Saturday, December 21, 2019

Tiada sesuatu yang sangat berguna bagi hati sebagaimana menyendiri untuk masuk ke medan tafakur


Tiada sesuatu yang sangat berguna bagi hati sebagaimana menyendiri untuk masuk ke medan tafakur

Kata Ibn Athaillah As Sakandari:
مانفعَ القَلبَ شَيءٌ مثلُ عُزْلةٍ يَدْخُلُ بها ميدان فِكرةٍ
“Tidak ada sesuatu yang sangat berguna bagi hati [jiwa], sebagaimana menyendiri yang memasuki medan tafakur.” Hikam Fasal 12
قَلب   -Kekuatan yang disediakan untuk menerima ilmu.

عُزْلةٍ -Perjalanan hati kepada kudrat Tuhan atau bersendiriannya hati dengan Allah Subhanahuwata’ala.

فِكرةٍ  -Berfikir tentang perkara-perkara yang mendekatkan dirinya kepada makrifat zat Allah Subhanahuwata’ala dan menyandarkannya sebagai hamba yang menjadi  milik Allah Subhanahuwata’ala inilah hakikat kemanusiaan dan siapa kita yang sebenarnya.

Tidak ada yang memberi munafaat kepada hati selain dengan beruzlah(عُزْلةٍ) yang mesti digabungkan dengan pemikiran.Hati akan menjadi baik dan mendapat manfaat dengan beruzlah melalui jalan tafakur,akan tetapi mestilah memilih dimulakan dengan belajar atau berguru.
Ibn ‘Ataillah mengungkapkan perkataan عُزْلةٍ dengan nakirah. Ia memberi maksud sedikit dan bermakna hati tidak mendapat sedikit dari عُزْلةٍ dan bukan bermaksud berterusan. Dengan ibarat yang lain ia bermaksud supaya manusia tidak menjadikan عُزْلةٍ sebagai sistem kehidupan dengan menjauhkan diri daripada masyarakat, bersembunyi atau bertapa di gua.Sebagaimana kata ulama
لَارَهْبَا نِيَّةَ فِي الإسلام
Maksudnya: Tidak ada pertapaan dalam Islam (Ibn Abi Syaibah)

Syeikh al-Buti berkata: “sayugia kita memerhatikan bahawa Ibn ‘Ataillah menggunakan perkataan perkataan عُزْلةٍ dengan nakirah( عُزْلةٍ) dan tidak dalam bentuk makrifah (العُزْلةٍ), ini kerana nakirah dan makrifah terdapat perbezaan yang begitu seni dan halus dari segi maknanya. عُزْلةٍ jika dinakirahkan menunjukkkan sedikit sedangkan jika dimakrifahkan (العُزْلةٍ) menunjukkan banyak. Dan dalam erti kata yang lain ialah uzlah tidaklah menjadi manhaj (cara) hidup kesemuannya sehingga memulaukan manusia dan masyarakat.

Dengan kata lain, عُزْلةٍ bukanlah matlamat tetapi sebagai jalan untuk mengkaji dan berfikir. Justeru itu, Ibn ‘Atillah menyeru dua perkara sebagai mukaddimah, iaiitu:
1  1-    Uzlah (عُزْلةٍ)
2  2-    Tafakkur (فِكرةٍ)

Uzlah (عُزْلةٍ) akan selamat daripada penipuan,manakala fikrah (فِكرةٍ) akan membawa cahaya. Uzlah (عُزْلةٍ) seperti kata Syeikh Zarruq: “Rumah fikrah (فِكرةٍ) yang mendatangkan hikmah.

Syeikh Abu Hasan berkata:

ثَمارُ العُزْلَةِ الظَفِرُ بِمَوَاهِبِ المِنَّةِ وَهِيَ أَربعة كَشْفُ آلغِطاءِ ونَزْلُ الرحمَةِ وَتَحَقُّقُ احمَحَبَّةِ وَلِسَانُ الصِّدْقِ فِي الكلِمَةِ

Maksudnya: “Buah hasil dari uzlah ialah kejayaan mendapat empat kurniaan iaitu,: Dibukakan segala kesamaran, diturunkan rahmat,terlaksana mahabbah(cinta) dan lidah yang benar dalam percakapan”.

