Monday, September 28, 2020

Azab kubur; Sebab-sebab ditimpa azab kubur dan sebab-sebab terselamat dari azab kubur.

Azab kubur; Sebab-sebab ditimpa azab kubur dan sebab-sebab terselamat dari azab kubur. 


Ketika seseorang itu meninggal dunia dan disemadikan di dalam kubur ia bukanlah bermaksud menempati peristirehatan yang terakhir, namun ianya hanya persinggahan untuk sementara waktu sahaja. Meskipun persinggahan itu boleh jadi lebih lama daripada ketika ia hidup di alam dunia.


Hidup di dalam alam kubur tiada jangka masa yang boleh dihitung. Mereka yang telah mati dari sejak zaman Nabi Adam as sehingga kini masih lagi berada di alam kubur mereka. Alam kubur adalah rumah  sementara menunggu kedatangan hari kiamat. Alam kubur boleh menjadi taman syurga bagi manusia baik dan menjadi salah satu dari lubang neraka bagi  manusia yang jahat.


إِنَّمَا القَبْرُ رَوْضَةٌ مِنْ رِيَاضِ الجَنَّةِ أَوْ حُفْرَةٌ مِنْ حُفَرِ النَّارِ


Maksudnya: Sesungguhnya kubur satu taman daripada taman-taman Syurga atau satu gaung daripada gaung-gaung neraka.

Riwayat al-Tirmizi (2460) Kata Imam al-Tirmizi, hadis ini gharib.


Itulah alam kubur atau alam barzakh. Bahkan mungkin di sana, ada manusia yang tidak sempat beristirehat sama sekali, meskipun hanya sekejap masa, dimana ia terus-menerus mendapatkan seksa. Alam barzakh atau alam kubur ini pasti akan dilalui oleh setiap insan dan mereka akan tinggal di situ dari saat dia mati sehinggalah saat tibanya hari kiamat di mana dia akan dibangkitkan kembali dengan jasad yang baru.


Iaitu sebelum datangnya hari pengadilan besar yang siapapun tidak boleh lepas darinya. Hari ketika Allah akan mengadili setiap manusia sesuai dengan apa yang pernah mereka kerjakan. Hari kiamat adalah hari yang tidak pernah diharapkan kehadirannya oleh orang kafir, sebab mereka sudah mengetahui dan merasakan kedahsyatannya ketika mengalami siksa hebat di kuburnya.


Dari segi dalalahnya terdapat ayat-ayat yang menunjukkan adanya azab kubur. Ini dikuatkan lagi dengan tafsiran para ulama dan ahli tafsir. Antara ayat-ayat tersebut ialah:


Firman Allah Subhanahuwata'ala, 


فَوَقَىٰهُ ٱللَّهُ سَيِّـَٔاتِ مَا مَكَرُوا۟ ۖوَحَاقَ بِـَٔالِ فِرْعَوْنَ سُوٓءُ ٱلْعَذَابِ ﴿٤٥﴾ ٱلنَّارُ يُعْرَضُونَ عَلَيْهَا غُدُوًّا وَعَشِيًّا ۖ وَيَوْمَ تَقُومُ ٱلسَّاعَةُ أَدْخِلُوٓا۟ ءَالَ فِرْعَوْنَ أَشَدَّ ٱلْعَذَابِ


Maksudnya: Dan Firaun bersama-sama kaumnya ditimpa azab seksa yang seburuk-buruknya. Mereka didedahkan kepada bahang api neraka pada waktu pagi dan petang (semasa mereka berada dalam alam barzakh), dan pada hari berlakunya kiamat (diperintahkan kepada malaikat): “Masukkanlah Firaun dan pengikut-pengikutnya ke dalam azab seksa api neraka yang seberat-beratnya!” 

Ghafir ayat 45-46.


Sayyid Qutub berkata: Ayat ini menyatakan bahawa mereka didedahkan kepada neraka pada waktu pagi dan petang iaitu dalam tempoh selepas mati hingga berikutnya kiamat. Mungkin azab ini ialah azab kubur kerana selepas itu al-Quran menyebut:


وَيَوْمَ تَقُومُ ٱلسَّاعَةُ أَدْخِلُوٓا۟ ءَالَ فِرْعَوْنَ أَشَدَّ ٱلْعَذَابِ


Maksudnya: Dan pada hari berlakunya kiamat (diperintahkan kepada malaikat): Masukkanlah Firaun dan pengikut-pengikutnya ke dalam azab seksa api neraka yang seberat-beratnya!

