Sunday, November 29, 2020

Perjalanan ke Syurga( الْجَنَّةِ ). Bercahaya orang Mukmin ke arah hadapan dan kanan.


Perjalanan ke Syurga( الْجَنَّةِ ). Bercahaya orang Mukmin ke arah hadapan dan kanan. 


Ayat berikut adalah kabar berita dari Allah Subhanahuwata'ala kepada seluruh makhluk-Nya, baik orang-orang yang soleh ataupun yang durhaka, Mukmin mahupun orang kafir. Setiap orang akan mendatangi neraka. Ini sudah menjadi ketentuan Allah Subhanahuwata'ala dan janji-Nya kepada para hamba. Tidak ada keraguan tentang terjadinya peristiwa itu. Allah Subhanahuwata'ala pasti akan merealisasikannya. 


وَإِنْ مِنْكُمْ إِلَّا وَارِدُهَا ۚ كَانَ عَلَىٰ رَبِّكَ حَتْمًا مَقْضِيًّا


Maksudnya:"Dan tidak ada seorangpun dari padamu, melainkan mendatangi neraka (وَارِدُهَا) itu. Hal itu bagi Tuhanmu adalah suatu kemestian yang sudah ditetapkan".Maryam ayat 71


Para ulama berbeza pendapat tentang maksud mendatanginya(وَارِدُهَا). Ada yang berpendapat, bahawa maksudnya adalah bahawa semua makhluk mendatanginya sehingga merasakan kecemasan yang dahsyat, lalu Allah menyelamatkan orang-orang yang bertakwa. Ada pula yang berpendapat, bahawa mendatanginya adalah dengan memasukinya, namun bagi orang-orang mukmin terasa dingin dan membawa keselamatan. Ada pula yang berpendapat, bahawa maksud mendatanginya adalah melalui sirath (jambatan yang dibentangkan di atas neraka Jahanam), lalu mereka melintasinya sesuai amal mereka, di antara mereka ada yang melaluinya seperti sekerlip mata, ada pula yang melaluinya seperti angin, ada pula yang melaluinya seperti kuda yang cepat, ada yang melaluinya dengan berlari, ada pula yang melaluinya dengan berjalan, ada pula yang melaluinya dengan merangkak, dan ada pula yang disambar jeruji besi lalu dijatuhkan ke neraka. Semuanya tergantung ketakwaannya.

Tafsir as-Sa'di / Syaikh Abdurrahman bin Nashir as-Sa'di. 


ثُمَّ نُنَجِّي الَّذِينَ اتَّقَوْا وَنَذَرُ الظَّالِمِينَ فِيهَا جِثِيًّا


Maksudnya:"Kemudian Kami akan menyelamatkan orang-orang yang bertakwa dan membiarkan orang-orang yang zalim di dalam neraka dalam keadaan berlutut".Maryam ayat 72.


Ayat yang seterusnya pula menerangkan bahawa orang-orang yang bertakwa berada di hadapan syurga. Mereka melihat segala macam kenikmatan dan kegembiraan yang telah dijanjikan Allah kepada mereka dalam Al-Qur’an, segala macam kenikmatan dan kelazatan tidak ada habisnya, bahkan kekal selama-lamanya. Semua itu sebagai penghargaan kepada orang-orang yang bertakwa.


وَأُزْلِفَتِ الْجَنَّةُ لِلْمُتَّقِينَ غَيْرَ بَعِيدٍ


Maksudnya:"Dan didekatkanlah syurga itu kepada orang-orang yang bertakwa pada tempat yang tiada jauh (dari mereka)".Qaf ayat 31


Menurut Tafsir Ibnu Katsir: وَأُزۡلِفَتِ ٱلۡجَنَّةُ لِلۡمُتَّقِينَ غَيۡرَ بَعِيدٍ Firman Allah Subhanahuwata'ala: Dan didekatkanlah syurga itu kepada orang-orang yang bertakwa pada tempat yang tiada jauh (dari mereka). (Qaf ayat 31) Qatadah dan Abu Malik serta As-Saddi mengatakan bahawa أُزۡلِفَتِ artinya didekatkanlah syurga itu kepada orang-orang yang bertakwa.


غَيۡرَ بَعِيدٍ pada tempat yang tiada jauh (dari mereka). (Qaf ayat 31) Demikian itu terjadi pada hari kiamat. Dan dikatakan, “غَيۡرَ بَعِيدٍ,” yang ertinya ‘tidak jauh’ kerana sesungguhnya hari kiamat itu pasti terjadi, dan setiap yang akan terjadi pengertiannya adalah dekat masanya. Inilah yang dijanjikan kepadamu, (iaitu) kepada setiap hamba yang selalu kembali.


يَوْمَ تَرَى الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ يَسْعَىٰ نُورُهُمْ بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ بُشْرَاكُمُ الْيَوْمَ جَنَّاتٌ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا ۚ ذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ



Maksudnya:"(Iaitu) pada hari ketika kamu melihat orang mukmin laki-laki dan perempuan, sedang cahaya mereka bersinar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, (dikatakan kepada mereka): "Pada hari ini ada berita gembira untukmu, (iaitu) syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, yang kamu kekal di dalamnya. Itulah keberuntungan yang besar". Al-Hadid ayat 12


وَسِيقَ الَّذِينَ اتَّقَوْا رَبَّهُمْ إِلَى الْجَنَّةِ زُمَرًا ۖ حَتَّىٰ إِذَا جَاءُوهَا وَفُتِحَتْ أَبْوَابُهَا وَقَالَ لَهُمْ خَزَنَتُهَا سَلَامٌ عَلَيْكُمْ طِبْتُمْ فَادْخُلُوهَا خَالِدِينَ


Maksudnya:"Dan orang-orang yang bertakwa kepada Tuhan dibawa ke dalam syurga berombong-rombongan (pula). Sehingga apabila mereka sampai ke syurga itu sedang pintu-pintunya telah terbuka dan berkatalah kepada mereka penjaga-penjaganya: "Kesejahteraan (dilimpahkan) atasmu. Berbahagialah kamu! maka masukilah syurga ini, sedang kamu kekal di dalamnya". Az-Zumar ayat 73.


Dan yang pastinya, setelah di hisab dan di putuskan oleh Allah, andaikata kita ke Syurga/الْجَنَّةِ, kita akan di selamatkan dan di pandu-iring masuk ke Syurga/الْجَنَّةِ tanpa kesusahan.


وَأَصْحَابُ الْيَمِينِ مَا أَصْحَابُ الْيَمِينِ


Maksudnya:"Dan golongan kanan, alangkah bahagianya golongan kanan itu.

Al-Waqi'ah ayat 27.


فِي سِدْرٍ مَخْضُودٍ


Maksudnya:"Berada di antara pohon bidara yang tak berduri".Al-Waqi'ah ayat 28.


وَطَلْحٍ مَنْضُودٍ


Maksudnya:"dan pohon pisang yang bersusun-susun (buahnya)".Al-Waqi'ah ayat 29.


وَظِلٍّ مَمْدُودٍ


Maksudnya:"dan naungan yang terbentang luas", Al-Waqi'ah ayat 30


وَمَاءٍ مَسْكُوبٍ


Maksudnya:"dan air yang tercurah",Al-Waqi'ah ayat 31


وَفَاكِهَةٍ كَثِيرَةٍ


Maksudnya:"dan buah-buahan yang banyak", Al-Waqi'ah ayat 32


لَا مَقْطُوعَةٍ وَلَا مَمْنُوعَةٍ



Maksudnya:"yang tidak berhenti (berbuah) dan tidak terlarang mengambilnya".Al-Waqi'ah ayat 33


وَفُرُشٍ مَرْفُوعَةٍ


Maksudnya:"dan tilam-tilam yang tebal lagi empuk". Al-Waqi'ah 34.


