Tanggungjawab menantu terhadap mertua dan konsep mahram menerusi pernikahan ( persemendaan/musaharah صِهْرًا)
Islam menganggap al-musaharah (persemendaan) ialah salah satu ikatan yang mengikat hubungan manusia dengan manusia selain daripada ikatan nasab sebagaimana firman Allah Subhanahuwata'ala:
وَهُوَ الَّذِي خَلَقَ مِنَ الْمَاءِ بَشَرًا فَجَعَلَهُ نَسَبًا وَصِهْرًا
Maksudnya: “Dan Dialah Tuhan yang menciptakan manusia dari air, lalu dijadikanNya mempunyai titisan nasab (baka) dan pertalian keluarga (persemendaan)”. Surah Al-Furqan ayat 54.
Justeru tidak diharuskan bagi para suami menindakkan ikatan ini, dan tuntutan ke atas para suami atau menantu untuk berbuat baik kepada ibu dan ayah mertuanya serta kaum kerabat isterinya.
Namun bagi sesetengah pihak, tanggungjawab menantu terhadap mertua mungkin dianggap kurang penting. Mungkin kerana itulah, isu ini tidak banyak dibincangkan dengan meluas dan secara terbuka, bahkan bahan-bahan bacaan berkaitan dengan isu ini juga agak terhad, apatah lagi hal ini juga tidak disentuh secara khusus atau spesifik di dalam Al-Quran dan Hadith berbanding dengan isu tanggungjawab anak terhadap ibu bapa sendiri.
Jika diteliti hal ini secara mendalam, maka dapat dirumuskan bahawa sesungguhnya tanggungjawab menantu terhadap ibu bapa mentua adalah sama seperti tanggungjawab anak terhadap ibu bapa sendiri. Hal ini adalah kerana ayat-ayat al-Quran dan Hadith Nabi Sallahu'alaihiwasallam berkaitan tanggungjawab anak terhadap ibu bapa yang turut boleh diaplikasikan dalam konteks mertua, diantaranya adalah seperti berikut:
Firman Allah Subhanahuwata'ala:
وَقَضَىٰ رَبُّكَ أَلَّا تَعْبُدُوا إِلَّا إِيَّاهُ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا ۚ إِمَّا يَبْلُغَنَّ عِندَكَ الْكِبَرَ أَحَدُهُمَا أَوْ كِلَاهُمَا فَلَا تَقُل لَّهُمَا أُفٍّ وَلَا تَنْهَرْهُمَا وَقُل لَّهُمَا قَوْلًا كَرِيمًا
Al-Isra’ ayat 23
Maksudnya: “Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya kamu tidak menyembah melainkan kepada-Nya semata-mata, dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang daripada keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah kamu berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan “Ha”, dan janganlah kamu menengking (menyergah) mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun).”
Firman Allah Subhanahuwata'ala:
وَاعْبُدُوا اللَّهَ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا ۖ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا
Maksudnya: “Dan bertauhidlah kamu kepada Allah dan jangan sesekali kamu mensyirikkan Allah dengan sesuatu pun. Dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa.”
Surah Al-Nisa’ ayat 36.
Di dalam sebuah hadith, Nabi Sallahu'alaihiwallam bersabda:
إِذَا أَعْطَى اللهُ أَحَدَكُمْ خَيْرًا فَلْيَبْدَأْ بِنَفْسِهِ وَأَهْلِ بَيْتِهِ
Maksudnya: “Apabila Allah Subhanahuwata'ala memberikan seseorang kebaikan (kelebihan dari sudut harta) maka mulakanlah dengan dirinya dan juga ahli keluarganya.” Riwayat Muslim (1822)
Apabila telah berlaku pernikahan maka mertua telah menjadi ahli keluarga dekat yang sah dari sisi syarak dan juga terbinalah hukum baru antara menantu dan mertua, iaitu berpindah dari hukum ajnabi kepada hukum mahram. Sebagaimana hukum mahram anak lelaki dengan ibunya sendiri dan anak perempuan dengan ayahnya sendiri. Seumpamanya tidak haram bersalam, tidak timbul isu khalwat apabila tinggal dalam rumah yang sama, haram bernikah, juga batas aurat antara menantu lelaki dengan ibu mertuanya ialah sepertimana hukum mahram yakni yang lain dan begitu juga hukum hakam yang lain berkaitan dengan mahram terpakai kepada antara menantu dan mertua.
