Larangan duduk di atas kubur termasuk menginjak di atasnya.
Islam amat menitik beratkan soal adab dalam kehidupan. Adab yang perlu dijaga adalah adab dengan Allah Subhanahuwata'ala, adab sesama manusia dan alam sekeliling.
Persoalan adab ini banyak diberi penekanan di dalam al-Quran dan hadith-hadith Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam. Di antara adab yang perlu diambil perhatian adalah adab ketika berada di tanah perkuburan dan dengan tidak melakukan perkara yang boleh melanggar adab-adab.
Adab berasal dari perkataan Arab iaitu أدب yang memberi maksud perilaku dan perbuatan kebaikan, kesantunan, moral, sopan santun, kesusilaan, serta kemanusiaan.
Adab secara bahasa ertinya menerapkan akhlak mulia. Dalam Fathul Bari, Ibnu Hajar menyebutkan:
وَالْأَدَبُ اسْتِعْمَالُ مَا يُحْمَدُ قَوْلًا وَفِعْلًا وَعَبَّرَ بَعْضُهُمْ عَنْهُ بِأَنَّهُ الْأَخْذُ بِمَكَارِمِ الْأَخْلَاقِ
Maksudnya:“ الْأَدَب ertinya menerapkan segala yang dipuji oleh orang, baik berupa perkataan mahupun perbuatan. Sebahagian ulama juga mendefinsikan, adab adalah menerapkan akhlak-akhlak yang mulia”. (Fathul Bari, 10/400).
Dalil wajibnya menerapkan adab didalam kehidupan adalah melalui perintah untuk berakhlak mulia.Diantaranya:
Nabi Sallahu'alaihiwasallam bersabda:
أكملُ المؤمنين إيمانًا أحسنُهم خُلقًا
Maksudnya:"“Kaum Mu’minin yang paling sempurna imannya adalah yang paling baik akhlaknya” (HR. Tirmidzi no. 1162, ia berkata: “hasan shahih”).
Nabi Sallahu'alaihiwasallam bersabda:
إنَّما بعثتُ لأتمِّمَ مَكارِمَ الأخلاقِ
Maksudnya:“Sesungguhnya aku diutus untuk menyempurnakan akhlak mulia”. Riwayat Al Baihaqi,45. Sahih.
Nabi Sallahu'alaihiwasallam bersabda:
إنَّ أثقَلَ ما وُضِع في ميزانِ المؤمِنِ يومَ القيامةِ خُلُقٌ حسَنٌ وإنَّ اللهَ يُبغِضُ الفاحشَ البذيءَ
Maksudnya:“Sesungguhnya perkara yang lebih berat di timbangan amal bagi seorang Mu’min adalah akhlak yang baik. Dan Allah tidak menyukai orang yang berbicara keji dan kotor”. Riwayat At-Tirmidzi no. 2002, ia berkata: “hasan sahih”).
Duduk di atas binaan kubur adalah seperti duduk di atas kubur dan makruh hukumnya. Larang duduk di atas kubur bukan bermakna dilarang duduk di tanah perkuburan, tapi duduk di atas petak kubur secara sepecifik
Menurut pernyataan Imam al-Syafi'i di dalam kitab al-Umm dan majoriti para ashab dalam semua jalur periwayatannya menyatakan bahawa larangan tersebut adalah merujuk kepada hukum MAKRUH duduk di atas kubur dan yang dikehendaki dengan hukum makruh tersebut adalah makruh tanzih sepertimana ianya masyhur digunapakai oleh para fuqaha’(Al-Majmuk). Justeru, hukum duduk di atas kubur menurut mazhab Syafi’i adalah makruh (Tuhfah al-Muhtaj, Nihayah al-Muhtaj dan Mughni al-Muhtaj).
Dimana binaan kubur juga dianggap sebagai kubur itu sendiri. Oleh itu makruh untuk duduk di atas binaan kubur kerana dianggap sebagai duduk di atas kubur. Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah. Nabi Sallahu'alaihiwasallam bersabda :
لأَنْ يَجْلِسَ أَحَدُكُمْ عَلَى جَمْرَةٍ فَتُحْرِقَ ثِيَابَهُ فَتَخْلُصَ إِلَى جِلْدِهِ خَيْرٌ لَهُ مِنْ أَنْ يَجْلِسَ عَلَى قَبْرٍ
Maksudnya :” Jika salah seorang kalian duduk di atas bara dan membakar pakaiannya sehingga membakar kulitnya lebih baik dari dia duduk di atas kubur.” Riwayat Muslim (2208)
Kata Sheikh Muhammad al-Son’ani ketika menjelaskan maksud dari hadis ini. Beliau menyebut :
“Larangan ini jelas menyatakan haram duduk di atas kubur. Kata pengarang (iaitu Ibnu Hajar al-Asqalani) di dalam Fath al-Bari di mana beliau menaqalkan daripada al-Nawawi : Jumhur menyatakan bahawa duduk di atas kubur adalah makruh.”
Rujuk Subul al-Salam Syarh Bulugh al-Maram (3/182)
Juga di dalam riwayat menyebut daripada Abu Marsad al-Ghanawi :
لاَ تَجْلِسُوا عَلَى الْقُبُورِ وَلاَ تُصَلُّوا إِلَيْهَا
Maksudnya :” Jangan kalian duduk di atas kubur dan jangan solat menghadap ke arahnya.”
Riwayat Muslim (2294)
Kata Imam al-Nawawi di dalam kitabnya Minhaj al-Talibin :“Tidak dibenarkan duduk di atas kubur dan tidak boleh menginjaknya.”
Rujuk Minhaj al-Talibin ( 1/347)
Sheikh al-Bujairimi pula berkata:
“ Dan makruh duduk di atas kubur tanpa hajat dan menginjaknya kerana ada larangan di dalam hadis riwayat Muslim dan Tirmizi. Dan yang menjadi maknanya juga adalah tidak boleh bersandar pada kubur seperti mana yang dijelaskan di dalam Raudhah.
Rujuk Hasyiah al-Bujairimi ‘ala al-Minhaj (5/55)
No comments:
Post a Comment