Thursday, September 3, 2020

Maut, Sakaratul maut (سَكْرَةُ الْمَوْتِ), saat terakhir syaitan menggoda anak Adam dan dunia yang melalaikan.

Maut, Sakaratul maut (سَكْرَةُ الْمَوْتِ), saat terakhir syaitan menggoda anak Adam dan dunia yang melalaikan. 


Kematian adalah menjadi salah satu rahsia dari rahsia Allah Subhanahuwata'ala. Tidak ada seorang pun yang mengetahui bilakah dirinya akan dipanggil menghadap Sang Penciptanya. Namun, hal yang pasti adalah setiap orang yang bernyawa akan mengalami kejadian ini. Sebagaimana firman Allah Subhanahuwata'ala, 


كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَإِنَّمَا تُوَفَّوْنَ أُجُورَكُمْ يَوْمَ الْقِيَامَةِ ۖ فَمَنْ زُحْزِحَ عَنِ النَّارِ وَأُدْخِلَ الْجَنَّةَ فَقَدْ فَازَ ۗ وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا إِلَّا مَتَاعُ الْغُرُورِ


Maksudnya:"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan ke dalam syurga, maka sungguh ia telah beruntung. Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan". Ali-Imran ayat 185.


Juga firman Allah Subhanahuwata'ala, 


إِنَّكَ مَيِّتٌ وَإِنَّهُمْ مَيِّتُونَ


Maksudnya:"Sesungguhnya kamu akan mati dan sesungguhnya mereka akan mati (pula)". Al-Zumar ayat 30.


Maut adalah satu peristiwa yang pasti terjadi dan ia sentiasa kekal dalam ingatan (jiwa). Roh manusia sebenarnya mengetahui hakikat ini sehingga dia sampai ke alam barzakh, cuma fitnah dan pengaruh dunia selalu melalaikan kebanyakkan manusia. Sebagaimana firman Allah Subhanahuwata’ala,


اللَّهُ يَبْسُطُ الرِّزْقَ لِمَنْ يَشَاءُ وَيَقْدِرُ ۚ وَفَرِحُوا بِالْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا فِي الْآخِرَةِ إِلَّا مَتَاعٌ


Maksudnya:“Allah meluaskan rezeki dan menyempitkannya bagi siapa yang dia kehendaki. Mereka bergembira dengan kehidupan di dunia, padahal kehidupan dunia itu (dibanding dengan) kehidupan akhirat, hanyalah kesenangan (yang sedikit).” Ar-Ra’du ayat 26.


اعْلَمُوا أَنَّمَا الْحَيَاةُ الدُّنْيَا لَعِبٌ وَلَهْوٌ وَزِينَةٌ وَتَفَاخُرٌ بَيْنَكُمْ وَتَكَاثُرٌ فِي الْأَمْوَالِ وَالْأَوْلَادِ ۖ


Maksudnya:"Ketahuilah, bahawa sesungguhnya kehidupan dunia ini hanyalah permainan dan suatu yang melalaikan, perhiasan dan bermegah-megah antara kamu serta berbangga-banggaan tentang banyaknya harta dan anak…. Al-Hadid ayat 20


Maka apabila sudah jelas bahawa usia itu sendiri dari muda pasti menuju tua, dari kukuh pasti menuju runtuh, bagaimanalah seorang yang berakal ingin menjadikan waktunya menahan perjalanan yang wajar bahawa yang kukuh menuju rosak. Bahawa orang yang lalai itu siang malam, yang difikirkannya di dunia ini ialah memperbaiki yang rosak dan dia lupa kepada kehidupan akhirat. Hal ini sepertimana syair yang menyebut:


حَيَاتُكَ يَا مَغْرُورُ سهو وغفلة


Maksudnya: Hidupmu di dunia, wahai orang yang tertipu, ialah lupa dan lalai.


Maha Suci Allah yang telah mengkhabarkan kepada manusia bahawa sakaratul maut(سَكْرَةُ الْمَوْتِ ) itu adalah makhluk yang termasuk daripada sunnah Allah yang benar akan terjadi sebagaimana hidup itu termasuk makhluk juga. Begitu juga dengan bintang-bintang dan falaknya, bumi dengan gunung-ganang, haiwan, manusia, dan segala jinnya adalah merupakan makhluk juga, sesuai dengan firman-Nya :


وَجَاءَتْ سَكْرَةُ الْمَوْتِ بِالْحَقِّ ۖ ذَٰلِكَ مَا كُنْتَ مِنْهُ تَحِيدُ


Maksudnya:" Dan datanglah sakaratul maut dengan sebenar-benarnya. Itulah yang kamu selalu lari daripadanya". Qaf ayat 19.


