Hukum solat Jumaat (Juga syarat wajib solat Jumaat di Masjid dan batas bilangan minima Jamaah Solat Jumaat)
Firman Allah Subhanahuwata'ala :
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَىٰ ذِكْرِ اللَّـهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَّكُمْ إِن كُنتُمْ تَعْلَمُونَ
Maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang Jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu), yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat yang sebenarnya).” Surah al-Jumu‘ah ayat 9.
Imam al-Sarkhasi dalam menafsirkan ayat ini menyatakan bahawa arahan untuk bersegera tersebut tidak memberi makna lain kecuali makna wajib, serta arahan untuk meninggalkan jual-beli yang pada asal hukumnya adalah harus kerana solat Jumaat menunjukkan kewajipan solat tersebut. (Rujuk al-Mabsuth lil Sarkhasi, 2:21)
Begitu juga, sabda Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam:
الْجُمُعَةُ حَقٌّ وَاجِبٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ فِي جَمَاعَةٍ إِلاَّ أَرْبَعَةً عَبْدٌ مَمْلُوكٌ أَوِ امْرَأَةٌ أَوْ صَبِيٌّ أَوْ مَرِيضٌ
Maksudnya: Solat Jumaat merupakan satu hak kewajipan ke atas setiap orang muslim untuk mendirikannya secara berjemaah, kecuali hamba yang dimiliki oleh tuannya, perempuan, kanak-kanak dan orang yang sakit.
Riwayat Abu Daud, (1:644)
Disamping itu, telah berlaku ijma’ dalam kalangan ulama’ berkenaan kewajipan solat Jumaat ke atas orang lelaki, muslim, baligh, yang bermukim di sesuatu tempat dan tiada keuzuran baginya yang membolehkan dia meninggalkan solat Jumaat secara berjemaah. (Rujuk Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 27:193).
Ayat di atas adalah merupakan antara dalil pensyariatan dan kewajipan solat Jumaat. Selain itu, solat Jumaat juga adalah antara beberapa kelebihan yang dikurniakan khusus kepada umat Nabi Muhammad Sallahu'alaihiwasallam supaya mereka mendapat kemuliaan hari Jumaat tersebut. (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 1/198)
Kewajipan solat Jumaat hendaklah dilaksanakan secara berjemaah sebagaimana sabda Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam:
الْجُمُعَةُ حَقٌّ وَاجِبٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ فِي جَمَاعَةٍ إِلاَّ أَرْبَعَةً عَبْدٌ مَمْلُوكٌ أَوِ امْرَأَةٌ أَوْ صَبِيٌّ أَوْ مَرِيضٌ
Maksudnya : Solat Jumaat merupakan satu hak kewajipan ke atas setiap orang muslim untuk mendirikannya secara berjemaah, kecuali hamba yang dimiliki oleh tuannya, perempuan, kanak-kanak dan orang yang sakit. Riwayat Abu Daud (1067)
Berdasarkan dalil dan hujah di atas, jelaslah bahawa, tentang kewajipan solat Jumaat yang mesti dilaksanakan secara berjemaah.
Walaupun begitu menunaikan solat Jumaat di rumah bersama ahli keluarga sahaja adalah tidak boleh dan tidak sah. Hal ini kerana perkara tersebut tidak memenuhi syarat-syarat sah solat Jumaat sebagaimana yang telah digariskan oleh para ulama terutamanya mazhab Hanafi yang meletakkan keizinan pemerintah sebagai syarat sah solat Jumaat. Lebih-lebih lagi, perbuatan tersebut itu juga tidak menunjukkan ciri solat Jumaat serta tidak memenuhi hikmah utamanya iaitu pertemuan setiap peringkat orang Islam di dalam satu kariah. (Lihat al-Fiqh al-Manhaji, 1/199) Dr. Wahbah al-Zuhaili ada menyebutkan bahawa :
أن الجمعة تتطلب الاجتماع
Maksudnya : “Sesungguhnya solat Jumaat menuntut kepada perhimpunan manusia.” (Lihat Mausu’ah al-Fiqh al-Islami wa al-Qadhaya al-Mu’asirah, 2/249)
Terdapat beberapa syarat yang disebutkan oleh para ulama yang menjadi syarat sah solat Jumaat. Antara syarat-syarat tersebut, ada yang mereka sepakati dan ada juga yang mereka berselisih akannya.
