Friday, August 28, 2020

Mencari keredhaan Allah melalui keredhaan kedua ibubapa dan juga bagaimana Islam mengajar adab anak terhadap kedua Ibubapanya.

Mencari keredhaan Allah melalui keredhaan kedua ibubapa dan juga bagaimana Islam mengajar adab anak terhadap kedua Ibubapanya. 

Allah Subhanahuwata'ala berfirman, 


وَوَصَّيْنَا الْإِنْسَانَ بِوَالِدَيْهِ إِحْسَانًا ۖ حَمَلَتْهُ أُمُّهُ كُرْهًا وَوَضَعَتْهُ كُرْهًا ۖ وَحَمْلُهُ وَفِصَالُهُ ثَلَاثُونَ شَهْرًا ۚ حَتَّىٰ إِذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِينَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِي أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِي أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَىٰ وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِي فِي ذُرِّيَّتِي ۖ إِنِّي تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّي مِنَ الْمُسْلِمِينَ


Maksudnya:"Kami perintahkan kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapaknya, ibunya mengandungnya dengan susah payah, dan melahirkannya dengan susah payah (pula). Mengandungnya sampai menyapihnya adalah tiga puluh bulan, sehingga apabila dia telah dewasa dan umurnya sampai empat puluh tahun ia berdoa: "Ya Tuhanku, tunjukilah aku untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapakku dan supaya aku dapat berbuat amal yang saleh yang Engkau ridhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri". Al-Ahqaf ayat 15.


عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ رِضَى الرَّبِّ فِي رِضَى الْوَالِدِ وَسَخَطُ الرَّبِّ فِي سَخَطِ الْوَالِدِ


Maksudnya:"Dari Abdullah bin ‘Amrin bin Ash RA. ia berkata, Nabi Sallahu'alaihiwasallam telah bersabda: “Keredaan Allah itu terletak pada keredaan kedua ibubapa, dan murka Allah itu terletak pada murka kedua ibubapa”. Riwayat Al-Tirmidzi (1821) dan Hadith ini dinilai sahih oleh Ibnu Hibban dan Al-Hakim. 


Riwayat dari Ibn Hibban dan al-Hakim pula berbunyi, 


وعنْ عبدِ اللَّهِ بنِ عمرٍو رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُما، عن النبيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قالَ: ((رِضَا اللَّهِ فِي رِضَا الْوَالِدَيْنِ، وَسَخَطُ اللَّهِ فِي سَخَطِ الْوَالِدَيْنِ)). أَخْرَجَهُ التِّرمذيُّ، وصَحَّحَهُ ابنُ حِبَّانَ والحاكِمُ.


Riwayat Ibn Hibban (429) dan al-Hakim (7249)


Keteranhan hadith iaitu reda Allah terletak kepada reda kedua ibubapa, kerana Allah memerintahkan untuk mentaati ibubapa.


Berbakti dan berbuat baik kepada kedua ibubapa sering kali disebutkan dalam Al-Quran, bahkan digandingkan dengan tuntunan menyembah Allah. Hal ini menunjukan bahawa berbakti dan berbuat baik kepada kedua ibubapa adalah wajib. Firman Allah Subhanahuwata'ala:


وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعۡبُدُوٓاْ إِلَّآ إِيَّاهُ وَبِٱلۡوَٰلِدَيۡنِ إِحۡسَٰنًاۚ


Maksudnya:"Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa". Al-Isra ayat 23.


Perintah supaya melakukan kebaikan terhadap ibubapa juga dapat dilihat dalam firman Allah Subhanahuwata'ala:


وَاعْبُدُوا اللَّـهَ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا ۖ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا


Maksudnya: “Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa”. Al-Nisa’ ayat 36.


Daripada Abu Hurairah R.A, Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam bersabda:


رَغِمَ أَنْفُ ثُمَّ رَغِمَ أَنْفُ ثُمَّ رَغِمَ أَنْفُ ‏"‏ ‏.‏ قِيلَ مَنْ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ ‏"‏ مَنْ أَدْرَكَ أَبَوَيْهِ عِنْدَ الْكِبَرِ أَحَدَهُمَا أَوْ كِلَيْهِمَا فَلَمْ يَدْخُلِ الْجَنَّةَ ‏"‏


Maksudnya: “Kehinaan, kehinaan, kehinaan.” Baginda ditanya: “Siapa (yang engkau maksudkan) wahai Rasulullah?” Rasulullah menjawab: “Siapa sahaja yang mempunyai orang tuanya ketika sudah lanjut usia, salah satu atau keduanya namun tidak (menjadikannya sebab) masuk syurga.” Riwayat Muslim (2551)