Ghafir ayat 46.


Ayat di atas menerangkan tentang azab sebelum hari kiamat, iaitu satu azab yang amat dahsyat. Mereka didedahkan kepada api neraka pada waktu pagi dan petang. Ketika menafsirkan ayat ini, Imam al-Qurtubi mengatakan, bahawa Mujahid, Ikrimah, Muqatil, dan Muhammad bin Ka’ab kesemua mereka mengatakan ayat ini membuktikan wujudnya azab kubur di alam dunia.


Malahan, di dalam Takmilah Adhwa' al-Bayan oleh Syeikh Atiyyah Salim, beliau mengatakan bahawa ayat ini adalah dalil yang paling jelas daripada al-Quran menunjukkan wujudnya azab kubur.


Firman Allah Subhanahuwata'ala: 


يُثَبِّتُ ٱللَّهُ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ بِٱلْقَوْلِ ٱلثَّابِتِ فِى ٱلْحَيَو‌ٰةِ ٱلدُّنْيَا وَفِى ٱلْءَاخِرَةِ ۖ وَيُضِلُّ ٱللَّهُ ٱلظَّـٰلِمِينَ ۚ وَيَفْعَلُ ٱللَّهُ مَا يَشَآءُ 


Maksudnya: Allah menetapkan (pendirian) orang-orang yang beriman dengan kalimah yang tetap teguh dalam kehidupan dunia dan akhirat, dan Allah menyesatkan orang-orang yang berlaku zalim (kepada diri mereka sendiri), dan Allah berkuasa melakukan apa yang dikehendaki-Nya. Ibrahim ayat 27.


Ibu Kathir ketika menafsirkan ayat ini menyebut hadis riwayat ahmad Ibn Hanbal dimana Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam bersabda: “Mohonlah perlindungan kepada Allah dari siksa kubur"


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَدْعُو وَيَقُولُ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ


Maksudnya:"Abu Hurairah radliallahu 'anhu] berkata, Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam berdo'a: "اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ" (ertinya): ("Ya Allah aku berlindung kepada-Mu dari suksa kubur dan dari siksa api neraka dan dari fitnah kehidupan dan kematian dan dari fitnah Al Masihid Dajjal"). Al-Bukhari(1288)


Firman Allah Subhanahuwata'ala: 


سَنُعَذِّبُهُم مَّرَّتَيْنِ ثُمَّ يُرَدُّونَ إِلَىٰ عَذَابٍ عَظِيمٍ


Maksudnya: Kami akan azabkan mereka berulang-ulang, kemudian mereka dikembalikan kepada azab yang besar.

Al-Taubah ayat 101.


Ibnu Juraij mengatakan: Ia adalah azab dunia dan azab kubur, baru kemudian mereka dikembalikan ke azab yang besar. Lihat tafsir Ibnu Kathir. 


Firman Allah Subhanahuwata'ala: 


وَلَوْ تَرَىٰٓ إِذِ ٱلظَّـٰلِمُونَ فِى غَمَرَ‌ٰتِ ٱلْمَوْتِ وَٱلْمَلَـٰٓئِكَةُ بَاسِطُوٓا۟ أَيْدِيهِمْ أَخْرِجُوٓا۟ أَنفُسَكُمُ ۖ ٱلْيَوْمَ تُجْزَوْنَ عَذَابَ ٱلْهُونِ بِمَا كُنتُمْ تَقُولُونَ عَلَى ٱللَّهِ غَيْرَ ٱلْحَقِّ وَكُنتُمْ عَنْ ءَايَـٰتِهِۦ تَسْتَكْبِرُونَ 


Maksudnya: Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang zalim itu dalam penderitaan “sakaratul-maut” (ketika hendak putus nyawa), sedang malaikat-malaikat pula menghulurkan tangan mereka (memukul dan menyeksa orang-orang itu) sambil berkata (dengan menengking dan mengejek): Keluarkanlah nyawa kamu (dari tubuh kamu sendiri), pada hari ini kamu dibalas dengan azab seksa yang menghina (kamu) sehina-hinanya, disebabkan apa yang telah kamu katakan terhadap Allah dengan tidak benar, dan kamu pula (menolak dengan) sombong takbur akan ayat-ayat keterangan-Nya. Al-An’am ayat 93.


