Thursday, April 9, 2020

Hukum sunat bagi makmum membaca بَلَى، وَأَنَا عَلَى ذَلِكَ مِنَ الشَّاهِدِيْنَ apabila Imam selesai membaca surah التِّينِ ( At-Tin), iaitu pada ayat 8 أَلَيْسَ اللهُ بِأَحْكَمِ الْحَاكِمِينَ

Hukum sunat bagi makmum membaca بَلَى، وَأَنَا عَلَى ذَلِكَ مِنَ الشَّاهِدِيْنَ  apabila Imam selesai membaca surah التِّينِ ( At-Tin), iaitu pada ayat 8
أَلَيْسَ اللهُ بِأَحْكَمِ الْحَاكِمِينَ 

Apabila seseorang itu membaca surah  التِّينِ ( At-Tin), maka apabila selesai membaca ayat yang ke 8 dari surah tersebut iaitu ayat yang berbunyiأَلَيْسَ اللهُ بِأَحْكَمِ الْحَاكِمِين maka disunatkan melafazkan kalimah  بَلَى وَأَنَا عَلَى ذَلِكَ مِنَ الشَّاهِدِينَ . Sebagaimana yang diriwayatkan oleh Ismail bin Umayyah RA. Beliau berkata: "Aku mendengar daripada seorang lelaki badawi menyebut bahawa Abu Hurairah RA berkata:

مَنْ قَرَأَ سُورَةَ: وَالتِّينِ وَالزَّيْتُونِ فَقَرَأَ: {أَلَيْسَ اللَّهُ بِأَحْكَمِ الحَاكِمِينَ} [التين: 8] فَلْيَقُلْ: بَلَى وَأَنَا عَلَى ذَلِكَ مِنَ الشَّاهِدِينَ

Maksudnya: Sesiapa yang membaca surah: wa al-Tin wa al-Zaitun kemudian membaca (أَلَيْسَ اللَّهُ بِأَحْكَمِ الحَاكِمِينَ) (al-Tin,8) maka hendaklah ia menyebut (بَلَى وَأَنَا عَلَى ذَلِكَ مِنَ الشَّاهِدِينَ) Benar, dan aku menyaksikan hal itu.،Riwayat al-Tirmizi (3347)

Imam An-Nawawi di dalam kitab Raudlatut Thalibin Wa Umdatul Muftin berkata:

يُسْتَحَبُّ لِلْقَارِئِ فِي الصَّلَاةِ، وَخَارِجِهَا، إِذَا مَرَّ بِآيَةِ رَحْمَةٍ، أَنْ يَسْأَلَ الرَّحْمَةَ: أَوْ بِآيَةِ عَذَابٍ، أَنْ يَسْتَعِيذَ مِنْهُ، أَوْ بِآيَةِ تَسْبِيحٍ، أَنْ يُسَبِّحَ، أَوْ بِآيَةٍ مَثَلٍ أَنْ يَتَفَكَّرَ، وَإِذَا قَرَأَ: ﴿أَلَيْسَ اللهُ بِأَحْكَمِ الْحَاكِمِينَ﴾ [التِّينِ: 8] قَالَ: “بَلَى، وَأَنَا عَلَى ذَلِكَ مِنَ الشَّاهِدَيْنِ”، وَإِذَا قَرَأَ: ﴿فَبِأَيِّ حَدِيثٍ بَعْدَهُ يُؤْمِنُونَ﴾ [الْمُرْسَلَاتِ: 50] قَالَ: “آمَنَّا بِاللهِ”، وَالْمَأْمُومُ يَفْعَلُ ذَلِكَ لِقِرَاءَةِ الْإِمَامِ عَلَى الصَّحِيحِ.

Disunatkan bagi orang yang membaca Al-Qur’an baik di dalam solat mahupun di luar solat ketika melalui/membaca ayat rahmat, maka ia meminta rahmat. Ketika melalui/membaca bacaan tentang ayat azab, maka ia meminta perlindungan dari azab tersebut. Ketika melalui/membaca bacaan ayat tasbih, maka ia membaca tasbih. Ketika melalui/membaca ayat tentang perumpamaan, maka ia hendaknya berfikir. Dan ketika ia membaca “أَلَيْسَ اللهُ بِأَحْكَمِ الْحَاكِمِينَ/ Bukankah Allah (yang demikian kekuasaanNya) seadil-adil Hakim? (At-Tin:8 ), maka ia membaca بَلَى، وَأَنَا عَلَى ذَلِكَ مِنَ الشَّاهِدِيْنَ (Benar! Dan sesungguhnya aku menyaksikan hal itu (Allah Subhanahuwata'ala seadil-adil Hakim).). Ketika membaca ayat فَبِأَيِّ حَدِيثٍ بَعْدَهُ يُؤْمِنُونَ  (Maka kepada perkataan apakah selain Al Quran ini mereka akan beriman?)(Surah Al-Mursalaat: 50), maka ia membaca “آمَنَّا بِاللهِ/ Kami beriman kepada Allah”. Dan makmum membaca bacaan tersebut kerana bacaan imam menurut pendapat yang sahih.