إِنَّا أَنْشَأْنَاهُنَّ إِنْشَاءً


Maksudnya:"Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung". Al-Waqi'ah ayat 35.


فَجَعَلْنَاهُنَّ أَبْكَارًا


Maksudnya:"dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan". Al-Waqi'ah ayat 36.


عُرُبًا أَتْرَابًا


Maksudnya:"penuh cinta lagi sebaya umurnya".Al-Waqi'ah ayat 37.


لِأَصْحَابِ الْيَمِينِ


Maksudnya:"(Kami ciptakan mereka) untuk golongan kanan". Al-Waqi'ah ayat 37.



Friday, November 20, 2020

Mahsyar: Kitab Catatan Amalan , Amalan Di Timbang dan di Hitung atau di Hisab, kemudian di Putuskan. Tiada siapa menanggung dosa orang lain.

Mahsyar: Kitab Catatan Amalan , Amalan Di Timbang dan di Hitung atau di Hisab, kemudian di Putuskan. Tiada siapa menanggung dosa orang lain. 

Semua catatan yang termuat dalam Kitab catatan itu sangat tepat sebagai bukti kerana apa yang tercatat dalam kitab itu merupakan rakaman dari amal perbuatan mereka. Seolah-olah mereka sendirilah yang membuat catatan-catatan itu.

Manusia tidak dapat mengingkari catatan-catatan itu, kerana pencatatnya adalah para malaikat yang memang ditunjuki oleh Allah, yang pekerjaannya khusus mencatat amal perbuatan manusia. Itulah sebabnya maka Allah Subhanahuwata'ala menegaskan bahawa cukuplah pada hari itu diri mereka sendiri sebagai penghisab amal perbuatan mereka.


اقْرَأْ كِتَابَكَ كَفَىٰ بِنَفْسِكَ الْيَوْمَ عَلَيْكَ حَسِيبًا


Maksudnya:"Bacalah kitabmu, cukuplah dirimu sendiri pada waktu ini sebagai penghisab terhadapmu". Al-Isra' Ayat 14.


Menurut Tafsir Ibnu Katsir: Oleh kerana itu, Allah berfirman: اقْرَأْ كِتَابَكَ كَفَى بِنَفْسِكَ الْيَوْمَ عَلَيْكَ حَسِيبًا (Bacalah kitabmu, cukuplab dirimu sendiri pada waktu ini sebagai penghisab terhadapmu) Ertinya, sesungguhnya kamu akan mengetahui bahawa kamu tidak dizalimi dan tidak pula dituliskan di dalam kitab itu kecuali apa yang pernah kamu kerjakan, kerana semua yang pernah kamu kerjakan pasti akan disebutkan.


Ini juga bermaksud, dengan melihat Kitab catatan  amalan itu,  maka setiap diri boleh faham apakah keputusan darinya. Samaada bahagia atau celaka. 


وَنَضَعُ الْمَوَازِينَ الْقِسْطَ لِيَوْمِ الْقِيَامَةِ فَلَا تُظْلَمُ نَفْسٌ شَيْئًا ۖ وَإِنْ كَانَ مِثْقَالَ حَبَّةٍ مِنْ خَرْدَلٍ أَتَيْنَا بِهَا ۗ وَكَفَىٰ بِنَا حَاسِبِينَ


Maksudnya:"Kami akan memasang timbangan yang tepat pada hari kiamat, maka tiadalah dirugikan seseorang barang sedikitpun. Dan jika (amalan itu) hanya seberat biji sawipun pasti Kami mendatangkan (pahala)nya. Dan cukuplah Kami sebagai pembuat perhitungan. Al-Anbiya ayat 47


Menurut Tafsir Ibnu Katsir: Firman-Nya: وَنَضَعُ الْمَوَازِينَ الْقِسْطَ لِيَوْمِ الْقِيَامَةِ فَلَا تُظْلَمُ نَفْسٌ شَيْئًا (“Kami akan memasang timbangan yang tepat pada bari Kiamat, maka tiadalah dirugikan seseorang barang sedikit pun,”) laitu Kami memasang timbangan keadilan pada hari Kiamat. Pendapat terbanyak menyatakan bahawa timbangan itu hanyalah timbangan. Kalimatnya jamak, ditinjau dari banyaknya amal-amal yang ditimbang di dalamnya.


Firman-Nya: فَلَا تُظْلَمُ نَفْسٌ شَيْئًا وَإِن كَانَ مِثْقَالَ حَبَّةٍ مِّنْ خَرْدَلٍ أَتَيْنَا بِهَا وَكَفَى بِنَا حَاسِبِينَ (“Maka tiadalah dirugikan seseorang barang sedikit pun. Dan jika amalan itu hanya seberat sawi pun pasti Kami mendatangkan pahalanya. Dan cukuplah Kami sebagal pembuat perhitungan”).


Dengan tegas Allah menyatakan dalam ayat ini, bahawa dalam menilai perbuatan hamba-Nya kelak di hari Kiamat. Allah akan menegakkan neraca keadilan yang benar-benar adil, sehingga tidak seorang pun akan dirugikan dalam penilaian itu.


Maksudnya penilaian itu akan dilakukan setepat-tepatnya, sehingga tidak akan ada seorang hamba yang amal kebaikannya akan dikurangi sedikit pun, sehingga menyebabkan pahalanya dikurangi dari yang semestinya ia terima. Sebaliknya tidak seorang pun di antara mereka yang kejahatannya dilebih-lebihkan, sehingga menyebabkan ia mendapat azab yang lebih berat daripada yang semestinya, walaupun Allah kuasa berbuat demikian.


Adapun memberikan pahala yang berlipat ganda dari jumlah kebaikannya atau menimpakan azab yang lebih ringan dari kejahatannya adalah terserah kepada kehendak Allah, dan Allah adalah Maha Pengasih dan Maha Penyayang.


Dalam keadilan Allah dijelaskan bahawa semua kebajikan manusia, betapapun kecilnya nescaya dibalas-Nya dengan pahala, dan semua kejahatannya betapapun kecilnya nescaya dibalas-Nya dengan azab atau siksa-Nya. Dalam hubungan ini, Allah berfirman dalam ayat yang lain:


فَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ خَيْرًا يَرَهُ. وَمَنْ يَعْمَلْ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ شَرًّا يَرَهُ


Maksudnya:"Barangsiapa yang mengerjakan kebaikan seberat zarrahpun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya.Dan barangsiapa yang mengerjakan kejahatan sebesar zarrahpun, nescaya dia akan melihat (balasan)nya pula". Al-Zalzalah ayat 7-8.


Kemampuan teknologi saat ini telah mampu mencatat segala peristiwa dengan teliti dan menyimpan dalam waktu yang lama, apalagi kemampuan Allah.


Pada akhir ayat ini Allah menegaskan bahawa cukuplah Dia sebagai saksi pembuat perhitungan yang paling adil. Ini merupakan jaminan bahawa penilaian yang akan dilakukan terhadap segala perbuatan hamba-Nya akan dilakukan-Nya kelak di hari perhitungan dengan penilaian yang seadil-adilnya, sehingga tidak seorang pun hamba yang dirugikan atau dianiaya ketika menerima pahala dari kebaikannya atau menerima azab dari kejahatan yang telah dilakukannya.


وَالْوَزْنُ يَوْمَئِذٍ الْحَقُّ ۚ فَمَنْ ثَقُلَتْ مَوَازِينُهُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ


Maksudnya:"Timbangan pada hari itu ialah kebenaran (keadilan), maka barangsiapa berat timbangan kebaikannya, maka mereka itulah orang-orang yang beruntung". Al-A'raf ayat 8


فَأَمَّا مَنْ ثَقُلَتْ مَوَازِينُهُ



Majsudnya:"Dan adapun orang-orang yang berat timbangan (kebaikan)nya". Al-Qari'ah ayat 6


فَمَنْ ثَقُلَتْ مَوَازِينُهُ فَأُولَٰئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ


Maksudnya:"Barangsiapa yang berat timbangan (kebaikan)nya, maka mereka itulah orang-orang yang dapat keberuntungan". Al-Mu'minun ayat 102.


