Monday, April 13, 2020

Hukum solat Jenazah Ghaib menurut Mazhab Syafie( شافعية).

Hukum solat Jenazah Ghaib menurut Mazhab Syafie( شافعية).

Solat jenazah adalah merupakan tuntutan fardhu kifayah ke atas umat Islam. Dalam erti kata yang lain sekiranya telah ada sekumpulan manusia yang telah melakukannya, maka gugurlah kefardhuan tersebut ke atas mereka yang lain.

Solat jenazah ghaib adalah solat yang dilaksanakan di negeri yang lain yang berada jauh dari negeri asalnya. (Rujuk al-Taqrirat al-Sadidah, hlm. 385)
Ini bermaksud , Solat jenazah ghaib adalah solat jenazah yang didirikan ke atas mereka yang meninggal dunia di luar kawasan solat Yang didirikan. Dalam erti kata lain, adalah bermaksud bahawa jenazah tersebut tidak berada di hadapan mereka yang mendirikan solat jenazah tersebut.

Pensyariatan solat jenazah ghaib adalah berdasarkan kepada hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A:

أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم نَعَى النَّجَاشِيَّ فِي الْيَوْمِ الَّذِي مَاتَ فِيهِ، خَرَجَ إِلَى الْمُصَلَّى، فَصَفَّ بِهِمْ وَكَبَّرَ أَرْبَعًا

Maksudnya: “Sesungguhnya Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam memberitahu akan berita kematian al-Najasyi ketika hari kematiannya. Baginda Sallahu'alaihiwasallam keluar ke musolla, membuat saf dan bertakbir sebanyak empat kali.”
Riwayat al-Bukhari (1245) dan Muslim (951)

Pada umumnya para ulama fekah berbeza pendapat sewaktu beristidlal dengan hadith di atas.
Dimana sebahagian ulama berpandangan bahawa hadith tersebut adalah tertentu atau khusus kepada jenazah Najasyi sahaja. Ini kerana, sewaktu Najasyi meninggal dunia tidak ada umat Islam di kawasan tersebut untuk mendirikan solat jenazah ke atasnya. Dari itu, Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam mengambil tanggungjawab untut melaksanakan tuntutan fardhu kifayah berkenaan serta mengajak umat Islam di zaman Baginda Sallahu'alaihiwasallam untuk menyempurnakan tuntutan fardhu kifayah tersebut.

Manakala sebahagian fuqaha’ yang lain pula mengambil dalil beristidlal dengan hadith di atas sebagai pensyariatan solat jenazah secara ghaib. Golongan ini berpendapat bahawa dalil dari hadith tersebut secara jelas adalah tentang pensyariatan solat jenazah secara ghaib dan ianya sebagai tuntutan ke atas setiap umat Islam untuk menuruti petunjuk serta meneladani sunnah Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam tersebut. 

Diantara mazhab yang mengharuskan untuk solat jenazah ghaib adalah mazhab Syafie( شافعية). 
Diantara kibar ulama Al-Syafi’eyyah yang berhujah dengan hadith di atas sebagai keharusan untuk solat jenazah adalah Imam Al-Nawawi, dimana beliau mencatat:

وَمَذْهَبُنَا جَوَازُ الصَّلَاةِ عَلَى الْمَيِّتِ الْغَائِبِ عَنْ الْبَلَدِ سَوَاءٌ كَانَ فِي جِهَةِ الْقِبْلَةِ أَمْ فِي غَيْرِهَا وَلَكِنَّ الْمُصَلِّيَ يَسْتَقْبِلُ الْقِبْلَةَ وَلَا فَرْقَ بَيْنَ أَنْ تَكُونَ الْمَسَافَةُ بَيْنَ الْبَلَدَيْنِ قَرِيبَةً أَوْ بَعِيدَةً وَلَا خِلَافَ فِي هَذَا كُلِّهِ عِنْدَنَا

Maksudnya : Dan mazhab kami (Al-Syafi’eyyah) adalah keharusan mendirikan solat ke atas mayat yang tidak berada di dalam negeri. Sama ada ia berada di arah kiblat atau selainnya. Akan tetapi orang yang mendirikan solat itu perlu menghadap kiblat. Dan tidak ada beza antara jarak di antara dua negara itu dekat ataupun jauh serta tidak ada khilaf dalam hal ini kesemuanya di sisi kami. Rujuk Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab (5/253).

