Thursday, January 7, 2021

Hukum membaca al-Qur'an dengan senyap(tanpa suara) dan berzikir serta tadabbur al-Qur'an dengan senyap(tanpa suara). Juga Hukum membaca al-Qur'an secara sirr dan secara jahr.

Hukum membaca al-Qur'an dengan senyap(tanpa suara)  dan berzikir serta tadabbur al-Qur'an dengan senyap(tanpa suara). Juga Hukum membaca al-Qur'an secara sirr dan secara jahr. 


Membaca al-Quran merupakan amalan yang sangat dituntut di dalam Islam. Begitu juga, akan diberi pelbagai ganjaran dan kelebihan bagi sesiapa yang membaca al-Quran sepertimana hadith yang diriwayatkan oleh Muhammad bin Ka’ab al-Qurazi menyebut, aku mendengar daripada Abdullah bin Mas’ud RA berkata, Sabda Nabi Sallahu'alaihiwasallam:


مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ


Maksudnya: Sesiapa yang membaca satu huruf daripada Kitabullah (al-Quran) maka baginya satu kebaikan. Riwayat al-Tirmizi (2910)


Selain itu, di antara kelebihan membaca al-Quran ianya boleh memberi syafaat ketika pada hari kiamat kelak. Ini seperti hadith yang diriwayatkan ole Abu Umamah RA bahawa ia mendengar Nabi Sallahu'alaihiwasallam bersabda:


اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لأَصْحَابِهِ


Maksudnya: Bacalah al-Quran, kerana sesunggunhnya ia akan datang pada hari kiamat memberi syafaat kepada sesiapa yang membacanya.Riwayat Muslim (804)


Juga hadith yang diriwayatkan oleh Saidina Ali RA menyebut:


كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم يُقْرِئُنَا الْقُرْآنَ عَلَى كُلِّ حَالٍ مَا لَمْ يَكُنْ جُنُبًا


Maksudnya: Sesungguhnya Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam membacakan kepada kami al-Quran dalam setiap keadaan, melainkan dalam keadaan berjunub.Riwayat al-Tirmizi (146)


Hadith-hadith diatas menunjukkan bahawa al-Qur'an itu dibaca atau dilafazkan dengan suara. Tidak dikatakan membaca jika tidak menggerakkan lidah dan mengeluarkan huruf sesuai tempat keluarnya. Nabi Sallahu'alaihiwasallam melarang kita untuk membaca Al-Quran dengan cara membatin (di baca di hati) .


Dari Abu Hurairah, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda,


لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَمْ يَتَغَنَّ بِالْقُرْآنِ


Maksudnya“Bukan termasuk bahagian kami, orang yang tidak yataghanna terhadap Al-Quran". Riwayat Bukhari  (7089)


Sebahagian perawi menambahkan:


يَجْهَرُ بِهِ


“Menampakkannya”


Makna يَتَغَنَّ:

Imam Nawawi mengatakan, “Makna hadith menurut Imam Syafi’i, ulama mazhab syafi’iyah, dan banyak ulama dari berbagai bidang ilmu, maknanya adalah memperbagus suaranya terhadap Al-Quran". Lihat Syarh Sahih Muslim, 6:78.


Hukum membaca al-Qur'an secara sirr dan secara jahr. 


Sirriyyah iaitu suara yang perlahan. 

Jahriah iaitu suara yang kuat. 


Hukum membaca al-Qur'an secara sirriyyah atau jahriyah adalah bergantung kepada keadaan yang tertentu:


1-Jika suara tersebut mengganggu orang lain, maka terdapat hadith-hadith yang menunjukkan larangan terhadap perbuatan tersebut.


Hal ini sebagaimana hadith yang diceritakan dari sahabat Abu Sa’id Al-Khudhri radhiyallahu ‘anhu, beliau mengatakan,


اعْتَكَفَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الْمَسْجِدِ فَسَمِعَهُمْ يَجْهَرُونَ بِالْقِرَاءَةِ فَكَشَفَ السِّتْرَ وَقَالَ أَلَا إِنَّ كُلَّكُمْ مُنَاجٍ رَبَّهُ فَلَا يُؤْذِيَنَّ بَعْضُكُمْ بَعْضًا وَلَا يَرْفَعْ بَعْضُكُمْ عَلَى بَعْضٍ فِي الْقِرَاءَةِ أَوْ قَالَ فِي الصَّلَاةِ


