Saturday, September 12, 2020

Syaitan akan menggoda dan menyesatkan anak Adam (manusia) sehingga saat akhir hayat, sakaratul maut.

Syaitan akan berusaha menggoda dan menyesatkan anak Adam (manusia) sehingga saat akhir hayat, sakaratul maut. 


Pandangan ulama silam dan kontemporari dalam mengulas definisi jin dan syaitan yang diciptakan oleh Allah Subhanahuwata'ala adalah daripada api. 


Firman Allah Subhanahuwata'ala:


وَالْجَانَّ خَلَقْنَاهُ مِن قَبْلُ مِن نَّارِ السَّمُومِ


Maksudnya: Dan jin pula, Kami jadikan dia sebelum itu, dari angin api yang panasnya menyerap ke liang bulu roma. Al-Hijr ayat 27.


Syeikh Muhammad Amin Al-Kurdi dalam kitab Tanwir Al-Qulub berkata:


ويجب اإليمان بوجود الجن إجماعا لثبوت ذلك بالكتاب والسنة في مواضع اشهر  ِمن أن تُذكر


Maksudnya:“Wajib beriman dengan adanya jin yang merupakan ijma’, kerana hal tersebut ditetapkan berdasarkan al-Qur’an dan al-Sunnah yang menyebutkannya di banyak tempat. Lihat Syeikh Muhammad Amin Al-Kurdi, Tanwirul Qulub (Mesir : Maktabah Al-Kurdi, 2016), 58


Takrif dan Kejadian Jin 


Di dalam al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah menyebut al-Jin berbeza dengan al-Insan. (وَأَجَنَّهُ) bermaksud “Apabila dilindungi sesuatu”. Dan bagi setiap sesuatu yang dihijab daripada kamu maka sesungguhnya (جُنَّ) iaitu dilindung (tidak boleh dilihat) daripada kamu.


Ibnu Manzur menyatakan, dinamakan al-Jin kerana terlindung dan terhalang mereka itu daripada pandangan. Ini seperti al-Janin dilindung (daripada pandangan) ia daripada perut ibunya.


(Lihat al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 16/89)


Di dalam al-Qur’an, kata akar جن disebutkan sebanyak 38 kali dalam bentuk ّ جن ّ, جان ,dan جنة .Kata جن (jin) pula berasal dari kata kerja جَن (janna) yang artinya menjadi gelap, menutupi, atau bersembunyi. Oleh kerana itu, bayi yang dikandung oleh ibu disebut janin, kerana tertutup dari pandangan manusia di dalam perut. Menurut Ibnu Duraid (223-321 H), kata الجن (al-jinnu) merupakan sesuatu yang tersembunyi dari manusia. Jika dikatakan, جَنَّاحُ الليل ertinya sama iaitu malam yang gelap bagi manusia. Setiap sesuatu yang tersembunyi dari pengetahuanmu disebut جُنعك .

 

Oleh yang demikian, kalimah-kalimah yang digunakan di dalam al-Quran merangkumi maksud yang tersendiri mengikut situasi yang ada pada ayat tersebut. Ada ayat yang digunakan untuk menjelaskan asal penciptaanya daripada api, ciri-cirinya yang dapat melihat manusia serta ada juga ayat yang menceritakan keistimewaan jin sepertimana dalam kisah Nabi Sulaiman. Lihat Irfan Abu Naveed. 


Takrif dan Kejadian Syaitan


Syaitan menurut bahasa Arab adalah روح شريرة yang bermaksud roh jahat atau buruk, الحياة الخبيثة atau kehidupan yang buruk dan المتمردون المدسدون atau penderhaka yang merosak. Syaitan secara istilah adalah sifat jahat yang tersembunyi dalam diri jin dan manusia yang menimbulkan kerosakan dan kehancuran. Di dalam al-Qur’an, kata “Syaitan” mengambil bentuk jamak mahupun tunggal disebut sebanyak 88 kali. Para ulama berbeza pandangan tentang maksud asal kata syaitan dalam dua pendapat:

Pertama, syaitan berasal dari kata شطن yang bererti jauh, kerana jauh dari kebenaran atau rahmat Allah Subhanahuwata'ala. 