Begitu juga sabda Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam, 


كُلُّ الذُّنُوبِ يُؤَخِّرُ اللَّهُ مَا شَاءَ مِنْهَا إِلَى يَوْمِ الْقِيَامَةِ إِلاَّ عُقُوقَ الْوَالِدَيْنِ فَإِنَّ اللَّهَ تَعَالَى يُعَجِّلُهُ لِصَاحِبِهِ فِي الْحَيَاةِ قَبْلَ الْمَمَاتِ


Maksudnya: “Setiap dosa akan dilewatkan oleh Allah hukumannya mengikut kehendak-Nya sehingga hari kiamat kecuali derhaka kepada ibubapa. Maka sesungguhnya Allah akan menghukumkan kepada pelakunya semasa hidup sebelum kematian lagi.” Riwayat al-Hakim (7263) dan al-Munziri (3/302)


Imam Al Ghazali menyebutkan, termasuk adab anak kepada kedua ibubapanya ialah mendengarkan perkataannya, mentaati perintahnya, tidak berjalan di hadapannya, tidak meninggikan suara di sisinya, serta berusaha untuk mendapatkan keredaannya. (lihat, Faidh Al Qadir, 4/33)


Berbakti kepada ibubapa hukumnya wajib ke atas semua yang bergelar anak. Allah Subhanahuwata'ala mewajibkannya sebagaimana Allah mewajibkan solat dan puasa walaupun kedua ibu bapa itu kafir. 


Al Hafidz Al Iraqi menyatakan, disyaratkan bahawa keredaan dan kemurkaan ibubapa itu dalam hal yang diperbolehkan oleh syariat. Ini sebagaimana firman Allah Subhanahuwata'ala:


وَإِن جَاهَدَاكَ عَلَىٰ أَن تُشْرِكَ بِي مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ فَلَا تُطِعْهُمَا ۖ وَصَاحِبْهُمَا فِي الدُّنْيَا مَعْرُوفًا


Maksudnya: “Dan jika mereka berdua mendesakmu supaya engkau mempersekutukan denganKu sesuatu yang engkau - dengan fikiran sihatmu - tidak mengetahui sungguh adanya maka janganlah engkau taat kepada mereka; dan bergaullah dengan mereka di dunia dengan cara yang baik.” Luqman ayat 15


Ibn Kathir berkata: “Jika kedua orang tuamu memaksa kepada agamanya, maka janganlah kamu mengikutnya dan dalam saat yang sama ia tidaklah menjadi penghalang bagimu untuk berbakti kepada keduanya di dunia secara ma’ruf (baik). Ambillah iktibar dari kisah Sa’ad bin Abi Waqqas yang berbakti kepada ibunya dan bagaimana cara penyelesaian yang dilakukan oleh Sa’ad yang penuh hikmah sehingga akhirnya menjadikan ibunya boleh menerimanya.” (Lihat Tafsir Ibn Kathir, 6/402)


Sayyid Qutb berkata: “Sampai di sini gugurlah kewajipan ta’at kepada dua ibubapa, dan di sinilah meningkatnya hubungan akidah mengatasi segala hubungan yang lain. Walaubagaimana hebat usaha, perjuangan, desakan dan penerangan yang dikemukakan oleh ibubapa dengan tujuan memujuk si anak supaya mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang tidak diketahui ketuhanannya, maka dia diperintah supaya jangan taat kepada kehendak dua ibubapa itu. Itulah perintah dari Allah selaku tuan punya hati yang pertama yang pasti ditaati.


Tetapi perbezaan akidah di antara anak dan ibubapa, juga perintah supaya mentaati ibubapa dalam perkara-perkara yang bertentangan dengan akidah, tidaklah menggugurkan hak ibubapa dari mendapat layanan yang baik dan persahabatan yang mesra dari anak-anaknya.” (Lihat Tafsir fi Zilal al-Quran, 12/526)


Sebagaimana juga hadith yang berikut:


عَنْ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ السَّمْعُ وَالطَّاعَةُ عَلَى الْمَرْءِ الْمُسْلِمِ فِيمَا أَحَبَّ وَكَرِهَ مَا لَمْ يُؤْمَرْ بِمَعْصِيَةٍ فَإِذَا أُمِرَ بِمَعْصِيَةٍ فَلَا سَمْعَ وَلَا طَاعَةَ


Maksudnya:"Dari Abdullah radhiyallahu 'anhu, dari Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "mendengar dan taat adalah wajib bagi setiap muslim, baik yang ia sukai maupun yang tidak ia sukai, selama ia tidak diperintahkan melakukan kemaksiatan, adapun jika ia diperintahkan melakukan maksiat, maka tidak ada hak mendengar dan menaati." Al-Bukhari (6611), Muslim(3423), Abu Daud(2257), al- Tirmizi(1629).