Bagi makmum tugas utamanya adalah mengikuti imamnya di dalam solat berjamaah. Dan ketika imam membaca surah dari Al-Qur’an setelah membaca Al-Fatihah, bagi makmum cukup mendengarkan ayat atau surah yang dibaca oleh imam. Sebagaimana sabda Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam:

إنما جُعِلَ الإمام ليُؤتمَّ به، فإذا كبَّر فكبِّروا، وإذا رَكَعَ فاركعوا

Makdudnya: “Sesungguhnya imam dijadikan untuk diikuti dengannya, maka apabila imam bertakbir maka hendaklah kamu semua bertakbir dan apabila ia ruku’ maka hendaklah kamu ruku’.
Riwayat al-Bukhari (378) Muslim (411) dan al-Tirmidzi (361

Oleh kerana itu,  jika imam membaca surah  التِّينِ, iaitu pada ayat terakhir " أَلَيْسَ اللَّهُ بِأَحْكَمِ الحَاكِمِينَ  (al-Tin,ayat 8)

Maksudnya: Bukankah Allah (yang demikian kekuasaanNya) seadil-adil Hakim?(Surah al-Tin, 8)

Maka bagi makmum yang mendengarkan bacaan imam itu,  maka disunatkan baginya membaca kalimat berikut.

بَلَى، وَأَنَا عَلَى ذَلِكَ مِنَ الشَّاهِدِيْنَ

Maksudnya: "Benar, dan aku menyaksikan hal itu".

Demikianlah bacaan yang disunatkan ketika membaca surah  التِّينِ ( At-Tin) pada ayat yang ke 8, atau ketika mendengar imam membaca surah  التِّينِ ( At-Tin) pada ayat yang ke 8, di dalam solat. Maka disunatkan membaca بَلَى، وَأَنَا عَلَى ذَلِكَ مِنَ الشَّاهِدِيْنَ.

Begitu juga pada ayat-ayat yang lain, seperti yang disebutkan oleh Imam Khatib al-Syirbini seperti berikut:

Apabila sampai kepada ayat (أَلَيْسَ اللَّهُ بِأَحْكَمِ الْحَاكِمِينَ) maka sebutlah (بَلَى وَأَنَا عَلَى ذَلِكَ مِنْ الشَّاهِدِينَ).
Apabila sampai pada ayat (فَبِأَيِّ حَدِيثٍ بَعْدَهُ يُؤْمِنُونَ) maka katakanlah (آمَنْتُ بِاَللَّهِ)
Begitu juga apabila membaca ayat (فَمَنْ يَأْتِيكُمْ بِمَاءٍ مَعِينٍ) maka sebutlah (اللَّهُ رَبُّ الْعَالَمِينَ).
(Lihat Mughni al-Muhtaj, 1/391

Diantara perkara penting yang ada hubungkait dengan al-Qur'an serta perlu diambil perhatian ialah, 

Dalam memahami adab membaca al-Quran adalah diwajibkan bertadabbur ke atas setiap umat Islam, iaitu dengan menghayatinya dengan penuh khusyuk di samping cuba memahami ayat yang terkandung di dalam al-Quran. Bahkan Allah Subhanahuwata'ala menyeru seluruh umat manusia untuk mentadabburi ayat-ayat al-Qur’an menerusi firman-Nya:

أَفَلَا يَتَدَبَّرُونَ الْقُرْآنَ أَمْ عَلَى قُلُوبٍ أَقْفَالُهَا

Maksudnya: (Setelah diterangkan yang demikian) maka adakah mereka sengaja tidak berusaha memahami serta memikirkan isi Al-Quran? Atau telah ada di atas hati mereka kunci penutup (yang menghalangnya daripada menerima ajaran Al-Quran)? Surah Muhammad (24

Imam Ibnu Katsir mendefinisikan tadabbur sebagai berikut:

التَّدَبُّرُ هُوَ : (( تَفَهُّمُ مَعَانِى أَلْفَاظِهِ ، وَ التَفَكُّرُ فِيْمَا تَدُلُّ عَلَيْهِ آيَاتُهُ مُطَابَقَةً ، وَ مَا دَخَلَ فِى ضَمْنِهَا ، وَ مَا لاَ يَتِمُّ تِلْكَ الْمَعَانِى إِلاَّ بِهِ ، مِمَّا لَمْ يَعْرُجِ اللَّفْظُ عَلَى ذِكْرِهِ مِنَ اْلإِشَارَاتِ و التَّنْبِيْهَاتِ ، وَ انْتِفَاعُ الْقَلْبِ بِذَلِكَ بِخُشُوْعِهِ عِنْدَ مَوَاعِظِهِ ، وَ خُضُوْعِهِ لأَوَامِرِهِ ، وَ أَخْذِ الْعِبْرَةِ مِنْهُ )) ]

Maksudnya:"Tadabbur ialah : memahami makna lafal-lafal Al-Qur’an, dan memikirkan apa yang ayat-ayat Al-Qur’an tunjukkan tatkala tersusun, dan apa yang terkandung di dalamnya, serta apa yang menjadikan makna-makna Al-Qur’an itu sempurna, dari segala isyarat dan peringatan yang tidak tampak dalam lafal Al-Qur’an, serta pengambilan manfaat oleh hati dengan tunduk di hadapan nasihat-nasihat Al-Qur’an, patuh terhadap perintah-perintahnya, serta pengambilan ibrah darinya. Lihat Al-Ahdal, Ta’limu Tadabburil Qur’anil Karim, hlm. 11.

