Wednesday, June 3, 2020

Hukum bolehkah Ibuayah atau mertua mencampuri urusan rumah tangga anak menantu?

Hukum bolehkah Ibuayah atau mertua mencampuri urusan rumah tangga anak menantu?

Sebelum diputuskan boleh atau tidaknya, maka hendaklah dikaji dahulu tentang permasalahannya. Mengapa mertua tersebut ikut campur? Apakah untuk kebaikan atau malah berunsur kebencian? Terkadang keterlibatan ibuayah atau mertua dalam rumah tangga boleh diertikan sebagai nasihat, boleh pula sebagai rasa iri. Ini bergantung pada presepsi masing-masing.

Beberapa pendapat mengatakan bahawa tidak mengapa ibuayah atau mertua ikut campur dalam urusan rumah tangga anak menantu asalkan itu dalam hal kebaikan. Apabila ibuayah atau mertua mempunyai niat baik, pasti beliau tidak akan memihak. Samaada itu anaknya atau menantu, mana yang benar pasti dibela. Ibuayah atau mertua wajib bersikap adil.

Rasulullah Sallahu'alaihissallam  bersabda:

الوَالِدُ أَوْسَطُ أَبْوَابِ الجَنَّةِ، فَإِنْ شِئْتَ فَأَضِعْ ذَلِكَ البَابَ أَوْ احْفَظْهُ

Maksudnya: “Ibu bapa ialah pintu syurga yang paling tengah. Jika mahu, engkau boleh memilih untuk mensia-siakannya pintu itu, atau menjaganya dengan baik.”

Riwayat al-Tirmidzi (1900) dalam Sunan-nya. Kata beliau: “hadis ini sahih.”

Dan juga kisah Nabi Ibrahim al-Khali AS dengan Nabi Isma'il AS.

Hadis berkenaan hal ini diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari (no. 3364) dalam Sahihnya, dalam satu hadis yang panjang daripada Ibn Abbas R.Anhuma. Di sini disebutkan keratan darinya:

فَجَاءَ إِبْرَاهِيمُ بَعْدَمَا تَزَوَّجَ إِسْمَاعِيلُ يُطَالِعُ تَرِكَتَهُ، فَلَمْ يَجِدْ إِسْمَاعِيلَ، فَسَأَلَ امْرَأَتَهُ عَنْهُ فَقَالَتْ: خَرَجَ يَبْتَغِي لَنَا، ثُمَّ سَأَلَهَا عَنْ عَيْشِهِمْ وَهَيْئَتِهِمْ، فَقَالَتْ نَحْنُ بِشَرٍّ، نَحْنُ فِي ضِيقٍ وَشِدَّةٍ، فَشَكَتْ إِلَيْهِ، قَالَ: فَإِذَا جَاءَ زَوْجُكِ فَاقْرَئِي عَلَيْهِ السَّلاَمَ، وَقُولِي لَهُ يُغَيِّرْ عَتَبَةَ بَابِهِ، فَلَمَّا جَاءَ إِسْمَاعِيلُ كَأَنَّهُ آنَسَ شَيْئًا، فَقَالَ: هَلْ جَاءَكُمْ مِنْ أَحَدٍ؟ قَالَتْ: نَعَمْ، جَاءَنَا شَيْخٌ كَذَا وَكَذَا، فَسَأَلَنَا عَنْكَ فَأَخْبَرْتُهُ، وَسَأَلَنِي كَيْفَ عَيْشُنَا، فَأَخْبَرْتُهُ أَنَّا فِي جَهْدٍ وَشِدَّةٍ، قَالَ: فَهَلْ أَوْصَاكِ بِشَيْءٍ؟ قَالَتْ: نَعَمْ، أَمَرَنِي أَنْ أَقْرَأَ عَلَيْكَ السَّلاَمَ، وَيَقُولُ غَيِّرْ عَتَبَةَ بَابِكَ، قَالَ: ذَاكِ أَبِي، وَقَدْ أَمَرَنِي أَنْ أُفَارِقَكِ، الحَقِي بِأَهْلِكِ، فَطَلَّقَهَا، وَتَزَوَّجَ مِنْهُمْ أُخْرَى، فَلَبِثَ عَنْهُمْ إِبْرَاهِيمُ مَا شَاءَ اللَّهُ، ثُمَّ أَتَاهُمْ بَعْدُ فَلَمْ يَجِدْهُ، فَدَخَلَ عَلَى [ص:144] امْرَأَتِهِ فَسَأَلَهَا عَنْهُ، فَقَالَتْ: خَرَجَ يَبْتَغِي لَنَا، قَالَ: كَيْفَ أَنْتُمْ؟ وَسَأَلَهَا عَنْ عَيْشِهِمْ وَهَيْئَتِهِمْ، فَقَالَتْ: نَحْنُ بِخَيْرٍ وَسَعَةٍ، وَأَثْنَتْ عَلَى اللَّهِ، فَقَالَ: مَا طَعَامُكُمْ؟ قَالَتِ اللَّحْمُ، قَالَ فَمَا شَرَابُكُمْ؟ قَالَتِ المَاءُ. قَالَ: اللَّهُمَّ بَارِكْ لَهُمْ فِي اللَّحْمِ وَالمَاءِ، قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «وَلَمْ يَكُنْ لَهُمْ يَوْمَئِذٍ حَبٌّ، وَلَوْ كَانَ لَهُمْ دَعَا لَهُمْ فِيهِ». قَالَ: فَهُمَا لاَ يَخْلُو عَلَيْهِمَا أَحَدٌ بِغَيْرِ مَكَّةَ إِلَّا لَمْ يُوَافِقَاهُ، قَالَ: فَإِذَا جَاءَ زَوْجُكِ فَاقْرَئِي عَلَيْهِ السَّلاَمَ، وَمُرِيهِ يُثْبِتُ عَتَبَةَ بَابِهِ، فَلَمَّا جَاءَ إِسْمَاعِيلُ قَالَ: هَلْ أَتَاكُمْ مِنْ أَحَدٍ؟ قَالَتْ: نَعَمْ، أَتَانَا شَيْخٌ حَسَنُ الهَيْئَةِ، وَأَثْنَتْ عَلَيْهِ، فَسَأَلَنِي عَنْكَ فَأَخْبَرْتُهُ، فَسَأَلَنِي كَيْفَ عَيْشُنَا فَأَخْبَرْتُهُ أَنَّا بِخَيْرٍ، قَالَ: فَأَوْصَاكِ بِشَيْءٍ، قَالَتْ: نَعَمْ، هُوَ يَقْرَأُ عَلَيْكَ السَّلاَمَ، وَيَأْمُرُكَ أَنْ تُثْبِتَ عَتَبَةَ بَابِكَ، قَالَ: ذَاكِ أَبِي وَأَنْتِ العَتَبَةُ، أَمَرَنِي أَنْ أُمْسِكَكِ