Maksud سَكْرَةُ الْمَوْتِ adalah kedahsyatan, tekanan, dan himpitan kekuatan kematian yang mengalahkan manusia dan menguasai akal sihatnya. Makna بِالْحَقِّ (perkara yang benar) adalah perkara akhirat, sehingga manusia sedar, yakin dan mengetahuinya. Ada yang berpendapat ألْحَقِّ adalah hakikat keimanan sehingga maknanya menjadi telah tiba sakaratul maut dengan kematian. Lihat Jami’u Al Bayan Fii Tafsiri Al Quran (26/100-101) dan Fathul Qadir (5/75).


Sakaratul maut bererti kesulitan dan kesukaran maut. Ar-Raghib dalam kitab Al-Mufradat menjelaskan, “Kata sakar adalah suatu keadaan yang menghalangi antara seseorang dengan dengan akalnya. Dalam penggunaannya, kata ini banyak dipakai untuk makna minuman yang memabukkan. Kata ini juga berhubung dengan marah, rindu, sakit, mengantuk, dan keadaan tidak sadar (pengsan) yang disebabkan oleh rasa sakit.” (Fathul Bari, Ibnu Hajar al-Asqalani, 11/362)


Sebelum benar-benar diambil nyawanya, manusia akan terlebih dahulu merasakan sakaratul maut. Sakaratul maut digambarkan sebagai proses kematian yang sangat menyakitkan bagi mereka yang merasakannya.


Sakaratul maut adalah antara peristiwa yang akan dilalui oleh setiap manusia ketika di ambang kematian. Keadaan penderitaan ketika manusia melalui saat itu digambarkan cukup dahsyat.


Kesakitan yang luar biasa tersebut akan dirasakan oleh setiap manusia sebelum roh terlepas dari jasad. Di saat seseorang akan menghadapi sebuah kematian, rasa sakit yang luar biasa akan dialami oleh si mayit. Penderitaan terdahsyat si mayit ketika menghadapi sakaratul maut adalah disaat rohnya sampai ke kerongkongan. Allah Subhanahuwata'ala berfirman:



كَلَّا إِذَا بَلَغَتِ التَّرَاقِيَ {26} وَقِيلَ مَنْ رَاقٍ {27} وَظَنَّ أَنَّهُ الْفِرَاقُ {28} وَالْتَفَّتِ السَّاقُ بِالسَّاقِ {29} إِلَى رَبِّكَ يَوْمَئِذٍ الْمَسَاقُ 


Maksudnya:“Sekali-kali jangan. Apabila nafas (seseorang) telah (mendesak) sampai kerongkongan. Dan dikatakan (kepadanya): “Siapakah yang dapat menyembuhkan”. Dan dia yakin bahawa sesungguhnya itulah waktu perpisahan. Dan bertaut betis (kiri) dengan betis (kanan). Dan kepada Rabbmulah pada hari itu kamu dihalau”. Al Qiyamah ayat 26-30.


Syaikh Sa’di menjelaskan: “Allah mengingatkan para hamba-Nya dengan keadan orang yang akan tercabut nyawanya, bahawa ketika ruh sampai pada taraqi yaitu tulang-tulang yang meliputi ujung leher (kerongkongan), maka pada saat itulah penderitaan mulai berat, (ia) mencari segala sarana yang dianggap menyebabkan kesembuhan atau kenyamanan. Kerana itu Allah berfiman: “Dan dikatakan (kepadanya): “Siapakah yang akan menyembuhkan?” ertinya siapa yang akan meruqyahnya dari kata ruqyah. Pasalnya, mereka telah kehilangan segala terapi umum yang mereka fikirkan, sehingga mereka bergantung sekali pada terapi ilahi. Namun qadha dan qadar jika datang dan tiba, maka tidak dapat ditolak. Dan dia yakin bahawa sesungguhnya itulah waktu perpisahan dengan dunia. Dan bertaut betis (kiri) dengan betis (kanan), maksudnya kesengsaraan jadi satu dan berkumpul. Urusan menjadi berbahaya, penderitaan semakin sulit, nyawa diharapkan keluar dari badan yang telah ia huni dan masih bersamanya. Maka dihalau menuju Allah Ta’ala untuk dibalasi amalannya, dan mengakui perbuatannya. Peringatan yang Allah sebutkan ini akan dapat mendorong hati-hati untuk bergegas menuju keselamatannya, dan menahannya dari perkara yang menjadi kebinasaannya. Tetapi, orang yang menentang, orang yang tidak mendapat manfaat dari ayat-ayat, senantiasa berbuat sesat dan kekufuran dan penentangan”. Taisir Al Karimi Ar Rahman Fi Tafsiri Kalami Al Mannan hlm. 833)