Maksudnya:"“Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam beri’tikaf di masjid, lalu beliau mendengar mereka (para sahabat) mengeraskan bacaan (Al-Qur’an) mereka. Kemudian beliau membuka tirai sambil bersabda, “Ketahuilah, sesungguhnya kalian sedang berdialog dengan Rabb kalian. Oleh kerana itu, janganlah sebahagian kalian mengganggu sebahagian yang lain, dan jangan pula sebahagian yang satu mengeraskan terhadap sebahagian yang lain di dalam membaca Al-Qur’an” atau beliau mengatakan, “atau dalam solatnya". Riwayat Abu Dawud no. 1332, sahih. 


Hadith tersebut menunjukkan adanya larangan bagi orang-orang yang sedang membaca Al-Qur’an di masjid untuk meninggikan atau mengeraskan suara mereka. Kerana perbuatan ini akan mengganggu jamaah lain yang sedang beribadah, baik yang sedang sama-sama membaca Al-Qur’an seperti dia, atau sedang solat, sedang berzikir, dan yang sedang i’tikaf.


Juga disebutkan, 

“Tidak boleh bagi seseorang untuk mengeraskan bacaan Al-Qur’an, baik di dalam solat ataupun ketika di luar solat. Jika dia di dalam masjid, perbuatan itu akan mengganggu jama’ah lain kerana suaranya.” (Majmu’ Al-Fataawa, 23: 61)


2-Jika suara tersebut tidak mengganggu orang lain, maka terdapat hadith-hadith yang menunjukkan dibolehkan perbuatan tersebut.


Lebih-lebih lagi, jika orang yang mengeraskan suara tersebut tidak bimbang akan tertimpa penyakit riya’ atau mencari pujian orang dan populariti. Dan mengeraskan suara ini lebih ditekankan lagi jika dalam rangka mengajarkan ilmu (Al-Qur’an). 

Firman Allah Subhanahuwata'ala, 


وَإِذَا قُرِىءَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُواْ لَهُ وَأَنصِتُواْ لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ


Maksudnya: Dan apabila Al-Quran itu dibacakan, maka dengarlah akan dia serta diamlah (dengan sebulat-bulat ingatan untuk mendengarnya), supaya kamu beroleh rahmat.Surah al-A’raf ayat 204.


Imam al-Nawawi menyebut di dalam kitabnya al-Tibyan fi Adab Hamalah al-Quran: “Dan yang ditekankan di sini ialah suruhan kepada penghormatan atau pemuliaan ke atas al-Quran dalam segala urusan. Ini kerana terdapat sebahagian manusia yang lalai dan mengambil mudah dalam membaca al-Quran. Ini adalah untuk mengelakkan dari gelak ketawa (ketika bacaan al-Quran), bercakap, melainkan sesuatu yang tidak boleh dielakkan untuk berbicara.” Lihat al-Tibyan fi Adab Himlah al-Quran (92).


Tidaklah diragukan lagi bahawa dengan mengeraskan bacaan Al-Qur’an itu akan lebih menghidupkan hati, membangkitkan (memperbarui) semangat, pendengarannya pun akan ikut mendengarkan bacaan tersebut, dan juga bermanfaat bagi orang-orang di sekitarnya yang ikut mendengarkan dan mengambil manfaat dari bacaan tersebut. Lihat At-Tibyaan, hal. 71; oleh Imam Al-Nawawi rahimahullah


Diperbolehkan pula mengeraskan bacaan Al-Qur’an di malam hari, bahkan hal itu merupakan kebaikan jika tidak mengganggu siapa pun, dan juga ketika tidak bimbang akan terjatuh dalam riya’. 


Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, beliau mengatakan,


أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَمِعَ رَجُلًا يَقْرَأُ مِنْ اللَّيْلِ فَقَالَ يَرْحَمُهُ اللَّهُ لَقَدْ أَذْكَرَنِي كَذَا وَكَذَا آيَةً كُنْتُ أَسْقَطْتُهَا مِنْ سُورَةِ كَذَا وَكَذَا


Maksudnya:"Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam pernah mendengar seseorang membaca (Al-Qur`an) di dalam masjid, lalu beliau bersabda, “Semoga Allah merahmati si Fulan. Sesungguhnya dia telah mengingatkanku tentang ayat ini dan ini, yakni ayat yang aku lupa dari surat ini dan itu".Riwayat Bukhari (5037) dan Muslim (788).


