Hidup adalah ujian( الفتنة ) dan ujian adalah penentu darjat seseorang insan di sisi Allah Subhanahuwata'ala. Justeru itu tidak akan ada seorang insan pun yang akan terlepas dari ujian.
Al-Hikam 115
Ada sebelas makna الفتنة yang disebut di dalam al-Quran dan adapun coretan pada kali ini adalah merujuk kepada maksud cubaan atau ujian dalam bahasa melayu.
Kalimah Fitnah ( الفتنة ) dalam bahasa arab bermaksud: Ujian dan cubaan.Imam Ibnu Hajar berkata : Asal kepada makna fitnah adalah الإختبار (ujian) dan الإمتحان (ujian)
Ibnu Manzur berkata: Al-Azhari dan lainnya berkata:“Asal makna fitnah adalah الإبتلاء (cubaan), الإمتحان (Ujian) dan الإختبار (ujian).”.”
Fitnah dari segi bahasa.
Ibn Faaris berkata : " فَتَنَ (Fa-ta-na) merupakan perkataan asal bagi perkataan ujian atau percubaan". Dari aspek kata-kerja (فعل), فَتَنَ boleh bereti أَغْرَى iaitu Goda atau menawan, cubaan, persona, glamour, memukau, keinginan. Ia juga boleh membawah erti سَحَرَ atau sihir. (Lihat:Maqaayiis al-Lughah, 4/472)
Maka فِتْنَة (Fit-nah) boleh membawa erti - godaan, tarikan, terpedaya, yang masdarnya إِغْراء . Ia juga boleh membawa erti مِحْنَة (Mih-Nah) iaitu bala, bencana, cubaan, tribulasi dsb.
Al-Azhari mengatakan, “Inti makna fitnah di dalam Bahasa Arab terkumpul pada makna cubaan dan ujian.”
Dan asalnya diambil dari ucapan seseorang:
أنا أختبر الفضة والذهب
Maksudnya:“Saya menguji perak dan emas”.
Maksudnya adalah saya melelehkan keduanya dengan api agar terpisahkan antara yang buruk dengan yang bagus. Makna inilah makna yang ditunjukkan oleh firman Subhanahuwata'ala:
يَوْمَ هُمْ عَلَى النَّارِ يُفْتَنُونَ
Maksudnya: “(Hari pembalasan itu) ialah pada hari ketika mereka diazab di atas api Neraka.”
Adz -Dzaariyaat ayat 13
Maksudnya adalah dibakar dengan api Neraka” (Tahdziibul Lughah: 14/296).
Ibnu Faris rahimahullah berkata:
“الفاء والتاء والنون أصل صحيح يدل على الابتلاء والاختبار” ( مقاييس اللغة 4/ 47)
Maksudnya:"Huruf ف، ت، ن adalah huruf dasar yang sahih menunjukkan kepada cubaan dan ujian".(Lihat: Kitab Maqayisul Lughah: 4/472).
Ibnul Atsiir rahimahullah berkata:
الامتحان والاختبار … وقد كثر استعمالها فيما أخرجه الاختبار من المكروه، ثم كثر حتى استعمل بمعنى الإثم والكفر والقتال والإحراق والإزالة والصرف عن الشيء (النهاية 3 / 410).
Maksudnya:“(Secara bahasa maknanya) “Ujian… dan (kata fitnah) banyak penggunaannya dalam perkara yang tidak disukai, kemudian setelah itu banyak digunakan untuk makna-makna: dosa, kekafiran, perang, pembakaran, penghilangan dan memalingkan sesuatu.”
(Lihat: An-Nihayah 3/410)
Ibnul A’rabi telah meringkas makna-makna fitnah secara bahasa, iaitu:
“الفتنة الاختبار، والفتنة المحنة، والفتنة : المال، والفتنة الأولاد، والفتنة الكفر، والفتنة اختلاف الناس بالآراء والفتنة الإحراق بالنار” . (لسان العرب لابن منظور).