Justeru itu tuntutan berbuat baik kepada ibubapa haruslah selari dengan petunjuk al-Qur’an dan al-Sunnah, iaitu syari‘at Islam. Seandainya ibubapa menyuruh kita membelikan mereka minuman keras atau membantunya membuat acara kemungkaran seperti pesta (party) di rumah, kita tidak perlu mentaatinya. Oleh itu kita tidak boleh mematuhi suruhan ibubapa dalam perkara yang cenderung kepada sesuatu yang menyelisihi syari‘at Islam. 


Adab-adab anak terhadap kedua Ibubapa


Secara umumnya, kewajipan menjaga dan berbuat baik terhadap kedua ibu bapa adalah kewajipan dan tanggungjawab anak-anak. Terdapat banyak ayat al-Quran yang menyentuh berkenaan kewajipan anak-anak kepada ibubapa serta adab-adab yang mesti dijaga ketika bersama mereka. Firman Allah Subhanahuwata'ala:


وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا


Maksudnya: “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).” al-Isra’ ayat 23.


Imam al-Baidhawi berkata: “Maksud di sisimu (عِندَكَ) ialah hendaklah kedua-dua ibubapa dalam pemeliharaan kamu.”


وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ وَقُلْ رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا


Maksudnya:"Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan dan ucapkanlah: "Wahai Tuhanku, kasihilah mereka keduanya, sebagaimana mereka berdua telah mendidik aku waktu kecil". Al-Isra' ayat 24.


1-Adab pertama:

 فَلَا تَقُل لَّهُمَا أُفٍّ 


Maksudnya:"Janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha/ah",


Ibnu Katsir dalam tafsirnya menjelaskan surat al-Isra ayat 23,


لا تسمعهما قولا سيئًا، حتى ولا التأفيف الذي هو أدنى مراتب القول السيئ


Maksudnya:"Jangan berkata buruk kepada kedua orang tua, walaupunpun kata uff yang merupakan kata buruk yang paling rendah tingkatannya". (Tafsir Ibnu Katsir, 5/64)


Mengucapkan perkataan yang menunjukkan tidak suka, seperti “ah” atau seumpamanya, dan demikian juga membentak dan bersuara keras kepada orang tua. Jika ada kata yang lebih ringan dari “ah” yang menyakitkan orang tua, sudah tentu ketika mengucapkanya  adalah dilarang, apatahlagi mengucapkan kata-kata yang lebih kasar dari itu atau memperlakukan mereka dengan buruk, maka itu lebih terlarang.


Berbuat baik atau taat kepada dua ibu bapa bermaksud menghormati dan melakukan pekerjaan yang disukai mereka dan pekerjaan yang dilakukan itu janganlah bersalahan dengan kehendak yang disuruh Allah Subhanahuwata'ala. Melakukan pekerjaan yang disukai kedua ibu bapa memang menjadi tanggungjawab besar bagi seseorang anak. Besarnya jasa ibu dan ayah memang tidak dapat dinilai sama sekali.


Disebut dalam sebuah hadith:


«السَّمْعُ وَالطَّاعَةُ عَلَى المَرْءِ المُسْلِمِ فِيمَا أَحَبَّ وَكَرِهَ مَا لَمْ يُؤْمَرْ بِمَعْصِيَةٍ، فَإِنْ أُمِرَ بِمَعْصِيَةٍ فَلَا سَمْعَ عَلَيْهِ وَلَا طَاعَةَ» : [ص:210] وَفِي البَاب عَنْ عَلِيٍّ، وَعِمْرَانَ بْنِ حُصَيْنٍ، وَالحَكَمِ بْنِ عَمْرٍو الغِفَارِيِّ وَهَذَا حَدِيثٌ حَسَنٌ صَحِيحٌ

سنن الترمذي ت شاكر (4 / 209)


Maksudnya: "Keatas seseorang Muslim hendaklah mendengar dan taat pada perkara yang dia suka atau dia benci, selama tidak disuruh dengan melakukan maksiat. Maka jika dia disuruh dengan maksiat maka tidak boleh dengar dan taat ke atasnya".Hadith di atas diriwayatkan oleh Imam al-Tirmizii di dalam Sunannya. Katanya: Hadith ini hasan sahih.