Dalil wujudnya azab kubur daripada ayat di atas ialah, Allah Subhanahuwata'ala memberitahu bahawa mereka akan merasakan azab yang hina pada hari tersebut. Jika sekiranya, azab yang hina tersebut merujuk kepada azab neraka, dan ditangguhkan hingga hari kiamat, nescaya tidak tepatlah firman Allah SWT dalam ayat tersebut: ”Pada hari ini kamu dibalas.” Justeru, wajar ditafsirkan dengan azab kubur. Lihat tafsir Ibnu Kathir. 


Firman Allah Subhanahuwata'ala: 


وَمَنْ أَعْرَضَ عَن ذِكْرِى فَإِنَّ لَهُۥ مَعِيشَةً ضَنكًا وَنَحْشُرُهُۥ يَوْمَ ٱلْقِيَـٰمَةِ أَعْمَىٰ


Maksudnya: Dan sesiapa yang berpaling ingkar dari ingatan dan petunjuk-Ku, maka sesungguhnya adalah baginya kehidupan yang sempit, dan Kami akan himpunkan dia pada hari kiamat dalam keadaan buta.

Taha ayat 124.


Al-Mawardi di dalam kitabnya al-Nukat wa al-U’yun Abu Said al-Khudri RA dan Ibn Mas’ud RA bahawa maksud ayat ini adalah azab kubur. Kehidupan sempit yang disebutkan dalam ayat di atas ditafsirkan sebagai azab kubur. Tafsirannya sebagai azab kubur, diambil melalui ayat selepasnya yang berbunyi: 


وَلَعَذَابُ ٱلْءَاخِرَةِ أَشَدُّ وَأَبْقَىٰٓ 


Maksudnya: Dan azab akhirat itu lebih dahsyat dan lebih berkekalan. 

Taha ayat 127.


Hal ini bererti kesempitan hidup pasti terjadi sebelum berlakunya azab akhirat. Justeru, kesempitan hidup sebelum akhirat boleh ditafsirkan sama ada sebagai kesempitan hidup di dunia, ataupun azab kubur di alam barzakh. 


Jika ditafsirkan kesempitan itu berlaku sewaktu kehidupan dunia, maka sudah pasti setiap orang yang berpaling dari petunjuk Allah Subhanahuwata'ala akan mendapat kehidupan yang sempit. Sedangkan realiti yang berlaku menunjukkan orang-orang kafir ada yang lebih selesa dan mewah hidupnya berbanding orang beriman.


Di antara sebab-sebab azab kubur:


1- Kekafiran dan kemunafikan


Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam 

bersabda:


 وَأَمَّا الْمُنَافِقُ وَالْكَافِرُ فَيُقَالُ لَهُ: مَا كُنْتَ تَقُوْلُ فِي هَذَا الرَّجُلِ؟ فَيَقُوْلَ : لاَ أَدْرِى، كُنْتُ أَقُوْلُ مَا يَقُوْلُ النَّاسُ. فَيُقَالُ: لاَ دَرَيْتَ وَلاَ تَلَيْتَ. وَيُضْرَبُ بِمَطَارِقَ مِنْ حَدِيْدٍ ضَرْبَةً، فَيَصِيْحُ صَيْحَةً يَسْمَعُهَا مَنْ يَلِيْهِ غَيْرَ الثَّقَلَيْنِ. أخرجه البخاري في صحيحه رقم : 1374 


Maksudnya:"Adapun orang munafik dan kafir, akan ditanyakan kepadanya: “Apa yang engkau katakan tentang orang (yang diutus oleh Allah) ini?” Ia menjawab: “Tidak tahu. Dahulu aku pernah mengatakan apa yang dikatakan orang.” Maka dikatakanlah kepadanya: “Engkau tidak memahami apapun dan tidak membaca (mengikuti) Al Qur’an”. Orang itu kemudian dipukul keras dengan pemukul dari besi. Menjeritlah ia dengan satu jeritan yang didengar oleh semua yang berada di sekitarnya, kecuali jin dan manusia”. Riwayat Bukhari(1374)