Kedua menyatakan bahawa kata syaitan berasal dari kata يشيط , شاط yang bererti binasa dan terbakar.  Lihat Muhammad Fuad Abdul Baqi, al-Mu‘jam al-Mufahros lial-Fad al-Qur’an al-Karim Kairo: Dar al-Hadis, 2007.

Dalam menafsirkan ayat 102 surah al-Baqarah, Al-Tabari ada menceritakan perihal syaitan yang boleh naik ke langit pada zaman Nabi Sulaiman AS Mereka sentiasa mengambil peluang untuk mengintai-intai dan mencuri dengar akan perintah Allah Subhanahuwata'ala kepada malaikat mengenai urusan dunia. Setelah berjaya mendengar perbualan para malaikat, syaitan turun ke bumi untuk mengkhabarkannya kepada tukang tenung dan ahli nujum dengan menokok-nambah apa yang didengari itu. Tidak lama kemudian, hal yang diceritakan ini benar-benar berlaku. Dengan ini tersebarlah berita bahawa syaitan mengetahui perkara ghaib. Padahal syaitan tidak mengetahui langsung tentang perkara ghaib. Firman Allah Subhanahuwata'ala telah menegaskan hal tersebut:


قُلْ لَا يَعْلَمُ مَنْ فِي السَّمَاوَاتِ وَالْأَرْضِ الْغَيْبَ إِلَّا اللَّهُ ۚ وَمَا يَشْعُرُونَ أَيَّانَ يُبْعَثُونَ


Maksudnya:"Katakanlah: "Tidak ada seorangpun di langit dan di bumi yang mengetahui perkara yang ghaib, kecuali Allah", dan mereka tidak mengetahui bila mereka akan dibangkitkan. Al-Naml ayat 65.


Dalam pembahasan yang lain, para ulama mengulas adakah jin dan syaitan membawa maksud kata yang sama, atau sebaliknya. Maka pendapat tersebut terbahagi menjadi dua:

1-Pendapat pertama, menurut Imam Hasaan al-Basri, beliau berpendapat bahawa jin dan syaitan pada asalnya adalah satu. Mereka merupakan cucu cicit iblis sepertimana manusia yang merupakan cucu cicit kepada Nabi Adam. Di antara mereka ada yang mukmin yang taat dan ada juga yang kafir menentang 

perintah Allah dan sering melakukan maksiat disebut juga sebagai syaitan. Manakala pendapat 

2-Pendapat kedua ialah daripada Ibnu Abbas, di mana beliau mengemukakan pendapat bahawa jin adalah anak keturunan jin juga. Mereka bukanlah syaitan. Di antara mereka ada yang mukmin dan ada pula yang kafir. Selain itu, mereka juga hidup bersosial seperti manusia, ada yang berkahwin, menikmati makanan dan minuman serta akan mati apabila telah sampai waktu yang ditetapkan. Walaubagaimanapun, syaitan merupakan anak-anak iblis dan tidak mati kecuali bersamaan dengan matinya iblis pada hari kiamat. 


Selain itu, Imam al-Qurthubi ada memberi ulasan bahawa istilah syaitan juga digunakan untuk menyebut manusia yang derhaka kepada Allah Subhanahuwata'ala. Penyebutan syaitan untuk manusia yang derhaka ini juga diungkapkan oleh al-Qur'an dalam surah an-Nas, Allah berfirman:

Allah Subhanahuwata'ala juga berfirman: 

 

مِنْ شَرِّ الْوَسْوَاسِ الْخَنَّاسِ.الَّذِي يُوَسْوِسُ فِي صُدُورِ النَّاسِ .مِنَ الْجِنَّةِ وَالنَّاسِ