Maksudnya:“Fitnah bermakna ujian, fitnah bermakna cubaan, fitnah bermakna harta, fitnah bermakna anak-anak, fitnah bermakna kekafiran, fitnah bermakna perselisihan pendapat diantara manusia, fitnah bermakna pembakaran dengan api". (Lihat: Lisanul Arab, Ibnu Manzhur)
Adapun dari segi istilah ulama adalah seperti yang didefinasikan oleh Jurjani:
“Perkara yang dilakukan untuk mengetahui kebaikan atau keburukan sesuatu”.
Rujuk:
تعريفات الجرجاني. ( الفتنة )
الفتنة: ما يتبين به حال الإنسان من الخير والشر، يقال: فتنت الذهب بالنار، إذا أحرقته بها؛ لتعلم أنه خالص أو مشوب، ومنه: الفتانة، وهو الحجر الذي يجرب به الذهب والفضة.
Dimulai coretan ini dengan kata-kata Syeikh Ibnu ‘Athaillah al-Sakandari dalam kitab al-Hikam pada fasal yang ke 115 , Kata beliau:
لِيُخَفِّفْ أَلَمَ الْبَلاَءِ عَلَيْكَ عِلْمُكَ بِأَنَّهُ سُبْحَانَهُ هُوَ الْمُبْلِى لَكَ فَالَّذِى وَاجَهَتْكَ مِنْهُ الأَقْدَارُ هُوَ الَّذِى عَوَّدَكَ حُسْنَ الاَخْتِيَارِ
Maksudnya:"Seharusnya terasa ringan kepedihan bala yang menimpa kepadamu, kerana engkau mengetahui bahawa Allah yang menguji padamu, maka Tuhan yang menimpakan kepadamu takdir-Nya itu. Dia pula yang telah memberi kepadamu sebaik-baik apa yang dipilihkan untukmu. Hikam fasal 115
Sebagaimana firman Allah Subhanahuwata'ala yang mulia:
الَّذِي خَلَقَ الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ لِيَبْلُوَكُمْ أَيُّكُمْ أَحْسَنُ عَمَلًا ۚ وَهُوَ الْعَزِيزُ الْغَفُورُ
Maksudnya:"Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. Dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun". Al-Mulk ayat 2
(Yang menjadikan mati) di dunia (dan hidup) di akhirat, atau yang menjadikan mati dan hidup di dunia. Nuthfah pada asalnya sebagai barang mati, kemudian jadilah ia hidup; pengertian hidup ialah kerana ia mempunyai perasaan. Pengertian mati adalah kebalikannya. Pengertian lafal al-khalqu berdasarkan makna yang kedua ini berarti memastikan (supaya Dia menguji kamu) atau mencuba kamu di dalam kehidupan ini (siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya) maksudnya yang paling taat kepada Allah. (Dan Dia Maha Perkasa) di dalam melakukan pembalasan terhadap orang yang durhaka kepada-Nya (lagi Maha Pengampun) kepada orang yang bertaubat kepada-Nya.( Rujuk: Tafsir al-Jalalyn)
Juga firman Allah Subhanahuwata'ala yang mulia:
كُلُّ نَفْسٍ ذَائِقَةُ الْمَوْتِ ۗ وَنَبْلُوكُمْ بِالشَّرِّ وَالْخَيْرِ فِتْنَةً ۖ وَإِلَيْنَا تُرْجَعُونَ
Maksudnya:"Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan. Al-Anbiya Ayat 35.
(Tiap-tiap yang berjiwa itu akan merasakan mati) di dunia (dan Kami akan menguji kalian) mencuba kamu (dengan keburukan dan kebaikan) seperti miskin, kaya, sakit dan sihat (sebagai cobaan) kalimat ini menjadi Maf'ul Lah, maksudnya supaya Kami melihat, apakah mereka bersabar dan bersyukur ataukah tidak. (Dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan) kemudian Kami akan membalas kamu. ( Rujuk: Tafsir al-Jalalyn)
Juga firman Allah Subhanahuwata'ala yang mulia:
وَمَا أَرْسَلْنَا قَبْلَكَ مِنَ الْمُرْسَلِينَ إِلَّا إِنَّهُمْ لَيَأْكُلُونَ الطَّعَامَ وَيَمْشُونَ فِي الْأَسْوَاقِ ۗ وَجَعَلْنَا بَعْضَكُمْ لِبَعْضٍ فِتْنَةً أَتَصْبِرُونَ ۗ وَكَانَ رَبُّكَ بَصِيرًا
Maksudnya:"Dan Kami tidak mengutus rasul-rasul sebelummu, melainkan mereka sungguh memakan makanan dan berjalan di pasar-pasar. Dan kami jadikan sebahagian kamu cobaan bagi sebahagian yang lain. Mahukah kamu bersabar?; dan adalah Tuhanmu maha Melihat". Al-Furqan ayat 20.