Maksudnya: “Ibrahim datang setelah Isma'il bernikah untuk mencari tahu apa yang telah ditinggalkannya namun dia tidak menemukan Isma'il. Ibrahim bertanya tentang Isma'il kepada isterinya Isma'il. Isterinya menjawab; "Dia sedang pergi mencari nafkah untuk kami. Lalu Ibrahim bertanya tentang kehidupan dan keadaan mereka. Isteri Isma'il menjawab; "Kami mengalami banyak keburukan dan hidup kami sempit dan penuh penderitaan yang berat". Isteri Isma'il mengadukan kehidupan yang dijalaninya bersama suaminya kepada Ibrahim. Ibrahim berkata; "Nanti apabila suami kamu datang sampaikan salam dariku dan katakan kepadanya agar mengubah daun pintu rumahnya". Ketika Isma'il datang dia merasakan sesuatu lalu dia bertanya kepada isterinya; "Apakah ada orang yang datang kepadamu?". Isterinya menjawab; "Ya. Tadi ada orang tua begini begini keadaannya datang kepada kami dan dia menanyakan kamu lalu aku terangkan dan dia bertanya kepadaku tentang keadaan kehidupan kita maka aku terangkan bahwa aku hidup dalam kepayahan dan penderitaan". Isma'il bertanya; "Apakah orang itu ada memberi pesan kepadamu tentang sesuatu?". Isterinya menjawab; "Ya. Dia memerintahkan aku agar aku menyampaikan salam darinya kepadamu dan berpesan agar kamu mengubah daun pintu rumah kamu". Isma'il berkata; "Dialah ayahku dan sungguh dia telah memerintahkan aku untuk menceraikan kamu maka itu kembalilah kamu kepada keluargamu". Maka Isma'il menceraikan isterinya. Kemudian Isma'il menikah lagi dengan seorang wanita lain dari kalangan penduduk itu lalu Ibrahim pergi lagi meninggalkan mereka dalam kurun waktu yang dikehendaki Allah dan setelah itu datang kembali untuk menemui mereka namun dia tidak mendapatkan Isma'il hingga akhirnya dia mendatangi isteri Isma'il lalu bertanya kepadanya tentang Isma'il. Isterinya menjawab; "Dia sedang pergi mencari nafkah untuk kami. Lalu Ibrahim bertanya lagi; "Bagaimana keadaan kalian". Dia bertanya kepada isterinya Isma'il tentang kehidupan dan keadaan hidup mereka. Isterinya menjawab; "Kami selalu dalam keadaan baik-baik saja dan cukup". Isteri Isma'il memuji Allah. Ibrahim bertanya; 'Apa makanan kalian? '. Isteri Isma'il menjawab; "Daging". Ibrahim bertanya lagi; "Apa minuman kalian? '. Isteri Isma'il menjawab; "Air". Maka Ibrahim berdo'a: "Ya Allah, berkahilah mereka dalam daging dan air mereka". Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Saat itu tidak ada biji-bijian di Makkah dan seandainya ada tentu Ibrahim sudah mendo'akannya". Dia berkata; "Dan dari doa Ibrahim tentang daging dan air itulah, tidak ada seorangpun selain penduduk Makkah yang mengeluh bila yang mereka dapati hanya daging dan air". Ibrahim selanjutnya berkata; "Jika nanti suamimu datang, sampaikan salam dariku kepadanya dan perintahkanlah dia agar memperkokoh daun pintu rumahnya". Ketika Isma'il datang, dia berkata: "Apakah ada orang yang datang kepadamu?". Isterinya menjawab; "Ya. Tadi ada orang tua dengan penampilan sangat baik datang kepada kami". Isterinya mengagumi Ibrahim. Dia bertanya kepadaku tentang kamu maka aku terangkan lalu dia bertanya kepadaku tentang keadaan hidup kita maka aku jawab bahawa aku dalam keadaan baik-baik saja".". Isma'il bertanya; "Apakah orang itu ada memberi pesan kepadamu tentang sesuatu?". Isterinya menjawab; "Ya. Dia memerintahkan aku agar aku menyampaikan salam darinya kepadamu dan berpesan agar kamu mempertahankan daun pintu rumah kamu". Isma'il berkata; "Dialah ayahku dan daun pintu yang dimaksud adalah kamu. Dia memerintahkanku untuk mempertahankan kamu". 

Peringatan: 
Ini hanya berlaku kalau bapa itu adalah orang yang beragama; yang menyintai dan membenci sesuatu kerana Allah; dan tidak merujuk kepada pengikut hawa nafsu…..

Juga kisah Umar dengan anaknya Abdullah,
Daripada Hamzah bin Abdullah bin Umar, daripada ayahnya, yang berkata: “Pernah aku berkahwin dengan seorang perempuan, tetapi Umar tidak menyukainya. Lantas beliau berkata kepadaku: “Engkau ceraikanlah dia.” Aku enggan, lalu Umar berjumpa Rasulullah ﷺ berkata: “Waha Rasulullah! Sesungguh Abdullah bin berkahwin dengan wanita yang aku tidak suka. Lalu aku suruhnya bercerai darinya tetapi dia enggan.” Maka bersabda Rasulullah ﷺ:

يَا عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ طَلِّقِ امْرَأَتَكَ وَأَطِعْ أَبَاكَ

Maksudnya: “Wahai Abdullah bin Umar! Ceraikanlah isterimu dan taatilah ayahmu.”

Riwayat al-Hakim (2798) dalam al-Mustadrak; RIwayat al-Nasaie (5631); Abu Daud (5138); al-Tirmidzi (1189) dan lain-lain. Berkata al-Tirmidzi hadis ini hasan sahih. Al-Dzahabi: “atas syarat-syarat al-Bukhari dan Muslim.”

