Thursday, April 16, 2020

Jangan sombong jika kita tidak ditimpa bencana wabak tetapi bersyukurlah agar ianya bukan satu Istidraj.

Jangan sombong jika kita tidak ditimpa bencana wabak tetapi bersyukurlah agar ianya bukan satu Istidraj. 

Pesan Syeikh Ibnu ‘Athaillah al-Sakandari dalam kitab al-Hikam. Kata beliau:

خَفْ مِنْ وُجُودِ إِحْسَانِهِ إِلَيْكَ، وَدَوَامِ إِسَاءَتِكَ مَعَهُ أَن يَكُونَ ذَلِكَ إِسْتِدْرَاجًا لَكَ، سَنَسْتَدْرِجُهُمْ مِنْ حَيْثُ لَا يَعْلَمُونَ

Maksudnya: Hendaklah kamu berasa takut jika kamu terus memperoleh kurniaan Allah Subhanahuwata'ala sedangkan kamu masih berterusan melakukan maksiat kepada-Nya. Ini kerana, ia boleh jadi satu istidraj (pesona dan tipudaya) sepertimana firman-Nya: “سَنَسْتَدْرِجُهُمْ مِنْ حَيْثُ لَا يَعْلَمُونَ" Maksudnya:"Kami akan menarik mereka sedikit demi sedikit (ke jurang kebinasaan), dari arah yang mereka tidak mengetahuinya.” (Surah al-Qalam, ayat 44)

Makna istidraj berdasarkan hadith:
Dari Ubah bin Amir radhiallahu ‘anhu, Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam bersabda,

إِذَا رَأَيْتَ اللَّهَ تَعَالى يُعْطِي الْعَبْدَ مِنَ الدُّنْيَا مَا يُحِبُّ وَهُوَ مُقِيمٌ عَلَى مَعَاصِيهِ فَإِنَّمَا ذَلِكَ مِنْهُ اسْتِدْرَاجٌ

Maksudnya:“Apabila Anda melihat Allah memberikan kenikmatan dunia kepada seorang hamba, sementara dia masih bergelumang dengan maksiat, maka itu hakikatnya adalah istidraj dari Allah.”

Kemudian Nabi Sallahu'alaihiwasallam membaca firman Allah,

فَلَمَّا نَسُوا مَا ذُكِّرُوا بِهِ فَتَحْنَا عَلَيْهِمْ أَبْوَابَ كُلِّ شَيْءٍ حَتَّى إِذَا فَرِحُوا بِمَا أُوتُوا أَخَذْنَاهُمْ بَغْتَةً فَإِذَا هُمْ مُبْلِسُونَ

Maksudnya:"“Maksudnya: Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersuka-ria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan kepada mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan)..” Surah Al-An’am ayat 44). Riwayat Ahmad, no.17349, Thabrani dalam Al-Kabir, no.913, Sahih).

Syeikh As Sa’di menyatakan bahawa, “Ketika mereka melupakan peringatan Allah yang diberikan pada mereka, maka dibukakanlah berbagi pintu dunia dan kelazatannya, mereka pun lalai. Sampai mereka bergembira dengan apa yang diberikan pada mereka, akhirnya Allah menyiksa mereka dengan tiba-tiba. Mereka pun berputus asa dari berbagai kebaikan. Seperti itu lebih berat siksanya. Mereka terbuai, lalai, dan tenang dengan keadaan dunia mereka. Namun itu sebenarnya lebih berat hukumannya dan jadi musibah yang besar.” (Tafsir As Sa’di, hal. 260).