Sekurang-kurangnya ada dua syarat sah solat Jumaat iaitu masjid sebagai tempat solat Jumaat dan batas bilangan minimal jamaah solat Jumaat.
1- Masjid sebagai tempat solat Jumaat.
Menurut pandangan jumhur ulama' seperti para ulama’ Hanafiyyah, Syafi’iyyah dan Hanabilah,mereka tidak mensyaratkan kewajipan melaksanakan solat Jumaat secara berjemaah dilakukan di dalam bangunan masjid. (Rujuk Fatawa Syar’iyah Wa Buhuth Islamiah, 1:274)
Hal ini seperti yang dinyatakan oleh Imam al-Nawawi RA dalam kitabnya, al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab dengan berkata:
وَ لَا يُشْتَرَطُ إِقَامَتُهَا فِي مَسْجِدٍ وَ لَكِنْ تَجُوزُ فِي سَاحَةٍ مَكْشُوفَةٍ..وَ سَوَاءٌ صَلُّوهَا فِي رُكْنٍ أَمْ سَاحَةٍ -وَ لَوْ انْهَدَمَتْ أَبْنِيَةُ القَرْيَةِ أَوْ البَلْدَةِ- فَأَقَامَ أَهْلُهَا عَلَى عِمَارَتِهَا لَزِمَتْهُمْ الجُمُعَةُ فِيهَا سَوَاءٌ كَانُوا فِي سَقَائِفِ وَ مَظَالٍ أَمْ لَا. لِأَنَّهُ مَحَلُّ الاسْتِيطَانِ.
Maksudnya: Tidak disyaratkan untuk mendirikannya (solat Jumaat) di dalam masjid, bahkan harus untuk mendirikannya di tempat lapang yang terbuka.. samada mereka mendirikan solat tersebut di penjuru atau di lapangan - jika sekiranya bangunan di tempat tersebut telah hancur, kemudian penduduknya mengimarahkannya semula, maka wajib bagi mereka menunaikan solat Jumaat dilakukan di bawah bumbung ataupun tidak. Ini kerana tempat tersebut menjadi tempat bermastautin.(Rujuk al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 4:501)
Selain itu, Imam al-Syaukani berkata dalam kitabnya, Nail al-Awtar Syarh Muntaqa al-Akhbar:
قَالَ أَبُو حَنِيفَةَ وَ الشَافِعِي وَ سَائِر العُلَمَاءِ: إِنَّ المَسْجِدَ لَيْسَ شَرْطًا لِإِقَامَةِ الجُمُعَةِ إِذْ لَمْ يُفَصِّلْ دَلِيلُ وُجُوبِهَا
Maksudnya: Imam Abu Hanifah, Imam al-Syafie dan kebanyakan para ulama’ berpendapat bahawa masjid bukanlah salah satu daripada syarat untuk mendirikan solat Jumaat, ini kerana dalil tidak memperincikan tentang kewajipannya untuk dilaksanakan di masjid. (Rujuk Nail al-Awtar lil Syaukani, 3:279)
Menurut pandangan jumhur tidak disyaratkan untuk melaksanakan solat Jumaat di dalam bangunan masjid yang berbumbung. Justeru itu, hukum melaksanakan solat Jumaat secara berjemaah di halaman masjid atau di tanah yang lapang adalah sah dan diberikan ganjaran oleh Allah Subhanahuwata'ala sepertimana ia dilaksanakan di dalam binaan masjid juga.