Ada beberapa hadith Nabi yang menguatkan fenomena sakaratul maut. : Imam Bukhari meriwayatkan dari ‘Aisyah Radhiyallahu ‘anhuma, ia menceritakan bagaimana pedihnya sakaratul maut(menjelang ajal menjemput Nabi Sallallahu'alaihiwasallam,


أَنَّ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا كَانَتْ تَقُولُ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ بَيْنَ يَدَيْهِ رَكْوَةٌ أَوْ عُلْبَةٌ فِيهَا مَاءٌ يَشُكُّ عُمَرُ فَجَعَلَ يُدْخِلُ يَدَيْهِ فِي الْمَاءِ فَيَمْسَحُ بِهِمَا وَجْهَهُ وَيَقُولُ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ إِنَّ لِلْمَوْتِ سَكَرَاتٍ ثُمَّ نَصَبَ يَدَهُ فَجَعَلَ يَقُولُ فِي الرَّفِيقِ الْأَعْلَى حَتَّى قُبِضَ وَمَالَتْ يَدُهُ


Maksudnya:"Bahawa 'Aisyah radhiallahu'anha mengatakan; Di depan Rasulullah ﷺ ada kantong kulit atau bejana berisi air -Umar ragu kepastiannya--, lantas beliau masukkan kedua tangannya dalam air dan beliau usap wajahnya dengan keduanya dan beliau ucapkan, "Laa-ilaaha-illallah, sungguh kematian diriingi sakarat, sungguh kematian diriingi sakarat, " kemudian beliau julurkan tangannya dan berseru, "Ya Allah, pertemukanlah aku dengan kekasihku yang tertinggi(الرَّفِيقِ الْأَعْلَى), " hingga akhirnya beliau wafat dan tangannya dalam keadaan melemas.al-Bukhari(6029)


عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ مَا أَغْبِطُ أَحَدًا بِهَوْنِ مَوْتٍ بَعْدَ الَّذِي رَأَيْتُ مِنْ شِدَّةِ مَوْتِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ


Maksudnya:"Dari 'Aisyah berkata, "Aku tidak iri terhadap seseorang kerana mudahnya kematian dia setelah melihat sulitnya kematian Rasulullah ﷺ. Al-Tirmizi(979)


Ibnu Hajar menjelaskan: “Dalam hadith tersebut, kepedihan atau kesengsaraan (saat) sakaratul maut bukan petunjuk atas kehinaan (seseorang). Dalam konteks orang yang beriman boleh untuk menambah kebaikannya atau menghapus kesalahan-kesalahannya”. [Fathul Bari Syarhu Shohihil Bukhori 11/363]


Dalam hadith yang lain pula disebutkan sesak yang Beliau Sallahu'alaihiwasallam rasakan, namun hal itu tak menghalangi Beliau Sallahu'alaihiwasallam untuk memberi pesan kepada para sahabat yang hadir, 


أَنَّ عَائِشَةَ وَابْنَ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمْ قَالَا لَمَّا نزلَ بِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ طَفِقَ يَطْرَحُ خَمِيصَةً عَلَى وَجْهِهِ فَإِذَا اغْتَمَّ كَشَفَهَا عَنْ وَجْهِهِ فَقَالَ وَهُوَ كَذَلِكَ لَعْنَةُ اللَّهِ عَلَى الْيَهُودِ وَالنَّصَارَى اتَّخَذُوا قُبُورَ أَنْبِيَائِهِمْ مَسَاجِدَ يُحَذِّرُ مَا صَنَعُوا


Dari ‘Aisyah dan Ibnu ‘Abbas radhiallahu ‘anhuma, keduanya berkata; “Tatkala Rasulullah ﷺ didatangi (oleh malaikat maut, yakni saat sakit beliau semakin parah. Atau sakaratul maut menjelang wafatnya beliau), Beliau memegang bajunya dan menutupkannya ke wajah beliau. Bila sudah sesak, beliau lepaskan dari mukanya. Dalam keadaan selalu seperti itu beliau bersabda: “Laknat Allah ﷻ tertimpa kepada Yahudi dan Nashara karena mereka menjadikan kuburan para Nabi mereka sebagai masjid-masjid”. Beliau ﷺ mengingatkan (kaum Muslimin) atas perbuatan mereka (Yahudi dan Nashara)”. Bukhari (3195)