Maksudnya:"Dari kejahatan (bisikan) syaitan yang biasa bersembunyi,yang membisikkan (kejahatan) ke dalam dada manusia, dari (golongan) jin dan manusia. Al-Nas ayat 4-6


Juga firman Allah Subhanahuwata'ala, 


وَكَذَٰلِكَ جَعَلْنَا لِكُلِّ نَبِيٍّ عَدُوًّا شَيَاطِينَ الْإِنْسِ وَالْجِنِّ يُوحِي بَعْضُهُمْ إِلَىٰ بَعْضٍ زُخْرُفَ الْقَوْلِ غُرُورًا ۚ وَلَوْ شَاءَ رَبُّكَ مَا فَعَلُوهُ ۖ فَذَرْهُمْ وَمَا يَفْتَرُونَ


Maksudnya:"Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, iaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan (dan jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia). Jikalau Tuhanmu menghendaki, niscaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan". Al-An'am ayat 112.


Justeru itu dapat difahami dari perbahasan di atas bahawa syaitan adalah dari kelompok pengikut kepada iblis. Iblis telah bersumpah untuk menyesatkan manusia. Allah Subhanahuwata'ala telah merakamkan keazaman iblis di dalam al-Qur’an melalui firman-Nya yang berbunyi:


قَالَ فَبِمَا أَغْوَيْتَنِي لَأَقْعُدَنَّ لَهُمْ صِرَاطَكَ الْمُسْتَقِيمَ . ثُمَّ لَآتِيَنَّهُمْ مِنْ بَيْنِ أَيْدِيهِمْ وَمِنْ خَلْفِهِمْ وَعَنْ أَيْمَانِهِمْ وَعَنْ شَمَائِلِهِمْ ۖ وَلَا تَجِدُ أَكْثَرَهُمْ شَاكِرِينَ


Maksudnya:"Iblis menjawab: "Kerana Engkau telah menghukum saya tersesat, saya benar-benar akan (menghalang-halangi) mereka dari jalan Engkau yang lurus,

Kemudian saya akan mendatangi mereka dari muka dan dari belakang mereka, dari kanan dan dari kiri mereka. Dan Engkau tidak akan mendapati kebanyakan mereka bersyukur (taat).Al-A’raf Ayat 16-17


Dalam hadith dari Abu Said al-Khudri radhiyallahu‘anhu, Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam bersabda,


إِنَّ الشَّيْطَانَ قَالَ: وَعِزَّتِكَ يَا رَبِّ، لَا أَبْرَحُ أُغْوِي عِبَادَكَ مَا دَامَتْ أَرْوَاحُهُمْ فِي أَجْسَادِهِمْ، قَالَ الرَّبُّ: وَعِزَّتِي وَجَلَالِي لَا أَزَالُ أَغْفِرُ لَهُمْ مَا اسْتَغْفَرُونِي


Maksudnya:"Iblis bersumpah, demi keagungan-Mu ya Rabb, aku tidak akan pernah berhenti untuk menyesatkan hamba-hamba-Mu, selama roh mereka masih dikandung jasad. Allah berfirman, “Demi keagungan dan kumuliaan-Ku, Aku akan senantiasa memberikan ampunan untuk mereka, selama mereka memohon ampun kepada-Ku". Riwayat Ahmad (11237) dan dihasankan oleh Syuaib al-Arnauth).


Sesungguhnya syaitan dan para penolongnya sentiasa mengajak manusia ke neraka. Allah Ta’ala berfirman,


إِنَّ الشَّيْطَانَ لَكُمْ عَدُوٌّ فَاتَّخِذُوهُ عَدُوًّا إِنَّمَا يَدْعُو حِزْبَهُ لِيَكُونُوا مِنْ أَصْحَابِ السَّعِيرِ


Maksudnya:“Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh bagimu, maka anggaplah dia musuh. Kerana sesungguhnya syaitan-syaitan itu hanya mengajak golongannya supaya mereka menjadi penghuni neraka yang menyala-nyala” Faathir ayat 6.