Manakala, Imam Malik pula mensyaratkan wujudnya masjid untuk dilaksanakan solat Jumaat. Justeru itu, tidak sah bagi penduduk kampung yang telah merobohkan masjid di tempat mereka dan membiarkannya tidak berbumbung untuk mereka mendirikan solat Jumaat di tempat tersebut. (Rujuk Fatawa Syar’iyah Wa Buhuth Islamiah, 1:274 / Bidayatul Mujtahid Wa Nihayatul Muqtasid, 2:336).
2- Batas bilangan minimal jamaah Solat Jumaat.
Ulama sepakat bahawa Solat Jumaat wajib dilakukan secara berjamaah. Justeru itu, tidak sah ketika ada orang yang solat Jumaat seorang diri .
Imam An-Nawawi mengatakan,
أجمع العلماء على أن الجمعة لا تصح من منفرد , وأن الجماعة شرط لصحتها
Maksudnya:"Para ulama sepakat bahawa Jumaat tidak sah dikerjakan sendirian. Berjamaah merupakan syarat sahnya Jumaat. (al-Majmu’, 4/504)
Namun, mereka berbeza pendapat mengenai batas minimal bilangan jamaah ketika solat Jumaat, agar Solat Jumaat dihukumi sah. Ibnu Rusyd mengatakan,
اتفق الكل على أن من شرطها الجماعة , واختلفوا في مقدار الجماعة
Maksudnya:"Semua sepakat bahawa bahagian dari syarat sah Jumaat adalah berjamaah. Namun mereka berbeza pendapat tentang jumlah minimal jamaah. (Bidayah al-Mujtahid, 1/158)
Perselisihan tentang masalah ini sangat banyak sekali, yang mana al-Hafiz (Ibn Hajar) dalam Fath al-Bari menyebut 15 pendapat dalam bab yang bertajuk (Apabila orang ramai meninggalkan Imam semasa Solat Jumaat, maka solat Imam dan mereka yang tetap tinggal bersamanya adalah tetap sah) sepertimana berikut (al-'Aqalaniy, 1993 : J3/349) :-
(بَاب إِذَا نَفَرَ النَّاسُ عَنْ الْإِمَامِ فِي صَلَاةِ الْجُمُعَةِ فَصَلَاةُ الْإِمَامِ وَمَنْ بَقِيَ جَائِزَةٌ)
ظَاهِر اَلتَّرْجَمَةِ أَنَّ اِسْتِمْرَارَ اَلْجَمَاعَةِ اَلَّذِينَ تَنْعَقِدُ بِهِمْ اَلْجُمُعَة إِلَى تَمَامِهَا لَيْسَ بِشَرْطٍ فِي صِحَّتِهَا، بَلْ اَلشَّرْط أَنْ تَبْقَى مِنْهُمْ بَقِيَّةٌ مَا. وَلَمْ يَتَعَرَّضْ اَلْبُخَارِيّ لِعَدَد مَنْ تَقُومُ بِهِمْ اَلْجُمُعَة لِأَنَّهُ لَمْ يَثْبُتْ مِنْهُ شَيْءٌ عَلَى شَرْطِهِ ، وَجُمْلَة مَا لِلْعُلَمَاءِ فِيهِ خَمْسَة عَشَرَ قَوْلًا :- أَحَدُهَا تَصِحُّ مِنْ اَلْوَاحِدِ، نَقَلَه اِبْن حَزْم. اَلثَّانِي اِثْنَانِ كَالْجَمَاعَةِ، وَهُوَ قَوْل اَلنَّخَعِيّ وَأَهْل اَلظَّاهِر وَالْحَسَن بْن حَيّ. اَلثَّالِثُ اِثْنَانِ مَعَ اَلْإِمَامِ، عِنْد أَبِي يُوسُف وَمُحَمَّد. اَلرَّابِعُ ثَلَاثَة مَعَهُ، عِنْد أَبِي حَنِيفَة.