Ibnu Abi Ad-Dunya rahimahullah meriwayatkan dari Syaddad bin Aus Radhiyallahu ‘anhu, ia berkata: “Kematian adalah kengerian yang paling dahsyat di dunia dan akhirat bagi orang yang beriman. Kematian lebih menyakitkan dari goresan gergaji, sayatan gunting, panasnya air mendidih di bejana. Seandainya ada mayat yang dibangkitkan dan menceritakan kepada penduduk dunia tentang sakitnya kematian, niscaya penghuni dunia tidak akan nyaman dengan hidupnya dan tidak nyenyak dalam tidurnya”. Lihat al-Maut hlm 69.


Azab sakitnya Sakaratul maut akan dirasai oleh setiap manusia namunpun begitu bagi orang kafir dan ahli maksiat lebih dahsyat berbanding dengan orang yang beriman, 


Di dalam hadis yang sahih daripada Abu Hurairah r.a :


  أَنَّ نَبِيَّ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : إِذَا حُضِرَ الْمُؤْمِنُ أَتَتْهُ مَلاَئِكَةُ الرَّحْمَةِ بِحَرِيرَةٍ بَيْضَاءَ ، فَيَقُولُونَ : اخْرُجِي رَاضِيَةً مَرْضِيًّا عَنْكِ إِلَى رَوْحِ اللهِ ، وَرَيْحَانٍ ، وَرَبٍّ غَيْرِ غَضْبَانَ فَتَخْرُجُ كَأَطْيَبِ رِيحِ مِسْكٍ حَتَّى إِنَّهُ لَيُنَاوِلُهُ بَعْضُهُمْ بَعْضًا حَتَّى يَأْتُوا بِهِ بَابَ يَعْنِي السَّمَاءِ فَيَقُولُونَ : مَا أَطْيَبَ هَذِهِ الرِّيحَ الَّتِي جَاءَتْكُمْ مِنَ الأَرْضِ فَيَأْتُونَ بِهِ أَرْوَاحَ الْمُؤْمِنِينَ فَلَهُمْ أَشَدُّ فَرَحًا بِهِ مِنْ أَحَدِكُمْ بِغَائِبِهِ يَقْدَمُ عَلَيْهِ فَيَسْأَلُونَهُ مَا فَعَلَ فُلاَنٌ مَا فَعَلَ فُلاَنٌ ؟ فَيَقُولُونَ : دَعُوهُ فَإِنَّهُ كَانَ فِي غَمِّ الدُّنْيَا فَإِذَا قَالَ أَمَا أَتَاكُمْ ؟ قَالُوا : ذُهِبَ بِهِ إِلَى أُمِّهِ الْهَاوِيَةِ وَإِنَّ الْكَافِرَ إِذَا حُضِرَ أَتَتْهُ مَلاَئِكَةُ الْعَذَابِ بِمِسْحٍ فَيَقُولُونَ : اخْرُجِي سَاخِطَةً مَسْخُوطًا عَلَيْكِ إِلَى عَذَابِ اللهِ فَتَخْرُجُ كَأَنْتَنِ رِيحِ جِيفَةٍ حَتَّى يَأْتُونَ بِهِ بَابَ الأَرْضِ فَيَقُولُونَ : مَا أَنْتَنَ هَذِهِ الرِّيحَ حَتَّى يَأْتُوا بِهِ أَرْوَاحَ الْكُفَّارِ.


Maksudnya: ”Bahawasanya Nabi Sallahu'alaihiwasallam bersabda: Apabila seorang Mukmin nazak,datang kepadanya malaikat Rahmat dengan membawa sutera putih. Para Malaikat berkata:Keluarlah wahai roh dalam keadaan redha lagi diredhai kepada Allah,penuh rahmat serta tidak dimurkai Tuhan. Maka roh tersebut keluar seperti bau misk(wangian) yang terbaik sehingga bau tersebut sampai ke pintu langit.Para malaikat(di langit) berkata:”wanginya bau yang kamu bawa dari dunia!.Mereka membawa Roh tersebut menemui roh-roh orang yang beriman.(Pada ketika itu) mereka(roh orang mukmin) terlalu gembira dengan kedatangan roh tadi. Mereka bertanya kepadanya apa yang dilakukan oleh fulan ini,apa yang dilakukan oleh fulan ini?. Para Malaikat berkata:Tinggalkan dia. Sesungguhnya dia pernah berada di dalam kesedihan dunia.Lalu roh itu berkata:Apa yang menyebabkan kamu ke sini? Mereka menjawab: Dia telah dibawa dari ibunya. Ketika mana orang kafir nazak,datang kepadanya malaikat azab dengan membawa guni. Lalu para Malaikat berkata:Keluarkan wahai roh dalam keadaan murka lagi dimurkai serta (rasalah) azab Allah. Maka roh itu keluar seperti bau nanah(yang keluar dari bangkai mereput) sehingga bau tersebut sampai ke pintu dunia maka Para malaikat berkata: Busuknya bau nanah ini sehingga mereka membawa roh-roh orang kafir."


