Saturday, March 13, 2021

Ganjaran Syurga kerana menghilangkan gangguan di jalan-jalan yang digunakan oleh orang ramai.

Ganjaran Syurga kerana menghilangkan gangguan di jalan-jalan yang digunakan oleh orang ramai. 

Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam  memberitahu tentang ganjaran yang besar bagi sesiapa yang membuang gangguan di jalan-jalan yang digunakan orang ramai untuk lalu-lalang. Dalam satu hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam bersabda:

لَقَدْ رَأَيْتُ رَجُلًا يَتَقَلَّبُ فِي الْجَنَّةِ، فِي شَجَرَةٍ قَطَعَهَا مِنْ ظَهْرِ الطَّرِيقِ، كَانَتْ تُؤْذِي النَّاسَ

Maksudnya: Sesungguhnya aku telah melihat seorang lelaki bermundar-mandir di dalam Syurga, (dia masuk ke dalam Syurga) atas perbuatan baiknya iaitu memotong sepohon pokok yang berada di tengah-tengah jalan, yang sejak lama menganggu orang ramai yang lalu-lalang di situ". Riwayat Muslim (1914).

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam pernah bersabda:

الإِيمَانُ بِضْعٌ وَسَبْعُونَ أَوْ بِضْعٌ وَسِتُّونَ شُعْبَةً فَأَفْضَلُهَا قَوْلُ لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ وَأَدْنَاهَا إِمَاطَةُ الأَذَى عَنِ الطَّرِيقِ وَالْحَيَاءُ شُعْبَةٌ مِنَ الإِيمَانِ

Maksudnya: Iman itu mempunyai 70 lebih atau 60 lebih cabang. Yang paling afdhalnya ialah ucapan “لاَ إِلَهَ إِلاَّ اللَّهُ” dan yang paling rendahnya adalah membuang apa yang menyakitkan dari jalan. Dan malu itu sebahagian daripada iman. Riwayat Muslim (162)

Juga berdasarkan sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ibn Abbas R.Anhuma bahawa Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam bersabda:

‏ لاَ ضَرَرَ وَلاَ ضِرَارَ

Maksudnya: Tidak boleh memudharatkan dan tidak boleh membalas mudharat dengan mudharat". Riwayat Ibn Majah (2341)


Berdasarkan beberapa nas di atas maka terbinalah beberapa kaedah fekah seperti berikut:

الضَّرَرُ يُزَال

Maksudnya: Kemudharatan itu dielakkan.

Selain dari itu terdapat juga kaedah yang menyebut:

دَرْءُ المَفَاسِدِ أَولَى مِنْ جَلْبِ المَصَالِح

Maksudnya: Menolak kerosakan itu lebih utama berbanding mendatangkan maslahah.

No comments:

Post a Comment

Tetap istiqomah walaupun di luar bulan Ramadhan.

Tetap istiqomah walaupun di luar bulan Ramadhan. Istiqomah dalam mengerjakan amal soleh merupakan satu sikap yang penting dalam kehidupan se...