وَمَنْ خَفَّتْ مَوَازِينُهُ فَأُولَٰئِكَ الَّذِينَ خَسِرُوا أَنْفُسَهُمْ بِمَا كَانُوا بِآيَاتِنَا يَظْلِمُونَ


Maksudnya:"Dan siapa yang ringan timbangan kebaikannya, maka itulah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri, disebabkan mereka selalu mengingkari ayat-ayat Kami". Al-A'raf ayat 9


وَأَمَّا مَنْ خَفَّتْ مَوَازِينُهُ


Maksudnya:"Dan adapun orang-orang yang ringan timbangan (kebaikan)nya.!Al-Qari'ah ayat 8


وَمَنْ خَفَّتْ مَوَازِينُهُ فَأُولَٰئِكَ الَّذِينَ خَسِرُوا أَنْفُسَهُمْ فِي جَهَنَّمَ خَالِدُونَ


Maksudnya:"Dan barangsiapa yang ringan timbangannya, maka mereka itulah orang-orang yang merugikan dirinya sendiri, mereka kekal di dalam neraka Jahannam". Al-Mu'minun ayat 103.


Tiada siapa menanggung dosa orang lain. 


Ayat yang seterusnya pula menerangkan bahawa barangsiapa berada di atas petunjuk dan mengikuti jalan kebenaran, maka sesungguhnya pahala perbuatan itu hanya kembali kepadanya. Dan barangsiapa melencong dan mengikuti jalan kebatilan, maka sesungguhnya seksaan akibat perbuatan itu hanya kembali kepadanya saja.


Tidak ada jiwa yang berbuat dosa yang menanggung dosa jiwa lain yang berbuat dosa, Dan Allah tidaklah menyeksa seseorang kecuali setelah tegak baginya hujjah-hujjah dengan diutusnya para rasul dan diturunkannya kitab-kitab.


مَنِ اهْتَدَىٰ فَإِنَّمَا يَهْتَدِي لِنَفْسِهِ ۖ وَمَنْ ضَلَّ فَإِنَّمَا يَضِلُّ عَلَيْهَا ۚ وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ أُخْرَىٰ ۗ وَمَا كُنَّا مُعَذِّبِينَ حَتَّىٰ نَبْعَثَ رَسُولًا


Maksudnya:" Barangsiapa yang berbuat sesuai dengan hidayah (Allah), maka sesungguhnya dia berbuat itu untuk (keselamatan) dirinya sendiri; dan barangsiapa yang sesat maka sesungguhnya dia tersesat bagi (kerugian) dirinya sendiri. Dan seorang yang berdosa tidak dapat memikul dosa orang lain, dan Kami tidak akan mengazab sebelum Kami mengutus seorang rasul". Al-Isra' ayat 15.


Menurut Tafsir Ibnu Katsir: Allah memberitahukan bahawa barangsiapa berbuat sesuai dengan petunjuk dan mengikuti kebenaran serta mengikuti jejak kenabian, maka yang demikian itu akan berakhir dengan hasil yang terpuji bagi dirinya sendiri.


وَمَن ضَلَّ (Dan barangsiapa yang sesat) yakni menyimpang dari kebenaran serta keluar dari jalan petunjuk, berarti ia telah berbuat jahat terhadap dirinya sendiri, dan akibatnya juga akan kembali pada dirinya sendiri.


Setelah itu, Allah Ta’ala berfirman: وَلَا تَزِرُ وَازِرَةٌ وِزْرَ (Dan seorang yang berdosa tidak dapat memikul dosa orang lain) Maksudnya, seseorang tidak akan memikul dosa orang lain, dan tidaklah seseorang itu berbuat jahat melainkan akan berakibat pada dirinya sendiri.


Maka sesungguhnya para penyeru, yang mereka pikul itu adalah dosa kesesatan mereka sendiri, dan dosa lainnya adalah yang disebabkan oleh tindakan mereka menyesatkan orang yang tidak menyedari bahawa dirinya disesatkan tanpa mengurangi sedikit pun dosa mereka itu, dan mereka sama sekali tidak akan pernah dipikulkan dosanya oleh orang lain. Dan demikian itu merupakan bentuk keadilan Allah dan rahmat-Nya kepada hamba-hamba-Nya secara keseluruhan.


Demikian halnya dengan firman Allah Ta’ala: وَمَا كُنَّا مُعَذِّبِينَ حَتَّى نَبْعَثَ رَسُولًا (Dan Kami tidak akan mengazab sebelum Kami mengutus seorang Rasul) Yang demikian itu merupakan pemberitahuan tentang keadilan Allah, di mana Dia tidak akan pernah mengazab seorang pun melainkan setelah disampaikannya hujjah kepadanya, yakni dengan pengutusan Rasul kepadanya.


Dalam ayat ini, Allah Subhanahuwata'ala menegaskan bahawa barang siapa yang berbuat sesuai dengan hidayah Allah dan tuntunan Rasulullah, iaitu melaksanakan perintah-perintah-Nya dan menjauhi larangan-larangan-Nya, bererti dia telah berbuat untuk menyelamatkan dirinya sendiri. Ia akan memperoleh catatan tentang amal perbuatan baiknya di dalam kitabnya.


Ia akan merasa bahagia kerana akan mendapatkan keredhaan Allah, dan menerima imbalan yang berlimpah, iaitu syurga dengan berbagai kenikmatan yang serba menyenangkan. Akan tetapi, barangsiapa yang sesat, iaitu orang yang menyimpang dari bimbingan Al-Qur’an, akan mengalami kerugian.


Ia akan mendapatkan catatan tentang amal perbuatan buruknya di dalam kitab itu. Ia akan merasakan penyesalan yang tidak ada gunanya dan akan dimasukkan ke dalam neraka, sebagai balasan yang layak baginya.



Saturday, November 14, 2020

Mahsyar: Buku Catatan terbuka, Di beri Buku Catatan Sijjin atau 'Illiyyin,menerima Buku Catatan dengan tangan kanan atau kiri serta belakang.

Mahsyar: Buku Catatan terbuka, Di beri Buku Catatan Sijjin atau 'Illiyyin,menerima Buku Catatan dengan tangan kanan atau kiri serta belakang. 

Allah menyatakan firman-Nya kepada seluruh umat manusia bahawa kitab-kitab yang memuatkan catatan amal perbuatan itu adalah kitab yang benar, tidak ada suatu pun kesalahan terdapat di dalamnya, dibuat atas dasar perintah Allah Yang Maha kuasa, yang menjadi dasar pertimbangan untuk menentukan keputusan bagi umat manusia.


Allah juga menyatakan bahawa pada saat seseorang itu hidup di dunia, telah diarahkan para pencatat mencatat amal perbuatan, baik perbuatan yang baik mahupun perbuatan yang buruk. Catatan itu tidak mungkin salah kerana dibuat dengan berdasarkan ketelitian yang tinggi sebagai alat bukti yang tidak dapat diragukan kebenarannya, 


هَٰذَا كِتَابُنَا يَنْطِقُ عَلَيْكُمْ بِالْحَقِّ ۚ إِنَّا كُنَّا نَسْتَنْسِخُ مَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ


Maksudnya:"(Allah berfirman): "Inilah kitab (catatan) Kami yang menuturkan terhadapmu dengan benar. Sesungguhnya Kami telah menyuruh mencatat apa yang telah kamu kerjakan".Al-Jasiyah ayat 29.