Begitu kuatnya hubungan menantu dengan mertua, walaupun jika pasangan suami isteri itu bercerai, namun hubungan mahram antara menantu perempuan dengan mertua lelaki atau menantu lelaki dengan ibu mertuanya tetap tidak hilang dan terus menjadi mahram secara mu’abbad. Ini berdalikan kenyataan dalam Surah al-Nisa’ ayat ke-23 bahawa wanita yang diharamkan berkahwin dengannya termasuklah:
وَأُمَّهَاتُ نِسَائِكُمْ
Maksudnya: “Dan ibu-ibu isteri kamu,”
Dan pengharaman ini kekal sekalipun selepas kematian atau cerai, semata-mata dengan akad, walaupun jika tidak pernah berlaku persetubuhan antara suami dan isteri, kerana ayat itu menyatakan semata-mata ibu kepada isteri tanpa mensyaratkan persetubuhan.
Rujuk al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafie (4/31-32)
Ayat yang selengkapnya berbunyi,
Firman Allah Taala:
وَلَا تَنكِحُوا مَا نَكَحَ آبَاؤُكُم مِّنَ النِّسَاءِ إِلَّا مَا قَدْ سَلَفَ إِنَّهُ كَانَ فَاحِشَةً وَمَقْتًا وَسَاءَ سَبِيلًا ﴿٢٢﴾ حُرِّمَتْ عَلَيْكُمْ أُمَّهَاتُكُمْ وَبَنَاتُكُمْ وَأَخَوَاتُكُمْ وَعَمَّاتُكُمْ وَخَالَاتُكُمْ وَبَنَاتُ الْأَخِ وَبَنَاتُ الْأُخْتِ وَأُمَّهَاتُكُمُ اللَّاتِي أَرْضَعْنَكُمْ وَأَخَوَاتُكُم مِّنَ الرَّضَاعَةِ وَأُمَّهَاتُ نِسَائِكُمْ وَرَبَائِبُكُمُ اللَّاتِي فِي حُجُورِكُم مِّن نِّسَائِكُمُ اللَّاتِي دَخَلْتُم بِهِنَّ فَإِن لَّمْ تَكُونُوا دَخَلْتُم بِهِنَّ فَلَا جُنَاحَ عَلَيْكُمْ وَحَلَائِلُ أَبْنَائِكُمُ الَّذِينَ مِنْ أَصْلَابِكُمْ وَأَن تَجْمَعُوا بَيْنَ الْأُخْتَيْنِ إِلَّا مَا قَدْ سَلَفَ إِنَّ اللَّـهَ كَانَ غَفُورًا رَّحِيمًا ﴿ ٢٣
Maksudnya: “Dan janganlah kamu berkahwin (dengan perempuan-perempuan) yang telah diperisterikan oleh bapa kamu kecuali apa yang telah berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya perbuatan itu adalah satu perkara yang keji, dan dibenci (oleh Allah), serta menjadi seburuk-buruk jalan (yang dilalui dalam perkahwinan). Diharamkan kepada kamu berkahwin dengan (perempuan-perempuan yang berikut): ibu-ibu kamu, dan anak-anak kamu, dan saudara-saudara kamu, dan saudara-saudara bapa kamu, dan saudara-saudara ibu kamu dan anak-anak saudara kamu yang lelaki, dan anak-anak saudara kamu yang perempuan, dan ibu-ibu kamu yang telah menyusukan kamu, dan saudara-saudara susuan kamu, dan ibu-ibu isteri kamu, dan anak-anak tiri yang dalam pemuliharaan kamu dari isteri-isteri yang kamu telah campuri; tetapi kalau kamu belum campuri mereka (isteri kamu) itu (dan kamu telahpun menceraikan mereka), maka tiadalah salah kamu (berkahwin dengannya). Dan (haram juga kamu berkahwin dengan) bekas isteri anak-anak kamu sendiri yang berasal dari benih kamu. Dan diharamkan kamu menghimpunkan dua beradik sekali (untuk menjadi isteri-isteri kamu), kecuali yang telah berlaku pada masa yang lalu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”
Surah al-Nisa’ ayat 22-23.