Hukum berzikir serta tadabbur al-Qur'an dengan senyap(tanpa suara).


Berzikir merupakan suatu ibadah mengingati Allah Subhanahuwata'ala sama ada melalui lisan ataupun melalui jantung hati. Zikir menerusi lidah meliputi istighfar, berdoa, berselawat ke atas Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam, tasbih, tahmid, takbir, tahlil, pembacaan Al-Quran dan seumpamanya.


Membaca Al-Quran juga turut termasuk dalam kategori perbuatan zikrullah. Ini kerana menurut sebahagian mufassirin yang menafsirkan perkataan zikir yang terdapat di dalam Al-Quran sebagai pembacaan Al-Quran. Antaranya seperti yang disebutkan dalam firman Allah Subhanahuwata'ala :


وَمَنْ أَعْرَضَ عَن ذِكْرِي فَإِنَّ لَهُ مَعِيشَةً ضَنكًا وَنَحْشُرُهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَعْمَىٰ


Maksudnya : Dan sesiapa yang berpaling dari mengingati-Ku maka buat dirinya kehidupan yang sempit dan Kami akan bangkitkan dia pada hari kiamat kelak dalam keadaan buta"Surah Ta Ha ayat 124.


Manakala, berzikir di dalam hati dalam erti kata berfikir tentang Allah Subhanahuwata'ala ini boleh difahami dengan dua maksud dan cara:


Pertamanya, seseorang itu memikirkan tentang zat dan sifat Allah Subhanahuwata'ala dan mengenangkan kekuasaan serta kebesaran-Nya 


Keduanya seseorang itu memikirkan tentang Allah Subhanahuwata'ala dalam erti kata dia berzikir kepada-Nya. Dengan erti kata lain iaitu dengan menggerak-gerakkan lisan dan dengan bersuara, iaitu tahap minima didengar oleh diri sendiri


Dimana, kedua-duanya adalah suatu sunnah yang dituntut di sisi syarak dan akan memberikan ganjaran pahala yang besar kepada para pelakunya.


Pada hal yang pertama, seseorang itu memikirkan tentang zat dan sifat Allah Subhanahuwata'ala dan mengenangkan kekuasaan serta kebesaran-Nya. Terdapat sebuah riwayat daripada Ibn Abbas R.A bahawa Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam bersabda:


تفكروا في خلق الله ولا تتفكروا في الله


Maksudnya: Berfikirlah kamu tentang makhluk Allah dan janganlah kamu berfikir tentang Allah".Riwayat Abu Nu’aim, Hilyah Al-Awliya’


Hadith  menunjukkan bahawa adalah dituntut untuk memikirkan tentang makhluk-makhluk ciptaan Allah supaya dengan cara tersebut dapat menambahkan keyakinan dalam beriman kepada Allah Subhahanuwata'ala. Yang mana,  hadith di atas membawa maksud yang sama dengan beberapa firman Allah di dalam al-Quran dalam menjelaskan tuntutan meneliti dan memikirkan ciptaan Allah. Antaranya:


قُلْ سِيرُوا فِي الْأَرْضِ فَانظُرُوا كَيْفَ بَدَأَ الْخَلْقَ


Maksudnya: (Katakanlah wahai Muhammad), berjalanlah kamu semua di atas muka bumi dan perhatikanlah bagaimana Allah memulakan penciptaan sesuatu ?.Surah Al-Ankabut ayat 20.


Justeru kerana, dengan memikirkan tentang penciptaan makhluk-makhluk Allah Subhahanuwata'ala, maka dapat membantu seseorang itu untuk menambah keyakinan dan keimanan akan kekuasaan Allah. Ini sebagaimana yang disebutkan dalam firman Allah Subhahanuwata'ala:


إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِّأُولِي الْأَلْبَابِ الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَٰذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ


Maksudnya: Sesungguhnya pada penciptaan langit-langit dan juga bumi serta pertukaran malam kepada siang, nescaya terdapat padanya tanda-tanda kebesaran Allah bagi golongan ulul albab. Iaitu golongan yang sentiasa mengingati Allah dalam keadaan berdiri, duduk, serta berbaring dan mereka memikirkan kepada penciptaan langit-langit dan juga bumi lalu mengatakan ‘’Wahai Tuhan kami, tidaklah Kau menciptakan kesemuanya ini secara sia-sia, maha suci Kamu maka peliharalah kami dari azab api neraka’’.Surah Ali Imran ayat 191.