Ketika syaitan mengajak manusia ke neraka, tidaklah bererti syaitan akan mengatakan kepada manusia, “Jom, marilah bersamaku menuju neraka.” Seandainya syaitan mengatakan sebegitu, maka sudah tentu tidak akan ada satu orang pun yang mahu mengikuti ajakannya. 

Akan tetapi, syaitan mengajak manusia ke arah syahwat dan berbagai hal yang menyenangkan jiwa, namun diharamkan oleh Allah Subhanhuwata’ala. Syaitan menghias-hiasi sesuatu yang buruk menjadi seolah-olah sesuatu yang baik. Itulah tipu muslihat dan tipu daya syaitan kepada manusia.  Kerana pada hakikatnya, merekalah musuh sebenar bagi manusia.


Kata Junaid al-Baghdadi lagi: “Apabila syaitan mengajak kamu melakukan sesuatu penyelewengan tertentu, tetapi kamu melawannya, dia akan mempengaruhi kamu supaya melakukan penyelewengan yang lain pula. Ini kerana semua pelanggaran ajaran Allah Subhanahuwata'ala itu sama sahaja baginya. Dia hanya mahu selama-lamanya mengajak kepada penyelewengan apa sahaja. Dan dia tidak mengkhususkan penyelewengan dalam satu perkara dan tidak yang lainnya.”


Allah Subhahahuwata'ala berfirman tentang perihal syaitan, 


أَلَمْ أَعْهَدْ إِلَيْكُمْ يَا بَنِي آدَمَ أَنْ لَا تَعْبُدُوا الشَّيْطَانَ ۖ إِنَّهُ لَكُمْ عَدُوٌّ مُبِينٌ


Maksudnya:"Bukankah Aku telah memerintahkan kepadamu hai Bani Adam supaya kamu tidak menyembah syaitan? Sesungguhnya syaitan itu adalah musuh yang nyata bagi kamu". Yasin ayat 60.


وَأَنِ اعْبُدُونِي ۚ هَٰذَا صِرَاطٌ مُسْتَقِيمٌ


Maksudnya:"Dan hendaklah kamu menyembah-Ku. Inilah jalan yang lurus". Yasin ayat 61.


وَلَقَدْ أَضَلَّ مِنْكُمْ جِبِلًّا كَثِيرًا ۖ أَفَلَمْ تَكُونُوا تَعْقِلُونَ


Maksudnya:"Sesungguhnya syaitan itu telah menyesatkan sebahagian besar diantaramu, Maka apakah kamu tidak memikirkan?".Yasin ayat 62.


Oleh kerana itulah, Allah Subhanahuwata’ala melarang kita untuk mengikuti langkah-langkah dan ajakan syaitan. Allah Subhanahuwata’ala berfirman,


يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَتَّبِعُوا خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ وَمَنْ يَتَّبِعْ خُطُوَاتِ الشَّيْطَانِ فَإِنَّهُ يَأْمُرُ بِالْفَحْشَاءِ وَالْمُنْكَرِ وَلَوْلَا فَضْلُ اللَّهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ مَا زَكَى مِنْكُمْ مِنْ أَحَدٍ أَبَدًا وَلَكِنَّ اللَّهَ يُزَكِّي مَنْ يَشَاءُ وَاللَّهُ سَمِيعٌ عَلِيمٌ


Maksudnya:“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Barangsiapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan yang mungkar. Sekiranya tidaklah kerana kurnia Allah dan rahmat-Nya kepada kamu sekalian, nescaya tidak seorang pun dari kamu bersih (dari perbuatan-perbuatan keji dan mungkar itu) selama-lamanya. Tetapi Allah membersihkan siapa yang dikehendaki-Nya. Dan Allah Maha mendengar lagi Maha mengetahui”. An-Nuur ayat 21.