Dari Ibnu Umar radhiyallahu ‘anhuma bahawasanya Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda:


إِنَّ أَحَدَكُمْ إِذَا مَاتَ عُرِضَ عَلَيْهِ مَقْعَدَهُ بِالْغَدَاةِ وَالْعَشِيِّ، إِنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ فَمِنْ أَهْلِ الْجَنَّةِ، وَإِنْ كَانَ مِنْ أَهْلِ النَّارِ فَمِنْ أَهْلِ النَّارِ فَيُقَالُ: هَذَا مَقْعَدُكَ حَتَّى يَبْعَثَكَ اللهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ


Maksudnya:“Sesungguhnya apabila salah seorang di antara kamu mati maka akan dinampakkan kepadanya calon tempat tinggalnya pada waktu pagi dan petang. Bila dia termasuk calon penghuni syurga, maka dinampakkan kepadanya syurga. Bila dia termasuk calon penghuni neraka maka dinampakkan kepadanya neraka, dikatakan kepadanya: ‘Ini calon tempat tinggalmu, hingga Allah Subhanahuwata’ala membangkitkanmu pada hari kiamat’.” (Muttafaqun ‘alaih)


Allah Subhanahuwata'ala berfirman:


 وَمَنْ أَظْلَمُ مِمَّنِ افْتَرَى عَلَى اللهِ كَذِبًا أَوْ قَالَ أُوْحِىَ إِلَىَّ وَلَمْ يُوحَى إِلَيْهِ شَىْءٌ وَمَن قَالَ سَأُنزِلُ مِثْلَ مَآأَنزَلَ اللهُ وَلَوْتَرَى إِذِ الظَّالِمُونَ فِي غَمَرَاتِ الْمَوْتِ وَالْمَلاَئِكَةُ بَاسِطُوا أَيْدِيهِمْ أَخْرِجُوا أَنفُسَكُمُ الْيَوْمَ تُجْزَوْنَ عَذَابَ الْهُونِ بِمَا كُنتُمْ تَقُولُونَ عَلَى اللهِ غَيْرَ الْحَقِّ وَكُنتُمْ عَنْ ءَايَاتِهِ تَسْتَكْبِرُونَ {93} 


Maksudnya:“Alangkah dahsyatnya sekiranya kamu melihat ketika orang-orang yang zalim (berada) dalam tekanan-tekanan sakratul maut, sedang para malaikat memukul dengan tangannya (sambil berkata): “Keluarkanlah nyawamu”. Di hari ini kamu dibalas dengan siksaan yang sangat menghinakan”.Al An’am ayat 93.


Firman Allah Subhanahuwata'ala, 


فَوَقَىٰهُ ٱللَّهُ سَيِّـَٔاتِ مَا مَكَرُوا۟ ۖوَحَاقَ بِـَٔالِ فِرْعَوْنَ سُوٓءُ ٱلْعَذَابِ ﴿٤٥﴾ ٱلنَّارُ يُعْرَضُونَ عَلَيْهَا غُدُوًّا وَعَشِيًّا ۖ وَيَوْمَ تَقُومُ ٱلسَّاعَةُ أَدْخِلُوٓا۟ ءَالَ فِرْعَوْنَ أَشَدَّ ٱلْعَذَابِ


Maksudnya: Dan Firaun bersama-sama kaumnya ditimpa azab seksa yang seburuk-buruknya. Mereka didedahkan kepada bahang api neraka pada waktu pagi dan petang (semasa mereka berada dalam alam barzakh), dan pada hari berlakunya kiamat (diperintahkan kepada malaikat): “Masukkanlah Firaun dan pengikut-pengikutnya ke dalam azab seksa api neraka yang seberat-beratnya!” 

Ghafir ayat 45-46.