Begitu juga firman Allah Subhahanuwata'ala:


وَفِي أَنفُسِكُمْ ۚ أَفَلَا تُبْصِرُونَ


Maksudnya: Dan pada diri kamu, apakah kamu tidak memikirkannya.Surah Al-Dzariyat ayat 28.


Juga firman Allah Subhahanuwata'ala :


وَاذْكُر رَّبَّكَ فِي نَفْسِكَ تَضَرُّعًا وَخِيفَةً


Maksudnya : Dan ingatlah Tuhan kamu di dalam diri kamu secara rendah diri dan penuh rasa takut".Surah Al-A’raaf ayat 205.


Perasaan rendah diri dan perasaan takut itu dihadirkan bersama dengan mengingati Allah Subhahanuwata'ala di dalam hati. Ini bertepatan dengan apa yang difirmankan oleh Allah Subhahanuwata'ala :


وَلِمَنْ خَافَ مَقَامَ رَبِّهِ جَنَّتَانِ


Maksudnya : Buat mereka yang takutkan maqam Tuhan mereka, ganjaran dua syurga".Surah Ar-Rahman ayat 46.


Berdasarkan  kepada kenyataan-kenyataan di atas, maka dapat difahami bahawa zikir di dalam hati merujuk kepada mengingati Allah Subhahanuwata'ala serta merasai kebesaran dan ketinggian kedudukan Allah Subhahanuwata'ala di dalam jiwanya yang membawa dirinya kepada sikap rendah diri, serta takut kepada Allah Subhahanuwata'ala.


Walaupun begitu umat Islam dilarang untuk memikirkan tentang zat Allah Subhahanuwata'ala disebabkan keterbatasan akal fikiran yang terhad. Umpama seseorang Yang cuba memikirkan bagaimanakah rupa bentuk Allah, adakah Allah berjirim atau berjisim, maka hal-hal seperti ini adalah dilarang di sisi syarak. Sebagaima Allah Subhahanuwata'ala menjelaskan dalam firman-Nya:


لَيْسَ كَمِثْلِهِ شَيْءٌ ۖ وَهُوَ السَّمِيعُ الْبَصِيرُ


Maksudnya: Tidak ada sesuatu yang semisal dengan Allah. Dia adalah Tuhan yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

Al-Syura ayat 11.


Pada hal yang kedua pula iaitu cara berzikrullah(mengingati Allah di dalam hati) menerusi zikir-zikir dan juga pembacaan Al-Quran(tadabbur) maka hal sebegini adalah suatu kebaikan yang disyariatkan. Terdapat banyak anjuran dan galakan mengingati Allah Subhahanuwata'ala seperti yang disebutkan di dalam Al-Quran dan juga hadith-hadith yang sahih.


الَّذِينَ آمَنُوا وَتَطْمَئِنُّ قُلُوبُهُم بِذِكْرِ اللَّهِ ۗ أَلَا بِذِكْرِ اللَّهِ تَطْمَئِنُّ الْقُلُوبُ


Maksudnya: Dan golongan yang beriman itu tenang jantung hati mereka dengan mengingati Allah dan ketahuilah bahawa dengan mengingati Allah jantung hati akan berasa tenang. Surah Ar-Ra’d ayat 28.


Manakala terdapat hadith yang menceritakan antara tujuh golongan yang akan mendapat naungan Allah Subhahanuwata'ala di hari akhirat kelak adalah seperti yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam bersabda:


وَرَجُلٌ ذَكَرَ اللَّهَ خَالِيًا فَفَاضَتْ عَيْنَاهُ


Maksudnya: Dan seorang lelaki yang mengingati Allah dalam keadaan bersendirian lalu berlinanglah kedua matanya".Riwayat Al-Bukhari (1423)


No comments:

Post a Comment

Guru, Ustaz selaku pendidik serta kelebihannya dan tanggungjawab pelajar atau murid terhadap gurunya.

Guru, Ustaz selaku pendidik serta kelebihannya dan tanggungjawab pelajar atau murid terhadap gurunya. Profesion sebagai seorang guru adalah ...