Manusia pada hakikatnya berada di antara ajakan syaitan ke neraka atau ajakan Allah Subhanahuwata’ala menuju syurga-Nya. Maka perhatikanlah diri kita sendiri, ajakan siapakah yang kita sambut? Jika kita adalah manusia yang berada di atas ketaatan kepada Allah Subhanahuwata’ala, istiqamah di jalan-Nya, mencintai kebaikan, menjaga hal-hal yang wajib, bersungguh-sungguh mengerjakan amal ibadah sunnah yang kita mampu dan mudah melaksanakannya, maka kita telah menyambut seruan dan ajakan Allah Subhanahuwata’ala kepada kita.


Namun sebaliknya, jika kita akrab dengan maksiat dan keburukan, melalaikan hal-hal yang wajib, terjerumus dalam berbagai hal yang diharamkan, maka kita telah menyambut seruan dan ajakan syaitan beserta bala tentaranya.


Justeru itu,  hendaklah kita bersegera bertaubat kepada Allah Subhanahuwata’ala dan melepaskan jiwa kita dari belenggu syaitan, selama masih memungkinkan bagi kita untuk bertaubat. Inilah kewajipan seorang muslim, iaitu untuk memikirkan dan merenungi keadaan dirinya, apakah berada di atas maksiat ataukah di atas ketaatan.


Atas sumpah ini, iblis dan bala tentaranya sangat bersemangat untuk menyesatkan manusia. Terutama di suasana-suasana genting dan ketika manusia di dalam keadaan sangat tidak stabil.


Dari Jabir bin Abdillah radhiyallahu ‘anhuma, Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda,


إِنَّ الشَّيْطَانَ يَحْضُرُ أَحَدَكُمْ عِنْدَ كُلِّ شَىْءٍ مِنْ شَأْنِهِ


Maksudnya:"Sesungguhnya syaitan mendatangi kalian dalam segala urusan kalian. Riwayat Muslim5423)


Syaitan Mendatangi Manusia Ketika Sakaratul Maut


Itulah detik-detik yang paling menentukan nasib manusia di akhirat. Kerana semua amal dinilai berdasarkan hujungnya. 


Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda,


وَإِنَّمَا الأَعْمَالُ بِخَوَاتِيمِهَا


Malsudnya:“Nilai amal, ditentukan keadaan akhirnya.” Riwayat Bukhari (6493), Ibn Hibban (339) dan yang lainnya. 


Di saat itulah, syaitan tidak akan menyia-nyiakan kesempatan. Boleh jadi, dia akan mendatangi manusia ketika kematian. Kerana itu, salah satu doa Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam, beliau memohon perlindungan kepada Allah, agar tidak disesatkan syaitan ketika kematian.


Dalam salah satu doanya, Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam mengucapkan,


وَأَعُوذُ بِكَ أَن يَتَخَبَّطَنِي الشَّيطَانُ عِندَ المَوتِ


Maksudnya:"Aku berlindung kepada-Mu agar tidak disesatkan syaitan ketika kematian". Riwayat Ahmad (8667), Abu Daud 1554. Sahih. 


Al-Khathabi menjelaskan hadith di atas, dengan menyebutkan beberapa bentuk gangguan syaitan ketika mendekati kematian,


استعاذته عليه الصلاة والسلام من تخبط الشيطان عند الموت ، هو أن يستولي عليه الشيطان عند مفارقته الدنيا ، فيضله ويحول بينه وبين التوبة ، أو يعوقه عن إصلاح شأنه والخروج من مظلمة تكون قِبَله ، أو يؤيسه من رحمة الله تعالى ، أو يكره الموت ويتأسف على حياة الدنيا ، فلا يرضى بما قضاه الله من الفناء ، والنقلة إلى دار الآخرة ، فيختم له بسوء ، ويلقى الله وهو ساخط عليه .