Bebeza halnya dengan orang yang beriman, dimana bagi mereka apabila Allah membukakan pintu kesenangan,  ianya adalah supaya mereka bersyukur kepada-Nya atas segala anugerah-Nya. sehingga mereka akan menggunakan kesemua kesenangan tersebut untuk tujuan amalan-amalan kebaikan sahaja serta mengharapkan pahala yang baik di akhirat kelak dan bukannya untuk amalan-amalan yang akan mengundang murka Allah Subhanahuwata'ala serta mendapat balasan neraka.  Firman Allah Subhanahuwata'ala:

فَأَعْرَضُوا فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمْ سَيْلَ الْعَرِمِ وَبَدَّلْنَاهُمْ بِجَنَّتَيْهِمْ جَنَّتَيْنِ ذَوَاتَى أُكُلٍ خَمْطٍ وَأَثْلٍ وَشَيْءٍ مِنْ سِدْرٍ قَلِيلٍ

Maksudnya: Maka mereka berpaling ingkar, lalu Kami hantarkan kepada mereka banjir yang membinasakan, dan kami gantikan dua kumpulan kebun mereka (yang subur) itu dengan dua kumpulan kebun yang berisi pohon-pohon yang pahit buahnya, dan pohon-pohon yang jarang berbuah, serta sedikit pohon-pohon bidara.
(Surah Saba’: 16)

Al-Tabari mengatakan bahawa sesudah mereka mengambil sikap tidak mahu percaya kepada para rasul Allah Subhanahuwata'ala, maka datanglah banjir besar yang menyebabkan runtuhan empangan yang membendung takungan air banjir yang telah digunakan untuk menyiram pokok dan tanaman yang subur itu dan menenggelamkan kebun buah-buahan mereka, lalu bumi tempat tumbuhnya kebun itu menjadi rosak binasa (Al-Qurtubi, 14:286). Setelah itu bumi hanya menghasilkan buah-buahan yang tidak berguna dan tidak sedap dimakan.

Istidraj secara bahasa diambil dari perkataan Arab: درج  yang ertinya naik dari satu tingkatan ke tingkatan selanjutnya. Sementara istidraj dari Allah kepada hamba difahami sebagai ‘hukuman’ yang diberikan sedikit demi sedikit dan tidak diberikan langsung. Allah biarkan orang ini dan tidak disegerakan azabnya. Allah berfirman,

سَنَسْتَدْرِجُهُمْ مِنْ حَيْثُ لاَ يَعْلَمُونَ

Maksudnya:“Nanti Kami akan menghukum mereka dengan berangsur-angsur (ke arah kebinasaan) dari arah yang tidak mereka ketahui.” Surah Al-Qalam ayat 44. Rujuk : Al-Mu’jam Al-Lughah Al-Arabiyah, kata: درج).

Istidraj adalah pemberian Allah kepada hamba-Nya tetapi ianya tidak diredhai-Nya,  sebagaimana firman Allah Subhanahuwata'ala dalam surah al-anam ayat 44,

فَلَمَّا نَسُوا مَا ذُكِّرُوا بِهِ فَتَحْنَا عَلَيْهِمْ أَبْوَابَ كُلِّ شَيْءٍ حَتَّىٰ إِذَا فَرِحُوا بِمَا أُوتُوا أَخَذْنَاهُمْ بَغْتَةً فَإِذَا هُمْ مُبْلِسُونَ

Maksudnya:"Kemudian apabila mereka melupakan apa yang diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan sehingga apabila mereka bergembira dan bersuka ria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (daripada mendapat pertolongan).”.al-An’am, ayat 44.

Manusia yang diuji dengan istidraj akan memperoleh pelbagai nikmat dunia sama ada dalam bentuk kekayaan, kejayaan, pangkat dan gelaran, pengiktirafan dan sanjungan.

Namun semua itu tidak menjadikan mereka hamba-Nya yang bersyukur, sebaliknya mereka terus jauh daripada Allah Subhanahuwata'ala. Mereka menyangka bahawa mereka adalah dari pihak yang benar sehingga Allah memberi segala-galanya kepada mereka sedangkan pada hakikatnya mereka ingkar kepada-Nya.

Golongan yang diuji dengan istidraj kadangkala dengan angkuh mengatakan: “Tengok aku tidak ikut perintah Allah, tetapi aku semakin kaya,” “Engkau sentiasa ke masjid, tapi tak kaya-kaya pun”, “Tengok aku langgar larangan Allah, tapi aku tidak kena bala apa pun.”