(Dan Kami tidak mengutus rasul-rasul sebelum kamu, melainkan mereka sungguh memakan makanan dan berjalan di pasar-pasar) maka kamu adalah sama seperti mereka dalam hal ini. Maksudnya, telah dikatakan pula hal yang serupa terhadap mereka, sebagaimana apa yang dikatakan kepadamu sekarang ini. (Dan Kami jadikan sebagian kamu cobaan/ujian bagi sebagian yang lain) yakni orang yang kaya dicoba/diuji dengan adanya orang fakir dan orang yang sihat dicoba/diuji dengan adanya orang yang sakit, dan orang yang terhormat dicoba/diuji dengan adanya orang yang rendah. Maka golongan yang kedua dari orang-orang tadi mengatakan, 'Mengapa aku tidak seperti dia dalam segala hal?' (Mahukah kamu bersabar?) di dalam menghadapi perkataan yang kamu dengar dari orang-orang yang kamu mendapat ujian dari mereka. Istifham atau kata tanya di sini mengandung erti perintah, maksudnya bersabarlah kamu (dan adalah Rabbmu Maha Melihat") terhadap orang-orang yang sabar dan yang tidak sabar.( Rujuk: Tafsir al-Jalalyn).
Juga firman Allah Subhanahuwata'ala yang mulia:
إِنَّمَا أَمْوَالُكُمْ وَأَوْلَادُكُمْ فِتْنَةٌ ۚ وَاللَّهُ عِنْدَهُ أَجْرٌ عَظِيمٌ
Maksudnya:"Sesungguhnya hartamu dan anak-anakmu hanyalah cobaan (bagimu), dan di sisi Allah-lah pahala yang besar".
Al-Tagabun Ayat 15
(Sesungguhnya harta kamu dan anak-anak kamu hanyalah ujian/cubaan) bagi kamu yang melupakan kamu dari perkara-perkara akhirat (dan di sisi Allah lah pahala yang besar) maka janganlah kamu lewatkan hal ini, kerana kamu sibuk dengan harta benda dan anak-anak kamu. (Rujuk: Tafsir al-Jalalyn).
Diantara tanda kekuasaan Allah Subhanahuwata'ala dan kehebatan pentadbiran-Nya adalah jelas kelihatan pada mati dan hidup. Sunnah الْمَوْتَ وَالْحَيَاةَ dipamerkan kepada manusia bersama matlamat yang diciptakan kerananya adalah untuk menguji siapakah manusia yang paling baik amalannya.
Kehidupan insan di dunia ini akan selalu berhadapan dengan kesusahan dan ujian Dan hidup di dunia ini tidak pernah mencatatkan adanya orang terselamat daripada ujian. Justeru itu, manusia tidaklah seharusnya hilang pedoman dalam hidup bagi memastikan diri mereka lulus ujian kerana ujian tidak mengenal kedudukan atau memilih antara seorang dengan seorang yang lain.
Tidak akan ada habisnya jika memperbincangkan masalah-masalah kehidupan yang ada di sekitar kita. Setiap insan memiliki pengalaman hidup yang berbeza-beza dalam menghadapi setiap persoalan yang datang silih berganti.
Ada yang diuji dengan penderitaan sakit dan tekanan perasaan. Ada kala diuji kehilangan orang disayangi, dihimpit dengan keperitan keewangan, berhadapan kebencian orang dan pelbagai ujian lagi. Orang yang baik akan diuji, orang jahat juga diuji, begitu juga Mukmin dan kafir juga diuji. Keadilan pemimpin diuji, kesetiaan rakyat juga diuji. Hidup dan mati itu juga adalah ujian daripada Allah Subhanahuwata'ala.
