Hukum membunuh ular
Islam adalah agama ehsan yang tidak dengan sewenang-wenangnya membenarkan penganutnya membunuh makhluk lain dengan sesuka hati.
Terdapat hadis yang menyebut tentang hal ini iaitu:
إِنَّ اللَّهَ كَتَبَ الإِحْسَانَ عَلَى كُلِّ شَىْءٍ فَإِذَا قَتَلْتُمْ فَأَحْسِنُوا الْقِتْلَةَ وَإِذَا ذَبَحْتُمْ فَأَحْسِنُوا الذَّبْح وَ ليُحِدَّ أَحَدُكُمْ شَفْرَتَهُ فَلْيُرِحْ ذَبِيحَتَهُ
Maksudnya:“Sesungguhnya Allah mewajibkan berbuat ihsan (baik) dalam segala hal. Jika kalian membunuh maka bunuhlah dengan ihsan, jika kalian menyembelih, sembelihlah dengan ihsan. Hendaknya kalian mempertajam pisaunya dan menyenangkan sembelihannya.” Riwayat Muslim (3615)
Membunuh haiwan dengan sengaja tanpa sebarang sebab adalah tidak dibenarkan di dalam Islam. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Abdillah ibn Amr R.Anhuma, Nabi Sallahu'alaihiwasallam bersabda:
مَا مِنْ إِنْسَانٍ قَتَلَ عُصْفُورًا فَمَا فَوْقَهَا بِغَيْرِ حَقِّهَا ، إِلاَّ سَأَلَهُ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عَنْهَا ، قِيلَ يَا رَسُولَ اللهِ ، وَمَا حَقُّهَا ؟ قَالَ : يَذْبَحُهَا فَيَأْكُلُهَا ، وَلاَ يَقْطَعُ رَأْسَهَا يَرْمِي بِهَا
Maksudnya: “Tidaklah seseorang manusia membunuh seekor burung atau yang lebih daripada itu tanpa hak, kecuali Allah akan menyoalnya berkenaan burung itu.” Lalu Baginda ditanya, “Apakah haknya wahai Rasulullah?” Baginda menjawab, “Hendaklah dia menyembelihnya lalu memakannya, dan jangan memotong kepalanya lalu dibuangnya.”
Riwayat al-Nasaie (4349) dan Ahmad (11/110)
Namunpun begitu terdapat nas-nas yang membenarkan umat Islam untuk membunuh haiwan-haiwan tertentu. Ini kerana sesetengahnya mengancam nyawa manusia, melakukan kerosakan dan sebagainya.
Di dalam nas, ia disebut dengan istilah haiwan fasiq iaitu haiwan perosak yang boleh membawa mudarat dan bahaya kepada manusia. Ini sepertimana dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Aisyah R.Anha, Nabi Sallahu'alaihiwasallam bersabda:
خَمْسٌ فَوَاسِقُ يُقْتَلْنَ فِي الْحَرَمِ الْفَأْرَةُ وَالْعَقْرَبُ وَالْحُدَيَّا وَالْغُرَابُ وَالْكَلْبُ الْعَقُورُ
Maksudnya: “Lima haiwan fasiq dan boleh dibunuh di tanah haram iaitu: tikus, kala jengking, burung helang, burung gagak, dan anjing gila atau ganas.”
Riwayat al-Bukhari (3314) dan Muslim (1198)
Lafaz “فَوَاسِق” berasal daripada bahasa Arab, iaitu (فَسِق) dan merupakan kata jama’ “فُوَيْسِق” iaitu "si kecil yang suka membuat kerosakan (kejahatan)”. Ia memberi makna sama, iaitu haiwan perosak, liar, buas, jahat, pengganggu, penceroboh dan berbahaya kepada manusia. (Lihat Lisan al-Arab, 10/310)
Perkataan "fasiq" pada haiwan adalah dengan maksud dicabut kehormatan pada sebahagian haiwan disebabkan sifatnya yang membawa kemudaratan, kehinaan dan kemusnahan kepada manusia. (Lihat Fath al-Bari, 4/45 dan Tuhfah al-Ahwazi, 3/375)
Lima jenis haiwan yang disebut sebagaimana yang diriwayatkan tidak bermaksud ia hanya khusus kepada lima jenis haiwan itu sahaja. Ia hanya merupakan salah satu bentuk i'tibar (contoh) dalam menyatakan jenis haiwan fasiq dan tidak menjadi dasar ketetapan dalam hujah dan hukum hanya bagi kelima-lima tersebut sahaja. Nabi Sallahu'alaihiwasallam turut menyebutkan ular dan cicak dalam riwayat lain. (Lihat Fath al-Bari, 4/44)
Imam Ibn Daqiq al-Id menyebut: “Ini jelas menurut isyarat nas yang membolehkan membunuh kelompok haiwan tertentu, kerana sifatnya yang fasiq, yakni melampaui batas.” (Lihat Fath al-Bari, 10/208)
Imam al-Nawawi menyebut bahawa haiwan-haiwan tertentu digelar fasiq disebabkan keluarnya hanya mengganggu dan membuat kerosakan di jalan yang biasa dilalui oleh haiwan tunggangan. (Lihat Syarh al-Nawawi 'ala Sahih Muslim, 14/97)
Haiwan-haiwan fasiq yang disebut itu kesemuanya memiliki sifat zalim yang mengancam kesejahteraan hidup. Di dalam yang hadith lain, turut disebut dengan bilangan yang berbeza. Akan tetapi kesemuanya adalah bagi menunjukkan persepakatan ulama tentang 'illah sifat haiwan tersebut iaitu menyakiti ('aqur), tidak bermanfaat dan suka melakukan kerosakan pada manusia. (Lihat Syarh Sunan al-Nasa'ie al-Musamma Zakhirah al-Uqba fi Syarh al-Mujtaba, 24/390. Lihat juga al-Jami' li Ahkam al-Quran, 8/184)
Ini juga boleh dikiaskan kepada haiwan lain yang boleh memberi bahaya kepada manusia seperti tebuan, lipan, labah-labah beracun, ular, buaya dan seumpamanya.
