Tuesday, October 27, 2020

Rahmat yang Agong (rahmat kerasulan) dan kemanisan iman. Serta kewajipan mencintai serta cara mencintai Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam

Rahmat yang Agong (rahmat kerasulan) dan kemanisan iman. Serta kewajipan mencintai serta cara mencintai Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam. 


و حَدَّثَنِي زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ مَهْدِيٍّ حَدَّثَنَا مَهْدِيُّ بْنُ مَيْمُونٍ عَنْ غَيْلَانَ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَعْبَدٍ الزِّمَّانِيِّ عَنْ أَبِي قَتَادَةَ الْأَنْصَارِيِّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ  أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سُئِلَ عَنْ صَوْمِ الِاثْنَيْنِ فَقَالَ فِيهِ وُلِدْتُ وَفِيهِ أُنْزِلَ عَلَيَّ


Maksudnya:"Dan telah menceritakan kepadaku Zuhair bin Harb telah menceritakan kepada kami Abdurrahman bin Mahdi telah menceritakan kepada kami Mahdi bin Maimun dari Ghailan dari Abdullah bin Ma'bad Az Zimani dari Abu Qatadah Al Anshari radliallahu 'anhu, bahwa Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam pernah ditanya mengenai puasa pada hari isnin, maka beliau pun menjawab: "Di hari itulah saya dilahirkan, dan pada hari itu pula, wahyu diturunkan atasku." Riwayat Muslim


قُلْ بِفَضْلِ اللَّهِ وَبِرَحْمَتِهِ فَبِذَٰلِكَ فَلْيَفْرَحُوا هُوَ خَيْرٌ مِمَّا يَجْمَعُونَ


Maksudnya:"Katakanlah: "Dengan kurnia Allah dan rahmat-Nya, hendaklah dengan itu mereka bergembira. Kurnia Allah dan rahmat-Nya itu adalah lebih baik dari apa yang mereka kumpulkan". Surah Yunus ayat 58.


Allah Subhanahuwata'ala memerintahkan kita sebagai umat Islam agar bergembira ketika mendapatkan rahmat dari Allah Subhanahuwata'ala. Justeru itu, cuba sama-sama kita fikirkan apakah rahmat terbesar dari Allah Subhanahuwata'ala yang diturunkan kepada kita dan juga alam semesta ini seluruhnya?


Oleh itu,  tadabburilah firman Allah Subhanahuwata'ala berikut,


وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ


Maksudnya:"Dan tiadalah Kami mengutus kamu, melainkan untuk (menjadi) rahmat bagi semesta alam".al-Anbiya ayat 107


Tentulah rahmat terbesar dan teragung yang Allah Subhanahuwata'ala kurniakan kepada kita itu adalah kerasulan Nabi Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam, sebagaimana firman Allah Subhanahuwata'ala di dalam Surat Al-Anbiya ayat 107 diatas.


Oleh kerana itu, bergembiralah dan bersyukurlah dengan kelahiran dan perutusan Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam atau Maulidnya pada setiap saat, iaitu tanpa terikat dengan batasan waktu dan tempat. Maulid Nabi dapat dilakukan dimanapun dan bila masapun, tidak terikat oleh waktu mahupun tempat yang tertentu, iaitu sebanyak sedutan dan hembusan nafas. Ini kerana Nabi Sallallahu'alaihiwasallam adalah ikutan dan contoh suri tauladan yang terbaik dalam semua aspek kehidupan. Baik dari sudut aqidah,ibadah,muamalah ekonomi dan kekeluargaan,sosial kemasyarakatan dan juga politik kenegaraan. Sebagaimana anjuran dari Allah Subhanahuwata'ala,


لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا


Maksudnya:"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah".Al-Ahzab :21


Perhatikanlah ketika Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam ditanya oleh para sahabatnya tentang puasa di hari isnin, beliau Sallallahu'alaihiwasallam tidak menyatakan tentang kemulian puasa pada hari isnin, akan tetapi Beliau Sallallahu'alaihiwasallam menjawab, bahawa hari isnin adalah hari dimana Beliau Sallallahu'alaihiwasallam dilahirkan.


حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ مَهْدِيٍّ حَدَّثَنَا مَهْدِيُّ بْنُ مَيْمُونٍ عَنْ غَيْلَانَ بْنِ جَرِيرٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَعْبَدٍ عَنْ أَبِي قَتَادَةَ قَالَ  سُئِلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ صَوْمِ يَوْمِ الِاثْنَيْنِ فَقَالَ فِيهِ وُلِدْتُ وَفِيهِ أُنْزِلَ عَلَيَّ


Maksudnya:"Telah menceritakan kepada kami 'Abdur Rahman bin Mahdi telah menceritakan kepada kami Mahdi bin Maimun dari Ghailan bin Jarir dari 'Abdullah bin Ma'bad dari Abu Qatadah berkata; Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam ditanya tentang puasa hari isnin, beliau bersabda; pada hari itu aku dilahirkan dan wahyu diturunkan".Riwayat Ahmad


Justeru itu maka dapatlah kita mengetahui bahwasanya Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam ingin menekankan kepada para sahabat bahawa hari isnin adalah mulia kerana dirinya, sehingga beliau Sallallahu'alaihiwasallam pun bergembira atas hari tersebut dan bersyukur kepada Allah Subhanahuwata'ala atas segala nikmat yang diberkan kepadanya dengan cara berpuasa. Perhatikan firman Allah Subhanahuwata'ala yang berikut,


إِنَّا أَعْطَيْنَاكَ الْكَوْثَرَ .فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ. إِنَّ شَانِئَكَ هُوَ الأبْتَرُ


Maksudnya:"Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu nikmat yang banyak.Maka dirikanlah solat kerana Tuhanmu; dan berkorbanlah.Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus.al-Kautsar ayat 1-3


Oleh itu cintailah Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam dengan penuh jiwa dan raga serta ambillah dan amalkan segala ajaran yang ditinggalkan oleh Baginda Sallallahu'alaihiwasallam untuk kita,


Abdullah bin Hisyam ra, berkata:


كُنَّا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ آخِدٌ بِيَدِ عُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ، فَقَالَ لَهُ عُمَرُ: يَا رَسُوْلَ اللهِ، َلأَنْتَ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ كُلِّ شَيْءٍ إِلاَّ مِنْ نَفْسِي. فَقَالَ لَهُ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: لاَ وَالَّذِي نَفْسِيْ بِيَدِهِ، حَتَّى أَكُوْنَ أَحَبَّ إِلَيْكَ مِنْ نَفْسِكَ. فَقَالَ لَهُ عَمَرُ: فَإِنَّهُ اْلآنَ، وَاللهِ، َلأَنْتَ أَحَبُّ إِلَيَّ مِنْ نَفْسِي. فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اْلآنَ يَا عُمَرُ.


Maksudnya:"Kami mengiringi Nabi Sallallahu'alaihiwasallam, dan beliau menggandeng tangan ‘Umar bin al-Khaththab Radhiyallahu anhu. Kemudian ‘Umar berkata kepada Nabi Sallallahu'alaihiwasallam: ‘Wahai Rasulullah, sungguh engkau sangat aku cintai melebihi apa pun selain diriku.’ Maka Nabi Sallallahu'alaihiwasallam menjawab: ‘Tidak, demi yang jiwaku berada di tangan-Nya, hingga aku sangat engkau cintai melebihi dirimu.’ Lalu ‘Umar berkata kepada beliau: ‘Sungguh sekaranglah saatnya, demi Allah, engkau sangat aku cintai melebihi diriku.’ Maka Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda: ‘Sekarang (engkau benar), wahai ‘Umar.’” Riwayat Bukhari.