Menurut Imam Ali al-Qari, arahan Nabi di atas bermaksud sunat, atau wajib sekiranya ada faktor lain yang berbangkit. Rujuk Mirqah al-Masobih (7/3097)

Menurut Syeikh Ahmad Hutaibah (ulama daripada Iskandariah, Mesir) dalam Syarh Riyadhussolihin (14/13), yang ditanya adakah hadis ini memberikan kuasa mutlak kepada ibu untuk meminta anaknya menceraikan pasangannya, maka beliau menjawab:

“Tidak, ibu dan bapanya tidak seperti Umar al-Khattab. Beliau mencintai Allah Azza wa Jalla, dan beliau mencintai sesiapa kerana Allah Subhanahuwata’ala. Jika beliau membenci nescaya bencinya kerana Allah Subhanahuwata’ala. Oleh itu, siapa yang (ibu bapanya) berkeperibadian seperti Umar, maka hendaklah ditaati dalam urusan ini.

Ibuayah atau mertua  mempunyai hak untuk menasihati anak-anak atau menantu berkenaan urusan rumah tangga mereka, tertakluk kepada hukum-hukum yang diperuntukkan dalam Syariah Islam. Mereka juga bertangungjawab, sama seperti orang Islam yang lain, untuk melakukan amar makruf nahi mungkar apabila mereka melihat suatu jenayah dilakukan terhadap seseorang khususnya terhadap anak mereka sendiri. Tidak dianggap sebagai berdosa apabila ibu bapa memberi nasihat kepada anak-anak tentang hal rumah tangga. 

Firman Allah Subhanahuwata’ala.

 وَلْتَكُن مِّنكُمْ أُمَّةُُ يَدْعُونَ إِلَى الْخَيْرِ وَيَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَيَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَأُوْلاَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ

Maksudnya: “Dan hendaklah ada diantara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang mungkar; mereka adalah orang-orang yang beruntung“. Ali Imran ayat 104.

Ulama'  mengatakan bahawa kata مِنْ dalam ayat مِنْكُمْ untuk penjelas dan bukan untuk menunjukkan sebahagian. Sehingga makna ayat, "jadilah kamu semua umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma’ruf dan mencegah dari yang munkar." Demikian juga akhir ayat yaitu: وَأُوْلاَئِكَ هُمُ الْمُفْلِحُونَ Menegaskan bahawa keberuntungan khusus bagi mereka yang melakukan amalan tersebut. Sedangkan untuk mencapai keberuntungan tersebut hukumnya fardhu ‘ain. Oleh kerana itu memiliki sifat-sifat tersebut hukumnya wajib ‘ain juga. 
Kerana dalam kaedah disebutkan:
 مَا لاَ يَتِمُّّ الْوَاجِبُ إِلاَّ بِهِ فَهُوَ وَاجِبٌ 

Maksudnya:"Satu kewajipan yang tidak sempurna kecuali dengan sesuatu, maka sesuatu itu hukumnya wajib". 

Firman Allah Subhanahuwata’ala.

 كُنتُمْ خَيْرَ أُمَّةٍ أُخْرِجَتْ لِلنَّاسِ تَأْمُرُونَ بِالْمَعْرُوفِ وَتَنْهَوْنَ عَنِ الْمُنكَرِ وَتُؤْمِنُونَ بِاللهِ وَلَوْءَامَنَ أَهْلُ الْكِتَابِ لَكَانَ خَيْرًا لَّهُمْ مِّنْهُمُ الْمُؤْمِنُونَ وَأَكْثَرَهُمُ الْفَاسِقُونَ 

Maksudnya:"Kamu adalah umat yang terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang ma’ruf, dan mencegah dari yang mungkar, dan beriman kepada Allah. Sekiranya Ahli Kitab beriman, tentulah itu lebih baik bagi mereka; di antara mereka ada yang beriman dan kebanyakan mereka adalah orang-orang yang fasik“. Ali Imran ayat 110.

Sabda Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam,

 مَنْ رَأَى مِنْكُمْ مُنْكَرًا فَلْيُغَيِّرْهُ بِيَدِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِلِسَانِهِ فَإِنْ لَمْ يَسْتَطِعْ فَبِقَلْبِهِ وَذَلِكَ أَضْعَفُ الإِيمَانِ 

Maksudnya:“Barangsiapa yang melihat satu kemungkaran, maka ubahlah dengan tangannya, jika tidak mampu maka dengan lisannya dan jika tidak mampu maka dengan hatinya, dan itu selemah-lemahnya iman“. Riwayat Muslim]l.