Ianya dibenarkan untuk dibunuh dan kebenaran tersebut adalah di atas ‘illah tertentu seperti sifatnya yang suka melakukan kerosakan, boleh mendatangkan bahaya serta mengancam nyawa manusia.
Gelaran fasiq oleh Nabi Sallahu'alaihiwasallam terhadap kelima-lima haiwan fasiq (haiwan perosak)
tersebut mempunyai signifikan tersendiri. Gelaran tikus sebagai haiwan fasiq mengisyaratkan semua haiwan yang mengganggu manusia dengan cara merosak dan memotong-motong sesuatu seperti anai-anai. Penyebutan gagak dan helang mengisyaratkan semua haiwan yang mengganggu manusia dengan cara menyambar, pengotor dan pengacau.
Dari perspektif sains, lima jenis haiwan fasiq tersebut,kesemuanya memiliki sifat zalim tersendiri yang mampu mengancam manusia dari segi gangguan, ancaman fizikal, kematian, kesihatan, kerugian industri komersial dan kemusnahan harta benda.
Ular pula adalah binatang malata yang sering ditemui di hutan, di sawah dan kadang di dalam rumah dengan bentuk yang beraneka ragam dan mempunyai kekhususan tertentu. Ular termasuk haiwan yang diperintahkan oleh Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam untuk dibunuh, seperti dijelaskan dalam hadith-hadith berikut ini:
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ خَمْسٌ قَتْلُهُنَّ حَلَالٌ فِي الْحُرُمِ الْحَيَّةُ وَالْعَقْرَبُ وَالْحِدَأَةُ وَالْفَأْرَةُ وَالْكَلْبُ الْعَقُورُ
Maksudnya:"Abu Hurairah bahwa Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam bersabda: lima binatang yang boleh dibunuh di tanah suci adalah: ular, kalajengking, burung rajawali, tikus dan anjing buas". Riwayat Abu Daud (1573).
عَنْ عَبْدِ اللَّهِ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَرَ مُحْرِمًا بِقَتْلِ حَيَّةٍ بِمِنًى
Maksudnya:"Dari 'Abdillah bahawa Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam pernah menyuruh orang yang sedang ihram membunuh seekor ular ketika di Mina". Muslim (4149)
Ini menunjukkan membunuh ular adalah disyariatkan bagi orang yang sedang berihram sekalipun.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ :قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اقْتُلُوا الْأَسْوَدَيْنِ فِي الصَّلَاةِ الْحَيَّةَ وَالْعَقْرَبَ
Maksudnya:"Abu Hurairah dia berkata; Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Bunuhlah dua binatang hitam dalam shalat, yaitu ular dan kalajengking". Riwayat Abu Daud (786)
عَنْ ابْنِ عُمَرَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا أَنَّه سَمِعَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْطُبُ عَلَى الْمِنْبَرِ يَقُولُ اقْتُلُوا الْحَيَّاتِ وَاقْتُلُوا ذَا الطُّفْيَتَيْنِ وَالْأَبْتَرَ فَإِنَّهُمَا يَطْمِسَانِ الْبَصَرَ وَيَسْتَسْقِطَانِ الْحَبَلَ
Maksudnya:"Dari Ibnu 'Umar radhiyallahu 'anhuma bahawa dia mendengar Nabi Sallahu'alaihiwasallam yang sedang menyampaikan khathbah di atas mimbar bersabda: "Bunuhlah ular-ular dan (terutama) bunuhlah ular belang (bergaris putih pada punggungnya) dan ular yang ekornya pendek (putus) karena kedua jenis ular ini dapat merabunkan pandangan dan menyebabkan keguguran (janin)". Bukhari (3054)
No comments:
Post a Comment