Menurut Tafsir Ibnu Katsir: Semakna dengan apa yang disebutkan oleh firman-Nya: 


يُنَبَّأُ الْإِنْسَانُ يَوْمَئِذٍ بِمَا قَدَّمَ وَأَخَّرَ. بَلِ الْإِنْسَانُ عَلَىٰ نَفْسِهِ بَصِيرَةٌ. وَلَوْ أَلْقَىٰ مَعَاذِيرَهُ


Maksudnya:"Pada hari itu diberitakan kepada manusia apa yang telah dikerjakannya dan apa yang dilalaikannya. Bahkan manusia itu menjadi saksi atas dirinya sendiri, meskipun dia mengemukakan alasan-alasannya". Al-Qiyamah ayat 13-15.

Kerana itulah disebutkan dalam surah ini oleh firman-Nya: Allah berfirman,


“هَٰذَا كِتَابُنَا يَنْطِقُ عَلَيْكُمْ بِالْحَقِّ ۚ إِنَّا كُنَّا نَسْتَنْسِخُ مَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ


Maksudnya:"(Allah berfirman): "Inilah kitab (catatan) Kami yang menuturkan terhadapmu dengan benar. Sesungguhnya Kami telah menyuruh mencatat apa yang telah kamu kerjakan".Al-Jasiyah ayat 29.


Iaitu mencatat semua amal perbuatan kalian tanpa ditambahi dan tanpa dikurangi. Semakna dengan apa yang disebutkan oleh firman-Nya: 


Dan diletakkanlah kitab, lalu kamu akan melihat orang-orang yang bersalah ketakutan terhadap apa yang (tertulis) di dalamnya, dan mereka berkata, “Aduhai, celaka kami.


وَوُضِعَ الْكِتَابُ فَتَرَى الْمُجْرِمِينَ مُشْفِقِينَ مِمَّا فِيهِ وَيَقُولُونَ يَا وَيْلَتَنَا مَالِ هَٰذَا الْكِتَابِ لَا يُغَادِرُ صَغِيرَةً وَلَا كَبِيرَةً إِلَّا أَحْصَاهَا ۚ وَوَجَدُوا مَا عَمِلُوا حَاضِرًا ۗ وَلَا يَظْلِمُ رَبُّكَ أَحَدًا


Maksudnya:"Dan diletakkanlah kitab, lalu kamu akan melihat orang-orang bersalah ketakutan terhadap apa yang (tertulis) di dalamnya, dan mereka berkata: "Aduhai celaka kami, kitab apakah ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak (pula) yang besar, melainkan ia mencatat semuanya; dan mereka dapati apa yang telah mereka kerjakan ada (tertulis). Dan Tuhanmu tidak menganiaya seorang juapun". Al-Kahfi ayat 49. 


Firman Allah Subhanahuwata'ala:


هَٰذَا كِتَابُنَا يَنْطِقُ عَلَيْكُمْ بِالْحَقِّ ۚ إِنَّا كُنَّا نَسْتَنْسِخُ مَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ


Maksudnya:"(Allah berfirman): "Inilah kitab (catatan) Kami yang menuturkan terhadapmu dengan benar. Sesungguhnya Kami telah menyuruh mencatat apa yang telah kamu kerjakan".Al-Jasiyah ayat 29.

Yakni sesungguhnya kami telah memerintahkan kepada para malaikat pencatat amal perbuatan untuk mencatat semua amal perbuatan kalian. Ibnu Abbas dan lain-lainnya mengatakan bahawa para malaikat mencatat amal perbuatan hamba-hamba Allah, kemudian para malaikat itu membawa naik ke langit catatan-catatan tersebut.


Ketahuilah! Dunia bukan akhir perjalanan manusia, sehingga seluruh tujuannya hanya terfokuskan pada kepentingan duniawi sahaja. Melainkan catatan seluruh amal perbuatan akan dikalungkan di leher manusia. Di Hari Kiamat kelak, seluruh catatan amal perbuatan manusia akan terbuka dan dapat disaksikan oleh orang lain. Kelak manusia harus mempertanggungjawabkan atas seluruh perbuatannya, 


وَكُلَّ إِنْسَانٍ أَلْزَمْنَاهُ طَائِرَهُ فِي عُنُقِهِ ۖ وَنُخْرِجُ لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ كِتَابًا يَلْقَاهُ مَنْشُورًا. اقْرَأْ كِتَابَكَ كَفَىٰ بِنَفْسِكَ الْيَوْمَ عَلَيْكَ حَسِيبًا


Maksudnya:"Dan tiap-tiap manusia itu telah Kami tetapkan amal perbuatannya (sebagaimana tetapnya kalung) pada lehernya. Dan Kami keluarkan baginya pada hari kiamat sebuah kitab yang dijumpainya terbuka. Bacalah kitabmu, cukuplah dirimu sendiri pada waktu ini sebagai penghisab terhadapmu". Al-Isra' ayat 13-14


Menurut Tafsir Ibnu Katsir: Setelah menceritakan tentang waktu dan berbagai amal perbuatan anak cucu Adam yang terjadi pada kisaran waktu tersebut, Allah berfirman:

وَكُلَّ إِنسَانٍ أَلْزَمْنَاهُ طَائِرَهُ فِي عُنُقِهِ (Maksudnya:"Dan tiap-tiap manusia itu telah Kami tetapkan amal perbuatannya [sebagaimana tetapnya kalung] pada lehernya) Yang dimaksud dengan kata طَائِرَهُ di sini adalah amal perbuatan yang pernah dikerjakan.

Sebagaimana yang dikatakan oleh Ibnu ‘Abbas, Mujahid dan lain-lain, yakni perbuatan baik mahupun buruk. Dia akan menetapkannya dan kemudian memberikan ganjaran atasnya.

Dan firman-Nya: وَنُخْرِجُ لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ كِتَابًا يَلْقَاهُ مَنشُورًا (Maksudnya:"Dan Kami keluarkan baginya pada hari Kiamat sebuah kitab yang dijumpainya terbuka) Maksudnya, Kami kumpulkan untuknya semua amal perbuatannya dalam sebuah kitab yang akan diberikan pada hari Kiamat kelak, baik dengan tangan kanan jika ia seorang yang bahagia, atau dengan tangan kiri jika ia seorang yang celaka. Kata مَنشُورًا bererti terbuka, yang ia atau orang lain dapat membacanya langsung semua amalnya dari sejak awal umurnya sampai akhir hayatnya.


Allah Subhanahuwata'ala menjelaskan bahawa masing-masing manusia dicatat amal perbuatannya dalam suatu buku catatan dan tetap tercatat di dalamnya seperti kalung yang tetap berada di leher mereka. Amal perbuatan tersebut mencakupi amal baik dan amal buruk, besar mahupun kecil, yang diperbuat manusia atas dasar pilihannya sendiri. Catatan itu akan tetap terpelihara, tidak akan hilang atau terhapus, dan selalu dinisbahkan kepada seseorang.


Menurut Tafsir Ibnu Katsir: Oleh kerana itu, Allah berfirman: اقْرَأْ كِتَابَكَ كَفَى بِنَفْسِكَ الْيَوْمَ عَلَيْكَ حَسِيبًا (Maksudnya:"Bacalah kitabmu, cukuplah dirimu sendiri pada waktu ini sebagai penghisab terhadapmu) Ertinya, sesungguhnya kamu akan mengetahui bahawa kamu tidak dizalimi dan tidak pula dituliskan di dalam kitab itu kecuali apa yang pernah kamu kerjakan, kerana semua yang pernah kamu kerjakan pasti akan disebutkan.

Tidak ada seorang pun yang lupa terhadap apa yang dulu pemah dikerjakannya. Dan setiap orang dapat membaca kitabnya, baik ia seorang yang dapat membaca mahupun yang tidak dapat membaca (buta huruf).