Aurat antara menantu perempuan dengan mertua lelaki mereka, menurut sebahagian ulama mazhab Syafie mengehadkan pada anggota yang zahir ketika bekerja iaitu aurat mereka seluruh tubuh melainkan kepala, leher dan tengkuk, tangan sehingga pangkal lengan, dan kaki sehingga lutut. Begitu juga, tidak timbul isu khalwat jika mereka berada dalam satu rumah yang sama, seperti mahram yang lain juga.
Telah berkata para pengarang kitab al-Fiqh al-Manhaji (1/125):
“Aurat perempuan terhadap lelaki mahramnya ialah bahagian badan di antara pusat dan lutut. Ini bererti mereka harus mendedahkan seluruh anggota badannya yang lain di hadapan mahramnya dengan syarat terhindar daripada berlaku fitnah. Jika ada kemungkinan berlaku fitnah hukumnya tetap haram.
Hal ini berdasarkan firman Allah Subhanahuwata'ala:
وَلَا يُبْدِينَ زِينَتَهُنَّ إِلَّا لِبُعُولَتِهِنَّ أَوْ آبَائِهِنَّ أَوْ آبَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ أَبْنَائِهِنَّ أَوْ أَبْنَاءِ بُعُولَتِهِنَّ أَوْ إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي إِخْوَانِهِنَّ أَوْ بَنِي أَخَوَاتِهِنَّ أَوْ نِسَائِهِنَّ
Maksudnya: “Dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, bapa mereka, bapa mertua mereka, anak-anak mereka, anak-anak tiri mereka, saudara-saudara mereka, anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam.”
Surah al-Nur ayat 31
Perkataan perhiasan di dalam ayat itu bermaksud tempat perhiasan tersebut, iaitu bahagian anggota atas pusat dan bawah lutut.”
Apakah itu Mahram?
Mahram adalah para wanita yang dilarang bagi lelaki untuk menikahinya (Sahih Fiqh Sunnah III/71).
Ada tiga keadaan yang menjadikan seseorang itu mahram, mahram boleh terjadi menerusi:
i- Pertalian nasab.
ii- Perkahwinan.
iii- Penyusuan.
Adapun mahram yang terjadi menerusi perkahwinan, di dalam hal ini terdapat satu kaedah yang menjelaskan,
العقد على البنات يحرم الأمهات والدخول بالأمهات يحرم البنات
Maksudnya:“Akad dengan anak perempuan mengharamkan para ibunya, dan persetubuhan dengan para ibu mengharamkan anak perempuan.” (Syarh Mukhtashar Khalil, Al-Khurasyi 9/12, Hasyiyah Ad-Dasuqiy ‘ala Syarh Al-Kabir 8/23, Al-Fiqh ‘ala Al-Madzahib Al-Arba’ah 4/38,)
Mahram dengan sebab perkahwinan terbahagi kepada dua pihak, iaitu pihak lelaki dan wanita:
A- Lelaki:
i- Mahram disebabkan perkahwinan bagi seorang lelaki akan membabitkan empat orang daripada sebelah mertua iaitu ibu dan nenek isteri (ibu mertua dan nenek mertua). Menantu (isteri kepada anak lelakinya atau isteri kepada cucu dan cicit.