Allah Subhanahuwata'ala berfirman:


وَمِمَّنْ حَوْلَكُمْ مِنَ الْأَعْرَابِ مُنَافِقُونَ ۖ وَمِنْ أَهْلِ الْمَدِينَةِ ۖ مَرَدُوا عَلَى النِّفَاقِ لَا تَعْلَمُهُمْ ۖ نَحْنُ نَعْلَمُهُمْ ۚ سَنُعَذِّبُهُمْ مَرَّتَيْنِ ثُمَّ يُرَدُّونَ إِلَىٰ عَذَابٍ عَظِيمٍ


Maksudnya:"Di antara orang-orang Arab Badwi yang di sekelilingmu itu, ada orang-orang munafik; dan (juga) di antara penduduk Madinah. Mereka keterlaluan dalam kemunafikannya. Kamu (Muhammad) tidak mengetahui mereka, (tetapi) Kamilah yang mengetahui mereka. Nanti mereka akan Kami siksa dua kali kemudian mereka akan dikembalikan kepada azab yang besar". Al-Taubah ayat 110.


Azab kubur bagi orang-orang kafir terjadi terus-menerus dan tidak akan terhenti  kerana mereka memang berhak menerimanya. Seandainya azab tersebut terputus atau berhenti, maka kesempatan ini menjadi waktu istirahat bagi mereka. Padahal mereka bukanlah orang-orang yang berhak mendapatkan hal itu. Maka, mereka adalah golongan orang-orang yang terus-menerus dalam azab kubur sampai datangnya hari kiamat, walaupun panjang masanya.


2-Namimah dan kencing yang tidak bersih.

 

Siksa kubur yang dialami oleh orang yang namimah (menghasut dan adu domba/konflik). Sedangkan yang lain disebabkan oleh kencing yang tidak bersih.


 مَرَّ الَّنبِيُّ صلي الله عليه وسلم عَلَى قَبْرَيْنِ فَقَالَ: إِنَّهُمَا لَيُعَذَّبَانِ وَمَا يُعَذَّبَانِ فِى كَبِيْرٍ. ثُمَّ قَالَ : بَلَى، أَمَّا أَحَدُهُمَا فَكَانَ يَسْعَى بِالنَّمِيْمَةِ، وَأَمَّا أَحَدُهُمَا فَكَانَ لاَيَسْتَتِرُ مِنْ بَوْلِهِ…الحـديث – متفق عليه 


Maksudnya: “Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam melalui dua kuburan. Beliau bersabda,”Sesungguhnya keduanya benar-benar sedang di azab. Dan keduanya tidak diazab dalam masalah besar,” kemudian Beliau bersabda: “Ya. Adapun salah seorang di antara mereka, dikeranakan ia berjalan dengan menebarkan namimah (adu domba/konflik). Sedangkan yang satunya lagi kerana tidak menjaga diri dari kencingnya…Riwayat Bukhari(1378)


3-Ghibah (Mengumpat) 


Dari Anas bin Malik , dia berkata: Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda:


لَمَّا عَرَجَ بِي رَبِّي عَزَّ وَجَلَّ مَرَرْتُ بِقَوْمٍ لَهُمْ أَظْفَارٌ مِنْ نُحَاسٍ يَخْمُشُونَ وُجُوهَهُمْ وَصُدُورَهُمْ، فَقُلْتُ: مَنْ هَؤُلَاءِ يَا جِبْرِيلُ؟ قَالَ: هَؤُلَاءِ الَّذِينَ يَأْكُلُونَ لُحُومَ النَّاسِ وَيَقَعُونَ فِي أَعْرَاضِهِمْ


Maksudnya:"“Tatkala Rabbku memi’rajkanku (menaikkan ke langit), aku melaluo beberapa kaum yang memiliki kuku dari tembaga, dalam keadaan mereka mencabik-cabik wajah dan dada mereka dengan kukunya. Maka aku bertanya: ‘Siapakah mereka ini wahai Jibril?’ Dia menjawab: ‘Mereka adalah orang-orang yang memakan daging (suka mengghibah) dan menjatuhkan kehormatan manusia’.”Riwayat Ahmad(533). 