An-Nawawi berkata:”telah banyak dalil-dalil Al Qur’an dan Sunnah serta Ijma yang menunjukkan kewajipan amar ma’ruf nahi mungkar” An-Nawawi, Syarah Sahih Muslim, 2/22. 

Asy-Syaukani berkata:”Amar ma’ruf nahi mungkar termasuk kewajipan, pokok serta rukun syari’at terbesar dalam syariat. Dengannya sempurna aturan Islam dan tegak kejayaannya”.Asy-Syaukani, Fathul Qadir, 1/450.

Malah apabila berlaku syiqaq (شِقَاقَ)antara suami isteri, ibu bapa kepada pasangan masing-masing berhak dilantik menjadi hakam yang bertindak sebagai orang tengah bagi mendamaikan pihak yang bertelagah; sama ada dengan cara menyelesaikan isu rumah tangga sehingga pasangan dapat menjalankan tanggungjawab masing-masing semula, atau membubarkan perkahwinan.

Syiqaq (شِقَاقَ) berasal dari bahasa arab, 
شقَّ : (فعل) 
شاقَّ يشاقّ ، شاقِقْ / شاقَّ ، شِقاقًا ومُشاقّةً ، فهو مُشاقّ ، والمفعول مُشاقّ

Yang berarti sukar, sulit, sempit, pecah, dan terbelah. Juga diertikan dengan "pertengkaran"

Menurut istilah syiqaq bererti krisis memuncak yang terjadi antara suami isteri, sehingga antara keduanya, iaitu suami isteri sering terjadi perselisihan yang tidak dapat diselesaikan dan kedua belah pihak tidak dapat mengatasinya.

Di dalam al-quran disebut  kata syiqaq, iaitu pada surah Al-Nisa’ ayat 35, Al-Hajj ayat 53, Shad ayat 2, dan Fusilat ayat 52. Namun dalam tulisan yang sederhana ini,dinaqal syiqaq yang terdapat dalam surah Al-Nisa’ ayat 35:

وَإِنْ خِفْتُمْ شِقَاقَ بَيْنِهِمَا فَابْعَثُوا حَكَمًا مِنْ أَهْلِهِ وَحَكَمًا مِنْأَهْلِهَا إِنْ يُرِيدَا إِصْلَاحًا يُوَفِّقِ اللَّهُ بَيْنَهُمَا ۗ إِنَّ اللَّهَ كَانَ عَلِيمًاخَبِيرًا

Maksudnya:"“Dan jika kamu khawatirkan ada persengketaan antara keduanya, maka kirimlah seorang hakam dari keluarga laki-laki dan seorang hakam dari keluarga perempuan. Jika kedua orang hakam itu bermaksud mengadakan perbaikan, nescaya Allah memberi taufik kepada suami isteri itu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal

Menurut Syeikh Dr Wahbah az-Zuhaili, perceraian yang diputuskan oleh hakim sebagai akibat syiqaq berstatus talak bain sughra, iaitu suami boleh kembali kepada isterinya itu dengan akad nikah yang baru. Dengan demikan, tidak dibolehkan  rujuk bagi suami isteri yang dipisahkan kerana syiqaq. Hal ini dapat difahami, kerana seandainya talak itu adalah talak raj’i, maka suami boleh kembali kepada isterinya dengan cara rujuk selama masa idah belum habis.

Maka tindakan-tindakan tersebut diperbolehkan. Sebab terkadang pasangan yang baru bernikah juga belum terlalu memahami tentang kehidupan rumah tangga. Justeru itu, mereka memerlukan bimbingan untuk menghindari perceraian.

Dalilnya ialah hadis:

أَبْغَضُ الْحَلَالِ إِلَى اللهِ الطَّلَاقُ

Maksudnya: “Perkara halal yang paling dibenci Allah ialah cerai.”
Riwayat al-Nasaie (14894) dan Abu Daud (2178) 

Antara Perkara yang menuntut ibuayah atau mertua ikut campur dalam hal kebaikan, misalnya:

1- Menasihati anak menantunya tentang ilmu agama.
2-   Mengajarkan cara memasak atau mengurus anak atau mengurus hal rumah tangga agar teratur dan harmoni.
3- Menjelaskan secara berhemah tentang kewajipan suami terhadap isteri dalam Islam.
4- Menjelaskan peranan wanita dalam Islam, fungsi ibu di dalam rumah tangga dalam Islam dan kewajipan wanita setelah menikah.
5-  Sekadar memberikan saranan atas masalah yang terjadi, tapi tidak memaksa.
6-  Menjadi tempat berkongsi kegembiraan dan kesedihan dalam rangka kasih sayang ibuayah.