Justeru itu, 
1-Solat jenazah ghaib syaratnya mestilah solat jenazah itu dilakukan di negeri yang lain daripada tempat mayat itu berada. 
2-Solat jenazah ghaib boleh dilakukan bila-bila masa, iaitu setelah jenazah telah dimandikan. 
(Rujuk:al-Fiqh al-Manhaji, 1/600)

Namun pun begitu jika seseorang itu tidak dapat untuk menghadiri perlaksanaan solat jenazah disebabkan oleh adanya keuzuran seperti adanya halangan seperti bencana alam atau adanya wabak yang merbahaya dan sebagainya maka dia boleh untuk mengerjakan solat jenazah ghaib ke atas jenazah tersebut. Ini adalah berdasarkan pendapat Syeikh Zainuddin Al-Malibari,beliau ada menyebutkan dalam kitabnya Fath Al-Mu’in:

لو تعذر الحضور لها بنحو حبس أو مرض جازت حينئذ على الأوجه

Maksudnya : Sekiranya terdapat keuzuran untuk menghadirinya (solat jenazah) disebabkan terkurung atau sakit, maka ketika ini dibolehkan (untuk melakukan solat jenazah secara ghaib) mengikut pendapat (yang dikemukakan oleh ashab al-wujuh). Rujuk Fath Al-Mu’in, Zainuddin Al-Malibari (225).

Andaikata sekiranya seseorang itu tidak berkesempatan untuk melakukan solat jenazah semasa mayat belum dikebumikan,  maka harus baginya untuk solat jenazah tersebut di kubur. Perbuatan ini tsabit daripada perbuatan Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A beliau berkata: 

حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ حَرْبٍ قَالَ حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ زَيْدٍ عَنْ ثَابِتٍ عَنْ أَبِي رَافِعٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ
أَنَّ رَجُلًا أَسْوَدَ أَوْ امْرَأَةً سَوْدَاءَ كَانَ يَقُمُّ الْمَسْجِدَ فَمَاتَ فَسَأَلَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْهُ فَقَالُوا مَاتَ قَالَ أَفَلَا كُنْتُمْ آذَنْتُمُونِي بِهِ دُلُّونِي عَلَى قَبْرِهِ أَوْ قَالَ قَبْرِهَا فَأَتَى قَبْرَهَا فَصَلَّى عَلَيْهَا

Maksudnya:"Telah menceritakan kepada kami Sulaiman bin Harb berkata, telah menceritakan kepada kami Hammad bin Zaid dari Tsabit dari Rafi' dari Abu Hurairah, "Ada seorang laki-laki kulit hitam atau wanita kulit hitam yang menjadi tukang sapu Masjid meninggal dunia. Nabi shallallahu'alaihi wasallam lalu bertanya tentang keberadaan orang tersebut. Orang-orang pun menjawab, "Dia telah meninggal!" Beliaupun bersabda: "Kenapa kalian tidak memberi kabar kepadaku? Tunjukkanlah kuburannya padaku!" beliau kemudian mendatangi kuburan orang itu kemudian mensolatinya". Riwayat Al-Bukhari (458)

Hadith di atas menunjukkan bahawa boleh solat jenazah di kubur. Walaupun begitu,Imam Malik dan Imam Abu Hanifah tidak menerimanya. Mereka mengatakan perbuatan itu adalah khusus untuk Nabi sahaja. Namun demikian, Imam Syafi'i dan Imam Bukhari menerima keharusan mengerjakan solat jenazah di kubur sekiranya tidak berkesempatan menyembahyangkan jenazah tersebut di rumah.

Tempoh masa dibolehkan untuk mendidirikan solat jenazah di perkuburan ini ada enam pendapat, ianya telah disebut oleh Imam Al-Nawawi dakam kitab beliau dan diantara dua pendapat dari enam pendapat tersebut ialah, 

1-Dalam tempoh satu bulan:

أن أم سعد ماتت والنبي صلى الله عليه وسلم غائب, فلما قدم صلى عليها وقد مضى لذلك شهر. [ رواه الترمذي حديث رقم (1038) , والبيهقي 4/48 , قال الحافظ في التلخيص : ورواه البيهقي وإسناده مرسل صحيح ].

Maksudnya:“Ummu saad mati dan Nabi saw tidak ada . Apabila Nabi Sallahu'alaihiwasallam sampai , nabi menyembahyangkannya selepas berlalu sebulan.”

2- Selama mana jasad jenazah tersebut tidak reput. 
Telah menyebut oleh Imam al-Nawawi bahawasanya dalam mazhab Al-Syafi’e, adalah dilakukan solat jenazah ke/di perkuburan selama mana jasad jenazah tersebut tidak reput, yakni masih berbakinya tulang, daging, dan anggota badan pada jenazah tersebut.

Rujuk Al-Majmu’ Syarah Al-Muhazzab, Al-Nawawi (5/247)

Apakah kaifiyat solat jenazah secara ghaib?

Kaifiyatnya sama seperti solat jenazah biasa, iaitu dengan cara berdiri tanpa rukuk, sujud dan duduk.

Ianya dilakukan dengan 4 kali takbir (iaitu termasuk tabirratulihram) dan membaca Fatihah setelah takbir pertama, selawat setelah takbir kedua, berdoa untuk jenazah setelah takbir ketiga dan memberi salam setelah takbir keempat. 

