Sunday, December 20, 2020

Anjuran berzikir dalam berbagai keadaan. Hukum membaca al-Quran dan berzikir dalam keadaan haid, nifas dan junub.

Anjuran berzikir dalam berbagai keadaan. Hukum membaca al-Quran dan berzikir dalam keadaan haid, nifas dan junub. 

Allah Subhanahuwata’ala berfirman,


إِنَّ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ وَاخْتِلَافِ اللَّيْلِ وَالنَّهَارِ لَآيَاتٍ لِأُولِي الْأَلْبَابِ

الَّذِينَ يَذْكُرُونَ اللَّهَ قِيَامًا وَقُعُودًا وَعَلَىٰ جُنُوبِهِمْ وَيَتَفَكَّرُونَ فِي خَلْقِ السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَٰذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ


Maksudnya:"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal,(iaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka". Ali Imran ayat 190-191.


Qatadah rahimahullah mengatakan, “Inilah keadaanmu wahai manusia. Ingatlah Allah ketika berdiri. Jika tidak mampu, ingatlah Allah ketika duduk. Jika tidak mampu, ingatlah Allah ketika berbaring. Inilah keringanan dan kemudahan dari Allah". Lihat Tafsir Az-Zahrawain, hlm. 846.


Allah Subhanahuwata'ala menjelaskan sifat-sifat orang-orang yang berakal(أُولِي الْأَلْبَابِ) itu,bahawa mereka adalah,”orang-orang yang mengingat Allah” pada segala keadaan mereka,”sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring,” Ini mencakupi segala perkataan zikir dan hati,dan termasuk hal itu adalah solat dalam keadaan berdiri,bila tidak mampu,maka dengan,duduk,dan bila tidak mampu, maka dengan berbaring,dan bahawa mereka”memikirkan tantang penciptaan langit dan bumi.”maksudnya,agar mereka menjadikanya sebagai dalil atas maksud darinya. Ini menujukan bahawa berfikir adalah ibdah dan merupakan salah satu sifat dari sifat-sifat wali Allah yang berilmu.Apabila mereka memikirkanya, nescaya mereka mengetahui bahawa Allah tidaklah menciptakan mereka dengan sia-sia.Maka mereka berkata”

رَبَّنَا مَا خَلَقْتَ هَٰذَا بَاطِلًا سُبْحَانَكَ فَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Ya Tuhan Kami,tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia,MahaSuci Engkau”dari segalah hal yang tidak patut bagi keagungngan-Mu dengan kebenaran kerana kebenaran.Akan tetapi engkau menciptakan semua itu dengan mengandung kebenaran,”maka peliharalah kami dari seksa neraka,” dengan melindungi kami dari keburukan-keburukan dan engkau bimbing kami kepada amalan-amalan soleh hingga dengan itu semua kami memperoleh keselamatan dari api nereka.Dan hal itu mengandung permohonan masuk syurga, kerana bila Allah memelihara mereka dari seksa nereka, nescaya mereka memperoleh syurga. Tetapi pada saat rasa takut muncul pada hati mereka,nescaya mereka memohon kepada Allah dengan perkara-perkara yang paling penting bagi mereka". Lihat An-Nafahat Al-Makkiyah


Sabda Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam, 


وَعَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا ، قَالَتْ : كَانَ رَسُوْلُ اللهِ – صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – يَذْكُرُ اللهَ عَلَى كُلِّ أَحْيَانِهِ . رَوَاهُ مُسْلِمٌ


Maksudnya:"Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha berkata, “Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam selalu berzikir (mengingat) Allah pada setiap waktunya.” Riwayat Bukhari (19) dan Muslim (737)


Fekah Hadith, 


1-Zikir boleh dilakukan dalam keadaan apa pun sesuai dengan keadaan seseorang.

 

2-Seorang muslim yang baik adalah yang tidak lalai dari berzikir kepada Allah dalam setiap keadaan.


Hadith ini juga menjadi dalil bagi sebahagian ulama seperti ulama Malikiyyah mengenai bolehnya membaca Al-Qur’an bagi wanita haid dan nifas. 


Inilah pendapat ulama’ Malikiyyah mengikut riwayat yang sahih iaitu dibolehkan untuk memegang al-Qur’an bagi wanita yang haid dan dibolehkan juga untuk membacanya dengan tujuan mengajar dan belajar.


Kelonggaran ini hanya diberikan kepada wanita yang dalam keadaan haid sahaja dan bukannya yang sedang berjunub. Ini kerana, hari-hari kedatangan haid itu berlangsung dalam tempoh yang lama. Maka, jika mereka dilarang membaca al-Qur’an, dibimbangi hafazan al-Qur’an mereka akan terluput. Sedangkan, berzikir kepada Allah Subhanahuwata'ala adalah dibolehkan kepada wanita-wanita yang sedang dalam haid.