Hidup ini akan selalu bergandengan dengan masalahnya. Bagi manusia yang diberi kuasa, kehilangan kuasa adalah sesuatu yang tidak disukainya. Dimuliakan, diangkat darjat serta dipuji menjadi rebutan semua orang. Sebenarnya, yang baik dan buruk itu sangat relatif kerana ada keburukan yang membawa kebaikan, begitulah sebaliknya.
Setiap yang diberi hidup pasti akan mendapatkan bahagiannya dalam hal ujian. Juga tidak ada kesempatan untuk mengelak dari apa yang sudah ditetapkan. Juga tidak ada yang dapat menghindari dari apa yang telah ditakdirkan. Masing-masing di antara manusia mendapatkannya secara adil dan merata.
Andaikata! Jika terdapat seorang insan yang mampu berbuat baik secara sempurna dalam beribadah kepada Allah Subhanahuwata'ala dan berkelayakan dalam memberikan manfaat bagi hamba-hamba-Nya yang lain, maka sebenarnya baginya adalah bahagian yang besar berupa ujian rahmat dari sisi Allah Subhanahuwata'ala.
Apapun ujian yang dihadapi, baik itu masalah peribadi, masaalah keluarga, perjuangan untuk kemaslahatan umat atau menegakkan agama Allah, kesemuanya memerlukan sikap cermat dan kesabaran yang utuh. Justeru itu, bagi mereka yang beriman kepada Allah pasti akan berusaha sekuat tenaga untuk menyelesaikannya beserta dengan memohon pertolongan dari Allah Subhanahuwata'ala.
Bagi insan yang beriman kepada Allah dan juga beriman kepada hari akhirat, mereka sentiasa berkeyakinan bahawa Allah Ta’ala senantiasa memberikan yang terbaik kepada makhluk-Nya. Potensi dan kelebihan melekat pada diri manusia. Meski demikian, manusia memiliki kesempatan untuk menjadi dirinya sendiri.
Orang Mukmin tidak akan berasa kecewa dengan sesuatu yang luput dan hilang daripada sisinya, dia tidak berasa resah dengan ujian yang menimpanya kerana semua terjadi dengan izin dan takdir Allah Subhanahuwata'ala. Segala keputusan Allah Subhanahuwata'ala adalah baik sekalipun manusia melihat sebaliknya. Keyakinan ini seperti yang dicatat dalam firman Allah Subhanahuwata'ala yang berikut:
وَعَسَىٰ أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَهُوَ خَيْرٌ لَكُمْ ۖ وَعَسَىٰ أَنْ تُحِبُّوا شَيْئًا وَهُوَ شَرٌّ لَكُمْ ۗ وَاللَّهُ يَعْلَمُ وَأَنْتُمْ لَا تَعْلَمُونَ
Maksudnya:".....Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui".Al-Baqarah ayat 216
Juga sebagaimana firman Allah Subhanahuwata'ala yang berikut:
أَنْ تَكْرَهُوا شَيْئًا وَيَجْعَلَ اللَّهُ فِيهِ خَيْرًا كَثِيرًا
Maksudnya:"....kerana mungkin kamu tidak menyukai sesuatu, padahal Allah hendak menjadikan padanya kebaikan yang banyak. Al-Nisa Ayat 19
Mengingatkan hakikat inilah Nabi Sallallahu‘alaihiwasallam mengajar satu doa, dari Abdullah bin Umar, dia berkata, “Di antara doa Rasulullah Sallallahu‘alaihiwasallam adalah:
اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنْ زَوَالِ نِعْمَتِكَ وَتَحَوُّلِ عَافِيَتِكَ وَفُجَاءَةِ نِقْمَتِكَ وَجَمِيعِ سَخَطِكَ
Maksudnya:"Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung kepada-Mu dari hilangnya kenikmatan yang telah Engkau berikan, dari berubahnya kesihatan yang telah Engkau anugerahkan, dari siksa-Mu yang datang secara tiba-tiba, dan dari segala kemurkaan-Mu". Riwayat Muslim 2739.