Sebagaimana, telah diriwayatkan oleh Umamah bin Sahal R.A:

أَنَّهُ أَخْبَرَهُ رَجُلٌ مِنْ أَصْخَابِ النَّبِيِّ أَنَّ السُّنَةَ فِي الصَّلاَةِ عَلَى الجَنَاَزَةِ أَنْ يُكَبِّرَ الإِمَامُ، ثُمَّ يَقْرَأُ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ بَعْدَ التَكْبِيْرَةِ الأُوْلَى سِرًّا فِي نَفْسِهِ ثُمَّ يُصَلِّى عَلَى النَّبِيِّ وَيُخَلِّصَ الدُّعَاءَ لِلْجَنَازَةِ فِي التَكْبِيْرَاتِ وَلاَ يَقْرَأَ فِي شَيْءٍ مِنْهُنَّ ثُمَّ يُسَلِّمَ سِرًّا فِي نَفْسِهِ

Maksudnya: “Bahawa dia telah diberitahu oleh seorang lelaki di kalangan sahabat Nabi Sallahu'alaihiwasallam bahawa solah jenazah menurut sunnah ialah imam bertakbir, kemudian membaca al-Fatihah dengan perlahan selepas takbir pertama, seterusnya berselawat ke atas Nabi Sallahu'alaihiwasallam dan mendoakan jenazah semata-mata dalam takbir-takbir tersebut tanpa apa-apa bacaan yang lain. kemudian mengucapkan salam dengan perlahan.” (Riwayat al-Baihaqi dalam Sunan al-Kubra, 4/39)

1-Solat Jenazah dimulai dengan bertakbiratul ihram sambil berniat solat Jenazah. Contoh lafaz niat yang sudah memadai adalah seperti berikut: “Sahaja aku solat ke atas mayat ini fardhu kerana Allah Taala.”

"Sebagaimana sedia diketahui, niat solat wajib dihadirkan ke dalam hati ketika melafazkan takbir pertama (yakni takbiratul ihram). Rujuk: Kifayatul Muhtadi, 143".

Dan diikuti dengan bacaan al-Fatihah selepas bertakbiratul ihram. Telah diriwayatkan oleh Talhah bin Abdullah bin `Auf seperti berikut:

صَلَّيْتُ خَلْفَ ابْنِ عَبَّاسٍ رَضِىَ اللهُ عَنْهُمَا عَلَى جَنَازَةٍ فَقَرَأَ بِفَاتِحَةِ الْكِتَابِ قَالَ لِيَعْلَمُوا أَنَّهَا سُنَّةٌ

Maksudnya: “Aku bersolat Jenazah di belakang Ibn Abbas R.A, dia membaca Fatihah. Kemudian katanya: Supaya mereka tahu itulah sunnah.”
Riwayat al-Bukhari (1335)

2-Selapas bacaan takbir yang kedua diikuti pula oleh bacaan selawat keatas Rasulullah Sallahu'alaihiwasallam dan Selawat yang afdhal ialah selawat Ibrahimiyah:
.
أَللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِ مُحَمَّدٍ كَمَا صَلَّيْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى اَلِ إِبْرَاهِيْمَ وَبَارِكْ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِ مُحَمَّدٍ كَمَا بَارَكْتَ عَلَى إِبْرَاهِيْمَ وَعَلَى اَلِ إِبْرَاهِيْمَ فِى الْعَالمَِيْنَ إِنَّكَ حَمِيْدٌ مَجِيْدٌ

3-Selepas membaca takbir yang ketiga, adalah dibacakan doa untuk jenazah. Dan sekurang-kurang bacaan doa adalah:

اللَّهُمَّ ارْحَمهُ أوِ اغْفِرلَه

Maksudnya: “Ya Allah! Rahmatilah dia. Atau Ya Allah! Ampunilah dia.” (Rujuk al-Fiqh al-Manhaji, 1/602)

Atau boleh dibaca doa yang agak panjang,  Yang lazim dibaca, 

أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ وَوَسِّعْ دْخَلَهُ وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالْثَلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ ، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ ، وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ اْلقَبْرِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ

4-Selepas takbir yang keempat, boleh saja terus memberi salam. Atau boleh juga melanjutkan berdoa untuk si mati selepas takbir keempat ini, iaitu:

اللَّهُمَّ لاَ تَحْرِمْنَا أَجْرَهُ وَلاَ تَفْتِنَّا وَاغْفِرْ لَنَا وَلَهُ

Maksudnya: “Ya Allah! Janganlah Engkau tahan pahalanya daripada kami dan janganlah timbulkan fitnah kepada kami selepas kematiannya serta ampunilah kami dan dia.” Riwayat Abu Daud (3201)

No comments:

Post a Comment

Agama

 Agama  Manusia memerlukan agama. Manusia dan agama adalah ibarat irama dan lagu, jasad dan roh. Kedua duanya tidak dapat dipisahkan. Sejak ...