Taat kepada ibu bapa, ketua atau lainnya adalah dalam perkara yang tidak derhaka kepada Allah dan Rasul-Nya. Adapun dalam perkara maksiat kepada Allah dan Rasul-Nya maka tidak boleh taat.


2-Adab kedua:

وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا


Maksudnya:"Dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun)


Imam al-Tabari menyebut dalam Tafsirnya mengenai ihsan terhadap ibu bapa:


ما فرض الله على أمتنا لهما من فعل المعروف لهما، والقول الجميل، وخفض جناح الذل رحمة بهما، والتحنن عليهما، والرأفة بهما، والدعاء بالخير لهما، وما أشبه ذلك من الأفعال التي ندب الله عباده أن يفعلوا بهما

تفسير الطبري = جامع البيان ت شاكر (2 / 292)


Maksudnya: "Apa yang Allah fardukan ke atas umat ini terhadap kedua-duanya, dari melakukan kebaikkan terhadap kedua-duanya, perkataan yang indah, tawadu` kepada kedua-duanya kerana belas kasihan, sayang dan gembira. Juga, berdoa kebaikkan untuk kedua-duanya dan lain-lain dari perbuatan yang dituntut oleh Allah kepada hamba-hamba-Nya untuk melakukannya kepada kedua-duanya".


Dari penjelasan di atas menunjukkan ihsan terhadap ibu bapa atau berbakti kepada ibu bapa merangkumi: Bergaul dengan kedua ibu bapa dengan sebaik-baiknya, berkata dengan baik kepada kedua-duanya, merendah diri kepada kedua-duanya, yang lahir dari rasa sayang dan kasih, melakukan apa yang disuruh oleh kedua-duanya dan menjauhi yang ditegah oleh kedua-duanya kecuali dalam perkara maksiat, berdoa meminta kebaikkan untuk kedua-duanya, khususnya setelah kedua-duanya meninggal dunia, menghubungkan silaturrahim kepada keluarga orang yang disayangi oleh kedua-duanya, dan lain-lain. Ini termasuk tidak mengutamakan isteri dan anak-anak dari kedua-dua ibu bapa, memberi perbelanjaan kepada ke dua-duanya, mentaati kedua-duanya.


Jelaslah bahawa mentaati ibu bapa termasuk sebagai perintah utama dan setiap anak dilarang mencaci, mengherdik dan melaknat ibu bapa mereka kerana perbuatan itu antara sebesar-besar dosa besar.


Pada hari ini pula, kita dapat menyaksikan penderhakaan terhadap kedua-dua ibu bapa yang telah menjadi fenomena biasa dalam masyarakat daripada herdikan, cacian, pemulauan dan sampai ke peringkat membunuh. Sudah pasti orang yang memahami isyarat daripada al-Quran mengenai kewajipan berbakti kepada kedua ibu bapa tidak akan melakukan perkara seumpama itu.


Juga ada larangan dari mencela orang tua, baik secara langsung mahupun tidak langsung.


 عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ : مِنَ الْكَبَائِرِ شَتْمُ الرَّجُلِ وَالِدَيْهِ. قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ هَلْ يَشْتِمُ الرَّجُلُ وَالِدَيْهِ ؟ قَالَ : نَعَمْ يَسُبُّ أَبَا الرَّجُلِ فَيَسُبُّ أَبَاهُ وَيَسُبُّ أُمَّهُ فَيَسُبُّ أُمَّهُ 


Dari Abdullah bin ‘Amr bin al-‘Ash, bahawa Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam bersabda, “Termasuk dosa besar, (iaitu) seseorang mencela dua orang tuanya,” mereka bertanya, “Wahai Rasulullah, adakah orang yang mencela dua orang tuanya ?” Beliau Sallahu'alaihiwasallam menjawab, “Ya, seseorang mencela bapa orang lain, lalu orang lain itu mencela bapanya. Seseorang mencela ibu orang lain, lalu orang lain itu mencela ibunya.” Riwayat al-Bukhari (5 628); Muslim (90).


Adab ketiga:

وَاخْفِضْ لَهُمَا جَنَاحَ الذُّلِّ مِنَ الرَّحْمَةِ


Maksudnya:"Dan rendahkanlah dirimu terhadap mereka berdua dengan penuh kesayangan".