Riwayat al-Nasaie (1972) di dalam Sunan al-Kubra & Ibn Hibban (3078) dalam Sohihnya


Hadith yang panjang ini menjelaskan kepada kita akan perihal roh orang mukmin dan juga roh orang kafir.Juga menjadi dalil bahawa roh-roh orang mukmin yang telah mati akan bertemu dengan roh-roh orang mukmin yang lain.Ini dapat dilihat melalui pertanyaan roh-roh orang mukmin yang telah lama mati akan perihal ahli keluarga mereka yang masih hidup. Berbeza dengan roh orang kafir yang tidak langsung dipertemukan dengan roh-roh lain.


Sakaratul maut bagi orang yang beriman secara umum adalah mudah, Allah menyatakan secara tegas dalam firman-Nya bahawa para malaikat menghampiri orang-orang yang beriman, dengan mengatakan janganlah takut dan sedih serta membawa berita gembira tentang syurga;


إِنَّ الَّذِينَ قَالُوا رَبُّنَا اللهُ ثُمَّ اسْتَقَامُوا تَتَنَزَّلُ عَلَيْهِمُ الْمَلاَئِكَةُ أَلآتَخَافُوا وَلاَتَحْزَنُوا وَأَبْشِرُوا بِالْجَنَّةِ الَّتِي كُنتُمْ تُوعَدُونَ {30}


Maksudnya:“Sesungguhnya orang-orang yang berkata: “Rabb kami adalah Allah kemudian mereka beristiqomah, maka para malaikat turun kepada mereka (sembari berkata):” Janganlah kamu bersedih dan bergembiralah kamu dengan (memperoleh) syurga yang telah dijanjikan Allah kepadamu”. Fushshilat ayat 30


Ibnu Katsir mengatakan dalam tafsirnya: “Sesungguhnya orang-orang yang ikhlas dalam amalannya untuk Allah semata dan mengamalkan ketaatan-Nya berdasarkan syariat Allah, nescaya para malaikat akan menghampiri mereka tatkala kematian mendatangi mereka dengan berkata,


“Janganlah kamu takut atas amalan yang kamu persembahkan untuk akhirat dan jangan bersedih atas perkara dunia yang akan kamu tinggalkan, baik itu anak, isteri, harta atau agama, sebab kami akan mewakili kamu dalam perkara itu. Mereka (para malaikat) memberi khabar gembira berupa sirnanya keburukan dan turunnya kebaikan”.


Ibnu Katsir pun juga menukil perkataan Zaid bin Aslam: “Khabar gembira akan terjadi pada saat kematian, di alam kubur, dan pada hari kebangkitan”. Lihat Tafsiru Al Quranil ‘Azhim 4/100-101.


Allah Subhamahuwata'ala juga menyebutkan bahawa orang-orang yang beriman akan dimatikan dalam keadaan yang baik. 


الَّذِينَ تَتَوَفَّاهُمُ الْمَلَائِكَةُ طَيِّبِينَ ۙ يَقُولُونَ سَلَامٌ عَلَيْكُمُ ادْخُلُوا الْجَنَّةَ بِمَا كُنْتُمْ تَعْمَلُونَ


Maksudnya:"(Iaitu) orang-orang yang diwafatkan dalam keadaan baik oleh para malaikat dengan mengatakan (kepada mereka): "سَلَامٌ عَلَيْكُمُ, masuklah kamu ke dalam syurga itu disebabkan apa yang telah kamu kerjakan" Al- Nahl ayat 32.


