Friday, October 30, 2020

Kisah Hatim al-Asham disoal oleh Yahudi.

Kisah Hatim al-Asham disoal oleh Yahudi. 

Hatim al-Asham:

Nama penuhnya ialah Abu Abdirrahman Hatim ibn Alwan. Beliau merupakan tokoh guru besar (Syeikh) Khurasan, murid Syaqiq al-Balkhi, dan merupakan guru kepada Ahmad ibn Khardawaih. Hatim wafat pada tahun 237 Hijrah. Hatim mendapat gelaran al-asham (yang tuli) bukan kerana dia tidak boleh mendengar tetapi pernah suatu hari dia berpura-pura pekak kerana untuk menjaga kehormatan seorang wanita sehingga dia mendapat gelaran al-asham, yang bermaksud ‘yang pekak’.


"Kisah yang dinukil dari Bahagian ketiga daripada sifat ma'ani iaitu ilmu(العلم)"


Lihat Aqidatunnajin fi ilmi usuluddin(عقدة الناجين في علم أصول الدين) oleh Syeikh Zainul Abidin Bin Muhammad Al-Fatani(Tuan Mihal), terjemah dari muqaddimah Syeikh Sanusi kitab Ummu al-Barahin (أم البراهين)



Soal: Daripada apa suatu yang tiada diketahui akan dia oleh Allah Subhanahuwata'ala? 

Jawab:Adapun yang tiada diketahui Allah Subhanahuwata'ala syarik-Nya Dan anak-Nya. Yakni tiada diketahui bagi-Nya ada sekutu dan ada anak. 


قُلْ هُوَ اللَّهُ أَحَدٌ. اللَّهُ الصَّمَدُ. لَمْ يَلِدْ وَلَمْ يُولَدْ. وَلَمْ يَكُنْ لَهُ كُفُوًا أَحَدٌ


Maksudnya:"Katakanlah: "Dialah Allah, Yang Maha Esa.Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.Dia tiada beranak dan tidak pula diperanakkan,dan tidak ada seorangpun yang setara dengan Dia". Al-Ikhlas ayat 1-4


Soal:Daripada apa suatu yang tidak dapat pada Allah Subhanahuwata'ala? 

Jawab: Adapun yang tiada pada Allah itu,  maka iaitu zalim kerana bahawasanya Allah Subhanahuwata'ala tiada menzalimi manusia sesuatu. 


مَنْ عَمِلَ صَالِحًا فَلِنَفْسِهِ ۖ وَمَنْ أَسَاءَ فَعَلَيْهَا ۗ وَمَا رَبُّكَ بِظَلَّامٍ لِلْعَبِيدِ


Maksudnya:"Barangsiapa yang mengerjakan amal yang saleh maka (pahalanya) untuk dirinya sendiri dan barangsiapa mengerjakan perbuatan jahat, maka (dosanya) untuk dirinya sendiri; dan sekali-kali tidaklah Rabb-mu menganiaya/menzalimi hamba-hamba-Nya".  Fussilat ayat 46


Soal: Daripada apa suatu yang ditiada didalam perbendaharaan Allah Subhanahuwata'ala? 

Jawab: Adapun yang tiada di dalam perbendaharaan Allah Subhanahuwata'ala itu iaitu papa.  Firman Allah Subhanahuwata'ala, 


وَاللَّهُ الْغَنِيُّ وَأَنْتُمُ الْفُقَرَاءُ


Maksudnya:"Dan Allah-lah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang-orang yang fajir/berkehendak (kepada-Nya)".


Dari ayat yang berikut, 


هَا أَنْتُمْ هَٰؤُلَاءِ تُدْعَوْنَ لِتُنْفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ فَمِنْكُمْ مَنْ يَبْخَلُ ۖ وَمَنْ يَبْخَلْ فَإِنَّمَا يَبْخَلُ عَنْ نَفْسِهِ ۚ وَاللَّهُ الْغَنِيُّ وَأَنْتُمُ الْفُقَرَاءُ ۚ وَإِنْ تَتَوَلَّوْا يَسْتَبْدِلْ قَوْمًا غَيْرَكُمْ ثُمَّ لَا يَكُونُوا أَمْثَالَكُمْ


Maksudnya:"Ingatlah, kamu ini orang-orang yang diajak untuk menafkahkan (hartamu) pada jalan Allah. Maka di antara kamu ada yang kikir, dan siapa yang kikir sesungguhnya dia hanyalah kikir terhadap dirinya sendiri. Dan Allah-lah yang Maha Kaya sedangkan kamulah orang-orang yang berkehendak (kepada-Nya); dan jika kamu berpaling niscaya Dia akan mengganti (kamu) dengan kaum yang lain; dan mereka tidak akan seperti kamu ini".

