Mencari Rahmat Allah dalam majlis zikir
Rahmat merupakan salah satu daripada sifat Allah Subhanahuwata'ala dan sifat ini banyak disebutkan di dalam al-Quran. Antaranya:
Firman Allah Subhanahuwata'ala:
فَلَوْلَا فَضْلُ اللَّـهِ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَتُهُ لَكُنتُم مِّنَ الْخَاسِرِينَ
Maksudnya: “Maka jika tidak kerana limpah kurnia Allah dan belas kasihan-Nya kepada kamu (dengan membuka pintu taubat), nescaya menjadilah kamu daripada golongan orang-orang yang rugi.”(al-Baqarah:64)
Firman Allah Subhanahuwata'ala:
يَخْتَصُّ بِرَحْمَتِهِ مَن يَشَاءُ ۗ وَاللَّـهُ ذُو الْفَضْلِ الْعَظِيمِ
Maksudnya: “Allah menentukan pemberian rahmat-Nya itu kepada sesiapa yang dikehendaki-Nya dan (ingatlah), Allah mempunyai limpah kurnia yang besar.”(al-Imran:74)
Kedua-dua ayat di atas menunjukkan bahawa Allah Subhanahuwata'ala menisbahkan sifat rahmat kepada diri-Nya dan sifat ini meliputi sekalian alam atau sekalian makhluk-Nya. Kesan sifat rahmat daripada Allah ini akan diperolehi dan dirasai oleh setiap hamba itu apabila dia melaksanakan segala ketaatan dan kewajipan yang telah ditetapkan oleh Allah Subhanahuwata'ala, di samping meninggalkan segala larangan dan maksiat. Dengan cara itulah, rahmat Allah ke atas hamba itu akan dirasai.
Daripada Abu Hurairah dan Abu Said al-Khudri R.anhuma, bahawa Nabi Sallahu'alaihiwasallam bersabda:
لَا يَقْعُدُ قَوْمٌ يَذْكُرُونَ اللهَ عَزَّ وَجَلَّ إِلَّا حَفَّتْهُمُ الْمَلَائِكَةُ، وَغَشِيَتْهُمُ الرَّحْمَةُ، وَنَزَلَتْ عَلَيْهِمِ السَّكِينَةُ وَذَكَرَهُمُ اللهُ فِيمَنْ عِنْدَهُ
Maksudnya: “Tidaklah sesuatu kaum yang duduk berkumpul untuk mengingati Allah melainkan akan dinaungi oleh para malaikat, dilimpahkan kepada mereka rahmat dan akan diturunkan kepada mereka sakinah (ketenangan) serta Allah Subhanahuwata'ala akan menyebut mereka di hadapan para makhluk yang ada di sisi-Nya.” [Hadith Riwayat Muslim (2700)]
Apakah Yang dimaksudkan dengan zikir?
Dari segi bahasa(Etimologi) zikir (ذِكْرٌ) maknanya adalah sesuatu yang sering diucapkan lisan.
( Lihat :Al-Qamus Al-Muhith hal. 507 dan Lisaanul-‘Arab 5/48. ).
Dan terkadang dimaksudkan untuk menghafal sesuatu. Ar-Raghiib Al-Asfahaaniy menjelaskan makna Al-zikir dalam kitabnya Al-Mufradaat sebagai berikut:
الذكر : تارة يقال ويراد به : هيئة للنفس بها يمكن للإنسان أن يحفظ ما يقتنيه من المعرفة ، وهو كالحفظ إلا أن الحفظ يقال اعتباراً باحترازه ، والذكر يقال اعتباراً باستحضاره . وتارة يقال لحضور الشيء القلب أو القول . ولذلك قيل منهما ضربان : ذكر عن نسيان . وذكر لا عن نسيان ، بل عن إدامة الحفظ
“Al-Zikr: kadangkala yang dimaksudkan dengannya adalah satu keadaan yang terjadi pada diri seseorang yang dengannya ia boleh tenang dan merasa puas untuk menghafal suatu pengetahuan. Istilah zikir sama halnya dengan menghafal, hanya saja bezanya dalam menghafal mengandung makna menyimpan, sedangkan zikir mengandungi makna mengingat. Dan terkadang zikir bermakna mendatangkan sesuatu, baik berupa perkataan mahupun perbuatan. Oleh kerananya, zikir boleh berarti mengingat dari kelupaan, dan zikir (mengingat) itu tidak hanya disebabkan kerana lupa, tapi justeru kerana ingat maka berzikir” (Lihat Al-Mufradaat, hal. 328)
Dari segi istilah (Terminologi), zikir maknanya adalah :
كل قول سيق للثناء والدعاء . أي ما تعبدنا الشارع بلفظ منا يتعلق بتعظيم الله والثناء عليه ، بأسمائه وصفاته ، وتمجيده وتوحيده ، وشكره وتعظيمه ، أو بتلاوة كتابه ، أو بمسألته ودعائه
“Setiap perkataan yang diungkapkan untuk menyanjungi, berdoa, ertinya segala perkataan (wirid) yang kita ucapkan dalam rangka beribadah kepada Allah ta’ala untuk mengagungkan-Nya, menyanjung-Nya dengan menyebut nama-nama dan sifat-sifat-Nya, mengesakan-Nya, dan mensyukuri-Nya, atau dengan membaca Al-Qur’an, atau dalam rangka memohon dan meminta kepada-Nya”.(Al-Mausu’ah Al-Fiqhiyyah, 21/220 dan Al-Futuuhaat Ar-Rabbaniyyah, 1/18.)