Ianya juga memberi kemudahan kepada madrasah Tahfiz al-Qur’an untuk meneruskan pengajarannya sehingga para huffaz tidak melupai hafazannya disebabkan terhenti bacaan kerana haid.


Inilah juga pendapat tokoh ulama’ silam seperti Imam al-Bukhari, Imam Ibn Jarir al-Tabari, Ibn al-Munzir, al-Zahiryyah, al-Syaukani, al-San’ani, al-Sya’bi, pendapat Imam al-Syafi’i dalam qaul qadim yang telah dinukilkan oleh Abu Thaur. Antara ulama’ masa kini yang berpegang dengan keharusannya adalah Syeikh Muhammad Soleh al-Uthaymeen, Syeikh al-Azhar Ali Tantawi. (Lihat Tawdhih al-Ahkam min Bulugh al-Maram, Syeikh Abdullah al-Bassam, 1/461)


Matan Syeikh al-Azhar, Syeikh Jad al-Haq Ali Jad al-Haq melalui bukunya Buhuthun wa al-Fatawa. Beliau menyatakan keharusan pelajar wanita yang dalam keadaan haid untuk menghafaz al-Qur’an dan membacanya ketika haid atas faktor peperiksaan atau ujian. Ini disebabkan kerana waktu tersebut adalah terhad dan terbatas. Justeru, kaedah darurat atau masyaqqah amat sesuai digunakan.


Terdapat juga pendapat yang menyatakan bahawa hukum wanita haid adalah sama dengan wanita nifas dalam bab membaca al-Qur’an yang mana wanita tersebut boleh memegang dan membaca al-Qur’an sekiranya wanita tersebut adalah guru atau murid. (Lihat Hasyiyah al-Dusuqi, 1/175)


Sedangkan menurut ulama Hanafiyah, Syafi’iyah, dan Hambali menyatakan haramnya membaca Al-Qur’an bagi wanita haidh dan nifas. Hadith larangan yang menjadi dokongan adalah,


لاَ تَقْرَإِ الْحَائِضُ وَلاَ الْجُنُبُ شَيْئًا مِنَ الْقُرْآنِ


Maksudnya:“Janganlah wanita haidh dan orang junub membaca Al-Qur’an sedikit pun juga. " Riwayat Tirmidzi(131) dan Ibnu Majah(595). 

Hadith ini dhaif di sisi sebahagian ahli ilmu kerana sebahagian riwayatnya Ismail bin Ayyash dari golongan Hijjaz dan riwayatnya daripada mereka adalah dhaif.


Hukum membaca al-Qur'an dalam keadaan junub:


Para ulama empat mazhab sepakat bahawa haram bagi orang yang junub membaca Al-Qur’an. Dalil yang menjadi dokongannya  adalah hadith dari ‘Ali bin Abi Thalib,


أَنَّ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم كَانَ لا يَحْجُبُهُ عَنْ قِرَاءَةِ الْقُرْآنِ شَيْءٌ إِلاَّ أَنْ يَكُونَ جُنُبًا


“Nabi Sallahu'alaihiwasallam tidaklah melarang dari membaca Al-Qur’an sedikit pun juga kecuali dalam keadaan junub". Riwayat Ibnu Hibban, 3:79; Abu Ya’la dalam musnadnya, 1:400. Hasan. 


Abul Hasan Al-Mawardi menyatakan bahawa haramnya membaca Al-Qur’an bagi orang yang junub sudah masyhur di kalangan para sahabat Nabi, sampai hal ini tidak samar lagi bagi mereka baik di kalangan laki-laki mahupun perempuan.” Lihat Al-Hawi Al-Kabir, 1:148.


Bolehkah membaca zikir ketika junub? 


Sabda Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam, 


وَعَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهَا ، قَالَتْ : كَانَ رَسُوْلُ اللهِ – صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – يَذْكُرُ اللهَ عَلَى كُلِّ أَحْيَانِهِ . رَوَاهُ مُسْلِمٌ


Maksudnya:"Dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha berkata, “Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam selalu berzikir (mengingat) Allah pada setiap waktunya.” Riwayat Bukhari (19) dan Muslim (737)


Al-Hafizh Ibnu Rajab rahimahullah dalam Fath Al-Bari-nya berkata, “Ini adalah dalil bahawa zikir tidaklah terhalang kerana hadas dan junub. Namun dalil yang menyatakan ‘Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam selalu berzikir (mengingat) Allah pada setiap waktunya’ bukanlah dalil bahawa membaca Al-Qur’an itu boleh bagi orang yang junub. Kerana zikir disebut secara mutlak bukanlah yang dimaksudkan itu Al-Qur’an.”

No comments:

Post a Comment

Tumbuhnya rambut putih

Tumbuhnya rambut putih Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam pernah mengkhabarkan usia kebanyakan umatnya hanya berkisar antara 60-70 tah...