Wednesday, August 26, 2020

Kelebihan Mua'zzin/الْمُؤَذِّنُ (tukang Azan)

 Kelebihan Mua'zzin/الْمُؤَذِّنُ (tukang Azan) 


Azan dari segi Bahasa (اِعْلاَمٌ) iaitu pemberitahuan sesuatu samada waktu solat atau lainnya. Firman Allah Subhanahuwata'ala dalam Surah At-Taubah Ayat 3 :


وَأَذَانٌ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ إِلَى النَّاسِ


Maksudnya:"“Dan inilah perisytiharaan dari Allah dan Rasulnya kepada manusia”.


Azan dari Segi Syarak adalah, 


ذِكْرٌ مَخْصُوْصٌ يُعْلَمُ بِهِ وَقْتَ الصَّلاَةِ


Maksudnya:"iaitu Ucapan khusus yang diketahui dengannya waktu-waktu solat yang difardhukan".


Atau, 


Azan adalah Seruan, pemberitahuan, ini adalah sepertimana firman Allah Subhanahuwata'ala: 


وَأَذِّنْ فِي النَّاسِ بِالْحَجِّ


Maksudnya: Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji

Surah al-Hajj ayat 27.


Maksud dari segi Syarak: Azan merupakan seruan apabila masuknya waktu solat fardhu. Dengan lafaz yang yang ditetapkan nas dengan ciri-ciri yang khusus. Sesetengah ulama berpendapat ia merupakan seruan yang menandakan masuknya waktu fajar sahaja.

(Lihat: Al-Mausuah Al-Fiqhiyyah Al-Kuwaitiyyah: 2/357)


Dalil Azan Dan Iqamah


Firman Allah dalam Surah Al-Jumaah Ayat 9 :


يَاأَيُّهَا الَّذِينَ ءَامَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصلاَةِ مِنْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ذَلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ(9


Maksudnya:"Wahai orang yang beriman apabila diserukan (Azan) untuk menunaikan sembahyang pada hari Jumaat maka segerakanlahkamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah berjualbeli, yang demikian adalah baik bagi kamu jika kamu mengetahuinya".


Diantara dalil dari hadith pula adalah, 


عَنْ أَبِي قِلَابَةَ عَنْ أَبِي سُلَيْمَانَ مَالِكِ بْنِ الْحُوَيْرِثِ قَالَ أَتَيْنَا النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَنَحْنُ شَبَبَةٌ مُتَقَارِبُونَ فَأَقَمْنَا عِنْدَهُ عِشْرِينَ لَيْلَةً فَظَنَّ أَنَّا اشْتَقْنَا أَهْلَنَا وَسَأَلَنَا عَمَّنْ تَرَكْنَا فِي أَهْلِنَا فَأَخْبَرْنَاهُ وَكَانَ رَفِيقًا رَحِيمًا فَقَالَ ارْجِعُوا إِلَى أَهْلِيكُمْ فَعَلِّمُوهُمْ وَمُرُوهُمْ وَصَلُّوا كَمَا رَأَيْتُمُونِي أُصَلِّي وَإِذَا حَضَرَتْ الصَّلَاةُ فَلْيُؤَذِّنْ لَكُمْ أَحَدُكُمْ ثُمَّ لِيَؤُمَّكُمْ أَكْبَرُكُمْ


Maksudnya:"dari Abu Qilabah dari Abu Sulaiman Malik bin Al Huwairits dia berkata; "Kami datang kepada Nabi shallallahu 'alaihi wasallam sedangkan waktu itu kami adalah pemuda yang sebaya. Kami tinggal bersama beliau selama dua puluh malam. Beliau mengira kalau kami merindukan keluarga kami, maka beliau bertanya tentang keluarga kami yang kami tinggalkan. Kami pun memberitahukannya, beliau adalah seorang yang sangat penyayang dan sangat lembut. Beliau bersabda: "Pulanglah ke keluarga kalian. Tinggallah bersama mereka dan ajari mereka serta perintahkan mereka dan solatlah kalian sebagaimana kalian melihatku shalat. Jika telah datang waktu solat, maka hendaklah salah seorang dari kalian mengumandangkan azan, dan yang paling tua dari kalian hendaknya menjadi imam kalian". Al-Bukhari (5549)


Menurut pendapat jumhur dan pendapat yang sahih daripada ulama’ Syafi’e dan Hanbali, azan beserta iqamah adalah lebih baik daripada menjadi imam. Ini disebabkan Allah Subhanahuwata'ala berfirman:


وَمَنْ أَحْسَنُ قَوْلًا مِّمَّن دَعَا إِلَى اللَّـهِ وَعَمِلَ صَالِحًا


Maksudnya: “Dan tidak ada yang lebih baik perkataannya daripada orang yang menyeru kepada (mengesakan dan mematuhi perintah) Allah, serta ia sendiri mengerjakan amal yang soleh…”

Surah al-Fussilat ayat 33


‘Aisyah R.Anha berkata, “Mereka yang dimaksudkan oleh ayat ini ialah tukang azan.”