Maksudnya:" Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam berlindung dari disesatkan syaitan ketika kematian. bentuknya adalah syaitan mengganggunya ketika dia hendak meninggal dunia. Syaitan menyesatkan, akan menyesatkan seseorang, sehingga menghalangi dia untuk bertaubat, atau menutupi dirinya sehingga tidak mahu memperbaiki urusannya atau memohon maaf dari kezaliman yang pernah dia lakukan. Atau membuat dia merasa putus asa dari rahmat Allah. atau membuat dia benci dengan kematian dan merasa sedih meninggalkan hartanya, sehingga dia tidak redha dengan keputusan Allah berupa kematian, dan menuju akhirat. Sehingga dia akhiri hidupnya dengan keburukan, lalu dia bertemu Allah dalam keadaan Dia murka kepada-Nya


Kemudian, al-Khithabi menegaskan,


وقد روي أن الشيطان لا يكون في حال أشد على ابن ادم منه في حال الموت ، يقول لأعوانه : دونكم هذا ، فإنه إن فاتكم اليوم لم تلحقوه بعد اليوم .


Maksudnya:"Diriwayatkan bahawa tidak ada kesempatan yang lebih diperhatikan syaitan untuk menyesatkan manusia, selain ketika kematiannya. Dia akan mengundang rakan-rakannya, “Kumpul di sini, jika kalian tidak boleh menyesatkannya pada hari ini, kalian tidak lagi boleh menggodanya selamanya.” (Aunul Ma’bud, 4/287).


Di sana ada beberapa kejadian yang dialami para ulama, ketika proses kematiannya, syaitan berusaha untuk menggodanya.


Diantaranya Imam Ahmad bin Hambal rahimahullah, 


Diceritakan oleh Abdullah putra Imam Ahmad,


Aku menghadiri proses meninggalnya bapaku, Ahmad. Aku membawa selembar kain untuk mengikat janggot beliau. Beliau kadang pengsan dan sadar lagi. Lalu beliau beri isyarat dengan tangannya, sambil berkata, “Tidak, menjauh…. Tidak, menjauh…” beliau lakukan hal itu berulang kali. Maka aku tanyakan ke beliau, “Wahai ayahanda, apa yang Anda lihat? Beliau menjawab,


إن الشيطان قائم بحذائي عاض على أنامله يقول: يا أحمد فُتَّنِي، وَأَنـاَ أَقُولُ: لَا بُعْدٌ لَا بُعْدٌ


Maksudnya:"“Sesungguhnya syaitan berdiri di sampingku sambil menggigit jarinya, dia mengatakan, ‘Wahai Ahmad, aku kehilangan dirimu (tidak sanggup menyesatkanmu).  Aku katakan: “Tidak, masih jauh…. Tidak, masih jauh….” (Tadzkirah Al-Qurthubi, Hal. 186)


Maksud dari cerita ini adalah syaitan hendak menyesatkan Imam Ahmad dengan cara memuji Imam Ahmad. Syaitan mengaku menyerah di hadapan Imam Ahmad, agar beliau menjadi ujub terhadap diri sendiri dan bangga terhadap kehebatannya. Tapi beliau sadar, ini adalah tipuan. Beliau tolak dengan tegas: “Tidak, saya masih jauh, tidak seperti yang kamu sampaikan….” tidak boleh kita bayangkan, andaikata ujian semacam ini menimpa kita!!! 


Termasuk juga, kejadian yang pernah dialami salah satu ulama Kordoba. Seperti yang diceritakan oleh Imam al-Qurthubi,


“Saya mendengar guru kami, Abu Abbas Ahmad bin Umar di daerah perbatasan Iskandariyah bercerita: ‘Saya menjenguk saudara guruku, Abu Ja’far Ahmad bin Muhammad di daerah Kordoba. Ketika itu beliau sedang sekaratul maut. Ada yang mentalqin beliau: ucapkan: لا إله إلا الله


Tapi orang ini malah menjawab: Tidak… Tidak… Setelah beliau sedar, beliau bercerita: ‘Ada dua syaitan mendatangiku, satu di sebelah kanan dan satunya di sebelah kiri. Yang satu menyarankan: Matilah dengan memeluk Yahudi, kerana itu adalah agama terbaik. Satunya berkata: Matilah memeluk Nasrani, kerana itu adalah agama terbaik’. Lalu aku jawab: Tidak… Tidak…” (Lihat al-Tazkirah al-Qurthubi, Hal. 187)