Ayat 13-14 dari surah Al-Isra' ini menjelaskan bahawa pada hari kiamat, manusia tidak dapat memungkiri catatan-catatan itu, kerana pencatatnya adalah para malaikat yang memang ditunjuk oleh Allah, yang pekerjaannya khusus mencatat amal perbuatan manusia. Itulah sebabnya maka Allah Subhanahuwata'ala menegaskan di akhir ayat bahawa cukuplah pada hari itu diri mereka sendiri sebagai penghisab amal perbuatan mereka.


Maksudnya semua catatan yang termuat dalam kitab itu cukup tepat sebagai bukti, kerana apa yang tercatat dalam kitab itu merupakan rakaman dari amal perbuatan mereka. Seolah-olah mereka sendirilah yang membuat catatan-catatan itu.


Ayat yang berikut dari surah al-Muthaffifin pula menjelaskan bahawa orang-orang yang tidak percaya terhadap hari kebangkitan dimana perbuatan mereka harus dipertanggungjawabkan. Mereka tidak boleh menghindari hukuman Allah kerana masing-masing manusia diawasi oleh malaikat yang mencatat semua perbuatannya .


Di beri Buku Catatan dari Sijjin ( سجين)


Buku catatan orang-orang yang durhaka kepada Allah akan disimpan di سِجِّينٍ, yaitu kitab yang tertulis. Di dalamnya tercatat kejahatan dan kedurhakaan manusia. Catatan-catatan inilah yang akan dijadikan takaran untuk menghisab mereka.


كَلَّا إِنَّ كِتَابَ الْفُجَّارِ لَفِي سِجِّينٍ. وَمَا أَدْرَاكَ مَا سِجِّينٌ. كِتَابٌ مَرْقُومٌ


Maksudnya:"Sekali-kali jangan curang, kerana sesungguhnya kitab orang yang durhaka tersimpan dalam sijjin.Tahukah kamu apakah sijjin itu? (Ialah) kitab yang bertulis". Al-Tatfif Ayat 7-9.


Di dalam hadith Jabir bin Abdullah tentang azab kubur yang sangat panjang disebutkan:


اكتُبُوا كِتَابَ عَبْدي – يعنى الكافر- فِي السِجْين فِي الأِرْضِ السَابِعة السُفلَى


Maksudnya:“Tulislah kitab hamba-Ku - yang kafir ini – di Sijjin yang terletak di lapisan bumi ke tujuh yang paling bawah“ Riwayat Ahmad, Abu Daud, dan al-Hakim di dalam al Mustadrak, beliau berkata :  Hadith ini sahih berdasarkan syarat Bukhari dan Muslim, dan tashih ini disetujui oleh adz-Dzahabi.


Menurut tafsir Tafsir Ibnu Katsir: Dengan haq Allah berfirman: كَلَّآ إِنَّ كِتَٰبَ ٱلۡفُجَّارِ لَفِى سِجِّينٍ (“Sesungguhnya kitab orang yang durhaka tersimpan dalam سِجِّينٍ.”) maksudnya, sesungguhnya tempat kembali dan tempat tinggal mereka adalah neraka sijjin.


Oleh kerana itu urusannya menjadi besar, dimana Allah Subhanahuwata’ala berfirman: وَمَآ أَدۡرَىٰكَ مَا سِجِّينٌ (“Tahukah kamu apakah sijin itu?”). Maksudnya hal itu merupakan suatu masalah yang sangat besar, penjara yang kekal abadi dan azab yang sangat pedih. Kemudian ada beberapa orang yang mengemukakan: “Sijjiin ini berada di lapisan bumi ke tujuh.” Dan yang benar, kata sijjin itu diambil dari kata as-sijn yang bererti tempat yang sempit (penjara). Kerana setiap makhluk ciptaan yang berada lebih rendah maka akan lebih sempit, dan setiap yang lebih tinggi akan lebih luas. Masing-masing dari tujuh lapis langit lebih lebih luas dan lebih tinggi daripada yang berada di bawahnya.


Juga firman Allah Subhanahuwata'ala, 


وَوُضِعَ الْكِتَابُ فَتَرَى الْمُجْرِمِينَ مُشْفِقِينَ مِمَّا فِيهِ وَيَقُولُونَ يَا وَيْلَتَنَا مَالِ هَٰذَا الْكِتَابِ لَا يُغَادِرُ صَغِيرَةً وَلَا كَبِيرَةً إِلَّا أَحْصَاهَا ۚ وَوَجَدُوا مَا عَمِلُوا حَاضِرًا ۗ وَلَا يَظْلِمُ رَبُّكَ أَحَدًا


Maksudnya:"Dan diletakkanlah kitab, lalu kamu akan melihat orang-orang bersalah ketakutan terhadap apa yang (tertulis) di dalamnya, dan mereka berkata: "Aduhai celaka kami, kitab apakah ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak (pula) yang besar, melainkan ia mencatat semuanya; dan mereka dapati apa yang telah mereka kerjakan ada (tertulis). Dan Tuhanmu tidak menganiaya seorang juapun". Al-Kahfi ayat 49


Menurut Tafsir Ibnu Katsir: Firman-Nya: وَوُضِعَ الْكِتَابُ (“Dan diletakkan kitab.”) Yakni, kitab amal perbuatan yang di dalamnya terdapat perbuatan yang mulia dan perbuatan yang hina, yang kecil dan yang besar.

فَتَرَى الْمُجْرِمِينَ مُشْفِقِينَ مِمَّا فِيهِ (“Lalu kamu akan melihat orang-orang yang bersalah ketakutan terhadap apa yang [tertulis] di dalamnya.”) Yakni, berupa amal perbuatan mereka yang jahat lagi buruk.

وَيَقُولُونَ يَا وَيْلَتَنَا (“Dan mereka berkata: ‘Aduhai celaka kami.’”) Maksudnya, sungguh kami sangat merugi dan kecelakaan bagi kami atas kelengahan kami dalam menjalani masa hidup kami.

مَالِ هَذَا الْكِتَابِ لَا يُغَادِرُ صَغِيرَةً وَلَا كَبِيرَةً إِلَّا أَحْصَاهَا (“Kitab apakah ini yang tidak meninggalkan yang kecil dan tidak pula yang besar, melainkan ia mencatat semuanya.”) Maksudnya, tidak ada satu dosa pun baik kecil mahupun besar yang ditinggalkan dan tidak juga amal perbuatan sekecil apa pun melainkan akan tertulis dan tercatat di dalamnya secara teliti dan terpelihara.

Firman-Nya: وَوَجَدُوا مَا عَمِلُوا حَاضِرًا (“Dan mereka dapati apa yang telah mereka kerjakan ada [tertulis].”) Yakni, perbuatan baik maupun buruk. Dengan kata lain, semua yang tersembunyi akan terlihat jelas.

Imam Ahmad meriwayatkan, dari Anas bin Malik, dari Nabi, di mana beliau pernah bersabda yang bermaksud : “Setiap pengkhianat mempunyai bendera pada hari Kiamat yang dapat dikenali dengannya.” Hadith tersebut diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim dalam kitab sahih mereka.

Firman-Nya: وَلَا يَظْلِمُ رَبُّكَ أَحَدًا (“Dan Rabbmu tidak menganiaya seorang pun.”) Maksudnya, Dia akan memberikan keputusan di tengah-tengah hamba-hamba-Nya mengenai amal perbuatan mereka secara keseluruhan dan Dia tidak menzalimi seorangpun dari makhluk-Nya, bahkan sebaliknya, Dia senantiasa memberi maaf, menghapuskan dosa, memberikan ampunan, menganugerahkan kasih sayang.