4-Meninggalkan solat wajib


Banyak hadith Nabi Sallahu'alaihiwasallam telah memberikan peringatan keras kepada yang suka meninggalkan solat wajib. Diantaranya adalah sebagaimana dalam satu riwayat diceritakan bahawa Samurah bin Jundab memimpikan azab kubur. Kemudian Rasul bersabda tentang ta’wil mimpi tersebut, 


قال النَّبيُّ صلى الله عليه وسلم : أَمَّا الَّذِي يُثْلَغُ رَأْسُهُ بِالْحَجَرِ، فَإِنَّهُ يَأْخُذُ الْقُرْآنَ فَيَرْفِضُهُ، وَيَنَامُ عَنْ الصَّلَاةِ الْمَكْتُوبَةِ


Maksudnya:"Nabi Sallahu'alaihiwasallam bersabda, “Adapun (yang kau lihat dalam mimpi) seseorang yang diremukkan kepalanya dengan batu adalah seseorang yang mengambil Al Qur’an lalu meninggalkannya kemudian dia tidur sehingga melalaikan solat wajib”.Riwayat Bukhari. 


5-Niyahah (meratapi jenazah)


Dari Ibnu Umar Ra.  dari Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam beliau bersabda:


إِنَّ الْمَيِّتَ يُعَذَّبُ بِبُكَاءِ أَهْلِهِ عَلَيْهِ


Maksudnya:“Sesungguhnya maat itu akan diazab kerana ratapan keluarganya.” (Muttafaqun ‘alaih)


Dalam riwayat lain dalam Sahih Muslim:


الْمَيِّتُ يُعَذَّبُ فِي قَبْرِهِ بِمَا نِيحَ عَلَيْهِ


“Mayat itu akan diazab di kuburnya dengan sebab ratapan atasnya.”


Jumhur ulama berpendapat, hadith ini dibawa kepada pemahaman bahawa mayat yang ditimpa azab kerana ratapan keluarganya adalah orang yang berwasiat supaya diratapi, atau dia tidak berwasiat untuk tidak diratapi padahal dia tahu bahawa kebiasaan mereka adalah meratapi orang mati. Oleh ketana itu Abdullah ibnul Mubarak  berkata: “Apabila dia telah melarang mereka (keluarganya) meratapi ketika dia hidup, lalu mereka melakukannya setelah kematiannya, maka dia tidak akan ditimpa azab sedikit pun.” (Umdatul Qari’, 4/78)


6- Pendusta, tidak solat, penzina, pemakan riba


Dari Jundub bin Samurah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam mentakwil mimpi dalam sebuah hadith yang panjang:


فَأَخْبِرَانِي عَمَّا رَأَيْتُ. قَالَا: نَعَمْ، أَمَّا الَّذِي رَأَيْتَهُ يُشَقُّ شِدْقُهُ فَكَذَّابٌ يُحَدِّثُ بِالْكَذْبَةِ فَتُحْمَلُ عَنْهُ حَتَّى تَبْلُغَ الْآفَاقَ فَيُصْنَعُ بِهِ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ، وَالَّذِي رَأَيْتَهُ يُشْدَخُ رَأْسُهُ فَرَجُلٌ عَلَّمَهُ اللهُ الْقُرْآنَ فَنَامَ عَنْهُ بِاللَّيْلِ وَلَمْ يَعْمَلْ فِيهِ بِالنَّهَارِ يُفْعَلُ بِهِ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ، وَالَّذِي رَأَيْتَهُ فِي الثَّقْبِ فَهُمُ الزُّنَاةُ، وَالَّذِي رَأَيْتَهُ فِي النَّهْرِ آكِلُوا الرِّبَا


Maksudnya:“Beritahukanlah kepadaku tentang apa yang aku lihat.” Keduanya menjawab: “Ya. Adapun orang yang engkau lihat dirobek mulutnya, dia adalah pendusta. Dia berbicara dengan kedustaan lalu kedustaan itu dinukil darinya sampai tersebar luas. Maka dia disiksa dengan siksaan tersebut hingga hari kiamat. Adapun orang yang engkau lihat dipecah kepalanya, dia adalah orang yang telah Allah ajari Al-Qur’an, namun dia tidur malam (tidak solat ). Pada siang hari pun dia tidak mengamalkannya. Maka dia disiksa dengan siksaan itu hingga hari kiamat. Adapun yang engkau lihat orang yang disiksa dalam tanur, mereka adalah pezina. Adapun orang yang engkau lihat di sungai darah, dia adalah orang yang makan harta dari hasil riba". Riwayat Al-Bukhari (1386)


