Sunday, November 29, 2020

Perjalanan ke Syurga( الْجَنَّةِ ). Bercahaya orang Mukmin ke arah hadapan dan kanan.


Perjalanan ke Syurga( الْجَنَّةِ ). Bercahaya orang Mukmin ke arah hadapan dan kanan. 


Ayat berikut adalah kabar berita dari Allah Subhanahuwata'ala kepada seluruh makhluk-Nya, baik orang-orang yang soleh ataupun yang durhaka, Mukmin mahupun orang kafir. Setiap orang akan mendatangi neraka. Ini sudah menjadi ketentuan Allah Subhanahuwata'ala dan janji-Nya kepada para hamba. Tidak ada keraguan tentang terjadinya peristiwa itu. Allah Subhanahuwata'ala pasti akan merealisasikannya. 


وَإِنْ مِنْكُمْ إِلَّا وَارِدُهَا ۚ كَانَ عَلَىٰ رَبِّكَ حَتْمًا مَقْضِيًّا


Maksudnya:"Dan tidak ada seorangpun dari padamu, melainkan mendatangi neraka (وَارِدُهَا) itu. Hal itu bagi Tuhanmu adalah suatu kemestian yang sudah ditetapkan".Maryam ayat 71


Para ulama berbeza pendapat tentang maksud mendatanginya(وَارِدُهَا). Ada yang berpendapat, bahawa maksudnya adalah bahawa semua makhluk mendatanginya sehingga merasakan kecemasan yang dahsyat, lalu Allah menyelamatkan orang-orang yang bertakwa. Ada pula yang berpendapat, bahawa mendatanginya adalah dengan memasukinya, namun bagi orang-orang mukmin terasa dingin dan membawa keselamatan. Ada pula yang berpendapat, bahawa maksud mendatanginya adalah melalui sirath (jambatan yang dibentangkan di atas neraka Jahanam), lalu mereka melintasinya sesuai amal mereka, di antara mereka ada yang melaluinya seperti sekerlip mata, ada pula yang melaluinya seperti angin, ada pula yang melaluinya seperti kuda yang cepat, ada yang melaluinya dengan berlari, ada pula yang melaluinya dengan berjalan, ada pula yang melaluinya dengan merangkak, dan ada pula yang disambar jeruji besi lalu dijatuhkan ke neraka. Semuanya tergantung ketakwaannya.

Tafsir as-Sa'di / Syaikh Abdurrahman bin Nashir as-Sa'di. 


ثُمَّ نُنَجِّي الَّذِينَ اتَّقَوْا وَنَذَرُ الظَّالِمِينَ فِيهَا جِثِيًّا


Maksudnya:"Kemudian Kami akan menyelamatkan orang-orang yang bertakwa dan membiarkan orang-orang yang zalim di dalam neraka dalam keadaan berlutut".Maryam ayat 72.


Ayat yang seterusnya pula menerangkan bahawa orang-orang yang bertakwa berada di hadapan syurga. Mereka melihat segala macam kenikmatan dan kegembiraan yang telah dijanjikan Allah kepada mereka dalam Al-Qur’an, segala macam kenikmatan dan kelazatan tidak ada habisnya, bahkan kekal selama-lamanya. Semua itu sebagai penghargaan kepada orang-orang yang bertakwa.


وَأُزْلِفَتِ الْجَنَّةُ لِلْمُتَّقِينَ غَيْرَ بَعِيدٍ


Maksudnya:"Dan didekatkanlah syurga itu kepada orang-orang yang bertakwa pada tempat yang tiada jauh (dari mereka)".Qaf ayat 31


Menurut Tafsir Ibnu Katsir: وَأُزۡلِفَتِ ٱلۡجَنَّةُ لِلۡمُتَّقِينَ غَيۡرَ بَعِيدٍ Firman Allah Subhanahuwata'ala: Dan didekatkanlah syurga itu kepada orang-orang yang bertakwa pada tempat yang tiada jauh (dari mereka). (Qaf ayat 31) Qatadah dan Abu Malik serta As-Saddi mengatakan bahawa أُزۡلِفَتِ artinya didekatkanlah syurga itu kepada orang-orang yang bertakwa.


غَيۡرَ بَعِيدٍ pada tempat yang tiada jauh (dari mereka). (Qaf ayat 31) Demikian itu terjadi pada hari kiamat. Dan dikatakan, “غَيۡرَ بَعِيدٍ,” yang ertinya ‘tidak jauh’ kerana sesungguhnya hari kiamat itu pasti terjadi, dan setiap yang akan terjadi pengertiannya adalah dekat masanya. Inilah yang dijanjikan kepadamu, (iaitu) kepada setiap hamba yang selalu kembali.