اَلْخَامِس سَبْعَة، عِنْدَ عِكْرِمَةَ. اَلسَّادِسُ تِسْعَة عِنْدَ رَبِيعَة. اَلسَّابِعُ اِثْنَا عَشَر عَنْهُ فِي رِوَايَة. اَلثَّامِنُ مِثْله غَيْر اَلْإِمَامِ عِنْدَ إِسْحَاق. اَلتَّاسِعُ عِشْرُونَ فِي رِوَايَةِ اِبْن حَبِيب عَنْ مَالِك. اَلْعَاشِرُ ثَلَاثُونَ كَذَلِكَ. اَلْحَادِي عَشَر أَرْبَعُونَ بِالْإِمَامِ عِنْدَ اَلشَّافِعِيِّ. اَلثَّانِي عَشَر غَيْر اَلْإِمَامِ عَنْهُ وَبِهِ قَالَ عُمَر بْن عَبْد اَلْعَزِيز وَطَائِفَة. اَلثَّالِث عَشَر خَمْسُونَ عَنْ أَحْمَدَ فِي رِوَايَةٍ وَحُكِيَ عَنْ عُمَر بْن عَبْد اَلْعَزِيز. اَلرَّابِع عَشَر ثَمَانُونَ حَكَاهُ اَلْمَازِرِيُّ. اَلْخَامِس عَشَر جَمْع كَثِير بِغَيْرِ قَيْد. وَلَعَلَّ هَذَا اَلْأَخِيرَ أَرْجَحُهَا مِنْ حَيْثُ اَلدَّلِيل.
Dalam tulisan yang ringkas ini, perbahasannya adalah berdasarkan kepada pendapat yang masyhur dari kalangan 4 mazhab Fiqh:
1- Mazhab Hanafiyyah,
Terdapat 2 pandangan dalam Mazhab Hanafi;
Pertama- Imam Abu Hanifah dan Imam Muhammad bin Hassan al-Shaibani berpandangan bahawa sah Jumaat sekiranya terdapat 4 orang jamaah termasuk imam.
Kedua- Imam Abu Yusuf pula berpandangan sah Jumaat apabila didirikan oleh 3 orang termasuk imam.
Menurut Abu Hanifah dan Muhammad al-Syaibani, bilangan minima jemaah solat Jumaat ialah empat orang termasuk Imam. Akan tetapi, Abu Yusuf menyatakan bahawa bilangan jemaah solat Jumaat ialah tiga orang termasuk Imam. (Lihat Kanz al-Daqaiq, hlm. 189; Badai’ al-Sanai’ fi Tartib al-Syarai’, 1/268 dan al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab, 4/504) Mereka berdalilkan bahawa :
لأنه عدد يزيد على أقل الجمع المطلق
Maksudnya : “Kerana ia adalah merupakan bilangan yang melebihi had minima bagi kata jamak (plural)”. (Lihat Badai’ al-Sanai’ fi Tartib al-Syarai’, 1/268 dan al-Nahr al-Faiq Syarh Kanz al-Daqaiq, 1/360)
Namun mereka berselisih dalam perlaksanaan teori tersebut. Abu Yusuf berkata; “syarat mengerjakan Jumaat ialah berjemaah dan itu sudah wujud (dengan 3 orang), di mana 2 makmum bersama imam adalah 3, kerana itu imam berada dihadapan 2 makmum, dan meletakkan 2 makmum dibelakangnya”.
Lalu tidak ada keperluan mensyaratkan 40 orang untuk bilangan jama’ berlainan dengan 2, kerana bilangan 2 bukan jama’. Abu Hanifah pula menegaskan bahawa bilangan jama’ mutlak adalah syarat terlaksananya Jumaat pada hak setiap orang makmum dan syarat harusnya solat setiap mereka, justeru itu perlu ada selain dari dirinya, 3 orang yang lain dan termasuk dirinya iaitu 4 orang. Jika tidak, tidak dinamakan berjemaah. (Rujuk: Al-Mabsuth. Jil. 2 Hal. 21, al-Kasani. Badaie’ al-Sanaie’. Jil.1 Hal. 597).