Amalan yang Menyelamatkan dari Azab Kubur


Setelah Allah Subhanahuwata’ala mengkhabarkan betapa dahsyatnya azab kubur dan sebab-sebab yang akan menyeret seseorang itu ke dalamnya, baik melalui firman-Nya ataupun melalui lisan Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam yang mulia, namun dengan rahmat dan keutamaan-Nya, Allah Subhanahuwata’ala juga mengkhabarkan amalan-amalan yang akan menyelamatkan seseorang itu dari azab kubur tersebut.


Sebab-sebab yang akan menyelamatkan seseorang dari azab kubur terbahagi kepada dua:


1- Sebab-sebab secara umum


a-Iaitu dengan menjauhi seluruh sebab yang akan menjerumuskan ke dalam azab kubur sebagaimana yang telah disebutkan di atas


b- Memperbaharui taubat:

Sebab yang paling bermanfaat adalah apabila seorang hamba itu duduk beberapa saat sebelum tidur untuk bermuhasabah dirinya: renungkan apa yang telah dia lakukan, baik perkara yang merugikan mahupun yang menguntungkan pada hari itu. Lantas dia senantiasa memperbarui taubatnya yang nasuha antara dirinya dengan Allah Subhanahuwata’ala, sehingga dia tidur dalam keadaan bertaubat dan berkeinginan yang kuat untuk tidak mengulanginya bila ia bangun dari tidurnya nanti. Jika dia lakukan itu setiap malam. Maka, apabila dia mati (ketika tidurnya itu), dia mati di atas taubat. Apabila dia bangun, dia bangun tidur dalam keadaan siap untuk beramal dengan senang hati, kerana Allah Subhanahuwata’ala menunda ajalnya hingga dia menghadap Rabbnya dan berhasil mendapatkan segala sesuatu yang telah luput. Tidak ada perkara yang lebih bermanfaat bagi seorang hamba daripada taubat ini. Terlebih lagi bila dia berzikir setelah itu dan melakukan sunnah-sunnah yang datang dari Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam ketika dia hendak tidur sehingga benar-benar tertidur. Maka, barangsiapa yang Allah Subhanahuwata’ala kehendaki kebaikan baginya, nescaya Allah Subhanahuwata’ala akan berikan hidayah taufik untuk dia melakukan hal itu. Dan tiada kekuatan kecuali dengan pertolongan Allah Subhanahuwata’ala.


2-Sebab-sebab khusus; 


Di antaranya:


a- ربط (berjaga di pos perbatasan wilayah kaum muslimin) siang dan malam.


Dari Fadhalah bin Ubaid radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda:


كُلُّ مَيِّتٍ يُخْتَمُ عَلَى عَمَلِهِ إِلَّا الَّذِي مَاتَ مُرَابِطًا فِي سَبِيلِ اللهِ فَإِنَّهُ يُنْمَى لَهُ عَمَلُهُ إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ وَيَأْمَنُ مِنْ فِتْنَةِ الْقَبْرِ


Maksudnya:“Setiap orang yang mati akan diakhiri/diputus amalannya, kecuali orang yang mati dalam keadaan ribath di jalan Allah Subhanahuwata’ala. Amalannya akan dikembangkan sehingga datang hari kiamat dan akan diselamatkan dari fitnah kubur". Riwayat Al-Tirmidzi dan Abu Dawud. 


b- Mati syahid


Dari Ubadah bin Ash-Shamit radhiyallahu ‘anhu, dari Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam:


لِلشَّهِيدِ عِنْدَ اللهِ سِتُّ خِصَالٍ: يُغْفَرُ لَهُ فِي أَوَّلِ دُفْعَةٍ مِنْ دَمِهِ، وَيُرَى مَقْعَدَهُ مِنَ الْجَنَّةِ، وَيُجَارُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ، وَيَأْمَنُ مِنَ الْفَزَعِ الْأَكْبَرِ، وَيُحَلَّى حُلَّةَ الْإِيمَانِ وَيُزَوَّجُ مِنَ الْحُورِ الْعِينِ، وَيُشَفَّعُ فِي سَبْعِينَ إِنْسَانًا مِنْ أَقَارِبِهِ