Dia juga akan mengazab siapa saja yang Dia kehendaki melalui kekuasaan, hukum dan keadilan-Nya. Dia akan memenuhi neraka itu dengan orang-orang kafir dan orang-orang yang berbuat maksiat, lalu orang-orang yang berbuat maksiat tersebut akan diselamatkan, sedangkan orang-orang kafir akan tetap kekal di dalamnya. Dia adalah Rabb yang Mahabijaksana yang tidak melampaui batas dan tidak pula melakukan kezaliman. Firman Allah Subhanahuwata'ala, 


إِنَّ اللَّهَ لَا يَظْلِمُ مِثْقَالَ ذَرَّةٍ ۖ وَإِنْ تَكُ حَسَنَةً يُضَاعِفْهَا وَيُؤْتِ مِنْ لَدُنْهُ أَجْرًا عَظِيمًا

Maksudnya:"Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seseorang walaupun sebesar zarrah, dan jika ada kebajikan sebesar zarrah, niscaya Allah akan melipat gandakannya dan memberikan dari sisi-Nya pahala yang besar. An-Nisaa’ ayat 40.


Juga firman Allah Subhanahuwata'ala, 


وَأَمَّا مَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ بِشِمَالِهِ فَيَقُولُ يَا لَيْتَنِي لَمْ أُوتَ كِتَابِيَهْ


Maksudnya:"Adapun orang yang diberikan kepadanya kitabnya dari sebelah kirinya, maka dia berkata: "Wahai alangkah baiknya kiranya tidak diberikan kepadaku kitabku (ini). Al-Haqqah ayat 25.


Menurut Tafsir Ibnu Katsir: Dan inilah berita tentang keadaan orang-orang yang sengsara, jika salah seorang di antara mereka diberikan buku catatan amalnya dalam perhimpunan kelak dari sebelah kirinya. Pada saat itu yang ada hanyalah penyesalan tidak terhingga. فَيَقُولُ يَٰلَيۡتَنِى لَمۡ أُوتَ كِتَٰبِيَهۡ (maka dia berkata: “Wahai alangkah baiknya kiranya tidak diberikan kepadaku kitabku (ini).


Di beri Buku Catatan dari 'Illiyyin(عِلِّيِّينَ)


Ayat yang berikutnya pula, Allah membantah tuduhan orang-orang durhaka yang mengingkari hari kebangkitan dan kebenaran Al-Qur’an. Sekali-kali tidak demikian. Sesungguhnya kitab orang-orang yang berbakti (الْأَبْرَارِ)disimpan dalam suatu tempat yang tinggi yang diberi nama عِلِّيِّينَ, yang disaksikan oleh malaikat-malaikat muqarrabin (yang dekat dengan Allah).


كَلَّا إِنَّ كِتَابَ الْأَبْرَارِ لَفِي عِلِّيِّينَ. وَمَا أَدْرَاكَ مَا عِلِّيُّونَ. كِتَابٌ مَرْقُومٌ


Maksudnya:"Sekali-kali tidak, sesungguhnya kitab orang-orang yang berbakti itu (tersimpan) dalam 'Illiyyin. Tahukah kamu apakah 'Illiyyin itu? (Iaitu) kitab yang bertulis". Al-Tatfif Ayat 18-20


Menurut Tafsir Ibnu Katsir: Allah Subhanahuwata’ala berfirman dengan sesungguhnya, bahawa kitab orang-orang yang berbuat baik yang mereka merupakan lawan bagi orang-orang jahat, berada di dalam عِلِّيِّينَ. Dengan pengertian bahawa tempat kembali mereka adalah عِلِّيِّينَ, iaitu lawan dari سِجِّينٍ. ‘Ali bin Abi Thalhah meriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas mengenai firman-Nya:


كَلَّآ إِنَّ كِتَٰبَ ٱلۡأَبۡرَارِ لَفِى عِلِّيِّينَ (“Sekali-sekali tidak, sesungguhnya kitab orang-orang yang berbakti itu benar-benar berada dalam kenikmatan yang besar [syurga].”) iaitu syurga. Dan dalam riwayat al-‘Aufi, juga dari Ibnu ‘Abbas, yakni amal perbuatan mereka tercatat di langit di sisi Allah. Demikian pula yang dikemukakan oleh adl-Dlahhak. Yang jelas bahawa kata عِلِّيِّينَ itu terambil dari kata العلو, dimana setiap kali sesuatu itu naik dan meninggi maka akan semakin besar dan luas.


Menurut Tafsir Ibnu Katsir: Oleh kerana itu, Allah berfirman seraya mengagungkan masalahnya dan membesarkan keadaannya: وَمَآ أَدۡرَىٰكَ مَا عِلِّيُّونَ (“Tahukah kamu apakah ‘illiyyin itu?”)


Ini adalah bertujuan untuk memperlihatkan keagungan عِلِّيُّونَ itu, Allah mengemukakan pertanyaan, “Tahukah kamu apakah عِلِّيُّونَ itu?” 


Menurut Tafsir Ibnu Katsir: Selanjutnya Dia berfirman seraya menegaskan mengenai apa yang telah dituliskan bagi mereka: كِتَٰبٌ مَّرۡقُوم (“[Iaitu] kitab yang bertulis, yang disaksikan oleh malaikat-malaikat yang didekatkan [kepada Allah].”) Iaitu para malaikat. Demikian yang dikemukakan oleh Qatadah. Sedangkan al-‘Aufi meriwayatkan dari Ibnu ‘Abbas: “Dari setiap langit disaksikan oleh setiap yang mendekatkan diri.”


Allah lalu menjelaskannya secara langsung, “Iaitu kitab yang tertulis dan disaksikan oleh para malaikat yang didekatkan kepada Allah".


Menerima Buku Catatan dengan kanan


Pada hari itu, Allah Subhanahuwata'ala memanggil manusia dengan membawa kitab mereka masing-masing yang memuat catatan yang lengkap tentang amal perbuatan mereka. Ketika itu, mereka akan mendapatkan keputusan yang adil, sesuai dengan amal yang mereka lakukan di dunia, yang semuanya telah tercatat dalam kitab itu.


Maka berbahagialah mereka yang ketika diberikan kitab amalannya diterima dengan tangan kanannya. Mereka ini akan membaca kitab itu dengan penuh kegembiraan, kerana mereka berbahagia melihat catatan amal soleh mereka.


Barang siapa yang buta hatinya di dunia, yakni yang tidak mahu melihat kebenaran petunjuk Allah, dan tidak mahu memperhatikan tanda-tanda kekuasaan-Nya, nescaya di akhirat nanti ia lebih buta dan tidak dapat mencari jalan untuk menyelamatkan dirinya dari siksaan neraka.


يَوْمَ نَدْعُو كُلَّ أُنَاسٍ بِإِمَامِهِمْ ۖ فَمَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ بِيَمِينِهِ فَأُولَٰئِكَ يَقْرَءُونَ كِتَابَهُمْ وَلَا يُظْلَمُونَ فَتِيلًا


Maksudnya:"(Ingatlah) suatu hari (yang di hari itu) Kami panggil tiap umat dengan pemimpinnya; dan barangsiapa yang diberikan kitab amalannya di tangan kanannya maka mereka ini akan membaca kitabnya itu, dan mereka tidak dianiaya sedikitpun. Al-Isra' Ayat 71.


Menurut Tafsir Ibnu Katsir: Allah yang Maha Suci lagi Maha Tinggi memberitahukan tentang hari Kiamat, di mana Dia akan menghisab setiap umat melalui pemimpin mereka masing-masing. Namun dalam hal itu, masih banyak para ulama yang berbeda pendapat. Mujahid dan Qatadah berkata:


Yakni melalui Nabi mereka.” Dan yang demikian itu adalah seperti firman Allah yang berikut ini: 


وَلِكُلِّ أُمَّةٍ رَسُولٌ ۖ فَإِذَا جَاءَ رَسُولُهُمْ قُضِيَ بَيْنَهُمْ بِالْقِسْطِ وَهُمْ لَا يُظْلَمُونَ


Maksudnya:"Tiap-tiap umat mempunyai rasul; maka apabila telah datang rasul mereka, diberikanlah keputusan antara mereka dengan adil dan mereka (sedikitpun) tidak dianiaya". Surah Yunus ayat 47.