Mentadabburi al-Quran tidaklah sama dengan mentafsir al-Quran. Dimana mentadabburi al-Quran tidak memerlukan seseorang itu memenuhi syarat-syarat tertentu, kecuali memadai dengan kefahaman secara umum tentang satu-satu ayat. Justeru itulah Allah Subhanahuwata'ala telah menurunkan al-Qur’an itu sangat mudah untuk difahami secara umum. Sebagaimana firman Allah Subhanahuwata'ala yang berikut:

وَلَقَدْ يَسَّرْنَا الْقُرْآنَ لِلذِّكْرِ فَهَلْ مِنْ مُدَّكِرٍ

Maksudnya: Dan sesungguhnya Kami permudahkan al-Qur’an itu untuk diambil peringatan daripadanya; maka adakah yang mahu mengambil peringatan? Surah al-Qamar (17)

Kesimpulannya:
Tadabbur adalah merupakan "tujuan penurunan al-Qur’an" itu sendiri, iaitu untuk diambil iktibar daripadanya dan seterusnya diamalkan. Manakala konsep tadabbur adalah merupakan satu usaha dari kefahaman umum untuk mengetahui makna umum ayat.

Berbeza dengan men"tafsir" al-Quran, dimana para ulama telah meletakkan syarat-syarat yang ketat yang perlu dipenuhi sebelum seseorang itu boleh mentafsirkan al-Qur’an. Kerana itulah sebahagian ulama salaf bersikap berhati-hati dan teliti ketika ingin mengeluarkan pandangan tentang tafsir, kerana takut berkata suatu perkara tentang Allah Subhanahuwata'ala tanpa ilmu. (Rujuk Al-Fusul fi Usul al-Tafsir, hlm. 47)

Tafsir dari sudut bahasa ialah: 

Menjelaskan, menyingkap dan menampakkan atau menerangkan makna yang abstrak.

Sesungguhnya Allah telah berfirman:

 ولا يأتونك بمثل إلا جئناك بالحق وأحسن تفسيرا

Maksudnya: “Tidaklah mereka datang kepadamu (membawa) sesuatu yang ganjil, melainkan Kami datang kepadamu sesuatu yang benar dan paling baik tafsir-nya”(al-Furqan [25]:33)

Tafsir dari sudut istilah menurut takrif yang diberikan oleh Abu Hayyan tentang ilmu tafsir dalam kitabnya ‘al-Bahru al-Mahith’ adalah:
“Ilmu Tafsir ialah ilmu yang membicarakan tentang bagaimana hendak menuturkan perkataan-perkataan al-Quran (dari segi tajwid) dan memberikan makna menurut keadaan perkataan dan hukuman-hukuman pada ketika ia satu perkataan (mufrad) dan pada ketika bersusun (murakab) dan makna-makna yang boleh diertikan pada ketika hakikat atau majaz. Juga membicarakan hal-hal yang berkaitan dengan nasikh dan mansukh dan sabab nuzul.” (Rujuk ‘al-Bahru al-Mahith’).

Adapun tafsir adalah sebagai satu ilmu untuk mengetahui makna ayat-ayat al-Qur’an, ia merupakan "wasilah untuk mencapai maqasid penurunan al-Qur’an" itu sendiri:

كِتَابٌ أَنزَلْنَاهُ إِلَيْكَ مُبَارَكٌ لِّيَدَّبَّرُوا آيَاتِهِ وَلِيَتَذَكَّرَ أُولُو الْأَلْبَابِ

Maksudnya: (Al-Quran ini) sebuah Kitab yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad), -Kitab yang banyak faedah-faedah dan manfaatnya, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan ayat-ayatnya, dan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat mengambil iktibar. Surah Sod (29)

Kesimpulannya:
Tafsir merupakan satu cabang ilmu khas untuk mengetahui makna sebenar ayat-ayat Allah Subhanahuwata'ala. Justeru itu banyak syarat-syarat ketat yang perlu dipenuhi untuk mentafsir al-Qur’an,


No comments:

Post a Comment

Agama

 Agama  Manusia memerlukan agama. Manusia dan agama adalah ibarat irama dan lagu, jasad dan roh. Kedua duanya tidak dapat dipisahkan. Sejak ...