Sunday, April 11, 2021

Hukum berpuasa selepas separuh Sya'ban

Hukum berpuasa selepas separuh Sya'ban

Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi Sallahu'alaihiwasallam:

إِذَا انْتَصَفَ شَعْبَانُ فَلَا تَصُوْمُوْا

Maksudnya : “Apabila tiba pertengahan bulan Sya’ban maka janganlah kalian berpuasa”. Riwayat Imam Ahmad (2/442). Dhaif

Dalam lafaz yang lain:

إِذَا كَانَ النِّصْفُ مِنْ شَعْبَانَ فَلاَ صَوْمَ حَتَّى يَجِىءَ رَمَضَانُ

Maksudnya: “Apabila tiba pertengahan bulan Sya’ban, maka tidak ada puasa sehingga datangnya bulan Ramadhan”. Dhaif



Hadith ini disebut oleh Imam Ahmad (2/442), Abu Daud (2337), al-Nasaie (2923), al-Tirmizi (738), Ibn Majah (1651), al-Darimiy (1691) dan ramai lagi. Walaupun lafaznya berbeza tetapi maknanya adalah sama.


Diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda:

 


لاَ تَقَدَّمُوا رَمَضَانَ بِصَوْمِ يَوْمٍ وَلاَ يَوْمَيْنِ


Maksudnya: “Janganlah mendahulukan Ramadhan dengan sehari berpuasa atau dua hari”. Riwayat Muslim (1812)


Larangan berpuasa di dalam hadith tersebut

 “فَلَا تَصُوْمُوْا” adalah ditujukan kepada sesiapa yang bukan menjadi kebiasaannya berpuasa. Adapun bagi sesiapa yang sudah menjadi kebiasaannya berpuasa maka ia tidak menjadi masalah untuk dia berpuasa pada waktu tersebut. [Lihat: Fath al-Bari, 4/215].

Pendapat para ulama’ dalam masalah ini:

Mazhab al-Syafie: Berpuasa selepas pertengahan bulan Sya’ban adalah haram atau makruh bagi sesiapa yang tidak biasa berpuasa dan jika ia tidak bersambung dengan hari sebelumnya. Dalam makna lain bagi orang yang berpuasa pada waktu tersebut sahaja. [Lihat: al-Mu’tamad, 2/216]

Jumhur fuqaha’ : Dibolehkan berpuasa selepas daripada 15 Sya’ban. [Lihat: Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, 3/1635]

Kesimpulannya:

Berpuasa selepas daripada 15 Sya’ban adalah dibenarkan kerana hadith yang melarang untuk berpuasa adalah lemah dan bercanggah dengan hadith yang sahih. Lebih-lebih lagi jika seorang wanita itu ingin menggantikan puasa Ramadhannya, maka ianya dituntut.

No comments:

Post a Comment

Dua kemampuan bagi menggapai Husnulkhatimah.

Dua kemampuan bagi menggapai Husnulkhatimah. Kita seharusnya benar-benar menyedari bahawa kita sebenarnya berhadapan dengan dua pilihan jala...