Antara dalil mereka yang lain ialah firman Allah Subhanahuwata'ala:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِيَ لِلصَّلَاةِ مِنْ يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَىٰ ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ ۚ ذَٰلِكُمْ خَيْرٌ لَكُمْ إِنْ كُنْتُمْ تَعْلَمُونَ
Maksudnya:" Wahai orang-orang beriman, apabila diseru untuk menunaikan solat Jumaatt, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli. Yang demikian itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui. Al-Jumuah ayat 9.
Kata mereka, ayat ini mengkehendaki wujudnya ‘penyeru’, orang yang ingat dan dua orang yang bersegera kerana kata-kata Allah tidak membawa maksud kecuali 2 orang atau lebih. Himpunan kesemuanya ialah minimum 4 orang. (Rujuk: Al-Mabsuth. Jil 2 Hal. 21).
2- Mazhab Malikiyyah
Dalam Mazhab Maliki terdapat 2 pandangan;
Pertama: Harus mengerjakan solat Jumaat walaupun kurang dari 40 orang dan tidak harus solat dengan 3 atau 4 orang. kerana jumlah ini belum memenuhi syarat disebut satu kampung. Ibnu Rusyd mengatakan
ولا يجوز بالثلاثة والأربعة وهو مذهب مالك وحدهم بأنهم الذين يمكن أن تتقرى بهم قرية.
Maksudnya:"Tidak boleh mengadakan Jumaat hanya dengan 3 atau 4 orang. Dan ini pendapat Imam Malik. Batasannya adalah jumlah mereka memungkinkan untuk terbentuk sebuah kampung. (Bidayatul Mujtahid, 1/159).
Dalil pendapat ini adalah firman Allah Subhanahuwata'ala,
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِي لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ
Maksudnya:" Wahai orang-orang beriman, apabila diseru untuk menunaikan solat Jumaat, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli.. Al-Jumu’ah ayat 9
Kemudian hadith dari Thariq bin Syihab Radhiyallahu ‘anhu, bahawa Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda:
الْجُمُعَةُ حَقٌّ وَاجِبٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ فِى جَمَاعَةٍ
Maksudnya:"Jumaat itu kewajiban bagi setiap muslim untuk dilakukan secara berjamaah. Riwayat Abu Daud 1069. Sahih.
Dalam ayat dan hadith di atas, Allah perintahkan kaum muslimin untuk solat Jumaat. Namun tidak ada batas bilangan yang minimal bagi jamaah solat. Perintahnya adalah mutlak. Sementara pelaksanaan solat jumaat wajib bagi orang kampung dan bukan musafir. Kerana itu, syarat sahnya harus sejumlah orang yang layak untuk terbentuknya satu kampung. (al-Muntaqa Syarh Muwatha’, 1/252
Kedua: Sah Jumaat apabila didirikan oleh 12 orang. Pandangan mereka ini adalah berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Muslim:
Manakala ulama mazhab Maliki menyatakan bahawa bilangan minima jemaah solat Jumaat ialah 12 orang lelaki yang bermastautin dan kekal bersama Imam dari awal khutbah sehinggalah selesai menunaikan solat Jumaat. (Lihat Mausu’ah al-Fiqh al-Islami wa al-Qadhaya al-Mu’asirah, 2/248-249)
Dalil pendapat ini, adalah hadith dari Jabir bin Abdillah Radhiyallahu ‘anhuma, beliau menceritakan,
Kami pernah solat Jumaat bersama Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam. menyampaikan khutbah Jumaat dalam keadaan berdiri. Tiba-tiba datang satu rombongan dagang dari Syam, maka para jemaah telah bergegas ke arah rombongan itu sehingga tidak ada lagi yang tinggal bersamanya (mendengar khutbah tersebut) melainkan dua belas orang lelaki. Maka, turunlah ayat 11 surah al-Jumu‘ah. Riwayat Muslim (863)
وَإِذَا رَأَوْا تِجَارَةً أَوْ لَهْوًا انْفَضُّوا إِلَيْهَا وَتَرَكُوكَ قَائِمًا
Maksudnya:"Apabila mereka melihat perniagaan atau permainan, mereka bubar untuk menuju kepadanya dan mereka tinggalkan kamu sedang berdiri (berkhutbah). Al-Jumu’ah ayat 11.
