadith 5759 dan Riwayat Muslim, no. Hadith 5075]


Hadith ini dengan jelas menggambarkan asal permulaan salam sehingga ia disyariatkan sejak dahulu lagi. Inilah penghormatan sesama manusia mengikut neraca syariah.


Daripada al-Barra’ bin Azib RA berkata:

 

أمرنا رسول الله بسبعٍ: بعيادةِ الـمريض، واتِّبـاع الـجنائز، وتشميتِ العاطس، ونصرِ الضعيف، وعونِ الـمظلوم، وإفشاء السلام، وإبرارِ القَسَم


Maksudnya: “Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam telah memerintahkan kami dengan tujuh perkara iaitu melawat orang yang sakit, mengiringi jenazah, mendoakan orang yang bersin, menolong orang yang lemah, membantu orang yang dizalimi, menyebarkan salam dan menunaikan sumpah”. Riwayat al-Bukhari (5766), Riwayat Muslim (3848)


Dalam hadith ini terdapat 7 arahan Nabi Sallallahu'alaihiwasallam kepada kita untuk dilaksanakan terutamanya hubungan sesama manusia, salah satunya ialah menyebarkan salam. Natijah pelaksanaan perintah ini akan melahirkan masyarakat yang saling mawaddah dan berkasih sayang.


Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda:


يُسَلِّمُ الرَّاكِبُ عَلَى الْمَاشِي ، وَالْمَاشِي عَلَى الْقَاعِدِ ، وَالْقَلِيلُ عَلَى الْكَثِيرِ


Maksudnya: “Hendaklah orang yang menaiki kenderaan memberi salam kepada orang yang berjalan dan orang yang berjalan memberi salam kepada orang yang duduk dan orang yang sedikit memberi salam kepada orang yang ramai”. Riwayat al-Bukhari (5765), Riwayat Muslim (4019)


Hadith ini pula menunjukkan disunatkan kepada kita untuk memulakan ucapan salam kerana ia adalah sunnah yang amat disukai oleh Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam. Di samping itu juga, tidak menjadi masalah bagi orang yang berjalan atau orang yang duduk untuk mengucapkan salam jika orang yang berkenderaan atau orang yang berjalan tidak mengucapkannya walaupun mereka inilah yang sepatutnya memulakan ucapan salam berdasarkan hadith di atas. Ini bertujuan bagi menghidupkan sunnah Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam.


Allah Subhanahuwata'ala mengajarkan orang-orang beriman cara dan adab-adab mengucapkan salam yang merupakan perbuatan baik yang menjadi sebab hubungan dan keakraban serta kasih sayang dengan orang lain. Dia berfirman:


وَإِذَا حُيِّيتُم بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّوا بِأَحْسَنَ مِنْهَا أَوْ رُدُّوهَا ۗ إِنَّ اللَّـهَ كَانَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ حَسِيبًا


Maksudnya: “Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu”. al-Nisa’ ayat 86.


Ayat ini adalah merupakan khitab (cara komunikasi) Allah Subhanahuwata'ala kepada hamba-hambanya yang mukallaf bahawa mereka diminta untuk mengucapkan atau membalas ucapan tersebut dengan lebih baik atau sama seperti yang diucapkan apabila terdapat manusia yang mendoakan kita dengan panjang umur atau dengan kesejahteraan.


سَلَامٌ عَلَيْكُم بِمَا صَبَرْتُمْ ۚ فَنِعْمَ عُقْبَى الدَّارِ


Maksudnya: “Selamat sejahteralah kamu berpanjangan, disebabkan kesabaran kamu. Maka amatlah baiknya balasan amal kamu di dunia dahulu”. al-Ra’d ayat 24.


Berdasarkan ayat di atas, sesungguhnya para Malaikat akan mengucapkan salam sejahtera kepada ahli syurga akibat daripada kesabaran yang mereka tempuhi di dunia maka syurga adalah sebaik-baik tempat buat mereka. Berdasarkan ayat ini, salam merupakan ucapan penghormatan yang mulia kerana ia digunakan kepada ahli syurga. Selain itu, firman Allah Subhanahuwata'ala:


إِلَّا قِيلًا سَلَامًا سَلَامًا


Maksudnya: “Mereka hanya mendengar ucapan: " Selamat! Selamat! " (dari satu kepada yang lain)”. al-Waqi’ah ayat 26.