Anak dan cucu tiri (anak perempuan isteri, cucu perempuan isteri hingga ke bawah). Ibu dan nenek tiri (isteri bapa atau isteri datuk hingga ke atas).
ii- Bukan mahram bagi seseorang lelaki dengan sebab perkahwinan:
Adapun wanita lain seperti adik ipar, kakak ipar, ibu saudara isteri, anak saudara isteri dan sebagainya adalah bukan daripada golongan mahramnya. Sehubungan itu, antara mereka wajib menutup aurat sama seperti mereka berhadapan dengan lelaki atau wanita asing.
Kesimpulannya,
Oleh itu, apabila seorang lelaki berkahwin dengan seorang wanita, maka hanya ibu, nenek, anak perempuan isteri (anak tiri) dan cucu perempuan isteri (cucu tiri) sahaja yang menjadi muhramnya daripada kalangan keluarga isterinya.
B- Wanita:
i- Mahram bagi seorang wanita dengan sebab perkahwinan juga membabitkan empat orang iaitu bapa dan datuk suaminya (iaitu bapa mentua dan datuk mentua). Menantu (iaitu suami kepada anak perempuannya dan suami kepada cucu atau cicit perempuannya).
Anak dan cucu tiri (iaitu anak lelaki dan cucu lelaki suaminya), bapa atau datuk tiri (iaitu suami kepada ibunya atau suami kepada neneknya).
Ketika berhadapan dengan mereka, golongan wanita dibenarkan membuka tudung dan menampakkan anggota selain dari dada hingga lutut. Selain itu, wanita itu juga dibenarkan untuk bersalaman dengan semua empat lelaki terbabit.
ii- Bukan mahram bagi seorang wanita dengan sebab perkahwinan:
Adapun golongan lelaki selain yang disebut seperti adik atau abang ipar, bapa saudara suami, anak saudara suami dan seumpamanya adalah bukan muhrim. Maka dia tidak boleh bersalaman serta mendedahkan aurat di hadapan mereka kecuali muka dan pergelangan tangan sahaja.
Kesimpulannya:
Sehubungan itu, apabila seorang perempuan telah berkahwin, maka hanya bapa, datuk, anak lelaki dan cucu lelaki suaminya sahaja yang menjadi muhrim kepadanya daripada kalangan keluarga suami.
Begitu pula apabila meneladani peristiwa Nabi Ibrahim al-Khalil dan anak menantunya. Nabi Ibrahim al-Khalil pergi menziarahi menantunya ketika puteranya, Nabi Ismail AS tiada di rumah. Isteri Nabi Ismail AS belum pernah bertemu bapa mertuanya, Nabi Ibrahim. Apabila sampai di rumah anaknya itu, terjadilah dialog antara Nabi Ibrahim dan menantunya.
Hadith berkenaan hal ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari (no. 3364) dalam Sahihnya, dalam satu hadis yang panjang daripada Ibn Abbas R.Anhuma. Di sini sebutkan keratan darinya:
فَجَاءَ إِبْرَاهِيمُ بَعْدَمَا تَزَوَّجَ إِسْمَاعِيلُ يُطَالِعُ تَرِكَتَهُ، فَلَمْ يَجِدْ إِسْمَاعِيلَ، فَسَأَلَ امْرَأَتَهُ عَنْهُ فَقَالَتْ: خَرَجَ يَبْتَغِي لَنَا، ثُمَّ سَأَلَهَا عَنْ عَيْشِهِمْ وَهَيْئَتِهِمْ، فَقَالَتْ نَحْنُ بِشَرٍّ، نَحْنُ فِي ضِيقٍ وَشِدَّةٍ، فَشَكَتْ إِلَيْهِ، قَالَ: فَإِذَا جَاءَ زَوْجُكِ فَاقْرَئِي عَلَيْهِ السَّلاَمَ، وَقُولِي لَهُ يُغَيِّرْ عَتَبَةَ بَابِهِ، فَلَمَّا جَاءَ إِسْمَاعِيلُ كَأَنَّهُ آنَسَ شَيْئًا، فَقَالَ: هَلْ جَاءَكُمْ مِنْ أَحَدٍ؟ قَالَتْ: نَعَمْ، جَاءَنَا شَيْخٌ كَذَا وَكَذَا، فَسَأَلَنَا عَنْكَ فَأَخْبَرْتُهُ، وَسَأَلَنِي كَيْفَ عَيْشُنَا، فَأَخْبَرْتُهُ أَنَّا فِي جَهْدٍ وَشِدَّةٍ، قَالَ: فَهَلْ أَوْصَاكِ بِشَيْءٍ؟ قَالَتْ: نَعَمْ، أَمَرَنِي أَنْ أَقْرَأَ عَلَيْكَ السَّلاَمَ، وَيَقُولُ غَيِّرْ عَتَبَةَ بَابِكَ، قَالَ: ذَاكِ أَبِي، وَقَدْ أَمَرَنِي أَنْ أُفَارِقَكِ، الحَقِي بِأَهْلِكِ، فَطَلَّقَهَا، وَتَزَوَّجَ مِنْهُمْ أُخْرَى، فَلَبِثَ عَنْهُمْ إِبْرَاهِيمُ مَا شَاءَ اللَّهُ، ثُمَّ أَتَاهُمْ بَعْدُ فَلَمْ يَجِدْهُ، فَدَخَلَ عَلَى [ص:144] امْرَأَتِهِ فَسَأَلَهَا عَنْهُ، فَقَالَتْ: خَرَجَ يَبْتَغِي لَنَا، قَالَ: كَيْفَ أَنْتُمْ؟ وَسَأَلَهَا عَنْ عَيْشِهِمْ وَهَيْئَتِهِمْ، فَقَالَتْ: نَحْنُ بِخَيْرٍ وَسَعَةٍ، وَأَثْنَتْ عَلَى اللَّهِ، فَقَالَ: مَا طَعَامُكُمْ؟ قَالَتِ اللَّحْمُ، قَالَ فَمَا شَرَابُكُمْ؟ قَالَتِ المَاءُ. قَالَ: اللَّهُمَّ بَارِكْ لَهُمْ فِي اللَّحْمِ وَالمَاءِ، قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «وَلَمْ يَكُنْ لَهُمْ يَوْمَئِذٍ حَبٌّ، وَلَوْ كَانَ لَهُمْ دَعَا لَهُمْ فِيهِ». قَالَ: فَهُمَا لاَ يَخْلُو عَلَيْهِمَا أَحَدٌ بِغَيْرِ مَكَّةَ إِلَّا لَمْ يُوَافِقَاهُ، قَالَ: فَإِذَا جَاءَ زَوْجُكِ فَاقْرَئِي عَلَيْهِ السَّلاَمَ، وَمُرِيهِ يُثْبِتُ عَتَبَةَ بَابِهِ، فَلَمَّا جَاءَ إِسْمَاعِيلُ قَالَ: هَلْ أَتَاكُمْ مِنْ أَحَدٍ؟ قَالَتْ: نَعَمْ، أَتَانَا شَيْخٌ حَسَنُ الهَيْئَةِ، وَأَثْنَتْ عَلَيْهِ، فَسَأَلَنِي عَنْكَ فَأَخْبَرْتُهُ، فَسَأَلَنِي كَيْفَ عَيْشُنَا فَأَخْبَرْتُهُ أَنَّا بِخَيْرٍ، قَالَ: فَأَوْصَاكِ بِشَيْءٍ، قَالَتْ: نَعَمْ، هُوَ يَقْرَأُ عَلَيْكَ السَّلاَمَ، وَيَأْمُرُكَ أَنْ تُثْبِتَ عَتَبَةَ بَابِكَ، قَالَ: ذَاكِ أَبِي وَأَنْتِ العَتَبَةُ، أَمَرَنِي أَنْ أُمْسِكَكِ
Maksudnya: “Ibrahim datang setelah Isma'il bernikah untuk mencari tahu apa yang telah ditinggalkannya namun dia tidak menemukan Isma'il. Ibrahim bertanya tentang Isma'il kepada isterinya Isma'il. Isterinya menjawab; "Dia sedang pergi mencari nafkah untuk kami. Lalu Ibrahim bertanya tentang kehidupan dan keadaan mereka. Isteri Isma'il menjawab; "Kami mengalami banyak keburukan dan hidup kami sempit dan penuh penderitaan yang berat". Isteri Isma'il mengadukan kehidupan yang dijalaninya bersama suaminya kepada Ibrahim. Ibrahim berkata; "Nanti apabila suami kamu datang sampaikan salam dariku dan katakan kepadanya agar mengubah daun pintu rumahnya". Ketika Isma'il datang dia merasakan sesuatu lalu dia bertanya kepada isterinya; "Apakah ada orang yang datang kepadamu?". Isterinya menjawab; "Ya. Tadi ada orang tua begini begini keadaannya