3-Mazhab Syafi'eyyah
Pendapat yang masyhur dalam mazhab Syafie mengenai batas minima bilangan jamaah ketika solat jumaat, adalah 40 orang.
Imam an-Nawawi mengatakan,
لا تصح الجمعة إلا باربعين رجلا بالغين عقلاء احرارا مستوطنين للقرية أو البلدة التى يصلي فيها الجمعة لا يظعنون عنها
Maksudnya:"Tidak sah jumaatt kecuali yang dihadiri 40 lelak yang telah baligh, berakal, merdeka, menetap di sebuah kampung atau kota yang di sana dilaksanakan jum'at, dan tidak nomad(berpindah randah). (al-Majmu’, 4/502)
Pendapat yang mengatakan bahawa jumlah minimum ahli jamaah Solat Jumaat ialah 40 orang adalah berdasarkan kepada hadith yang berikut :
عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ كَعْبِ بْنِ مَالِكٍ وَكَانَ قَائِدَ أَبِيهِ بَعْدَ مَا ذَهَبَ بَصَرُهُ عَنْ أَبِيهِ كَعْبِ بْنِ مَالِكٍ (أَنَّهُ كَانَ إِذَا سَمِعَ النِّدَاءَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ تَرَحَّمَ لِأَسْعَدَ بْنِ زُرَارَةَ) فَقُلْتُ لَهُ إِذَا سَمِعْتَ النِّدَاءَ تَرَحَّمْتَ لِأَسْعَدَ بْنِ زُرَارَةَ. قَالَ لِأَنَّهُ أَوَّلُ مَنْ جَمَّعَ بِنَا فِي هَزْمِ النَّبِيتِ مِنْ حَرَّةِ بَنِي بَيَاضَةَ فِي نَقِيعٍ يُقَالُ لَهُ نَقِيعُ الْخَضَمَاتِ. قُلْتُ كَمْ أَنْتُمْ يَوْمَئِذٍ قَالَ أَرْبَعُونَ.
Maksudnya : "Dari Abdurrahman bin Ka'ab bin Malik – dan dialah yang biasa memimpin / menuntun ayahnya sesudah ayahnya (menjadi) buta – dari ayahnya iaitu Ka'ab bin Malik bahawa ayahnya apabila mendengar seruan azan pada hari Jumaat, maka dia meminta (mendoakan) rahmat untuk As'ad bin Zurarah. Maka aku (Abdurrahman) bertanya kepada ayahku :- "Apabila engkau mendengar seruan azan lalu mengapa engkau mendoakan rahmat untuk As'ad bin Zurarah ?
Jawab ayahku :"Kerana dialah orang yang pertama kali melakukan Solat Jumaat bersama kami di Hazm al-Nabit, yang terletak di tanah berbatu Bani Bayadhah, iaitu di Naqi' (dikatakan Naqi' al-Khadhamat). Aku bertanya :- "Berapa ramaikah bilangan kamu (yang hadir) pada hari itu ?" Jawab ayahku :- "40 orang" (Maksud hadis ke-1028 dalam Sunan Abu Daud. Ia dihasankan oleh al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalaniy, Nail al-Awtar, J3/535) dan (Hadis ke-903 dalam 'Aun al-Ma'bud, J3/35).