Namunpun begitu, tidak semua kenikmatan itu terdapat kebaikan. Terkadang boleh saja berlaku, apabila seseorang itu mendapat nikmat yang banyak, dapat berakibatkan kepada sikap yang melampau sebagaimana dinyatakan dalam firman Allah Subhanahuwata'ala:
وَلَوْ بَسَطَ اللَّهُ الرِّزْقَ لِعِبَادِهِ لَبَغَوْا فِي الْأَرْضِ وَلَٰكِنْ يُنَزِّلُ بِقَدَرٍ مَا يَشَاءُ ۚ إِنَّهُ بِعِبَادِهِ خَبِيرٌ بَصِيرٌ
Dan jikalau Allah melapangkan rezeki kepada hamba-hamba-Nya tentulah mereka akan melampaui batas di muka bumi, tetapi Allah menurunkan apa yang dikehendaki-Nya dengan ukuran. Sesungguhnya Dia Maha Mengetahui (keadaan) hamba-hamba-Nya lagi Maha Melihat. Al- Syura ayat 27
Nikmat yang banyak juga terkadang boleh menjadkan seseorang itu lupa akan peringatan Allah Subhanahuwata'ala. Sebagaimana firman Allah Subhanahuwata'ala:
فَلَمَّا نَسُوا مَا ذُكِّرُوا بِهِ فَتَحْنَا عَلَيْهِمْ أَبْوَابَ كُلِّ شَيْءٍ حَتَّى إِذَا فَرِحُوا بِمَا أُوتُوا أَخَذْنَاهُمْ بَغْتَةً فَإِذَا هُمْ مُبْلِسُونَ
Maksudnya: Kemudian apabila mereka melupakan apa yang telah diperingatkan mereka dengannya, Kami bukakan kepada mereka pintu-pintu segala kemewahan dan kesenangan, sehingga apabila mereka bergembira dan bersuka-ria dengan segala nikmat yang diberikan kepada mereka, Kami timpakan kepada mereka secara mengejut (dengan bala bencana yang membinasakan), maka mereka pun berputus asa (dari mendapat sebarang pertolongan). Al-An’am ayat 44
Al-Maraghi berkata: “Semua pintu kesenangan itu dibuka sebagai cubaan dan ujian bagi mereka, yang menyebabkan sebahagian daripada mereka ada yang lupa daratan dan semakin zalim, bukannya mereka bertambah bersyukur kepada Allah Subhanahuwata'ala. Kesenangan itu kemudiannya bertukar menjadi bala bencana dan menjadi fitnah.”
Sebagaimana yang dikisahkan tentang hal penduduk Saba’ di Yaman pada zaman dahulu Yang telah diberikan dengan kelebihan dari segi keduniaan. Kemudian Allah Subhanahuwata'ala mengutus kepada mereka rasul-rasul yang memerintahkan kepada mereka agar memakan rezeki Allah dan bersyukur kepada-Nya dengan cara mengesakan dan menyembah-Nya; mereka tetap diseru oleh para rasul selama masa yang dikehendaki oleh Allah Subhanahuwata'ala. Akan tetapi mereka berpaling dari apa yang diperintahkan oleh para rasul kepada mereka. Akhirnya mereka diazab dengan didatangkan kepada mereka banjir besar yang memporak-porandakan seluruh negeri, sebagaimana Firman Allah Subhanahuwata'ala:
فَأَعْرَضُوا فَأَرْسَلْنَا عَلَيْهِمْ سَيْلَ الْعَرِمِ وَبَدَّلْنَاهُمْ بِجَنَّتَيْهِمْ جَنَّتَيْنِ ذَوَاتَى أُكُلٍ خَمْطٍ وَأَثْلٍ وَشَيْءٍ مِنْ سِدْرٍ قَلِيلٍ
Maksudnya: Maka mereka berpaling ingkar, lalu Kami hantarkan kepada mereka banjir yang membinasakan, dan kami gantikan dua kumpulan kebun mereka (yang subur) itu dengan dua kumpulan kebun yang berisi pohon-pohon yang pahit buahnya, dan pohon-pohon yang jarang berbuah, serta sedikit pohon-pohon bidara.
Surah Saba’ ayat 16).
Al-Tabari mengatakan bahawa sesudah mereka mengambil sikap tidak mahu percaya kepada para rasul Allah Subhanahuwata'ala, maka datanglah banjir besar yang menyebabkan runtuhan empangan yang membendung takungan air banjir yang telah digunakan untuk menyiram pokok dan tanaman yang subur itu dan menenggelamkan kebun buah-buahan mereka, lalu bumi tempat tumbuhnya kebun itu menjadi rosak binasa (Al-Qurtubi, 14:286). Setelah itu bumi hanya menghasilkan buah-buahan yang tidak berguna dan tidak sedap dimakan.