Menurut Imam Ibn Kathir maksud ayat di atas ialah tawaduk kepada kedua-duanya dengan perbuatanmu. 

 تَوَاضَعَ لَهُمَا بِفِعْلِكَ

تفسير ابن كثير ت سلامة (5 / 64)


Merendah diri atau tawaduk kepada kedua-dua ibu adalah merupakan penghormatan yang amat luas. Ia merangkumi tidak berjalan di hadapannya, tidak duduk di hadapannya, tidak duduk di tempat yang lebih tinggi darinya seperti, bapa, ibu duduk di atas lantai sedangkan dia duduk di atas kerusi. Tidak memanggil ibu bapa dengan namanya sahaja, tetapi hendaklah memanggil ayah, ibu atau yang sepertinya sekalipun mereka itu kafir. Nabi Ibrahim memanggil bapanya yang kafir:


{يَا أَبَتِ لِمَ تَعْبُدُ مَا لَا يَسْمَعُ وَلَا يُبْصِرُ وَلَا يُغْنِي عَنْكَ شَيْئًا (42) يَا أَبَتِ إِنِّي قَدْ جَاءَنِي مِنَ الْعِلْمِ مَا لَمْ يَأْتِكَ فَاتَّبِعْنِي أَهْدِكَ صِرَاطًا سَوِيًّا (43) يَا أَبَتِ لَا تَعْبُدِ الشَّيْطَانَ إِنَّ الشَّيْطَانَ كَانَ لِلرَّحْمَنِ عَصِيًّا (44) يَا أَبَتِ إِنِّي أَخَافُ أَنْ يَمَسَّكَ عَذَابٌ مِنَ الرَّحْمَنِ فَتَكُونَ لِلشَّيْطَانِ وَلِيًّا (45)} [مريم: 42 - 45

 

Maksudnya: Wahai bapaku! Kenapa engkau menyembah sesuatu yang tidak mendengar dan melihat, dan dia tidak mengkayakan engkau dari sesuatu. Wahai bapaku! Sesungguhnya telah datang kepadaku ilmu yang ia tidak datang kepadamu oleh itu ikutlah aku akan menunjukkan engkau jalan yang benar. Wahai bapaku! Janganlah engkau menyembah syaitan, kerana bahawasanya syaitan itu dia adalah derhaka terhadap Allah Yang Maha pengasih. Wahai bapaku! Bahawasanya aku takut bahawa engkau akan dihinggapi azab daripada Allah Yang Maha pengasih dan engkau menjadi penolong kepada syaitan". Maryam ayat 42-45


Dalam ayat ini menunjukkan bahawa Nabi Ibrahim menggunakan perkataan bapa sekalipun bapanya itu kafir.


Ibn al-Sunni meriwayatkan:


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ، رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَأَى رَجُلًا مَعَهُ غُلَامٌ، فَقَالَ لِلْغُلَامِ: «مَنْ هَذَا؟» قَالَ: أَبِي. قَالَ: «فَلَا تَمْشِ أَمَامَهُ، وَلَا تَسْتَسِبَّ لَهُ، وَلَا تَجْلِسْ قَبْلَهُ، وَلَا تَدْعُهُ بِاسْمِهِ»

عمل اليوم والليلة لابن السني (1 / 353)


Hadith ini juga disebut oleh Imam al-Nawawi dalam al-Adhkar.


الأذكار للنووي ت الأرنؤوط (1 291


Maksudnya: Daripada Abu Hurayrah r.a. bahawa Nabi Sallahu'alaihiwasallam melihat seorang lelaki, bersama-samanya seorang muda, maka Nabi Sallahu'alaihiwasallam. bertanya kepada pemuda itu: Siapa ini? Jawabnya: Bapaku. Sabda Nabi Sallahu'alaihiwasallam. kepadanya: Jangan engkau berjalan di hadapannya, jangan melakukan sesuatu perbuatan yang menjadikan bapamu memakimu, jangan engkau duduk di hadapannya dan jangan engkau panggilnya dengan namanya.


Mengutamakan tempat duduk dalam kenderaannya sendiri akan isteri dan anak dari ibu bapa, tidak duduk dengan beradab di hadapan ibu bapa dan lain-lain perbuatan yang menunjukkan tidak beradab.


Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam. menyuruh supaya menghormati orang tua dengan sabdanya:


لَيْسَ مِنَّا مَنْ لَمْ يُوَقِّرْ كَبِيرَنَا، وَيَرْحَمْ صَغِيرَنَا " (3)

مسند أحمد ط الرسالة (11 / 529):


Hadith di atas diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam Musnadnya. Menurut muhaqqiqnya ia adalah sahih.

مسند أحمد ط الرسالة (11 / 529):


Maksudnya: "Bukan dari kalangan kami orang yang tidak menghormati orang tua dari kalangan kami, dan tidak menyayangi yang kecil dari kalangan kami".


Kalau dengan orang tua yang bukan bapanya pun disuruh menghormati maka apatah lagi kepada ibu bapanya sendiri.


Sesetenggah orang didapati sebagai orang yang pandai bergaul, suka tersenyum, dan berwajah ceria bersama kawan-kawannya. Namun ketika masuk ke dalam rumahnya, bertemu dengan orang tuanya, dia berbalik menjadi orang yang kaku dan keras, berwajah masam dan berbicara kasar. Alangkah celakanya orang yang seperti ini. Padahal seharusnya orang yang dekat itu lebih berhak terhadap kebaikannya.


Adab keempat:


وَقُلْ رَبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا


Maksudnya:"Dan ucapkanlah; Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."


Imam al-Qurtubi dalam Tafsirnya menyatakan:

وَالْإِحْسَانُ إِلَى الْوَالِدَيْنِ: مُعَاشَرَتُهُمَا بِالْمَعْرُوفِ، وَالتَّوَاضُعُ لَهُمَا، وَامْتِثَالُ أَمْرِهِمَا، وَالدُّعَاءُ بِالْمَغْفِرَةِ بَعْدَ مَمَاتِهِمَا، وَصِلَةُ أَهْلِ وُدِّهِمَا،

تفسير القرطبي (2 / 13):


Maksudnya: "Ihsan kepada dua ibu bapa ialah bergaul dengan kedua-duanya dengan sebaik-baiknya, merendah diri kepada kedua-duanya, melaksanakan suruhan kedua-duanya, berdoa untuk keampunan setelah kedua-duanya meninggal dunia dan menghubungkan silaturrahim kepada keluarga orang yang kedua-duanya mengasihinya".


Islam mewajibkan anak menghormati dan berbuat baik kepada kedua ibu bapanya bukan saja ketika mereka masih hidup, malah selepas mereka meninggal dunia pun, amalan baik dan penghormatan itu wajib dikekalkan oleh anak-anaknya.


Syeikh al-Maraghi berkata, Allah Subhanahuwata'ala benar-benar mewasiatkan tentang tanggungjawab terhadap kedua-dua ibubapa secara serius, sehingga sesiapa sahaja yang derhaka terhadap mereka akan meremang bulu romanya serta ngeri mendengarnya. Ini disebabkan wasiat itu dimuliakan oleh Allah Subhanahuwata'ala dengan perintah supaya manusia bertauhid dan beribadah kepada-Nya. Kemudian kewajipan tersebut digenapkan dengan kewajipan supaya berbuat baik kepada kedua-dua ibubapa.


Kemudian, fokus perintah supaya memelihara kedua-dua ibubapa itu disempitkan sehingga tidak memberi keringanan untuk bentuk kata-kata yang paling remeh sekalipun, yang diucapkan oleh seseorang yang telah berasa jemu terhadap mereka, sekalipun banyak hal yang menyebabkan timbulnya kejemuan tersebut. Bahkan sekalipun seseorang mengalami keadaan-keadaan yang hampir tidak dapat ditanggung oleh manusia untuk bersabar. (Lihat Tafsir al-Maraghi, 8/3932)


Perintah supaya melakukan kebaikan terhadap ibubapa juga dapat dilihat dalam firman Allah Subhanahuwata'ala:


وَاعْبُدُوا اللَّـهَ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا ۖ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا


Maksudnya: “Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa” al-Nisa’ ayat 36.


Mengakhiri perbincangan ini, dengan mengajak kita semua untuk sama-sama mendoakan kerahmatan dan juga keampunan kepada kedua ibubapa kita.


رَّبِّ ارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِي صَغِيرًا


Maksudnya: "Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka telah mencurahkan kasih sayangnya memelihara dan mendidikku semasa kecil."

Surah al-Isra’ ayat 24.

No comments:

Post a Comment

Tetap istiqomah walaupun di luar bulan Ramadhan.

Tetap istiqomah walaupun di luar bulan Ramadhan. Istiqomah dalam mengerjakan amal soleh merupakan satu sikap yang penting dalam kehidupan se...