Ini adalah secebis kisah mereka-mereka yang menghadapi sakaratul maut. Semoga ini menjadi peringatan bagi kita akan betapa mencekamnya sakaratul maut. Kerana yang menentukan status manusia adalah hujung hidupnya. Nabi Sallallahu ‘alaihiwasallam bersabda,


وَإِنَّمَا الأَعْمَالُ بِخَوَاتِيمِهَا


Maksudnya:"“Nilai amal, ditentukan keadaan akhirnya".Bukhari 6493, Ibn Hibban 339 dan yang lainnya. 


Semoga Allah menyelamatkan kita dari semua tipu daya syaitan.


اللَّهُمَّ يَا مُقَلِّبَ الْقُلُوبِ ثَبِّتْ قَلْبِى عَلَى دِينِكَ


Maksudnya:"Ya Allah, Zat yang membolak-balikkan hati, tetapkan hatiku di atas agama-Mu.


Dalam salah satu doanya, Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam mengucapkan,


وَأَعُوذُ بِكَ أَن يَتَخَبَّطَنِي الشَّيطَانُ عِندَ المَوتِ


Maksudnya:"Aku berlindung kepada-Mu agar tidak disesatkan syaitan ketika kematian". Riwayat Ahmad (8667), Abu Daud 1554. Sahih. 










Syaitan juga akan Mendatangi Manusia Ketika Sakaratul Maut


Dikala berlakunya sakaratul maut kepada manusia, maka dikala itu jugalah syaitan akan mendatangi manusia dan menggoda untuk menyesatkannya buat kali terakhir. Itulah detik-detik yang paling menentukan nasib manusia di akhirat. Kerana semua amal dinilai berdasarkan hujungnya. 

Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda,


وَإِنَّمَا الأَعْمَالُ بِخَوَاتِيمِهَا


Maksudnya:“Nilai amal, dintentukan keadaan akhirnya.” Riwayat Bukhari (6493), Ibn Hibban (339) dan yang lainnya. 


Di saat itulah, syaitan tidak akan menyia-nyiakan kesempatan. Boleh jadi, dia akan mendatangi manusia ketika kematian. Kerana itu, salah satu doa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam, beliau memohon perlindungan kepada Allah, agar tidak disesatkan setan ketika kematian.


Dalam salah satu doanya, Nabi Sallallahu'alaihiwasallam mengucapkan,


"وَأَعُوذُ بِكَ أَنْ يَتَخَبَّطَنِي الشَّيْطَانُ عِنْدَ الْمَوْتِ"


Hadith yang lengkapnya berbunyi, 


عَنْ أَبِي الْيَسَرِ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ التَّرَدِّي وَالْهَدْمِ وَالْغَرَقِ وَالْحَرِيقِ وَأَعُوذُ بِكَ أَنْ يَتَخَبَّطَنِي الشَّيْطَانُ عِنْدَ الْمَوْتِ وَأَعُوذُ بِكَ أَنْ أَمُوتَ فِي سَبِيلِكَ مُدْبِرًا وَأَعُوذُ بِكَ أَنْ أَمُوتَ لَدِيغًا


Maksudnya:"Dari Abu Al Yasaar ia berkata, "Rasulullah ﷺ membaca doa, "Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kematian kerana jatuh dari tempat yang tinggi, tertimpa reruntuhan, tenggelam, dan terbakar. Dan aku berlindung kepada-Mu dari pujukan syaitan saat sakaratul maut, kematian saat lari dari perang di jalan-Mu, serta mati karena sengatan binatang melata." Al-Nase'i (5436).