Di dalam ayat ini, Allah Subhanahuwata'ala telah menceritakan kepada kita akan keadaan di dalam syurga, di mana kita tidak akan mendengar perkataan yang sia-sia melainkan ucapan selamat dan sejahtera antara sesama ahli syurga. Yang mana pada ayat sebelumnya Allah Subhanahuwata'ala menjelaskan perihal keadaan Ahli Syurga, 


لَا يَسْمَعُونَ فِيهَا لَغْوًا وَلَا تَأْثِيمًا



Maksudnya:"Mereka tidak mendengar di dalamnya perkataan yang sia-sia dan tidak pula perkataan yang menimbulkan dosa". Al-Waqi’ah Ayat 25.


Antara lafaz “salam” yang boleh digunakan adalah:


السلام عليكم

السلام عليكم ورحمة الله

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته


Allah Subhanahuwata'ala telah mengajar kita cara untuk kita menjawab salam apabila seseorang itu mengucapkan salam kepada kita, berdasarkan firman Allah Subhanahuwata'ala:


وَإِذَا حُيِّيتُم بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّوا بِأَحْسَنَ مِنْهَا أَوْ رُدُّوهَا ۗ إِنَّ اللَّـهَ كَانَ عَلَىٰ كُلِّ شَيْءٍ حَسِيبًا


Maksudnya: “Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama). Sesungguhnya Allah sentiasa menghitung tiap-tiap sesuatu”. Al-Nisa’ ayat 86.


Merujuk kepada firman Allah Subhanahuwata'ala ini, jelaslah menunjukkan bahawa kita dituntut untuk menjawab penghormatan atau salam yang diberikan dengan lebih baik atau membalasnya (jawab) sama seperti yang diucapkan itu.


Para ulama’ mengatakan hukum mengucapkan salam adalah sunat yang sangat digalakkkan dan amat dituntut oleh Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam (سنة مستحبة) walaupun di sana terdapat perintah atau arahan daripada Nabi Sallallahu'alaihiwasallam untuk kita menyebarkan dan mengucapkan salam, namun perintah tersebut bukanlah bersifat wajib. Inilah pendapat yang masyhur dalam kalangan para alim ulama;. Adapun hukum menjawab salam adalah wajib kerana Allah Subhanahuwata'ala memerintahkan kita untuk menjawabnya, berdasarkan firman Allah Subhanahuwata'ala:


وَإِذَا حُيِّيتُم بِتَحِيَّةٍ فَحَيُّوا بِأَحْسَنَ مِنْهَا أَوْ رُدُّوهَا


Maksudnya: “Dan apabila kamu diberikan penghormatan dengan sesuatu ucapan hormat (seperti memberi salam), maka balaslah penghormatan itu dengan yang lebih baik daripadanya, atau balaslah dia (dengan cara yang sama)”. All-Nisa’ ayat 86.


Hukum salam orang kafir


Namunpun begitu terdapat larangan dari Nabi Sallallahu'alaihiwasallam dalam hal memberi salam kepada orang kafir. Hal ini adalah berdasarkan riwayat daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda:


لا تبدَؤوا اليهودَ ولا النصارى بالسلامِ


Maksudnya: “Janganlah kalian memulakan ucapan salam kepada orang Yahudi dan juga Nasrani”. Riwayat al-Tirmizi (2624).


Apabila orang kafir pula yang memberi salam kepada orang Islam.Maka kita hanya dibenarkan untuk menjawab salam mereka dengan ringkas iaitu dengan lafaz “وعليكم” sahaja. Antara dalil yang digunakan adalah daripada riwayat Anas bin Malik RA, bahawa Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda:


إذا سلَّمَ عليكُم أحدٌ من أَهْلِ الكتابِ فقولوا: وعليكُم


Maksudnya: “Apabila ahli kitab mengucapkan salam ke atas kamu, maka katakanlah kepada mereka: (وعليكم) ”. Riwayat Ahmad(13267)







No comments:

Post a Comment

Tetap istiqomah walaupun di luar bulan Ramadhan.

Tetap istiqomah walaupun di luar bulan Ramadhan. Istiqomah dalam mengerjakan amal soleh merupakan satu sikap yang penting dalam kehidupan se...