Hal ini sebaliknya kepada orang yang beriman. Bagi mereka, pintu kesenangan dibuka oleh Allah Subhanahuwata'ala supaya mereka bersyukur kepada-Nya dan berterima kasih di atas anugerah-Nya. Lalu mereka menggunakan kesemua itu dengan amalan-amalan kebaikan dan bukannya amalan-amalan yang mendapat balasan yang berupa pertambahan nikmat di dunia dan pahala yang baik di akhirat kelak.
Begitu pula ada sebahagian manusia disaat dihadapkan pada masalah hidup, akan menjadi nyata dan tampak akan sifat kemanusiaannya. Apabila berhadapan persoalan hidup yang susah dan rumit orang cenderung mengeluh dan berkecil hati, seakan hidup ini tidak adil. Ada orang yang akan menjadi beranggapan negatif terhadap Tuhan. Mereka akan berkata:
“Mengapa kesusahan hidup selalu menimpaku?”, atau dengan ungkapan lain “Bilakah hidup keluargaku akan sejahtera dan berkecukupan?”. Pertanyaan semacam itu sangat mungkin akan muncul dalam kehidupan setiap orang.
Berkenaan dengan sifat manusia ini, Allah Ta'ala ada memberikan penjelasan dalam firman-Nya:
فإذا مسّ الإنسان ضرّ دعانا ثمّ إذا خوّلناه نعمة منّا قال إنّما أوتيته على علم بل هى فتنة ولكنّ أكثرهم لا يعلمون
“Maka apabila manusia ditimpa bahaya ia menyeru Kami, kemudian apabila Kami berikan kepadanya nikmat dari Kami ia berkata: “Sesungguhnya aku diberi nikmat itu hanyalah kerana kepintaranku”. Sebenarnya itu adalah ujian, tetapi kebanyakan mereka itu tidak mengetahui.” Az-Zumar ayat 49
Terhadap segala macam kenikmatan dan ujian yang datang, manusia memiliki pilihannya sendiri. Siapapun boleh melakukannya, antara bersyukur, mengeluh,bersabar hingga malahan kufur. Setiap pilihan membawa akibat tersendiri bagi pelakunya.
Allah Azza wa Jalla berfirman dalam hadith qudsi:
اِبْنَ آدَمَ ، إِنْ صَبَرْتَ وَاحْتَسَبْتَ عِنْدَ الصَّدْمَةِ الأُوْلَى ، لَمْ أَرْضَ ثَوَابًا دُوْنَ الْجَنَّةِ
Maksudnya: "Wahai anak Adam, jika engkau sabar dan mencari ganjaran pada saat awal musibah (yang menimpa), maka Aku tidak meredhai pahala bagimu selain surga. Rieayat Ibnu Majah, 1597. Hasan.
Maksud hadith di atas adalah, apabila seorang hamba redha dengan musibah yang menimpanya, maka Allâh akan redha memberikan pahala kepadanya dengan syurga.
Firman Allah Subhanahuwata'ala,
إِنَّمَا يُوَفَّى الصَّابِرُونَ أَجْرَهُمْ بِغَيْرِ حِسَابٍ
Maksudnya:"....Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah Yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas". Al-Zumar ayat 10.
Sudah menjadi ketentuan Allah Subhanahuwata'ala, setiap usaha besar tidak akan berhasil kecuali dengan keteguhan hati dan kesungguhan. Kunci semua itu adalah sifat sabar dan sesiapa yang bersabar, maka pasti telah mengikut ketentuan Allah.
Di manapun dan bilapun manusia akan tetap menemui ujian sesuai dengan apa yang telah Allah Ta’ala tetapkan. Ketentuan-Nya berlaku bagi siapapun tanpa terkecuali. Terhadap ujian yang diberikan itu hendaknya manusia berfikir dan merenungi akan hikmah dan pelajaran berharga di balik setiap ujian yang datang. Adakah itu peringatan, cobaan atau malah hukuman?
No comments:
Post a Comment