Mu'azzin adalah orang yang melakukan perbuatan azan itu.  Tetapi kelazimannya di negara kita (juga di setengah negara islam lain) orang yang bertugas melaungkan azan di masjid-masjid atau surau-surau, digelar sebagai 'Bilal'. Ini mengambil sempena nama sahabat nabi yang bernama Bilal bin Rabbah.  Nama Bilal bin Rabbah itu sendiri mempunyai nilai istimewa dalam Sejarah islam atau Sirah Nabawi kerana Bilal semasa hidupnya mempunyai kedudukan istimewa di  sisi Rasulullah dan di kalangan para sahabat.


Terdapat banyak hadith yang menyatakan tentang kelebihan melakukan azan atau mu'azzin. Antaranya adalah sabda Nabi Sallahu'alaihiwasallam:


لَوْ يَعْلَمُ النَّاسُ مَا فِي النِّدَاءِ وَالصَّفِّ الْأَوَّلِ ثُمَّ لَمْ يَجِدُوا إِلَّا أَنْ يَسْتَهِمُوا عَلَيْهِ لَاسْتَهَمُوا


Maksudnya: Kalaulah orang ramai tahu tentang kelebihan azan, dan berada di saf pertama kemudian tiada ruang bagi mereka kecuali melalui mengundi nescaya mereka sanggup mengundi.

Riwayat al-Bukhari (615)


Imam al-Nawawi rahimahullah berkata, “Yang dimaksud hadith adalah seandainya mereka mengetahui keutamaan azan, keagungan dan balasannya yang besar, kemudian waktu azan sudah sempit atau masjid hanyalah satu, pastilah mereka saling merebut untuk azan dengan cara mengundi.” (Syarh Shahih Muslim, 4: 142).


Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam juga bersabda:


فَإِذَا كُنْتَ فِي غَنَمِكَ أَوْ بَادِيَتِكَ فَأَذَّنْتَ بِالصَّلَاةِ فَارْفَعْ صَوْتَكَ بِالنِّدَاءِ فَإِنَّهُ لَا يَسْمَعُ مَدَى صَوْتِ الْمُؤَذِّنِ جِنٌّ وَلَا إِنْسٌ وَلَا شَيْءٌ إِلَّا شَهِدَ لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ


Maksudnya: Jika kamu berada bersama-sama dengan kambing kamu atau di kebun kamu, dan engkau berazan untuk sembahyang, hendaklah engkau angkatkan suara menyeru orang bersembahyang, sebab suara orang yang azan tidak didengar oleh jin atau manusia ataupun sesuatu kecuali dia menyaksikan baginya pada Hari Akhirat.

Riwayat al-Bukhari (609)


Hadith lain pula menyatakan:


الإِمَامُ ضَامِنٌ وَالْمُؤَذِّنُ مُؤْتَمَنٌ ، اللَّهُمَّ أَرْشِدِ الأَئِمَّةَ وَاغْفِرْ لِلْمُؤَذِّنِينَ.


Maksudnya: Imam adalah bertanggungjawab (damin), tukang azan adalah orang yang dipercayai (amanah). Ya Allah, berilah petunjuk kepada imam-imam dan ampunilah tukang azan.

Riwayat Abu Daud (517)


Amanah lebih tinggi daripada daman dan keampunan adalah lebih tinggi daripada petunjuk. Nabi Muhammad Sallahu'alaihiwasallam dan para khalifah tidak melakukan tugas azan ini kerana mereka tidak mempunyai banyak masa.


Daripada Muawiyah RA, bahawa aku mendengar Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam bersabda:

 


الْمُؤَذِّنُونَ أَطْوَلُ النَّاسِ أَعْنَاقًا يَوْمَ الْقِيَامَةِ


Maksudnya: “Para muazzin merupakan manusia yang panjang lehernya pada hari kiamat”. [Riwayat Muslim (387)]


Imam al-Nawawi ketika mensyarahkan mengatakan bahawa para ulama’ salaf dan khalaf telah berselisih pendapat dalam memahami makna hadith ini, dikatakan bahawa hadith ini bermaksud ramai orang yang melihat rahmat Allah Subhanahuwata'ala kerana orang yang melihat ini akan memanjangkan lehernya untuk melihat apa yang mampu dicapainya. Ini bermaksud, mereka (para muazzin) memanjangkan leherkan mereka bagi melihat pahala (yang disediakan buat mereka). [Lihat: al-Minhaj, 91,92/4]


عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَوْ يَعْلَمُ النَّاسُ مَا فِي النِّدَاءِ وَالصَّفِّ الْأَوَّلِ ثُمَّ لَمْ يَجِدُوا إِلَّا أَنْ يَسْتَهِمُوا عَلَيْهِ لَاسْتَهَمُوا وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِي التَّهْجِيرِ لَاسْتَبَقُوا إِلَيْهِ وَلَوْ يَعْلَمُونَ مَا فِي الْعَتَمَةِ وَالصُّبْحِ لَأَتَوْهُمَا وَلَوْ حَبْوًا


Maksudnya:"Dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam bersabda: "Seandainya manusia mengetahui apa (kebaikan) yang terdapat pada adzan dan shaf awal, lalu mereka tidak akan mendapatkannya kecuali dengan cara mengundi, niscaya tmereka akan melakukannya. Dan seandainya mereka mengetahui kebaikan yang terdapat dalam bersegera (menuju shalat), niscaya mereka akan berlomba-lomba. Dan seandainya mereka mengetahui kebaikan yang terdapat pada shalat 'Isya dan Subuh, niscaya mereka akan mendatanginya walaupun harus dengan merangkak". Al-Bukhari(580)


Dari ‘Uqbah bin ‘Amir, ia berkata bahawa ia mendengar Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam bersabda,


يَعْجَبُ رَبُّكُمْ مِنْ رَاعِى غَنَمٍ فِى رَأْسِ شَظِيَّةٍ بِجَبَلٍ يُؤَذِّنُ بِالصَّلاَةِ وَيُصَلِّى فَيَقُولُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ انْظُرُوا إِلَى عَبْدِى هَذَا يُؤَذِّنُ وَيُقِيمُ الصَّلاَةَ يَخَافُ مِنِّى فَقَدْ غَفَرْتُ لِعَبْدِى وَأَدْخَلْتُهُ الْجَنَّةَ


Maksudnya:"“Rabb kalian begitu takjub terhadap si pengembala kambing di atas puncak gunung yang mengumandangkan azan untuk solat dan ia menegakkan solat. Allah pun berfirman, “Perhatikanlah hamba-Ku ini, ia berazan dan menegakkan solat (kerana) takut kepada-Ku. Kerananya, Aku telah mengampuni dosa hamba-Ku ini dan aku masukkan ia ke dalam syurga”. (HR. Abu Daud no. 1203 dan An Nasai no. 667)


Aisyah radhiallahu ‘anha berkata, “Aku pernah mendengar Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam bersabda,


الْإِمَامُ ضَامِنٌ وَالْمُؤَذِّنُ مُؤْتَمَنٌ، فَأَرْشَدَ اللهُ الْأَئِمّةَ وَعَفَا عَنِ المْؤَذِّنِيْنَ


Maksudnya:“Imam adalah penjamin sedangkan muazin adalah orang yang diamanahi. Semoga Allah memberikan petunjuk kepada para imam dan mengampuni para muazin". Riwayat Ibnu Hibban dalam Sahih-nya (1669)


Dari Abu Sa’id Al Khudri, ia berkata bahwa ia mendengar Nabi Sallahu'alaihiwasallam bersabda,


لاَ يَسْمَعُ مَدَى صَوْتِ الْمُؤَذِّنِ جِنٌّ وَلاَ إِنْسٌ وَلاَ شَىْءٌ إِلاَّ شَهِدَ لَهُ يَوْمَ الْقِيَامَةِ


Maksudnya:“Tidaklah suara azan yang keras dari yang mengumandangkan azan didengar oleh jin, manusia, segala sesuatu yang mendegarnya melainkan itu semua akan menjadi saksi pada hari kiamat". (HR. Bukhari no. 609). Termasuk juga di sini jika yang mendengar adalah hewan dan benda mati sebagaimana ditegaskan dalam riwayat Ibnu Khuzaimah. Dalam riwayat lain disebutkan,


الْمُؤَذِّنُ يُغْفَرُ لَهُ مَدَى صَوْتِهِ وَيَشْهَدُ لَهُ كُلُّ رَطْبٍ وَيَابِسٍ


Maksudnya:“Mu'azzin diberi ampunan dari suara kerasnya saat azan serta segala yang basah mahupun yang kering akan menjadi saksi baginya pada hari kiamat”. (HR. Abu Daud no. 515, Ibnu Majah no. 724, dan An Nasai no. 646. Sanad hadits ini hasan







No comments:

Post a Comment

Guru, Ustaz selaku pendidik serta kelebihannya dan tanggungjawab pelajar atau murid terhadap gurunya.

Guru, Ustaz selaku pendidik serta kelebihannya dan tanggungjawab pelajar atau murid terhadap gurunya. Profesion sebagai seorang guru adalah ...