Monday, March 1, 2021

Multidimensi Ibadah Merentasi Kehidupan

Multidimensi Ibadah Merentasi Kehidupan

Multi atau pelbagai dan dimensi atau ruang lingkup ibadah adalah luas, iaitu kehidupan manusia seluruhnya yang berasaskan akidah, syariah dan akhlak Islam.  Hal ini dapat difahami daripada beberapa ayat al-Quran, antaranya firman Allah Subhanahuwata'ala, 


قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ


Maksudnya:"Katakanlah: sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam". Al-An'am ayat 162.


Ayat ini memberi isyarat, hanya kepada Allah Subhanahuwata'ala sahajalah seseorang hamba itu menghadap yakni semasa solat dan melakukan ibadah lain seperti mengerjakan haji, ketika melakukan sembelihan serta semua amalan mendekatkan diri dalam kehidupannya dan segala apa yang dipesan kepadanya selepas matinya. Hal ini demikian disebabkan Dialah pencipta alam, pengurusannya dan Tuhan sekelian alam serta makhluk yang wujud. Lihat Al-Qurthubi, Al-Jami'li Ahkam al-Quran, jil 4 hlm. 38-139.


Dr. Yusuf al-Qaradhawi ketika menjelaskan kesyumulan ibadah dalam Islam telah menyatakan bahawa kesyumulan itu tampak dalam dua perkara:


1-Kesyumulan bagi agama(الدين)  seluruhnya:

Maka solat, haji, bercakap benar, menunaikan amanah, mengotakan janji, berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa dan menjalinkan silaturrahim adalah sebahagian dari ibadah. 


2-Kesyumulan bagi entiti(keadaan kewujudan) manusia seluruhnya:


Zahir dan batin serta kehidupan seluruhnya daripada adab makan dan minum, qada hajat hingga pembangunan negara, dasar kerajaan dan dasar keewangan serta dasar-dasar antarabangsa semasa aman atau berlaku peperangan. Lihat Qardhawi, Al-Ibadah fi al-Islam, hlm, 49-51.


Hal ini bermakna, Muslim yang menunaikan solat, puasa, zakat dan haji, mentadabbur al-Quran, memenuhi amanah, menunaikan janji, memelihara kedua-dua ibu bapa dengan penuh perhatian dan kasih sayang, berusaha mengukuhkan silaturrahim, memelihara hubungan kejiranan, membantu anak yatim, orang miskin dan orang lemah, menyeru kepada yang makruf dan menegur perkara yang mungkar, berjihad menentang musuh Islam, memelihara alam sekitar, bekerja secara professional, mendidik anak, menjalankan penyelidikan saintifik, memgambil berat keadaan Muslim, bertani dan sebagainya, dia juga sedang menjalankan ibadah. 


Menghambakan diri 24 jam kepada Allah, ketika menafsirkan firman Allah Subhanahuwata'ala, 


إِيَّاكَ نَعْبُدُ وَإِيَّاكَ نَسْتَعِينُ


Maksudnya:"Hanya Engkaulah yang kami sembah, dan hanya kepada Engkaulah kami meminta pertolongan".Al-Fatihah ayat 4.


Menghambakan diri 24 jam kepada Allah Allah Subhanahuwata'ala. Lihat Qardhawi, Al-Ibadah fi al-Islam, hlm, 49-51.


Prof. Muchtar Lintang menyatakan, "Dalam doa iftitah ketika kita memulai solat   ada pula yang kita ucapkan yang seirama dengannya, iaitu:


قُلْ إِنَّ صَلَاتِي وَنُسُكِي وَمَحْيَايَ وَمَمَاتِي لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِينَ


Maksudnya:"Katakanlah: sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. Al-An'am ayat 162.


Perlakuan ini sebagai tanda penghambaan kepada Allah Subhanahuwata'ala yakni sebagai ibadah, sebagai penghambaan diri, "hidupku dan matiku pun" adalah sebagai ibadah. Oleh sebab itu, seorang Mukmin tidak pernah berhenti daripada beribadah, mulai bangun pagi pada hari ini sampai bangun pagi esoknya, dalam masa 24 jam semuanya ibadah. Lihat Muchtar Lintang, Hikmah Fatihah, hlm. 85-87


Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam menyampaikan sebuah wasiat yang sangat agung bagi kita, Beliau Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda:


 اِغْتَنِمْ خَمْسًا قَبْلَ خَمْسٍ: شَبَابَكَ قَبْلَ هَرَمِكَ, وَ صِحَّتَكَ قَبْلَ سَقَمِكَ, وَغِنَاكَ قَبْلَ فَقْرِكَ, وَ فَرَاغَكَ قَبْلَ شُغْلِكَ, وَ حَيَاتَكَ قَبْلَ مَوْتِكَ 


Maksudnya:"Pergunakanlah yang lima sebelum datang yang lima (iaitu) masa mudamu sebelum datang masa tua; masa sihatmu sebelum datang masa sakit; masa kayamu sebelum datang masa miskin; masa lapangmu sebelum datang masa sibuk; masa hidupmu sebelum datang kematian".Hadits Sahih, diriwayatkan oleh al-Hakim dalam Mustadraknya, IV/306;


Sesungguhnya hidup adalah kumpulan hari-hari. Alangkah ruginya kita, bila terus dibuai angan-angan sehingga lupa memperbaiki diri. Semestinya, kita berpindah dari satu bentuk ibadah kepada bentuk ibadah lainnya. Allah Subhanahuwata'ala berfirman, 


 فَإِذَا فَرَغْتَ فَانْصَبْ ﴿٧﴾ وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَارْغَبْ 


Masudnya:"Maka apabila kamu telah selesai (dari sesuatu urusan), kerjakanlah dengan sungguh-sungguh (urusan) yang lain, dan hanya kepada Rabbmulah hendaknya kamu berharap". al-Insyirah ayat 7-8.


Yang paling penting adalah menjadikanlah seluruh hidup kita dalam kesungguh-sungguhan dan amal. Firman Allah Subhanahuwata’ala :


 وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَارْغَبْ


Maksudnya:"Dan hanya kepada Rabbmulah hendaknya kamu berharap Al-Insyirah ayat 8.


Maksudnya, apabila engkau selesai mengerjakan tugas-tugas lalu diikuti dengan pekerjaan yang lainnya maka berharaplah kepada Allah agar engkau mendapat pahala. Tetaplah memohon pertolongan kepada Allah, sebelum dan sesudah beramal. Sebelum beramal mintalah pertolongan kepada Allâh Subhanahuwata’ala. Dan setelah beramal, berharaplah pahala dari Allah Subhanahuwata’ala. 


Anas bin Malik radhiyallahu ‘anhu berkata bahawa Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam biasa membaca doa:


اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنَ الْعَجْزِ وَالْكَسَلِ وَالْجُبْنِ وَالْهَرَمِ وَالْبُخْلِ وَأَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ


Maksudnya:"Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kelemahan, rasa malas, rasa takut, keburukan di waktu tua, dan sifat kikir. Dan aku juga berlindung kepada-Mu dari siksa kubur serta fitnah/bencana kehidupan dan kematian)". Riwayat Bukhari (6367) dan Muslim (2706)





No comments:

Post a Comment

Tetap istiqomah walaupun di luar bulan Ramadhan.

Tetap istiqomah walaupun di luar bulan Ramadhan. Istiqomah dalam mengerjakan amal soleh merupakan satu sikap yang penting dalam kehidupan se...