Semua contoh ungkapan itu adalah petanda ujian istidraj. Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam bersabda. 

إِذَا رَأَيْتَ اللهَ تَعَالَى يُعْطِي الْعَبْدَ مِنَ الدُّنْيَا مَا يُحِبُّ وَهُوَ مُقِيمٌ عَلَى مَعَاصِيْهِ فَإِنَّمَا ذَلِكَ مِنهُ اسْتِدْرَاجٌ

Maksudnya:“Bila kamu melihat Allah memberi pada hamba dari (perkara) dunia yang diinginkannya, padahal dia terus berada dalam kemaksiatan kepada-Nya, maka (ketahuilah) bahawa hal itu adalah istidraj (ujian berupa nikmat yang disegerakan) dari Allah.” 
Dari ‘Uqbah bin ‘Amir radhiyallahu ‘anhu,
Riwayat Ahmad 4: 145. Syaikh Syu’aib Al Arnauth mengatakan bahawa hadith ini hasan dilihat dari jalur lain. 

Lihat pula bagaimana Fir’aun yang memiliki segala nikmat dunia menyebabkan dirinya angkuh sehingga mengaku sebagai tuhan. Sebagaimana firman Allah Subhanahuwata'ala, 

وَقَالَ فِرْعَوْنُ يَا أَيُّهَا الْمَلَأُ مَا عَلِمْتُ لَكُمْ مِنْ إِلَٰهٍ غَيْرِي فَأَوْقِدْ لِي يَا هَامَانُ عَلَى الطِّينِ فَاجْعَلْ لِي صَرْحًا لَعَلِّي أَطَّلِعُ إِلَىٰ إِلَٰهِ مُوسَىٰ وَإِنِّي لَأَظُنُّهُ مِنَ الْكَاذِبِينَ

Maksydnya: "Dan berkata Fir'aun: "Hai pembesar kaumku, aku tidak mengetahui tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah hai Haman untukku tanah liat kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi supaya aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahwa dia termasuk orang-orang pendusta".
(Al-Qasas ayat 38)

Bagaimana kesudahan dengan hidup Fir’aun? Segala nikmat yang diperolehnya langsung tidak memberi sebarang manfaat kepadanya, sebaliknya Allah Subhanahuwata'ala membinasakannya dalam keadaan sangat hina.

Firman Allah Subhanahuwata'ala, 

فَأَخَذْنَاهُ وَجُنُودَهُ فَنَبَذْنَاهُمْ فِي الْيَمِّ ۖ فَانْظُرْ كَيْفَ كَانَ عَاقِبَةُ الظَّالِمِينَ

Maksudnya:"Maka Kami hukumlah Fir'aun dan bala tentaranya, lalu Kami lemparkan mereka ke dalam laut. Maka lihatlah bagaimana akibat orang-orang yang zalim. Surah al-Qasas ayat 4

Begitulah bagaimana Allah Subhanahuwata'ala menguji hamba-Nya dengan nikmat dunia yang menjadikannya jauh daripada rahmat dan kasih sayang-Nya.

Istidraj bukan saja boleh berlaku kepada hamba-Nya yang tidak beriman, malahan boleh terjadi kepada golongan yang tidak berusaha mendekatkan diri kepada Allah Subhanahuwata'ala.

Sebagai penutupnya,  ingatlah pesanan kekasih kita Nabi Muhammad Sallahu'alaihiwasallam, 

كل بني آدم خطاء وخير الخطائين التوابون

Maksudnya:“Setiap manusia itu banyak berbuat salah, dan orang terbaik di antara mereka adalah yang bertaubat” Riwayat Al-Tirmizi, 2687. 



No comments:

Post a Comment

Agama

 Agama  Manusia memerlukan agama. Manusia dan agama adalah ibarat irama dan lagu, jasad dan roh. Kedua duanya tidak dapat dipisahkan. Sejak ...