Muhammad ayat 38.


Soal: Daripada apa suatu yang ditanya akan dia oleh Allah Subhanahuwata'ala daripada hamba-Nya? 

Jawab: Adapun yang ditanyai oleh Allah Subhanahuwata'ala daripada hamba-Nya itu,  maka iaitu memberi hutang,  kerana firman-Nya,  

وَأَقْرِضُوا اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا ۚ


Maksudnya:"Dan berikanlah pinjaman/hutang kepada Allah pinjaman yang baik". Muzammil ayat 20


Keterangan:

Maka menamai oleh Allah Subhanahuwata'ala akan sedekah Dan amal orang yang mukmin yang soleh atas harap akan barang yang dijanji-Nya daripada pahala itu hutang kerana dipertaruhkan amal kepapa Allah Subhanahuwata'ala serta barang Yang diharap pahalanya itu dinamakan memperhutangkan. 


Dinukil dari ayat yang berikut, 


۞ إِنَّ رَبَّكَ يَعْلَمُ أَنَّكَ تَقُومُ أَدْنَىٰ مِنْ ثُلُثَيِ اللَّيْلِ وَنِصْفَهُ وَثُلُثَهُ وَطَائِفَةٌ مِنَ الَّذِينَ مَعَكَ ۚ وَاللَّهُ يُقَدِّرُ اللَّيْلَ وَالنَّهَارَ ۚ عَلِمَ أَنْ لَنْ تُحْصُوهُ فَتَابَ عَلَيْكُمْ ۖ فَاقْرَءُوا مَا تَيَسَّرَ مِنَ الْقُرْآنِ ۚ عَلِمَ أَنْ سَيَكُونُ مِنْكُمْ مَرْضَىٰ ۙ وَآخَرُونَ يَضْرِبُونَ فِي الْأَرْضِ يَبْتَغُونَ مِنْ فَضْلِ اللَّهِ ۙ وَآخَرُونَ يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ ۖ فَاقْرَءُوا مَا تَيَسَّرَ مِنْهُ ۚ وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ وَآتُوا الزَّكَاةَ وَأَقْرِضُوا اللَّهَ قَرْضًا حَسَنًا ۚ وَمَا تُقَدِّمُوا لِأَنْفُسِكُمْ مِنْ خَيْرٍ تَجِدُوهُ عِنْدَ اللَّهِ هُوَ خَيْرًا وَأَعْظَمَ أَجْرًا ۚ وَاسْتَغْفِرُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَحِيمٌ


Maksudnya:"Sesungguhnya Tuhanmu mengetahui bahwasanya kamu berdiri (sembahyang) kurang dari dua pertiga malam, atau seperdua malam atau sepertiganya dan (demikian pula) segolongan dari orang-orang yang bersama kamu. Dan Allah menetapkan ukuran malam dan siang. Allah mengetahui bahwa kamu sekali-kali tidak dapat menentukan batas-batas waktu-waktu itu, maka Dia memberi keringanan kepadamu, karena itu bacalah apa yang mudah (bagimu) dari Al Quran. Dia mengetahui bahwa akan ada di antara kamu orang-orang yang sakit dan orang-orang yang berjalan di muka bumi mencari sebagian karunia Allah; dan orang-orang yang lain lagi berperang di jalan Allah, maka bacalah apa yang mudah (bagimu) dari Al Quran dan dirikanlah sembahyang, tunaikanlah zakat dan berikanlah pinjaman kepada Allah pinjaman yang baik. Dan kebaikan apa saja yang kamu perbuat untuk dirimu niscaya kamu memperoleh (balasan)nya di sisi Allah sebagai balasan yang paling baik dan yang paling besar pahalanya. Dan mohonlah ampunan kepada Allah; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang". Muzammil ayat 20




No comments:

Post a Comment

Tetap istiqomah walaupun di luar bulan Ramadhan.

Tetap istiqomah walaupun di luar bulan Ramadhan. Istiqomah dalam mengerjakan amal soleh merupakan satu sikap yang penting dalam kehidupan se...