Sebaliknya, jika ibuayah atau mertua ikut campur secara berlebihan.Misalnya;
Setiap hari datang kerumah anak menantunya, merasa berkuasa atas anak menantunya, merendahkan dan menganggap anak menantunya tidak mampu, atau bahkan selalu terlibat dalam setiap masalah maka itu hukumnya tidak diperbolehkan.

Di dalam ajaran islam, pasangan yang telah menikah lebih dianjurkan untuk tinggal di rumah sendiri bagi menghindari konflik dengan mertua. Tidak mengapa walaupun hanya menyewa rumah kecil, yang terpenting isteri tidak tertekan. Dengan menyewa rumah maka pasangan boleh belajar hidup mandiri, berjuang dari awal secara bersama-sama dan menciptakan kehidupan yang islami.
Sepertimana yang difirmankan oleh Allah Subhanahuwata'ala:
أَسْكِنُوهُنَّ مِنْ حَيْثُ سَكَنتُم مِّن وُجْدِكُمْ وَلَا تُضَارُّوهُنَّ لِتُضَيِّقُوا عَلَيْهِنَّ
MaksudnyaTempatkanlah isteri-isteri (yang menjalani idahnya) itu di tempat kediaman kamu sesuai dengan kemampuan kamu; dan janganlah kamu adakan sesuatu yang menyakiti mereka (di tempat tinggal itu) dengan tujuan hendak menyusahkan kedudukan mereka (supaya mereka keluar meninggalkan tempat itu).
(Surah al-Talaq: 6)

Namun, walaupun demikian anak tetap wajib berbakti pada ibuayah dan mertuanya. Jadinya walaupun telah bernikah, namun tetap tidak boleh melupakan orang tuanya. Kewajipan anak laki-laki terhadap ibuayahnya setelah menikah dan kewajipan anak perempuan terhadap orang tua setelah menikah adalah tetap wajib, sering mengunjungi dan memperhatikan kedua orang tuanya ataupun mertua.

Kesimpulannya:
Tidak menjadi kesalahan bagi ibu bapa atau mertua untuk cakna kebajikan anak menantu mereka, sekalipun selepas berkahwin, sama ada anak lelaki atau perempuan dan menantu lelaki atau menantu perempuan. Menantu yang baik pula ialah orang yang menjaga hubungan dengan mertua dan menghormati pandangan mereka serta melayan mereka dengan baik.

Sebagai menantu, hendaknya menyayangi mertuanya sebagaimana kasih sayangnya terhadap orang tuanya sendiri. Sebagai menantu perempuan pula menyenangkan hati mertua sama halnya dengan membahagiakan suami. Dan dalam islam, isteri yang dapat membuat suami bahagia maka akan diberikan pahala berlipat ganda. Sebagaimana dijelaskan dalam sebuah hadith, Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, dia berkata,

قِيلَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَيُّ النِّسَاءِ خَيْرٌ قَالَ الَّتِي تَسُرُّهُ إِذَا نَظَرَ وَتُطِيعُهُ إِذَا أَمَرَ وَلَا تُخَالِفُهُ فِي نَفْسِهَا وَمَالِهَا بِمَا يَكْرَهُ

Maksudnya:"Pernah ditanyakan kepada Rasulullah sallallahu‘alaihiwasallam, “Siapakah wanita yang paling baik?” Jawab beliau, “Iaitu yang paling menyenangkan jika dilihat suaminya, mentaati suami jika diperintah, dan tidak menyelisihi suami pada diri dan hartanya sehingga membuat suami benci” Riwayat An-Nasai no. 3231 dan Ahmad 2: 251. Hasan sahih.



No comments:

Post a Comment

Guru, Ustaz selaku pendidik serta kelebihannya dan tanggungjawab pelajar atau murid terhadap gurunya.

Guru, Ustaz selaku pendidik serta kelebihannya dan tanggungjawab pelajar atau murid terhadap gurunya. Profesion sebagai seorang guru adalah ...