Sabda Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam,


ثَلاَثٌ مَنْ كُنَّ فِيْهِ وَجَدَ بِهِنَّ حَلاَوَةَ اْلإِيْمَانِ، مَنْ كَانَ اللهُ وَرَسُوْلُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا، وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لاَ يُحِبُّهُ إِلاَّ ِللهِ، وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُوْدَ فِي الْكُفْرِ بَعْدَ أَنْ أَنْقَذَهُ اللهُ مِنْهُ، كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ.


Maksudnya:“Ada tiga perkara yang apabila perkara tersebut ada pada seseorang, maka ia akan mendapatkan manisnya iman, iaitu (1) hendaknya Allah dan Rasul-Nya lebih ia cintai dari selain keduanya. (2) Apabila ia mencintai seseorang, ia hanya mencintainya kerana Allah. (3) Ia tidak suka untuk kembali kepada kekufuran setelah Allah menyelamatkannya, sebagai-mana ia tidak mahu untuk dilemparkan ke dalam api.” Riwayat Bukhari dan Muslim.


Kewajipan dan cara mencintai Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam


Mencintai Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam pada hakikatnya adalah merupakan cinta kepada Allah Subhanahuwata'ala Allah berfirman,


قُلْ إِنْ كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّىٰ يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ ۗ وَاللَّهُ لَا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ


Maksudnya:"Katakanlah: "jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya". Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik". Al-Taubah ayat 24


Allah Subhanahuwata'ala berfirman, 


قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ


Maksudnya:“Katakanlah: ‘Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintai kamu dan mengampuni dosa-dosamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. Ali ‘Imran ayat 31


Allah Subhanahuwata'ala berfirman:


وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ


Maksudnya:“…Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah; dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat keras hukuman-Nya.” Al-Hasyr ayat 7


Imam Bukhari meriwayatkan, 


عَنْ أَنَسٍ قَالَ قَالَ النَّبِىُّ – صلى الله عليه وسلم – لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ حَتَّى أَكُونَ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِنْ وَالِدِهِ وَوَلَدِهِ وَالنَّاسِ أَجْمَعِينَ


Maksudnya:"Daripada Anas Radiallahuanhu, berkata, Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda: Tidak sempurna iman seseorang dari kamu sehingga dia lebih mencintai aku daripada kedua orang tuanya, anaknya, dan manusia seluruhnya". Riwayat al-Bukhari (15)


Mencintai Nabi Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam pada umumnya dapat dilakukan sekurang-kurangnya dengan dua cara. 


Pertama, meneledani sikap dan perilakunya serta taat kepada perintahnya.


Allah menjelaskan bahawa Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam adalah suri teladan yang terbaik bagi umat manusia


لَقَدْ كَانَ لَكُمْ فِي رَسُولِ اللَّهِ أُسْوَةٌ حَسَنَةٌ لِمَنْ كَانَ يَرْجُو اللَّهَ وَالْيَوْمَ الْآخِرَ وَذَكَرَ اللَّهَ كَثِيرًا


Maksudnya:"Sesungguhnya telah ada pada (diri) Rasulullah itu suri teladan yang baik bagimu (iaitu) bagi orang yang mengharap (rahmat) Allah dan (kedatangan) hari kiamat dan dia banyak menyebut Allah".Al-Ahzab :21


Oleh kerananya, sebagai salah satu wujud kecintaan kepadanya,  maka kita wajib melaksanakan perintahnya, menjauhi larangannya, dan meneladaninya.


Kedua: Selalu merindukan dan mengingat Beliau Sallallahu'alaihiwasallam.