datang kepada kami dan dia menanyakan kamu lalu aku terangkan dan dia bertanya kepadaku tentang keadaan kehidupan kita maka aku terangkan bahwa aku hidup dalam kepayahan dan penderitaan". Isma'il bertanya; "Apakah orang itu ada memberi pesan kepadamu tentang sesuatu?". Isterinya menjawab; "Ya. Dia memerintahkan aku agar aku menyampaikan salam darinya kepadamu dan berpesan agar kamu mengubah daun pintu rumah kamu". Isma'il berkata; "Dialah ayahku dan sungguh dia telah memerintahkan aku untuk menceraikan kamu maka itu kembalilah kamu kepada keluargamu". Maka Isma'il menceraikan isterinya. Kemudian Isma'il menikah lagi dengan seorang wanita lain dari kalangan penduduk itu lalu Ibrahim pergi lagi meninggalkan mereka dalam kurun waktu yang dikehendaki Allah dan setelah itu datang kembali untuk menemui mereka namun dia tidak mendapatkan Isma'il hingga akhirnya dia mendatangi isteri Isma'il lalu bertanya kepadanya tentang Isma'il. Isterinya menjawab; "Dia sedang pergi mencari nafkah untuk kami. Lalu Ibrahim bertanya lagi; "Bagaimana keadaan kalian". Dia bertanya kepada isterinya Isma'il tentang kehidupan dan keadaan hidup mereka. Isterinya menjawab; "Kami selalu dalam keadaan baik-baik saja dan cukup". Isteri Isma'il memuji Allah. Ibrahim bertanya; 'Apa makanan kalian? '. Isteri Isma'il menjawab; "Daging". Ibrahim bertanya lagi; "Apa minuman kalian? '. Isteri Isma'il menjawab; "Air". Maka Ibrahim berdo'a: "Ya Allah, berkahilah mereka dalam daging dan air mereka". Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Saat itu tidak ada biji-bijian di Makkah dan seandainya ada tentu Ibrahim sudah mendo'akannya". Dia berkata; "Dan dari doa Ibrahim tentang daging dan air itulah, tidak ada seorangpun selain penduduk Makkah yang mengeluh bila yang mereka dapati hanya daging dan air". Ibrahim selanjutnya berkata; "Jika nanti suamimu datang, sampaikan salam dariku kepadanya dan perintahkanlah dia agar memperkokoh daun pintu rumahnya". Ketika Isma'il datang, dia berkata: "Apakah ada orang yang datang kepadamu?". Isterinya menjawab; "Ya. Tadi ada orang tua dengan penampilan sangat baik datang kepada kami". Isterinya mengagumi Ibrahim. Dia bertanya kepadaku tentang kamu maka aku terangkan lalu dia bertanya kepadaku tentang keadaan hidup kita maka aku jawab bahawa aku dalam keadaan baik-baik saja".". Isma'il bertanya; "Apakah orang itu ada memberi pesan kepadamu tentang sesuatu?". Isterinya menjawab; "Ya. Dia memerintahkan aku agar aku menyampaikan salam darinya kepadamu dan berpesan agar kamu mempertahankan daun pintu rumah kamu". Isma'il berkata; "Dialah ayahku dan daun pintu yang dimaksud adalah kamu. Dia memerintahkanku untuk mempertahankan kamu".