Firman-Nya: لَا يُظْلَمُونَ فَتِيلًا (“Dan mereka tidak dianiaya sedikit pun.”) Sebagaimana telah kami kemukakan, bahawa الفتيل berarti (sekecil) ujung benang.


Juga firman Allah Subhanahuwata'ala yang berikut, 


فَأَمَّا مَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ بِيَمِينِهِ فَيَقُولُ هَاؤُمُ اقْرَءُوا كِتَابِيَهْ


Maksudnya:"Adapun orang-orang yang diberikan kepadanya kitabnya dari sebelah kanannya, maka dia berkata: "Ambillah, bacalah kitabku (ini)". Al-Haqqah Ayat 19.


Golongan yang beriman tidak dihisab dengan cara yang berat dan teliti, bahkan hanya dibentangkan amalan-amalan kebaikan mereka. Hal ini kerana sesiapa yang dihisab dengan cara berat dan teliti, maka sesungguhnya dia akan celaka.


Ini berdasarkan kepada hadith yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah RAnha, bahawa Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam bersabda:


لَيْسَ أَحَدٌ يُحَاسَبُ إِلَّا هَلَكَ ". قَالَتْ : قُلْتُ : يَا رَسُولَ اللَّهِ، جَعَلَنِي اللَّهُ فِدَاءَكَ، أَلَيْسَ يَقُولُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ : {فَأَمَّا مَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ بِيَمِينِهِ} {فَسَوْفَ يُحَاسَبُ حِسَابًا يَسِيرًا}؟ قَالَ : ذَاكِ الْعَرْضُ يُعْرَضُونَ، وَمَنْ نُوقِشَ الْحِسَابَ هَلَكَ


Maksudnya: Tidak ada seorang pun yang dihisab kecuali akan celaka. Saidatina Aisyah RAnha berkata: aku berkata: Wahai Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam, Allah Subhanahuwata'ala telah menjadikan aku tebus bagimu, bukankah Allah Subhanahuwata'ala berfirman: “Kemudian sesiapa yang diberikan kitab ‘amalnya dengan tangan kanan, maka ia akan dihisab dengan mudah dan ringan.” Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam bersabda: “Itu ialah pembentangan amal kebaikan mereka yang dibentangkan. Barangsiapa yang dibincangkan kitab amalannya dengan dihisab, maka akan celaka. Hadith riwayat al-Bukhari (4939) dan Muslim (2876)



Menerima Catatan amalan dengan tangan kiri dan belakang. 


Manakala,  bagi golongan yang kafir pula, mereka akan diberikan kitab catatan amalan mereka dengan tangan kiri dari arah belakang. Firman Allah Subhanahuwata'ala menceritakan tentang hal keadaan orang kafir yang menyesal dan berharap mereka tidak dihisab:


وَأَمَّا مَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ بِشِمَالِهِ فَيَقُولُ يَا لَيْتَنِي لَمْ أُوتَ كِتَابِيَهْ ﴿٢٥﴾ وَلَمْ أَدْرِ مَا حِسَابِيَهْ


Maksudnya: Adapun orang yang diberikan menerima Kitab amalnya dengan tangan kirinya, maka ia akan berkata (dengan sesalnya): "Alangkah baiknya kalau aku tidak diberikan kitab amalku: "Dan aku tidak dapat mengetahui hitungan amalku.”

al-Haqqah ayat 25-26.


Firman Allah Subhanahuwata'ala lagi:


وَأَمَّا مَنْ أُوتِيَ كِتَابَهُ وَرَاءَ ظَهْرِهِ ﴿١٠﴾ فَسَوْفَ يَدْعُو ثُبُورًا ﴿١١﴾ وَيَصْلَىٰ سَعِيرًا 


Maksudnya: Dan sesiapa yang diberi menerima surat amalnya (dengan tangan kiri), dari sebelah belakangnya. Maka dia akan meraung menyebut-nyebut kebinasaannya. Dan dia akan menderita bakaran neraka yang marak menjulang.

al-Insyiqaq ayat 10-12.


Dan sesiapa yang menerima catatan amal perbuatannya dengan tangan kiri, dari balik punggung/belakangnya, sebagai pertanda penghinaan, maka ia akan berangan-angan bahawa dirinya lebih baik binasa saja, masuk dan terbakar di neraka.


Disamping itu juga, mereka akan dihisab dengan hisab yang sangat berat dan teliti. Firman Allah Subhanahuwata'ala:


وَوُضِعَ الْكِتَابُ فَتَرَى الْمُجْرِمِينَ مُشْفِقِينَ مِمَّا فِيهِ وَيَقُولُونَ يَا وَيْلَتَنَا مَالِ هَـٰذَا الْكِتَابِ لَا يُغَادِرُ صَغِيرَةً وَلَا كَبِيرَةً إِلَّا أَحْصَاهَا ۚ وَوَجَدُوا مَا عَمِلُوا حَاضِرًا ۗ وَلَا يَظْلِمُ رَبُّكَ أَحَدًا


Maksudnya: Dan kitab-kitab amal juga tetap akan dibentangkan, maka engkau akan melihat orang-orang yang berdosa itu, merasa takut akan apa yang tersurat di dalamnya; dan mereka akan berkata: Aduhai celakanya kami, mengapa kitab ini demikian keadaannya? Ia tidak meninggalkan yang kecil atau yang besar, melainkan semua dihitungnya! Dan mereka dapati segala yang mereka kerjakan itu sedia (tertulis di dalamnya); dan (ingatlah) Tuhanmu tidak berlaku zalim kepada seseorang pun. al-Kahfi ayat 49.

Thursday, November 12, 2020

Mahsyar: Al-Quran adalah wahyu dan petunjuk Allah, agar manusia mendapat kebahagian dunia dan akhirat. Al-Quran adalah Kalamullah Al-Qadim dan bukannya makhluk.

Mahsyar: Al-Quran adalah wahyu dan petunjuk Allah, agar manusia mendapat kebahagian dunia dan akhirat. Al-Quran adalah Kalamullah Al-Qadim dan bukannya makhluk. 


Al-Quran Kalamullah Al-Qadim adalah wahyu dan tujuan diturunkan adalah sebagai petunjuk untuk manusia menjalani kehidupan di dunia mengikut lunas yang telah ditetapkan oleh Allah sehingga akhirnya nanti mendapat kebahagiaan di akhirat.Firman Allah Subhahanuwata'ala :


ذَٰلِكَ ٱلْكِتَـٰبُ لَا رَيْبَ ۛ فِيهِ ۛ هُدًى لِّلْمُتَّقِينَ


Maksudnya : “Kitab Al-Quran ini, tidak ada sebarang syak padanya (tentang datangnya dari Allah dan tentang sempurnanya); ia pula menjadi petunjuk bagi orang-orang yang (hendak) bertaqwa”


Sheikh Mustafa Al-Maraghi menyebut bahawa Al-Quran mengandungi hidayah yang mana ianya menuntun mereka yang mencari kebenaran dan petunjuk. Ianya membawa kebahagiaan kepada mereka di dunia dan di akhirat. (Rujuk Tafsir Al-Maraghi, 1/39)


Sebagai kalamullah Al-Quran juga adalah menjadi mukjizat. Membacanya mendapat pahala dan ganjaran sepertimana yang disebutkan oleh Baginda Nabi Sallahu'alaihiwasallam :


مَنْ قَرَأَ حَرْفًا مِنْ كِتَابِ اللَّهِ فَلَهُ بِهِ حَسَنَةٌ وَالْحَسَنَةُ بِعَشْرِ أَمْثَالِهَا لَا أَقُولُ الم حَرْفٌ وَلَكِنْ أَلِفٌ حَرْفٌ وَلَامٌ حَرْفٌ وَمِيمٌ حَرْفٌ


Maksudnya : “Sesiapa yang membaca satu huruf daripada Al-Quran maka baginya kebaikan. Dan kebaikan itu sama seperti 10 kali ganda. Aku tidak katakan ألم itu satu huruf akan tetapi Alif satu huruf,Lam satu huruf dan Mim satu huruf.”

