Saturday, March 13, 2021

Kebahagian (السَّعَادَةِ)

Kebahagian (السَّعَادَةِ)

Dimulai dengan Firman Allah Subhanahuwata'ala yang betikut:

فَمَن يُرِدِ اللَّـهُ أَن يَهْدِيَهُ يَشْرَحْ صَدْرَهُ لِلْإِسْلَامِ

Maksudnya: Maka sesiapa yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya Ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam". Surah al-An’am ayat 125.

Kebahagiaan itu adalah keriangan hati kerana kebenaran yang dijalaninya, adalah kelapangan dada kerana prinsip yang diyakininya dan adalah ketenangan hati kerana kebaikan yang dimilikinya.

Erti sa’adah berdasarkan sebuah hadith daripada Sa’ad bin Abi Waqqas R.A, Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda:

أَرْبَعٌ مِنَ السَّعَادَةِ : الْمَرْأَةُ الصَّالِحَةُ ، وَالْمَسْكَنُ الْوَاسِعُ ، وَالْجَارُ الصَّالِحُ ، وَالْمَرْكَب الْهَنِيءُ ، وَأَرْبَعٌ مِنَ الشَّقَاوَةِ : الْجَارُ السُّوءُ ، وَالْمَرْأَةُ السُّوءُ ، وَالْمَسْكَنُ الضِّيقُ ، وَالْمَرْكَبُ السُّوءُ

Maksudnya: Empat  tanda kebahagiaan; Isteri yang solehah, tempat tinggal yang luas, jiran yang soleh dan kenderaan yang elok. Manakala empat tanda kedukaan adalah jiran yang buruk, isteri yang teruk, tempat tinggal yang sempit dan kenderaan yang buruk.”

Riwayat Imam Ahmad (1448) dan Ibnu Hibban (4032)

Dalam Islam, terlalu banyak kalimah yang mengertikan dengan kebahagiaan seperti lafaz al-Falah, al-Fauz, al-Najah, al-Sa’adah dan lain-lain. Ini menandakan gesaan Islam agar kita hidup bertujuan meraih kebahagiaan bukan sekadar di dunia tetapi juga merentasi di akhirat.

Firman Allah Subhanahuwata'ala:

قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ ﴿١﴾ الَّذِينَ هُمْ فِي صَلَاتِهِمْ خَاشِعُونَ ﴿٢﴾ وَالَّذِينَ هُمْ عَنِ اللَّغْوِ مُعْرِضُونَ ﴿٣﴾ وَالَّذِينَ هُمْ لِلزَّكَاةِ فَاعِلُونَ ﴿٤﴾ وَالَّذِينَ هُمْ لِفُرُوجِهِمْ حَافِظُونَ ﴿٥﴾ إِلَّا عَلَىٰ أَزْوَاجِهِمْ أَوْ مَا مَلَكَتْ أَيْمَانُهُمْ فَإِنَّهُمْ غَيْرُ مَلُومِينَ ﴿٦﴾ فَمَنِ ابْتَغَىٰ وَرَاءَ ذَٰلِكَ فَأُولَـٰئِكَ هُمُ الْعَادُونَ ﴿٧﴾ وَالَّذِينَ هُمْ لِأَمَانَاتِهِمْ وَعَهْدِهِمْ رَاعُونَ ﴿٨﴾ وَالَّذِينَ هُمْ عَلَىٰ صَلَوَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ ﴿٩﴾ أُولَـٰئِكَ هُمُ الْوَارِثُونَ ﴿١٠﴾ الَّذِينَ يَرِثُونَ الْفِرْدَوْسَ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ

Maksudnya: Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman, (1) Iaitu mereka yang khusyuk dalam sembahyangnya; (2) Dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia; (3) Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu); (4) Dan mereka yang menjaga kehormatannya, - (5) Kecuali kepada isterinya atau hamba sahayanya maka sesungguhnya mereka tidak tercela: - (6) Kemudian, sesiapa yang mengingini selain dari yang demikian, maka merekalah orang-orang yang melampaui batas; (7) Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya; (8) Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya; (9) Mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi - (10) Yang akan mewarisi Syurga Firdaus; mereka kekal di dalamnya".S urah al-Mukminun ayat 1-11.

Syeikh al-Maraghi berkata: Surah Makkiyyah ini diturunkan selepas Surah al-Anbiya’, dan terdiri daripada 118 ayat. Menurut sebuah riwayat, sebahagian sahabat bertanya kepada Aisyah R.Anha: “Bagaimanakah akhlak Rasulullah? Aisyah R.Anha menjawab: “Akhlak baginda adalah al-Quran.” Kemudian Aisyah R.Anha membaca ayat: “قَدْ أَفْلَحَ الْمُؤْمِنُونَ” hinggalah ke ayat “وَالَّذِينَ هُمْ عَلَىٰ صَلَوَاتِهِمْ يُحَافِظُونَ”. Aisyah menambah, “Demikianlah akhlak Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam.” (Lihat Tafsir al-Maraghi, 9/4613)

Dengan sebab itulah, doa yang kita dambakan kedua-dua kebahagiaan dunia dan akhirat menjadi kehendak dan tuntutan kita. Benarlah firman Allah Subhanahuwata'ala:

وَمِنْهُم مَّن يَقُولُ رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Maksudnya: Dan di antara mereka pula ada yang (berdoa dengan) berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari azab neraka".

Surah al-Baqarah ayat 201.

No comments:

Post a Comment

Tetap istiqomah walaupun di luar bulan Ramadhan.

Tetap istiqomah walaupun di luar bulan Ramadhan. Istiqomah dalam mengerjakan amal soleh merupakan satu sikap yang penting dalam kehidupan se...