Hukum solat keatas orang gila yang on off(sekejap siuman dan sekejap gila)
Solat adalah merupakan salah satu daripada rukun Islam dan solat juga merupakan perkara pertama yang akan ditanya di akhirat kelak oleh Allah Subhanahuwata'ala, sebagaimana keterangan dari hadith berikut
وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ – رَضِيَ اللهُ عَنْهُ – ، قَالَ : قاَلَ رَسُولُ اللهِ – صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ – : (( إنَّ أَوَّلَ مَا يُحَاسَبُ بِهِ العَبْدُ يَوْمَ القِيَامَةِ مِنْ عَمَلِهِ صَلاَتُهُ ، فَإنْ صَلُحَتْ ، فَقَدْ أفْلَحَ وأَنْجَحَ ، وَإنْ فَسَدَتْ ، فَقَدْ خَابَ وَخَسِرَ ، فَإِنِ انْتَقَصَ مِنْ فَرِيضَتِهِ شَيْءٌ ، قَالَ الرَّبُ – عَزَّ وَجَلَّ – : اُنْظُرُوا هَلْ لِعَبْدِي مِنْ تَطَوُّعٍ ، فَيُكَمَّلُ مِنْهَا مَا انْتَقَصَ مِنَ الفَرِيضَةِ ؟ ثُمَّ تَكُونُ سَائِرُ أعْمَالِهِ عَلَى هَذَا )) رَوَاهُ التِّرمِذِيُّ ، وَقَالَ : (( حَدِيثٌ حَسَنٌ ))
Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu berkata, Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Sesungguhnya amal yang pertama kali dihisab pada seorang hamba pada hari kiamat adalah solatnya. Maka, jika solatnya baik, sungguh ia telah beruntung dan berhasil. Dan jika solatnya rosak, sungguh ia telah gagal dan rugi. Jika berkurang sedikit dari solat wajibnya, maka Allah Ta’ala berfirman, ‘Lihatlah apakah hamba-Ku memiliki solat sunnah.’ Maka disempurnakanlah apa yang kurang dari solat wajibnya. Kemudian begitu pula dengan seluruh amalnya.” (Riwayat Tirmizi, ia mengatakan hadits tersebut hasan.) [Riwayat Tirmizi, no. 413 dan An-Nasa’i, no. 466. Al-Hafizh Abu Thahir mengatakan bahwa hadith ini sahih.]
Diantara syarat wajib dan syarat sah solat adalah,
1-Orang Islam.
2-Baligh.
3-Berakal.
4-Suci- samaada lelaki atau perempuan.
Rujuk al-Fiqh al-Manhaji,1/135
Oleh itu ia tidak diwajibkan ke atas orang-orang kafir iaitu kewajipan yang dituntut di dunia ini. Ini kerana ia tidak sah dutunaikan oleh mereka. Walau bagaimanapun ia tetap wajib ke atas mereka dengan suatu kewajipan yang menyebabkan mereka menerima balasan diakhirat. Ini kerana mereka mampu dan boleh mendirikan solat dengan memeluk Islam, Sebagaimana Firman Allah Subhanahuwata'ala,
مَا سَلَكَكُمْ فِى سَقَرَ (٤٢ - 42) قَالُوا۟ لَمْ نَكُ مِنَ ٱلْمُصَلِّينَ (٤٣ - 43) وَلَمْ نَكُ نُطْعِمُ ٱلْمِسْكِينَ (٤٤ - 44) وَكُنَّا نَخُوضُ مَعَ ٱلْخَآئِضِينَ (٤٥ - 45) وَكُنَّا نُكَذِّبُ بِيَوْمِ ٱلدِّينِ (٤٦ - 46) حَتَّىٰٓ أَتَىٰنَا ٱلْيَقِينُ (٤٧ - 47)
Maksudnya: ""Apakah yang menyebabkan kamu masuk ke dalam (neraka) Saqar?. Orang-orang yang bersalah itu menjawab: "Kami tidak termasuk dalam kumpulan orang-orang yang mengerjakan sembahyang; Dan kami tidak pernah memberi makan orang-orang miskin; Dan kami dahulu selalu mengambil bahagian memperkatakan perkara yang salah, bersama-sama orang-orang yang memperkatakannya; Dan kami sentiasa mendustakan hari pembalasan, Sehinggalah kami didatangi oleh perkara yang tetap diyakini". Al-Muddasthir: 42-47.
Rujuk al-Fiqh al-Manhaji,1/136
Salah satu syarat wajib solat ialah berakal,Ini kerana hukum-hukum syara’ adalah berkaitrapat dengan akal. Maksudnya tidak wajib solat bagi orang yang tidak berakal. Contoh hilang akal ialah seperti mabuk, gila, pitam dan pengsan. Tidur tidak termasuk dalam kategori hilang akal.
Ini dinyatakan di dalam sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Ali bin Abi Thalib RA, bahawa Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:
رُفِعَ الْقَلَمُ عَنْ ثَلَاثَةٍ: عَنِ النَّائِمِ حَتَّى يَسْتَيْقِظَ، وَعَنِ الصَّبِيِّ حَتَّى يَحْتَلِمَ، وَعَنِ الْمَجْنُونِ حَتَّى يَعْقِلَ
Maksudnya: “Telah diangkat pena dari tiga golongan: daripada orang yang tidur sehingga dia bangun, daripada bayi sehingga dia baligh dan daripada orang gila sehingga dia sedar”. [Riwayat Abu Daud (4403)
Jika masuk waktu solat itu dia hilang akal, maka tidak wajib solat baginya hinggalah dia sembuh,kerana pada waktu itu akal mereka telah hilang.Jika dia sembuh dalam waktu solat, maka baginya wajib solat itu. Jika tidak sembuh-sembuh hingga luput waktu atau jika ingatannya dalam keadaan tidak baik maka solat pada waktu itu tidak wajib ditunaikan dan tidak perlu diqadha’ solat yang ditinggalkan ketika itu.
Para ulama’ mengqiyaskan setiap orang yang hilang akal mereka dengan orang yang gila samada dalam tempoh masa yang sekejap atau lama. Jika ia sembuh dan berbaki masa untuknya solat (bertakbir) maka wajib baginya solat. Akan tetapi, tidak wajib dia mengqadha’kan solat dalam tempoh tersebut (hilang akal).Rujuk al-Fiqh al-Manhaji,1/136
Maksud tempoh yang lama:
Sekiranya mengikut uruf, jika seseorang itu telah hilang akalnya dalam tempoh yang lama maka pada waktu itu tidak wajib baginya untuk solat dan tidak wajib juga bagi dia untuk mengqadhakan solat yang ditinggalkan dalam tempoh hilang akal tersebut.
Namunpun begitu, jika dia telah sedar atau siuman dan waktu solat masih berbaki lagi maka wajib baginya untuk menunaikan solat pada waktu yang berbaki tersebut.
Maksud tempoh yang sekejap:
Sekiranya mengikut uruf,jika seseorang itu hilang akalnya dalam tempoh yang sekejap maka wajib dia solat bagi waktunya masih berbaki dan sebaik-baiknya dia mengqadhakan solat yang ditinggalkan dalam tempoh tersebut jika hal tersebut tidak menyukarkannya.
No comments:
Post a Comment