يَوْمَ تَرَى الْمُؤْمِنِينَ وَالْمُؤْمِنَاتِ يَسْعَىٰ نُورُهُمْ بَيْنَ أَيْدِيهِمْ وَبِأَيْمَانِهِمْ بُشْرَاكُمُ الْيَوْمَ جَنَّاتٌ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ خَالِدِينَ فِيهَا ۚ ذَٰلِكَ هُوَ الْفَوْزُ الْعَظِيمُ



Maksudnya:"(Iaitu) pada hari ketika kamu melihat orang mukmin laki-laki dan perempuan, sedang cahaya mereka bersinar di hadapan dan di sebelah kanan mereka, (dikatakan kepada mereka): "Pada hari ini ada berita gembira untukmu, (iaitu) syurga yang mengalir di bawahnya sungai-sungai, yang kamu kekal di dalamnya. Itulah keberuntungan yang besar". Al-Hadid ayat 12


وَسِيقَ الَّذِينَ اتَّقَوْا رَبَّهُمْ إِلَى الْجَنَّةِ زُمَرًا ۖ حَتَّىٰ إِذَا جَاءُوهَا وَفُتِحَتْ أَبْوَابُهَا وَقَالَ لَهُمْ خَزَنَتُهَا سَلَامٌ عَلَيْكُمْ طِبْتُمْ فَادْخُلُوهَا خَالِدِينَ


Maksudnya:"Dan orang-orang yang bertakwa kepada Tuhan dibawa ke dalam syurga berombong-rombongan (pula). Sehingga apabila mereka sampai ke syurga itu sedang pintu-pintunya telah terbuka dan berkatalah kepada mereka penjaga-penjaganya: "Kesejahteraan (dilimpahkan) atasmu. Berbahagialah kamu! maka masukilah syurga ini, sedang kamu kekal di dalamnya". Az-Zumar ayat 73.


Dan yang pastinya, setelah di hisab dan di putuskan oleh Allah, andaikata kita ke Syurga/الْجَنَّةِ, kita akan di selamatkan dan di pandu-iring masuk ke Syurga/الْجَنَّةِ tanpa kesusahan.


وَأَصْحَابُ الْيَمِينِ مَا أَصْحَابُ الْيَمِينِ


Maksudnya:"Dan golongan kanan, alangkah bahagianya golongan kanan itu.

Al-Waqi'ah ayat 27.


فِي سِدْرٍ مَخْضُودٍ


Maksudnya:"Berada di antara pohon bidara yang tak berduri".Al-Waqi'ah ayat 28.


وَطَلْحٍ مَنْضُودٍ


Maksudnya:"dan pohon pisang yang bersusun-susun (buahnya)".Al-Waqi'ah ayat 29.


وَظِلٍّ مَمْدُودٍ


Maksudnya:"dan naungan yang terbentang luas", Al-Waqi'ah ayat 30


وَمَاءٍ مَسْكُوبٍ


Maksudnya:"dan air yang tercurah",Al-Waqi'ah ayat 31


وَفَاكِهَةٍ كَثِيرَةٍ


Maksudnya:"dan buah-buahan yang banyak", Al-Waqi'ah ayat 32


لَا مَقْطُوعَةٍ وَلَا مَمْنُوعَةٍ



Maksudnya:"yang tidak berhenti (berbuah) dan tidak terlarang mengambilnya".Al-Waqi'ah ayat 33


وَفُرُشٍ مَرْفُوعَةٍ


Maksudnya:"dan tilam-tilam yang tebal lagi empuk". Al-Waqi'ah 34.


إِنَّا أَنْشَأْنَاهُنَّ إِنْشَاءً


Maksudnya:"Sesungguhnya Kami menciptakan mereka (bidadari-bidadari) dengan langsung". Al-Waqi'ah ayat 35.


فَجَعَلْنَاهُنَّ أَبْكَارًا


Maksudnya:"dan Kami jadikan mereka gadis-gadis perawan". Al-Waqi'ah ayat 36.


عُرُبًا أَتْرَابًا


Maksudnya:"penuh cinta lagi sebaya umurnya".Al-Waqi'ah ayat 37.


لِأَصْحَابِ الْيَمِينِ


Maksudnya:"(Kami ciptakan mereka) untuk golongan kanan". Al-Waqi'ah ayat 37.



No comments:

Post a Comment

Tetap istiqomah walaupun di luar bulan Ramadhan.

Tetap istiqomah walaupun di luar bulan Ramadhan. Istiqomah dalam mengerjakan amal soleh merupakan satu sikap yang penting dalam kehidupan se...