Al-Khathabi menjelaskan hadith di atas, dengan menyebutkan beberapa bentuk gangguan syaitan ketika mendekati kematian,


استعاذته عليه الصلاة والسلام من تخبط الشيطان عند الموت ، هو أن يستولي عليه الشيطان عند مفارقته الدنيا ، فيضله ويحول بينه وبين التوبة ، أو يعوقه عن إصلاح شأنه والخروج من مظلمة تكون قِبَله ، أو يؤيسه من رحمة الله تعالى ، أو يكره الموت ويتأسف على حياة الدنيا ، فلا يرضى بما قضاه الله من الفناء ، والنقلة إلى دار الآخرة ، فيختم له بسوء ، ويلقى الله وهو ساخط عليه .


Maksudnya:"Nabi Sallallah‘alaihiwasallam berlindung dari disesatkan syaitan ketika kematian, bentuknya adalah syaitan mengganggunya ketika dia hendak meninggal dunia. Lalu syaitan menyesatkannya, sehingga menghalangi dia untuk bertaubat, atau menutupi dirinya sehingga tidak mahu memperbaiki urusannya atau memohon maaf dari kezaliman yang pernah dia lakukan. Atau membuat dia merasa putus asa dari rahmat Allah. atau membuat dia benci dengan kematian dan merasa sedih meninggalkan hartanya, sehingga dia tidak redha dengan keputusan Allah berupa kematian, dan menuju akhirat. Sehingga dia akhiri hidupnya dengan keburukan, lalu dia bertemu Allah dalam keadaan Dia murka kepada-Nya


Kemudian, al-Khithabi menegaskan,


وقد روي أن الشيطان لا يكون في حال أشد على ابن ادم منه في حال الموت ، يقول لأعوانه : دونكم هذا ، فإنه إن فاتكم اليوم لم تلحقوه بعد اليوم .


Maksudnya:"Diriwayatkan bahawa tidak ada kesempatan yang lebih diperhatikan setan untuk menyesatkan manusia, selain ketika kematiannya. Dia akan mengundang rakan-rakannya, “Kumpul di sini, jika kamu tidak boleh menyesatkannya pada hari ini, kamu tidak lagi boleh menggodanya selamanya.” (Aunul Ma’bud, 4/287).


Dalam sebuah doa, Nabi Sallahu'alaihiwasallam telah menggabungkan antara kejahatan nafsu dan kejahatan syaitan. Baginda Sallahu'alaihiwasallam mengucapkan:


اللَّهمَّ فاطرَ السَّمواتِ والأرضِ، عالِمَ الغيبِ والشَّهادةِ، رَبَّ كلِّ شيءٍ ومَلِيكَهُ، أشهَدُ أن لا إلهَ إلَّا أنتَ، أعُوذُ بكَ مِن شرِّ نَفْسي، وشرِّ الشَّيطانِ وشِرْكِهِ


Maksudnya: “Ya Allah, Yang Menjadikan langit dan bumi, Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Tuhan bagi setiap sesuatu dan pemiliknya. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan yang berhak disembah kecuali Engkau. Aku berlindung pada-Mu dari kejahatan diriku sendiri dan dari kejahatan syaitan dan teman sekutunya.”


Riwayat Abu Daud (5067), al-Tirmizi (3392), al-Nasa'ie (7699) dan Ahmad (7961)


Syeikh al-‘Azim Abadi menjelaskan bahawa maksud “شر الشيطان” ialah bisikan was-wasnya serta godaan kesesatannya, sedangkan maksud syirkah (شرْكه) pula ialah apa-apa yang mendorong ke arah melakukan syirik dengan Allah. Ia juga boleh dibaca dengan syarakah (شركه) iaitu tali-tali dan perangkap syaitan yang bertujuan memfitnah dan menggoda manusia. (Lihat ‘Aun al-Ma’bud, 13/276)



No comments:

Post a Comment

Keteguhan Iman

Keteguhan Iman Dari segi bahasa, iman berarti "percaya" atau "membenarkan". Iman bermaksud kepercayaan atau keyakinan ya...