Peringatan:
Ini hanya berlaku kalau bapa itu adalah orang yang beragama; yang menyintai dan membenci sesuatu kerana Allah; dan tidak merujuk kepada pengikut hawa nafsu…..
Juga kisah Umar dengan anaknya Abdullah,
Daripada Hamzah bin Abdullah bin Umar, daripada ayahnya, yang berkata: “Pernah aku berkahwin dengan seorang perempuan, tetapi Umar tidak menyukainya. Lantas beliau berkata kepadaku: “Engkau ceraikanlah dia.” Aku enggan, lalu Umar berjumpa Rasulullah Sallahu'alaihiwallam berkata: “Waha Rasulullah! Sesungguh Abdullah bin berkahwin dengan wanita yang aku tidak suka. Lalu aku suruhnya bercerai darinya tetapi dia enggan.” Maka bersabda Rasulullah Sallahu'alaihiwallam:
يَا عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ طَلِّقِ امْرَأَتَكَ وَأَطِعْ أَبَاكَ
Maksudnya: “Wahai Abdullah bin Umar! Ceraikanlah isterimu dan taatilah ayahmu.”
Riwayat al-Hakim (2798) dalam al-Mustadrak; RIwayat al-Nasaie (5631); Abu Daud (5138); al-Tirmidzi (1189) dan lain-lain. Berkata al-Tirmidzi hadis ini hasan sahih. Al-Dzahabi: “atas syarat-syarat al-Bukhari dan Muslim.”
Menurut Imam Ali al-Qari, arahan Nabi di atas bermaksud sunat, atau wajib sekiranya ada faktor lain yang berbangkit. Rujuk Mirqah al-Masobih (7/3097)
Menurut Syeikh Ahmad Hutaibah (ulama daripada Iskandariah, Mesir) dalam Syarh Riyadhussolihin (14/13), yang ditanya adakah hadis ini memberikan kuasa mutlak kepada ibu untuk meminta anaknya menceraikan pasangannya, maka beliau menjawab:
“Tidak, ibu dan bapanya tidak seperti Umar al-Khattab. Beliau mencintai Allah Azza wa Jalla, dan beliau mencintai sesiapa kerana Allah Subhanahuwata’ala. Jika beliau membenci nescaya bencinya kerana Allah Subhanahuwata’ala. Oleh itu, siapa yang (ibu bapanya) berkeperibadian seperti Umar, maka hendaklah ditaati dalam urusan ini.
Setelah berlaku pernikahan, maka isteri wajib memberikan kesetiaan, kepatuhan dan pengorbanan sepenuhnya kepada suaminya, sehingga sebahagian dari kebebasannya untuk bersama dengan ibuayah dan keluarganya seakan-akan terbatas.
Sebagaimana sabda Nabi Muhammad Sallahu'alaihiwallam yang diriwayatkan daripada Saidatina ‘Aisyah R.Anha:
عَنْ عَائِشَةَ، قَالَتْ: سَأَلْتُ النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم: أَيُّ النَّاسِ أَعْظَمُ حَقًّا عَلَى الْمَرْأَةِ ؟ قَالَ: ” زَوْجُهَا “، قُلْتُ: فَأَيُّ النَّاسِ أَعْظَمُ حَقًّا عَلَى الرَّجُلِ؟ قَالَ:” أُمُّه
Maksudnya: Daripada ‘Aisyah R.A bahawasanya aku bertanya kepada Nabi Sallahu'alaihiwallam “Siapakah manusia yang paling berhak atas seorang isteri?” Beliau bersabda, “Suaminya.” Aku bertanya lagi, “Lalu siapakah manusia yang paling berhak atas seorang lelaki?” Beliau bersabda, “Ibunya.”Sunan Al-Kubra (9099)
Sehingga isteri hendaklah memohon keizinan suaminya untuk keluar daripada rumah suaminya sekalipun dengan tujuan untuk menziarahi kedua ibubapanya. Hal ini sebagaimana yang terdapat di dalam hadis Nabi Sallahu'alaihiwallam dalam peristiwa hadis al-ifk (peristiwa fitnah kepada ‘Aisyah) iaitu ketika ‘Aisyah R.anha meminta izin kepada baginda untuk pulang ke rumah ibubapanya.‘Aisyah berkata kepada Nabi Sallahu'alaihiwallam:
أَتَأْذَنُ لِي أَنْ آتِيَ أَبَوَيَّ؟ قَالَتْ: وَأُرِيدُ أَنْ أَسْتَيْقِنَ الخَبَرَ مِنْ قِبَلِهِمَا، قَالَتْ: فَأَذِنَ لِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ
Maksudnya: “Adakah engkau mengizinkanku untuk mendatangi kedua ibubapaku? Lalu berkata ‘Aisyah ketika meriwayatkan peristiwa itu : Hal ini disebabkan aku ingin mendapatkan kepastian berita tersebut daripada kedua mereka”. Maka Rasulullah S.A.W mengizinkan daku.