Syaikh Asy Syinqithi mengatakan: “Dalam ayat ini, Allah menyebutkan bahawa orang yang bertakwa, yang melaksanakan perintah Rabb mereka dan menjauhi larangan-Nya akan diwafatkan para malaikat yaitu dengan mencabut nyawa-nyawa mereka dalam keadaan thayyibin (baik), yakni bersih dari syirik dan maksiat, (ini) menurut tafsiran yang paling shahih, (juga) memberi kabar gembira berupa syurga dan menyambangi mereka mereka dengan salam… Lihat Adhwaul Bayan (3/266).


Hadith Al Bara` bin ‘Azib Radhiyallahu ‘anhu bahawa Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam berkata tentang proses kematian seorang mukmin:


 إِنَّ الْعَبْدَ الْمُؤْمِنَ إِذَا كَانَ فِي انْقِطَاعٍ مِنْ الدُّنْيَا وَإِقْبَالٍ مِنْ الْآخِرَةِ نَزَلَ إِلَيْهِ مَلَائِكَةٌ مِنْ السَّمَاءِ بِيضُ الْوُجُوهِ كَأَ  وُجُوهَهُمْ الشَّمْسُ مَعَهُمْ كَفَنٌ مِنْ أَكْفَانِ الْجَنَّةِ وَحَنُوطٌ مِنْ حَنُوطِ الْجَنَّةِ حَتَّى يَجْلِسُوا مِنْهُ مَدَّ الْبَصَرِ ثُمَّ يَجِيءُ مَلَكُ الْمَوْتِ عَلَيْهِ السَّلَام حَتَّى يَجْلِسَ عِنْدَ رَأْسِهِ فَيَقُولُ أَيَّتُهَا النَّفْسُ الطَّيِّبَةُ اخْرُجِي إِلَى مَغْفِرَةٍ مِنْ اللَّهِ وَرِضْوَانٍ قَالَ فَتَخْرُجُ تَسِيلُ كَمَا تَسِيلُ الْقَطْرَةُ مِنْ فِي السِّقَاءِ فَيَأْخُذُهَا فَإِذَا أَخَذَهَا لَمْ يَدَعُوهَا فِي يَدِهِ طَرْفَةَ عَيْنٍ حَتَّى يَأْخُذُوهَا فَيَجْعَلُوهَا فِي ذَلِكَ الْكَفَنِ وَفِي ذَلِكَ الْحَنُوطِ وَيَخْرُجُ مِنْهَا كَأَطْيَبِ نَفْحَةِ مِسْكٍ وُجِدَتْ عَلَى وَجْهِ الْأَرْضِ 


Maksudnya:“Seorang hamba mukmin, jika telah berpisah dengan dunia, menyongsong akhirat, maka malaikat akan mendatanginya dari langit, dengan wajah yang putih. Rona muka mereka layaknya sinar matahari. Mereka membawa kafan dari syurga, serta hanuth (wewangian) dari syurga. Mereka duduk di sampingnya sejauh mata memandang. Berikutnya, malaikat maut hadir dan duduk di dekat kepalanya sembari berkata: “Wahai jiwa yang baik –dalam riwayat- jiwa yang tenang keluarlah menuju ampunan Allah dan keridhaannya”. Ruhnya keluar bagaikan aliran cucuran air dari mulut kantong kulit. Setelah keluar ruhnya, maka setiap malaikat maut mengambilnya. Jika telah diambil, para malaikat lainnya tidak membiarkannya di tangannya (malaikat maut) sejenak saja, untuk mereka ambil dan diletakkan di kafan dan hanuth tadi. Dari jenazah, semerbak aroma misk terwangi yang ada di bumi..”Riwayat Ahmad (4/2876, 295, 296) dan Abu Daud  (4753).


Sedangan bagi orang kafir dan ahli maksiat, mereka akan menghadapi proses sakaratul maut yang sangat berbeza. Sakaratul maut akan terasa sangat menyakitkan dan sangat mengerikan bagi orang yang tidak beriman. Dimana, roh orang yang tidak beriman akan keluar dengan sangat susah payah dan malaikat akan mencabut nyawa mereka dengan paksa, 


….ۗ وَلَوْ تَرَىٰ إِذِ الظَّالِمُونَ فِي غَمَرَاتِ الْمَوْتِ وَالْمَلَائِكَةُ بَاسِطُو أَيْدِيهِمْ أَخْرِجُوا أَنْفُسَكُمُ ۖ الْيَوْمَ تُجْزَوْنَ عَذَابَ الْهُونِ بِمَا كُنْتُمْ تَقُولُونَ عَلَى اللَّهِ غَيْرَ الْحَقِّ وَكُنْتُمْ عَنْ آيَاتِهِ تَسْتَكْبِرُونَ…


Maksudnya:"Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat di waktu orang-orang yang zalim berada dalam tekanan sakratul maut, sedang para malaikat memukul dengan tangannya, (sambil berkata): "Keluarkanlah nyawamu" Di hari ini kamu dibalas dengan siksa yang sangat menghinakan, kerana kamu selalu mengatakan terhadap Allah (perkataan) yang tidak benar dan (karena) kamu selalu menyombongkan diri terhadap ayat-ayat-Nya". Al-An'am ayat 93.