Riwayat Al-Tirmizi (2910)


Al-Quran dikatakan sebagai sebuah kitab mukjizat kerana makhluk tidak akan mampu dan mustahil untuk mendatangkan sebuah kitab semisal al-Quran sekalipun terdapat gabungan dan kesepakatan antara seluruh manusia dan jin dalam . Sudah tentu perkataan makhluk tidak akan boleh menyamai perkataan Yang Maha Pencipta, yang tiada tandingan dan tara. (Rujuk Tafsir al-Maraghi, 8/4024)


Firman Allah Subhahanuwata'ala, 


قُل لَّئِنِ اجْتَمَعَتِ الْإِنسُ وَالْجِنُّ عَلَىٰ أَن يَأْتُوا بِمِثْلِ هَـٰذَا الْقُرْآنِ لَا يَأْتُونَ بِمِثْلِهِ وَلَوْ كَانَ بَعْضُهُمْ لِبَعْضٍ ظَهِيرًا


Maksudnya: “Katakanlah (wahai Muhammad)  “ Sesungguhnya jika sekalian manusia dan jin berhimpun demi mendatangkan sesuatu yang sebanding dengan Al-Quran , mereka tidak akan mampu mendatangkannya walaupun mereka saling membantu”. Al-Isra’ ayat 88.


Kelebihan Al-Quran pada Hari Kiamat


Di antara kelebihan al-Quran adalah sebagaimana riwayat Imam Ahmad di dalam Musnadnya (22976), Ibnu Majah di dalam Sunannya (3781) dan ianya juga dinukilkan oleh Al-Tabarani di dalam Al-Mu’jam Al-Awsat (5764). Lafaz hadith tersebut ialah :


يَجِيءُ الْقُرْآنُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ كَالرَّجُلِ الشَّاحِبِ , فَيَقُولُ : أَنَا الَّذِي أَسْهَرْتُ لَيْلَكَ ، وَأَظْمَأْتُ نَهَارَكَ


Maksudnya : “Al-Quran datang pada hari kiamat kelak seperti seorang lelaki yang kekuningan tubuhnya lalu dia berkata : Akulah yang menyebabkan engkau bangun malam dan menyebabkan engkau dahaga di siang harimu".


Sheikh Syu’aib Al-Arnaut menghukumkan sanad hadith ini sebagai sanad yang hasan. (Rujuk Musnad Ahmad, tahkik Al-Risalah, 38/76). Secara ringkasnya, hadith tersebut adalah hadith yang hasan.


Adapun Al-Quran ia adalah merupakan Kalamullah Al-Qadim. Ia bukannya makhluk sepertimana dakwaan golongan Muktazilah.


Imam Abdul Rauf Al-Munawi menjelaskan bahawa yang datang seperti mana yang disebutkan di dalam hadith ialah pahala yang layak diganjarkan kepada orang yang membaca dan beramal dengannya. (Rujuk Faidh Al-Qadir Fi Syarh Al-Jami’ Al-Saghir, 2/81).


Daripada Abu Umamah Al-Bahili bahawa Nabi Sallahu'alaihiwasallam bersabda :


اقْرَءُوا الْقُرْآنَ فَإِنَّهُ يَأْتِى يَوْمَ الْقِيَامَةِ شَفِيعًا لأَصْحَابِهِ اقْرَءُوا الزَّهْرَاوَيْنِ الْبَقَرَةَ وَسُورَةَ آلِ عِمْرَانَ فَإِنَّهُمَا تَأْتِيَانِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ كَأَنَّهُمَا غَمَامَتَانِ أَوْ كَأَنَّهُمَا غَيَايَتَانِ أَوْ كَأَنَّهُمَا فِرْقَانِ مِنْ طَيْرٍ صَوَافَّ تُحَاجَّانِ عَنْ أَصْحَابِهِمَا اقْرَءُوا سُورَةَ الْبَقَرَةِ فَإِنَّ أَخْذَهَا بَرَكَةٌ وَتَرْكَهَا حَسْرَةٌ وَلاَ تَسْتَطِيعُهَا الْبَطَلَةُ


Maksudnya : “ Bacalah Al-Quran. Sesungguhnya ia akan datang pada hari kiamat sebagai pemberi syafaat kepada pembacanya. Bacalah Al-Zahrawan iaitu Al-Baqarah dan Ali Imran kerana keduanya nanti datang pada hari kiamat seakan-akan awan atau cahaya matahari ataupun seperti burung yang berbulu yang terbang mengelilingi pembacanya. Bacalah surah Al-Baqarah kerana sesungguhnya membacanya ada berkat dan meninggalkannya adalah penyesalan. Tukang sihir tidak akan mampu menandinginya". Riwayat Muslim (1910)


Begitu juga di dalam hadith yang lain menyebut :


يَجِيءُ الْقُرْآنُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَيَقُولُ يَا رَبِّ حَلِّهِ فَيُلْبَسُ تَاجَ الْكَرَامَةِ ثُمَّ يَقُولُ يَا رَبِّ زِدْهُ فَيُلْبَسُ حُلَّةَ الْكَرَامَةِ ثُمَّ يَقُولُ يَا رَبِّ ارْضَ عَنْهُ فَيَرْضَى عَنْهُ فَيُقَالُ لَهُ اقْرَأْ وَارْقَ وَتُزَادُ بِكُلِّ آيَةٍ حَسَنَةً


Maksudnya : “ Al-Quran akan datang pada hari kiamat kelak. Lalu ia berkata : Wahai Tuhan pakaikanlah (pakaian) kepadanya. Maka orang tersebut dipakaikan mahkota kemuliaan. Kemudian Al-Quran berkata lagi : Wahai Tuhan,tambahkanlah. Maka orang tersebut dipakaikan dengan pakaian kemuliaan. Kemudian Al-Quran berkata : Wahai Tuhan redhalah terhadapnya. Maka Allah pun redha kepada orang tersebut. Disebut kepadanya : Bacalah Al-Quran dan naiklah.  Maka ditambahkan bagi setiap ayat satu kebaikan”. Riwayat Al-Tirmizi (2839)


Pada asasnya , banyak hadith-hadith lain yang semisal dengan hadith-hadith di atas menceritakan bahawa Al-Quran datang pada hari kiamat dengan pelbagai bentuk.


Para ulama cuba menghuraikan apa yang disebutkan oleh Nabi Sallahu'alaihiwasallam. Di antara yang dinyatakan oleh Imam Al-Nawawi. Beliau menyebut :


المُراَدُ أَنَّ ثَوَابَهُما يَأتِي كَغُمَامَتَينِ


“Yang dimaksudkan dengan hadith tersebut adalah pahala dari bacaan Al-Quran datang dalam bentuk awan dan sebagainya.” (Rujuk Al-Minhaj Syarh Sahih Muslim , 6/90).


Al-Quran akan datang pada hari kiamat kelak dalam berbagai bentuk bukan membawa kepada kefahaman bahawa Al-Quran itu makhluk. Namun yang dimaksudkan adalah syafaat, pahala dan ganjaran hasil dari pembacaan dan beramal dengan Al-Quran. Pahala-pahala itu nanti akan datang pada hari kiamat kelak dengan pelbagai bentuk untuk memberikan syafaat dan perlindungan kepada mereka yang berhak.

Berdakwah Satu Kewajipan

Berdakwah Satu Kewajipan Dakwah adalah satu wasilah yang Allah Subhanahuwata'ala tentukan dalam menyampaikan ajaran-Nya kepada umat man...