Syeikh Ibn ‘Ajibah berkata:
Maksudnya:”Khalwah (mengasingkan diri) mempunyai 10 faedah:n mengambil iktibar.
1    1-    Selamat dari keburukan lidah.
2     2-    Terpelihara mata.
3    3-    Terpelihara hati daripada Riya’.
4    4-    Menghasilkan zuhud di dunia dan berapangkan dada.
5    5-    Selamat dari bersahabat dengan orang jahat.
6    6-  Mempunyai ruang untuk beribadah,berzikir dan berazam untuk meningkatkan ketakwaan and kebajikan.
7    7-    Menikmati kemansan dan ketaatan.
8    8-    Merehatkan hati dan badan.
9   9-    Terpelihara diri dan agama daripada berhadapan dengan perkara-perkara buruk dan perbalahan yang menyebabkan berhadapan dengan kesalahan.
1  10- Ia sebahagian daripada pengukuhan ibadah dengan berfikir dan mengambil iktibar. Itulah maksud yang paling besar.

 Allah Taala berfirman:

وَفِي أَنفُسِكُمْ ۚ أَفَلَا تُبْصِرُونَ
Maksudnya: Dan juga pada diri kamu sendiri. Maka mengapa kamu tidak mahu melihat serta memikirkan (dalil-dalil dan bukti itu)? (Surah al-Dzariyat, 51:21)
Daripada Ibn Abbas, sabda Rasulullah Sallahu’alaihiwasallam:

تفكَّرُوا فِي خَلْقِ اللهِ ولَا تَفَكَّرُوا فِي اللهِ
Maksudnya: Berfikirlah kamu tentang makhluk Allah, dan janganlah kamu berfikir tentang (Zat) Allah. Sahih Al-Jami’ al-Saghir (2976). Hadith Hasan

Syeikh Junaid al-Baghdadi berkata:
أشْرَفُ المَجَالِسِ مَعَل الفِكْرَةِ فِيْ مِدَنِ تَوحِيدِ
Maksudnya;”Semulia-mulia majlis fikir itu  ialah dalam bidang tauhid”.
Ka’ab berkata:
مَنْ أَرَادَ شَرَفَالأخِرَةِ فَلْيُكثِرْمِنْ التَفَكُّرِ
Maksudnya: “Sesiapa yang inginkan kemulian akhirat maka perbanyakkan berfikir”.
ِجْتَمَعَ الخيْرُ كُلُّهُ فِي هَذِهِ الأَربَعِ خَصَالٌ، وَبِهَا صَارَ أَلأَبْدَالُ أَبْدَالًا، خِمَاصُ البُطُونِ والصُّمتُ والخَلوةَ والسَّهَرَ
Maksudnya:”Terhimpun segala kebaikan pada empat perkara: Maka dengannyalah boleh berganti-ganti iaitu mengosongkan perut(puasa), diam, khalwah, dan berjaga malam untuk beribadah”.

Syeikh Zarrauk berkata: Pemikiran berkisar kepada empat bahagian:
1  1-    Ada kejadian dan penciptaan bagi memastikan apa yang ditunjukkan ke atasnya dan memastikan dengannya.
2   2- Ada shahwat yang dilarang daripada maqsadnya sehingga kembali supaya tidak derhaka.
3 3-Berlaku kelalaian yang menyimpang daripada kemahuan sehingga tidak mampu mempertahankan kebenaran.
4   4-   Berlaku kelemahan dalam tindakan sehingga tidak menyimpang daripada kefahaman.

No comments:

Post a Comment

Tetap istiqomah walaupun di luar bulan Ramadhan.

Tetap istiqomah walaupun di luar bulan Ramadhan. Istiqomah dalam mengerjakan amal soleh merupakan satu sikap yang penting dalam kehidupan se...