Saat itu malaikat maut akan memukul orang-orang yang tidak beriman agar nyawa mereka segera keluar dari tubuh. Allah menyebutkan hal tersebut dalam Al-quran surat Al-Anfaal ayat 50-51. Allah berfirman,


وَلَوْ تَرَىٰ إِذْ يَتَوَفَّى الَّذِينَ كَفَرُوا ۙ الْمَلَائِكَةُ يَضْرِبُونَ وُجُوهَهُمْ وَأَدْبَارَهُمْ وَذُوقُوا عَذَابَ الْحَرِيقِ. ذَٰلِكَ بِمَا قَدَّمَتْ أَيْدِيكُمْ وَأَنَّ اللَّهَ لَيْسَ بِظَلَّامٍ لِلْعَبِيدِ


Maksudnya:"Kalau kamu melihat ketika para malaikat mencabut jiwa orang-orang yang kafir seraya memukul muka dan belakang mereka (dan berkata): "Rasakanlah olehmu siksa neraka yang membakar", (tentulah kamu akan merasa ngeri). Demikian itu disebabkan oleh perbuatan tanganmu sendiri. Sesungguhnya Allah sekali-kali tidak menganiaya hamba-Nya.  Al-Anfaal ayat 50-51.


Saat detik-detik kematian datang, orang kafir minta dikembalikan agar boleh masuk Islam. Sedangkan orang yang jahat memohon dikembalikan ke dunia untuk bertaubat, dan beramal soleh. Namun sudah tentu, permintaan mereka tidak akan terkabulkan. Allah berfirman:


 حَتَّى إِذَا جَآءَ أَحَدَهُمُ الْمَوْتَ قَالَ رَبِّ ارْجِعُونِ {99} لَعَلِّي أَعْمَلُ صَالِحًا فِيمَا تَرَكْتُ كَلآ إِنَّهَا كَلِمَةٌ هُوَ قَآئِلُهَا وَمِن وَرَآئِهِم بَرْزَخٌ إِلَى يَوْمِ يُبْعَثُونَ 


Maksudnya:“(Demikianlah keadaan orang-orang kafir), hingga apabila datang kematian kepada seseorang dari mereka, dia berkata: “Ya Rabbi kembalikan aku ke dunia. Agar aku berbuat amal soleh terhadap yang telah aku tinggalkan. Sekali-kali tidak. Sesungguhnya itu adalah perkataan yang diucapkannya saja. Dan di hadapan mereka ada dinding sampai hari mereka dibangkitkan”. Al-Mukminun ayat 99-100.


Syaitan juga akan Mendatangi Manusia Ketika Sakaratul Maut


Dikala berlakunya sakaratul maut kepada manusia, maka dikala itu jugalah syaitan akan mendatangi manusia dan menggoda untuk menyesatkannya buat kali terakhir. Itulah detik-detik yang paling menentukan nasib manusia di akhirat. Kerana semua amal dinilai berdasarkan hujungnya. 

Nabi Sallallahu'alaihiwasallam bersabda,


وَإِنَّمَا الأَعْمَالُ بِخَوَاتِيمِهَا


Maksudnya:“Nilai amal, dintentukan keadaan akhirnya.” Riwayat Bukhari (6493), Ibn Hibban (339) dan yang lainnya. 


Di saat itulah, syaitan tidak akan menyia-nyiakan kesempatan. Boleh jadi, dia akan mendatangi manusia ketika kematian. Kerana itu, salah satu doa Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam, beliau memohon perlindungan kepada Allah, agar tidak disesatkan setan ketika kematian.


