Saturday, March 13, 2021

Galakan untuk menghidupkan amalan selepas subuh. Dan juga Islam amat menitikberatkan tentang pengurusan masa.

Galakan untuk menghidupkan amalan selepas subuh. Dan juga Islam amat menitikberatkan tentang pengurusan masa. 


Dalam sebuah hadis, Nabi Sallallahu'alaihiwasallam telah bersabda:


اللَّهُمَّ بَارِكْ لِأُمَّتِي فِي بُكُورِهَا وَكَانَ إِذَا بَعَثَ سَرِيَّةً أَوْ جَيْشًا بَعَثَهُمْ فِي أَوَّلِ النَّهَارِ ‏.‏ وَكَانَ صَخْرٌ رَجُلاً تَاجِرًا وَكَانَ يَبْعَثُ تِجَارَتَهُ مِنْ أَوَّلِ النَّهَارِ فَأَثْرَى وَكَثُرَ مَالُهُ. ‏‏  


Maksudnya: Wahai Tuhan kami, berkatilah untuk umatku pada awal waktu pagi. Adalah Nabi Sallallahu'alaihiwasallam, jika Baginda menghantar briged tentera, Baginda akan menghantarnya di awal siang. Adalah Sakhr itu seorang peniaga dan beliau memulakan perniagaannya di awal siang maka telah bertambah hartanya (mendapat keuntungan).

Riwayat Abu Daud (2606). 


Dalam sebuah hadis yang lain, diriwayatkan bahawa Nabi Sallallahu'alaihiwasallam telah menghidupkan pagi selepas subuh dengan duduk berzikir sehingga terbitnya matahari. Daripada Jabirah bin Samurah RA:


كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا صَلَّى الفَجْرَ قَعَدَ فِي مُصَلَّاهُ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ


Maksudnya: Adalah Nabi Sallallahu'alaihiwasallam apabila selesai solat Fajar, Baginda duduk di tempat solatnya sehingga matahari terbit.


Hadith riwayat Al-Tirmizi (585) dalam Sunannya. Menurut beliau, hadith ini hasan sahih.


 

Begitu juga dengan sebuah hadith daripada Anas Bin Malik RA bahawa Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam bersabda:


مَنْ صَلَّى الغَدَاةَ فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ قَعَدَ يَذْكُرُ اللَّهَ حَتَّى تَطْلُعَ الشَّمْسُ، ثُمَّ صَلَّى رَكْعَتَيْنِ كَانَتْ لَهُ كَأَجْرِ حَجَّةٍ وَ

Maksudnya: Siapa yang solat al-Ghadah (yakni solat Subuh) secara berjemaah kemudian duduk berzikir sehingga terbit matahari, lalu bersolat dua rakaat adalah baginya pahala haji dan umrah.

Hadis riwayat al-Tirmizi (586) dalam Sunannya. Menurut beliau, hadith ini hasan gharib.

Jelas melalui hadith-hadith di atas, Nabi Sallallahu'alaihiwasallam amat menitikberatkan mengenai pengurusan masa lebih-lebih lagi di awal pagi bagi seseorang muslim. 

Al-Hafiz Ibn Hajar al-‘Asqalani Rahimahullah menyebutkan di dalam kitabnya Fath al-Bari yang mana telah disebutkan bahawa rezeki itu dibahagi-bahagikan selepas solat subuh dan amalan-amalan diangkat dipenghujung waktu siang. Bagi siapa yang pada waktu tersebut dalam ketaatan, maka akan diberkati  rezeki dan amalannya. Lihat Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari. Dar al-Ma’rifah, (2/37).

No comments:

Post a Comment

Tetap istiqomah walaupun di luar bulan Ramadhan.

Tetap istiqomah walaupun di luar bulan Ramadhan. Istiqomah dalam mengerjakan amal soleh merupakan satu sikap yang penting dalam kehidupan se...