Maksudnya:“Orang yang mati syahid akan mendapatkan enam keutamaan di sisi Allah Subhanahuwata’ala: diampuni dosa-dosanya dari awal tertumpahkan darahnya, akan melihat calon tempat tinggalnya di syurga, akan diselamatkan dari azab kubur, diberi keamanan dari ketakutan yang sangat besar, diberi hiasan dengan hiasan iman, dinikahkan dengan bidadari, dan akan diberi kemampuan untuk memberi syafaat kepada 70 orang kerabatnya". Riwayat Ahmad, Al-Tirmizi, Ibnu Majah. 


c- Membaca surat Al-Mulk


Daripada Ibn Abbas R.Anhuma, beliau berkata, beberapa orang sahabat Nabi menggali tanah tanpa menyangka itu adalah kubur. Maka didapati padanya seorang lelaki yang membaca Surah al-Mulk hingga tamat. Lantas beliau menemui Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam lalu berkata:


يَا رَسُولَ اللهِ إِنِّي ضَرَبْتُ خِبَائِي عَلَى قَبْرٍ وَأَنَا لاَ أَحْسِبُ أَنَّهُ قَبْرٌ ، فَإِذَا فِيهِ إِنْسَانٌ يَقْرَأُ سُورَةَ تَبَارَكَ الْمُلْكِ حَتَّى خَتَمَهَا. فَقَالَ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ : هِيَ الْمَانِعَةُ ، هِيَ الْمُنْجِيَةُ ، تُنْجِيهِ مِنْ عَذَابِ القَبْرِ.


Maksudnya: Ya Rasulullah, sesungguhnya aku menggali tanah tanpa aku menyangka itu adalah kubur, dan aku dapati seorang lelaki membaca surah al-Mulk sehingga khatam. Maka jawab Baginda Sallallahu‘alaihiwasallam, surah tersebut adalah penegah, penyelamat yang menyelamatkan tuannya daripada azab kubur. Riwayat al-Tirmizi (2890)


Syeikh al-Mubarakfuri berkata: Maksud al-mani’ah (المانعة) adalah menegah dan menyelamatkan daripda azab kubur atau sebarang maksiat yang mewajibkan hukuman azab kubur. Sedangkan yang menyelamatkan pula boleh jadi sebagai penguat kepada ucapan mani’ah (المانعة) atau ia juga sebagai menafsirkan. Dengan sebab itu ucapan selepas itu Rasulullah SAW menyebut sebagai penyelamat daripada azab kubur. (Lihat Tuhfah al-Ahwazi, 8/200)


surah al-Mulk mempunyai kelebihan apabila dibaca pada setiap malam. Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah R.A, Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda:


إِنَّ سُورَةً فِي الْقُرْآنِ ثَلاَثُونَ آيَةً شَفَعَتْ لِصَاحِبِهَا حَتَّى غُفِرَ لَهُ : تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ


Maksudnya: Sesungguhnya surah dalam al-Quran padanya 30 ayat, dapat memberi syafaat kepada seorang lelaki sehingga diampunkan. Ia adalah surah al-Mulk.Riwayat Ibn Majah (3786)


d- Doa mohon perlindungan kepada Allah dari siksa kubur, 


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَدْعُو وَيَقُولُ اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ


Maksudnya:"Abu Hurairah radliallahu 'anhu] berkata, Rasulullah Sallallahu'alaihiwasallam berdo'a: "اللَّهُمَّ إِنِّي أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَمِنْ فِتْنَةِ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ" (ertinya): ("Ya Allah aku berlindung kepada-Mu dari suksa kubur dan dari siksa api neraka dan dari fitnah kehidupan dan kematian dan dari fitnah Al Masihi Al-Dajjal"). Al-Bukhari(1288)


No comments:

Post a Comment

Guru, Ustaz selaku pendidik serta kelebihannya dan tanggungjawab pelajar atau murid terhadap gurunya.

Guru, Ustaz selaku pendidik serta kelebihannya dan tanggungjawab pelajar atau murid terhadap gurunya. Profesion sebagai seorang guru adalah ...