Orang yang merindukan Rasulullah akan selalu berusaha mengerjakan amalan-amalan yang beliau contohkan agar kelak dapat mendekatkan kedudukannya dengan Rasulullah. Sebagaimana arahan dari Allah Subhanahuwata'ala, 


Allah Subhanahuwata'ala berfirman, 


قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ ۗ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ


Maksudnya:“Katakanlah: ‘Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku, nescaya Allah mencintai kamu dan mengampuni dosa-dosamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang”. Ali ‘Imran ayat 31


Allah Subhanahuwata'ala berfirman:


وَمَا آتَاكُمُ الرَّسُولُ فَخُذُوهُ وَمَا نَهَاكُمْ عَنْهُ فَانْتَهُوا ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ


Maksudnya:“…Apa yang diberikan Rasul kepadamu maka terimalah dia. Dan apa yang dilarangnya bagimu maka tinggalkanlah; dan bertaqwalah kepada Allah. Sesungguhnya Allah sangat keras hukuman-Nya.” Al-Hasyr ayat 7


Dan juga, seorang yang mencintai Rasulullah akan senantiasa mengingatnya dalam setiap aktivitinya dan selalu membaca selawat atasnya. Mengenai berselawat atas Nabi, Allah Subhanahuwata'ala memerintahkan, 


إِنَّ اللَّـهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا


Maksudnya: “Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam); wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya". al-Ahzab ayat 56.


Syeikh al-Maraghi dalam mentafsirkan ayat ini berkata: Wahai orang beriman, doakanlah supaya Nabi SAW mendapat rahmat, muliakan Baginda walau dengan apa cara yang kamu mampu lakukan. Umpamanya mengikut Baginda secara baik atau mematuhi setiap arahannya. Begitu juga, dengan cara mengucapkan selawat dan salam kepada Baginda dengan lidahmu. [Lihat: Tafsir al-Maraghi, 11/5511]


Daripada Abdullah bin ‘Amr RA, bahawa Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda, 

 

فَإِنَّهُ مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً صَلَّى الله عَلَيْهِ بِهَا عَشْرًا


Maksudnya: “Sesungguhnya barangsiapa yang berselawat ke atasku dengan satu selawat, maka Allah Subhanahuwata'ala akan berselawat ke atasnya dengan sepuluh selawat.” Riwayat Muslim (384)


Daripada Abu Umamah RA, bahawa Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda, 


أَكْثِرُوا عَلَيَّ مِنَ الصَّلَاةِ فِي كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ؛ فَإِنَّ صَلَاةَ أُمَّتِي تُعْرَضُ عَلَيَّ فِي كُلِّ يَوْمِ جُمُعَةٍ، فَمَنْ كَانَ أَكْثَرَهُمْ عَلَيَّ صَلَاةً كَانَ أَقْرَبَهُمْ مِنِّي مَنْزِلَةً


Maksudnya: “Perbanyakkanlah berselawat ke atasku pada setiap hari Jumaat. Sesungguhnya selawat yang dibaca oleh umatku akan dibentangkan kepadaku pada setiap hari Jumaat. Barangsiapa yang paling banyak berselawat ke atasku, maka dia akan berada paling hampir denganku (di dalam Syurga).” Riwayat al-Baihaqi (5995). Hadith Hasan. Lihat: al-Qaul al-Badi’, 233 oleh Imam al-Sakhawi, Lihat: al-Khasais al-Kubra, 2/457 oleh Imam al-Suyuthi, Lihat: Tuhfah al-Zakirin, 50 oleh Imam Asy-Syaukani, Imam al-‘Ajlouni menghukum sanad hadith ini adalah jayyid (baik). [Lihat: Kasyf al-Khafa’, 1/190]


Menurut Imam al-Syaukani hadith ini menjadi dalil bahawa setiap selawat yang dibaca oleh hamba-hamba Allah akan dibentang di hadapan Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam pada setiap hari Jumaat. [Lihat: Tuhfah al-Zakirin, 50]

No comments:

Post a Comment

Tetap istiqomah walaupun di luar bulan Ramadhan.

Tetap istiqomah walaupun di luar bulan Ramadhan. Istiqomah dalam mengerjakan amal soleh merupakan satu sikap yang penting dalam kehidupan se...