Dalam salah satu doanya, Nabi Sallallahu'alaihiwasallam mengucapkan,


"وَأَعُوذُ بِكَ أَنْ يَتَخَبَّطَنِي الشَّيْطَانُ عِنْدَ الْمَوْتِ"


Hadith yang lengkapnya berbunyi, 


عَنْ أَبِي الْيَسَرِ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ التَّرَدِّي وَالْهَدْمِ وَالْغَرَقِ وَالْحَرِيقِ وَأَعُوذُ بِكَ أَنْ يَتَخَبَّطَنِي الشَّيْطَانُ عِنْدَ الْمَوْتِ وَأَعُوذُ بِكَ أَنْ أَمُوتَ فِي سَبِيلِكَ مُدْبِرًا وَأَعُوذُ بِكَ أَنْ أَمُوتَ لَدِيغًا


Maksudnya:"Dari Abu Al Yasaar ia berkata, "Rasulullah ﷺ membaca doa, "Ya Allah, aku berlindung kepada-Mu dari kematian kerana jatuh dari tempat yang tinggi, tertimpa reruntuhan, tenggelam, dan terbakar. Dan aku berlindung kepada-Mu dari pujukan syaitan saat sakaratul maut, kematian saat lari dari perang di jalan-Mu, serta mati karena sengatan binatang melata." Al-Nase'i (5436).


Al-Khathabi menjelaskan hadith di atas, dengan menyebutkan beberapa bentuk gangguan syaitan ketika mendekati kematian,


استعاذته عليه الصلاة والسلام من تخبط الشيطان عند الموت ، هو أن يستولي عليه الشيطان عند مفارقته الدنيا ، فيضله ويحول بينه وبين التوبة ، أو يعوقه عن إصلاح شأنه والخروج من مظلمة تكون قِبَله ، أو يؤيسه من رحمة الله تعالى ، أو يكره الموت ويتأسف على حياة الدنيا ، فلا يرضى بما قضاه الله من الفناء ، والنقلة إلى دار الآخرة ، فيختم له بسوء ، ويلقى الله وهو ساخط عليه .


Maksudnya:"Nabi Sallallah‘alaihiwasallam berlindung dari disesatkan syaitan ketika kematian, bentuknya adalah syaitan mengganggunya ketika dia hendak meninggal dunia. Lalu syaitan menyesatkannya, sehingga menghalangi dia untuk bertaubat, atau menutupi dirinya sehingga tidak mahu memperbaiki urusannya atau memohon maaf dari kezaliman yang pernah dia lakukan. Atau membuat dia merasa putus asa dari rahmat Allah. atau membuat dia benci dengan kematian dan merasa sedih meninggalkan hartanya, sehingga dia tidak redha dengan keputusan Allah berupa kematian, dan menuju akhirat. Sehingga dia akhiri hidupnya dengan keburukan, lalu dia bertemu Allah dalam keadaan Dia murka kepada-Nya


Kemudian, al-Khithabi menegaskan,


وقد روي أن الشيطان لا يكون في حال أشد على ابن ادم منه في حال الموت ، يقول لأعوانه : دونكم هذا ، فإنه إن فاتكم اليوم لم تلحقوه بعد اليوم .


Maksudnya:"Diriwayatkan bahawa tidak ada kesempatan yang lebih diperhatikan syaitan untuk menyesatkan manusia, selain ketika kematiannya. Dia akan mengundang rakan-rakannya, “Kumpul di sini, jika kamu tidak boleh menyesatkannya pada hari ini, kamu tidak lagi boleh menggodanya selamanya.” (Aunul Ma’bud, 4/287).


Penutupnya:


اَللهُمَّ اِنَّا نَسْأَلُكَ سَلاَمَةً فِى الدِّيْنِ وَعَافِيَةً فِى الْجَسَدِ وَزِيَادَةً فِى الْعِلْمِ وَبَرَكَةً فِى الرِّزْقِ وَتَوْبَةً قَبْلَ الْمَوْتِ وَرَحْمَةً عِنْدَ الْمَوْتِ وَمَغْفِرَةً بَعْدَ الْمَوْتِ اللهم هون علينا سكرات الموت  والنجاة من النار والعفو عند الحساب



Maksudnya:"Ya Allah, kami mohon keselamatan dalam agama, dan afiat pada badan kami, bertambah ilmu, berkat dalam rezeki, taubat sebelum mati, rahmat ketika mati (Sakaratul Maut), keampunan selepas mati, Ya Allah permudahkanlah kepada kami Sakaratul Maut, selamat dari api neraka dan keampunan ketika dihisab."

No comments:

Post a Comment

Guru, Ustaz selaku pendidik serta kelebihannya dan tanggungjawab pelajar atau murid terhadap gurunya.

Guru, Ustaz selaku pendidik serta kelebihannya dan tanggungjawab pelajar atau murid terhadap gurunya. Profesion sebagai seorang guru adalah ...