Hadith di atas dijadikan sumber rujukan oleh sebahagian fuqaha' Syafi'iyyah yang berpendapat bahawa jumlah minimum bagi sesebuah jamaah Solat Jumaat ialah 40 orang.
Terdapat riwayat lain oleh Ibn al-Khas pengarang al-Talkhis mengatakan bahawa Qaul Qadim Imam Shafi’e mensyaratkan 3 orang untuk membolehkan solat Jumaat iaitu imam bersama dua makmum.
(Rujuk: Al-Shirazi (t.t.). Kitab al-Majmu’. Beirut; dar Ihya’ al-Thuras al-Arabi. Jil.4 Hal. 258)
4-Mazhab Hanabilah
Dalam Mazhab Hanbali pula terdapat 3 pandangan:
Pertama: Pendapat masyhur dalam mazhab hambali batas minimal bilangan jamaah ketika solat jumaat, adalah 40 orang seperti pandangan Shafi’iyyah, ini merupakan pandangan yang paling sah dalam mazhab. Dalil mereka juga sama seperti dalil Shafi’iyyah.
Ibnu Qudamah mengatakan,
أما الأربعون فالمشهور في المذهب أنه شرط لوجوب الجمعة وصحتها؛ وروي ذلك عن عمر بن عبد العزيز و عبيد الله بن عبد الله بن عتبة وهو مذهب مالك و الشافعي
Maksudnya:"Tentang jumlah 40 orang, yang masyhur dalam madzhab hambali, jumlah ini merupakan syarat wajib dan syarat sahnya Jumaat. Pendapat ini diriwayatkan dari Umar bin Abdul Aziz, Ubaidillah bin Uthbah, dan merupakan pendapat Malik dan as-Syafii. (al-Mughni, 2/171)
Pendapat yang mengatakan bahawa jumlah minimum ahli jamaah Solat Jumaat ialah 40 orang adalah berdasarkan kepada hadis yang berikut :
عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ كَعْبِ بْنِ مَالِكٍ وَكَانَ قَائِدَ أَبِيهِ بَعْدَ مَا ذَهَبَ بَصَرُهُ عَنْ أَبِيهِ كَعْبِ بْنِ مَالِكٍ (أَنَّهُ كَانَ إِذَا سَمِعَ النِّدَاءَ يَوْمَ الْجُمُعَةِ تَرَحَّمَ لِأَسْعَدَ بْنِ زُرَارَةَ) فَقُلْتُ لَهُ إِذَا سَمِعْتَ النِّدَاءَ تَرَحَّمْتَ لِأَسْعَدَ بْنِ زُرَارَةَ. قَالَ لِأَنَّهُ أَوَّلُ مَنْ جَمَّعَ بِنَا فِي هَزْمِ النَّبِيتِ مِنْ حَرَّةِ بَنِي بَيَاضَةَ فِي نَقِيعٍ يُقَالُ لَهُ نَقِيعُ الْخَضَمَاتِ. قُلْتُ كَمْ أَنْتُمْ يَوْمَئِذٍ قَالَ أَرْبَعُونَ.
Maksudnya : "Dari Abdurrahman bin Ka'ab bin Malik – dan dialah yang biasa memimpin / menuntun ayahnya sesudah ayahnya (menjadi) buta – dari ayahnya iaitu Ka'ab bin Malik bahawa ayahnya apabila mendengar seruan azan pada hari Jumaat, maka dia meminta (mendoakan) rahmat untuk As'ad bin Zurarah. Maka aku (Abdurrahman) bertanya kepada ayahku :- "Apabila engkau mendengar seruan azan lalu mengapa engkau mendoakan rahmat untuk As'ad bin Zurarah ?