Al-Hafiz Ibnu Hajar Al-Asqalaani rahimahullah berkata :
والمراد بالذكر هنا الإتيان بالألفاظ التي ورد الترغيب في قولها والإكثار منها مثل الباقيات الصالحات وهي "سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله أكبر" وما يلتحق بها من الحوقلة والبسملة والحسبلة والاستغفار ونحو ذلك والدعاء بخيري الدنيا والآخرة، ويطلق ذكر الله أيضا ويراد به المواظبة على العمل بما أوجبه أو ندب إليه كتلاوة القرآن وقراءة الحديث ومدارسة العلم والتنفل بالصلاة،
“Dan yang dimaksud dengan zikir adalah mengucapkan dan memperbanyak segala bentuk lafaz yang di dalamnya berisi tentang khabar gembira, seperti kalimat : سبحان الله والحمد لله ولا إله إلا الله والله أكبر dan yang semisalnya, doa untuk kebaikan dunia dan akhirat. Dan termasuk juga zikir kepada Allah adalah segala bentuk aktiviti amal salih yang hukumnya wajib ataupun sunat, seperti membaca Al-Qur’an, membaca Hadith, belajar ilmu agama, dan melakukan solat-solat sunnah”.(Fathul-Baari, 11/209)
Al-Haafiz Ibnu Rajab Al-Hanbali rahimahullah berkata :
فمثل أنواع الذكر من التسبيح والتكبير والتحميد والتهليل والاستغفار والصلاة على النبي صلى الله عليه وسلم وكذلك تلاوة القرآن والمشي إلى المساجد والجلوس فيها لانتظار الصلاة أو لاستماع
Maksudnya:“Contohnya adalah berbagai macam jenis zikir seperti التسبيح والتكبير والتحميد والتهليل والاستغفار bersalawat kepada Nabi Sallahualaihiwasallam begitu pula membaca Al-Qur’an, berjalan menuju masjid, duduk di dalamnya untuk menunggu solat ditegakkan, dan mendengarkan bacaan Al-Qur’an”.(Jaami’ul-Ulum wal-Hikam hal. 325.)
Dapat kita lihat bahawa makna zikir sebagaimana penjelasan para ulama mu’tabar adalah luas, tidak sesempit yang difahami oleh sebahagian orang. Justeru itu, ‘Atha’ bin Abi Rabbah rahimahullah pernah menjelaskan cakupan makna Majlis Zikir sebagaimana tercantum dalam riwayat berikut :
عن أبي هزان قال : سمعت عطاء بن أبي رباح يقول : من جلس مجلس ذكر كفر الله عنه بذلك المجلس عشرة مجالس من مجالس الباطل . قال أبو هزان : قلت لعطاء : ما مجلس الذكر ؟ قال : مجلس الحلال والحرام ، وكيف تصلي ، وكيف تصوم ، وكيف تنكح ، وكيف تطلق وتبيع وتشتري
Dari Abu Haazin ia berkata : Aku mendengar ‘Atha’ bin Abi Rabbah (salah seorang pembesar di kalangan tabi’in – murid Ibnu ‘Abbas radliyallaahu ‘anhu) ia berkata : “Barangsiapa yang duduk di Majlis zikir, nescaya Allah akan menghapus dengannya sepuluh Majlis dari majlis-majlis kebatilan yang pernah ia lakukan”. Abu Haazin berkata : Aku bertanya kepada ‘Atha’ : “Apakah itu Majlis zikir ?”. ‘Atha’ menjawab : “Majlis yang menjelaskan perkara halal dan haram, bagaimana solat yang benar, sebagaimana berpuasa yang benar, bagaimana pernikahan dilakukan, bagaimana syari’at tentang talaq dan jual-beli”.
( Hilyatul-Auliyaa’ 3/313.)
Yang kemudiannya dipertegaskan oleh Al-Imam Asy-Syathibi rahimahullah :
معلم يقرئهم القرآن أو علما من العلوم الشرعية أو تجتمع إليه العامة فيعلمهم أمر دينهم ويذكرهم بالله ويبين لهم سنة نبيهم ليعملوا بها ويبين لهم المحدثات التي هي ضلالة ليحذروا منها ويتجنبوا مواطنها والعمل بها فهذه مجالس الذكر على الحقيقة
“(Majlis Zikir yang sebenarnya adalah yang) mengajarkan Al-Qur’an, ilmu-ilmu syar’i (agama), dan perkara agama yang lain, menjelaskan umat tentang sunnah-sunnah Nabi mereka agar mereka mengamalkannya, menjelaskan tentang bid’ah-bid’ah agar umat berhati-hati terhadap bid’ah dan menjauhkannya. Ini adalah Majlis zikir yang sebenarnya”.
Makna zikir sebagaimana penjelasan dari para ulama mu’tabar adalah luas, dan secara ringkasnya adalah:
1. Zikir seperti membaca tahlil, tahmid, tasbih, takbir, berdoa,berselawat, beristighfar dan sebagainya.
2- Duduk bersama-sama untuk membaca dan mempelajari Al-Qur’an.
3. Majlis ilmu juga termasuk majlis zikir, Dan menurut kebanyakan ulama ianya lebih utama jika dibandingkan dengan majlis-majlis zikir lain yang bersifat sunat.
No comments:
Post a Comment