Riwayat al-Bukhari (4141) dan Muslim (2770)
Ulama’ bersepakat bahawa di antara perkara yang menjadi kewajipan isteri untuk mentaati suaminya ialah melayani suaminya dan sentiasa tinggal di rumah suaminya. Pada asalnya isteri tidak boleh keluar dari rumah suaminya iaitu bait al-zaujiyah (rumah kehidupan suami dan isteri) tanpa sebab yang syar’ie melainkan dengan keizinan suaminya. Hal ini sebagaimana hadis Nabi S.A.W yang menyebutkan:
إِذَا اسْتَأْذَنَكُمْ نِسَاؤُكُمْ بِاللَّيْلِ إِلَى المسْجِدِ، فَأْذَنُوا لَهُنَّ
Maksudnya: “Apabila isteri-isteri kamu meminta keizinan kamu untuk ke masjid pada waktu malam maka izinkanlah mereka”.
Riwayat al-Bukhari
Imam Ibn Hajar Al-Asqalani ketika mensyarahkan hadis ini menyatakan hadis ini menjadi dalil bahawa wanita tidak boleh keluar dari rumah suaminya (sekalipun ke masjid) tanpa keizinan daripada suaminya. (Rujuk: Fath al-Bari, 2/347).
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi Sallahu'alaihiwallam bersabda:
إِذَا صَلَّتِ الْمَرْأَةُ خُمُسَهَا، وَصَامَتْ شَهْرَهَا، وَحَصَّنَتْ فَرْجَهَا، وَأَطَاعَتْ بَعْلَهَا دَخَلَتْ مِنْ أَيِّ أَبْوَابِ الْجَنَّةِ شَاءَتْ
Maksudnya: “Jika seorang wanita menunaikan solat 5 waktu, berpuasa pada bulannya (Ramadhan), mengawal kemaluannya (maruahnya) dan ta'at kepada suaminya. Masuklah dia ke dalam Syurga dari mana-mana pintu yang dia kehendaki”. [Riwayat Ibn Hibban, no. Hadith (4163), 471/98]
Berpandukan hadith-hadith di atas maka ini menunjukkan betapa besarnya kesetiaan, kepatuhan dan pengorbanan yang wajib berikan oleh sang isteri kepada suaminya, sehinggakan untuk menzirahi ibubapanya sendiri pun perlu kepada keizinan dari suaminya.
Justeru itu, jika tanggungjawab untuk menyantuni dan menjaga ibubapanya diabaikan oleh suaminya maka sudah tentulah si isteri akan menjadi kurang selesa,sedih dan kecewa disebabkan oleh ibu bapanya sendiri diabaikan oleh suaminya.
Oleh itu kesejahteraan rumahtangga amat bergantung kepada sejauh mana tanggungjawab menantu terhadap ibu bapa mertua sehingga Islam meletakkan martabat yang tinggi terhadap ibubapa sendiri dan juga terhadap ibubapa mertua. Justeru, tanggungjawab ini tidak boleh diabaikan oleh menantu lelaki terutamanya. Mengabaikan salah seorang daripada mertua seolah-olah mengabaikan ibu bapa sendiri.
No comments:
Post a Comment