Jawab ayahku :"Kerana dialah orang yang pertama kali melakukan Solat Jumaat bersama kami di Hazm al-Nabit, yang terletak di tanah berbatu Bani Bayadhah, iaitu di Naqi' (dikatakan Naqi' al-Khadhamat). Aku bertanya :- "Berapa ramaikah bilangan kamu (yang hadir) pada hari itu ?" Jawab ayahku : "40 orang" (Maksud hadis ke-1028 dalam Sunan Abu Daud. Ia dihasankan oleh al-Imam Ibn Hajar al-'Asqalaniy, Nail al-Awtar, J3/535) dan (Hadis ke-903 dalam 'Aun al-Ma'bud, J3/35).
Kedua:
Riwayat dari Imam Ahmad mengatakan bahawa tidak sah Jumaat kecuali dengan 50 orang jamaah. Pandangan ini berdalilkan hadith Rasulullah Sallahualaijiwasallam :
عن أبي أمامة قال: فال رسول الله صلى عليه وسلم : تجب الجمعة على خمسين رجلا ولا تجب على من دون ذلك.
Maksudnya: Dari Abi Umamah berkata: “Telah bersabda Rasulullah SAW:“Wajib Jumaat ke atas 50 orang lelaki dan tidak wajib jika kurang dari itu”
(Rujuk: Al-Tabrani, Al-Mu’jam al-Kabir. Mosul;
Maktabah al-Ulum wa al-Hikam. Jil 8 Hal. 244, No. Hadith 7952)
Munaqasyah: al-Haithami menyebut dalam Majma’ al-Zawaid bahawa Hadith Abu Umamah, dalam sanadnya terdapat Ja’far bin al-Zubair, beliau amat dhaif (ضعيف)
(Rujuk:Al-Haithami, Majma’ al-Zawaid
wa Manba’ al-Fawaid. Beirut; Dar al-Fikr. Jil. 2 Hal. 395)
Riwayat Ketiga Pendapat ini juga merupakan pendapat Imam Ahmad Ahmad dalam salah satu riwayat ialah sah Jumaat dengan 3 orang.
(Rujuk: al-Inshaf, 2/378)
Dalil bagi pendapat ini, firman Allah Subhanahuwata'ala
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا إِذَا نُودِي لِلصَّلَاةِ مِن يَوْمِ الْجُمُعَةِ فَاسْعَوْا إِلَى ذِكْرِ اللَّهِ وَذَرُوا الْبَيْعَ
Maksudnya:"Wahai orang-orang beriman, apabila diseru untuk menunaikan shalat Jum’at, maka bersegeralah kamu kepada mengingat Allah dan tinggalkanlah jual beli.. Al-Jumu'ah ayat 9
Mereka berhujjah:
Dalam ayat ini, Allah perintahkan orang-orang yang beriman dalam bentuk kata ganti jamak. Dan ukuran jamak yang minima dalam bahasa arab adalah 3 orang. Sehingga jika ada 3 orang, mereka wajib solat Jumaat.
Dalil kedua adalah hadith dari Abu Said al-Khudri Radhiyallahu ‘anhu, Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda:
إذا كانوا ثلاثة في سفر فليؤمهم أحدهم , وأحقهم بالإمامة أقرؤهم
Maksudnya:"Apabila ada 3 orang melakukan safar, hendaknya salah satu jadi imam. Dan yang paling berhak jadi imam adalah yang paling banyak hafalan al-Qurannya". (HR. Muslim 672)
Mereka berhujjah:
Bahawa Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam memerintahkan 3 orang bermusafir, maka hendaklah salah seorang darinya dipilih menjadi imam, untuk melaksanakan solat berjamaah. Dan ianya mencakupi solat berjamaah untuk solat 5 waktu dan solat Jumaat .
Demikian pula hadith dari Thariq bin Syihab Radhiyallahu ‘anhu, bahawa Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam bersabda,
الْجُمُعَةُ حَقٌّ وَاجِبٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ فِى جَمَاعَةٍ
Maksudnya:"Jumaat itu kewajiban bagi setiap muslim untuk dilakukan secara berjamaah. Riwayat Abu Daud 1069.
No comments:
Post a Comment