Tuesday, November 26, 2019

Keberkatan pada Harta, Umur dan Ilmu

Keberkatan pada Harta, Umur dan Ilmu

Kata “berkah, berkat atau barokah” berasal dari Bahasa Arab yakni “البركة” yang berasal dari akar kata “برك”. Dari asal kata ini pula muncul istilah “المبارك dan الطبرق yang artinya juga berkat atau diberkati”. 
Menurut para pakar Bahasa Arab, diantaranya  ابن منظور والفيومي والفيروز الزبادي, kata “البركة” menurut erti bahasa adalah “berkembang, bertambah dan kebahagiaan.
Menurut Imam аl-Nawawi dalam kitabnya “Syarh Shahih Muslim”, asal makna البركة ialah kebaikan yang banyak dan abadi.Sedangkan dalam kitab رياض الصالحين pula dijelaskan bahwa البركة adalah: “زيادة الخير على الغير” (sesuatu yang dapat menambah kebaikan kepada yang lain). 
Adapun menurut istilah (syarak), البركة didefinisikan sebagai kebaikan berlimpah yang diberikan Allah pada siapa yang dikehendaki-Nya. Keberkatan yang merupakan pemberian dari Allah tersebut samada berupa materi atau non materi(مادية وغير مادية)

Dari makna bahasa dapat dikatakan bahawa “البركة” memiliki kandungan dan pemahaman yang sangat dalam dan agung. Sesuatu yang akan dapat memiliki keberkatan jika sesuatu itu boleh mendatangkan kebahagiaan, kebaikan, dan manfaat yang terus bertambah banyak pada diri sendiri dan juga orang lain. Dengan kata lain, jika sesuatu yang kita miliki, kebaikan dan manfaat yang ada padanya hanya bagi dirinya sendiri, sedangkan orang lain tidak, maka sesuatu yang kita miliki itu belumlah memenuhi indicator atau piawaian berkat lagi. 

Adapun bila ditinjau melalui dalil-dalil dalam al-Qur’аn dan аѕ-Sunnah, maka “البركة” memiliki makna yang tidak jauh berbeza dari makna “البركة” dari sudut ilmu bahasa. Di dalam al-Qur’an, kata برك dengan berbagai kata terbitannya (المبارك dan البركة) disebut sebanyak 31 kali. Diantaranya Firman Allah Subhanahuwata'ala:

وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ وَلَـٰكِن كَذَّبُوا فَأَخَذْنَاهُم بِمَا كَانُوا يَكْسِبُونَ

Maksudnya: Dan (Tuhan berfirman lagi): Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa, tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi. Tetapi mereka mendustakan (Rasul Kami), lalu Kami timpakan mereka dengan azab seksa disebabkan apa yang mereka telah usahakan. Surah al-A’raf (96)

Ibn Kathir berkata: “وَلَوْ أَنَّ أَهْلَ الْقُرَىٰ آمَنُوا وَاتَّقَوْا” (Sekiranya penduduk negeri itu, beriman serta bertaqwa), maksudnya, hati mereka beriman dan membenarkan terhadap apa yang dibawa oleh para Rasul, lalu mereka mengikuti Rasul dan bertakwa dengan melakukan ketaatan dan meninggalkan semua larangan, " لَفَتَحْنَا عَلَيْهِم بَرَكَاتٍ مِّنَ السَّمَاءِ وَالْأَرْضِ" (tentulah Kami akan membuka kepada mereka (pintu pengurniaan) yang melimpah-limpah berkatnya, dari langit dan bumi). Maksudnya, hujan dari langit dan tanaman dari bumi. (Lihat Tafsir al-Quran al-‘Azim, 3/420)

Prof. Dr. Hamka berkata: Keimanan dan takwa kepada Allah membukakan pintu rezeki. Sebab kalau orang telah beriman dan bertakwa, fikirannya sendiri terbuka, ilham pun datang. Sebab iman dan takwa itu menimbulkan silaturrahmi sesama manusia. Lantaran itu timbullah kerjasama yang baik sebagai khalifah Allah di muka bumi. Dengan demikian turunlah berkat dari langit dan menyemburlah berkat dari bumi.

Berkat itu ada dua jenis, iaitu yang hakiki dan yang maknawi. Yang hakiki ialah yang berupa hujan membawa kesuburan bumi, maka teraturlah tumbuhan dan keluarlah segala hasil bumi. Atau terbukalah fikiran manusia menggali harta dan kekayaan yang terpendam dalam bumi itu seumpama besi, emas, perak dan logam yang lain, atau mengatur perkebunan yang luas, menyuburkan ekonomi seumpama kelapa, getah, benang nanas, kelapa sawit dan lain-lain.

(Berkat) yang maknawi pula ialah timbulnya fikiran-fikiran yang baru dan petunjuk dari Allah, baik berupa wahyu yang dibawakan oleh Rasul atau ilham yang ditumpahkan Allah kepada orang-orang yang berjuang dengan ikhlas. (Lihat Tafsir al-Azhar, 3/16)

Berdasarkan ayat di atas prasyarat untuk mendapat dan memperolehi keberkatan perlulah dizahirkan dalam dua perkara iaitu: Pertama, keimanan yang benar-benar jitu dan mantap. Keduanya, merealisasikan ketakwaan sepertimana kata Saidina Ali R.A:

التقوى هي الخوف من الجليل، والعمل بالتنزيل، والقناعة بالقليل، والاستعداد ليوم الرحيل

Maksudnya: Taqwa ialah merasa takut dan gerun kepada Allah Yang Maha Agung, beramal dengan apa yang terkandung dalam al-Quran, bersikap qana’ah dengan sedikit dan persediaan bagi hari Akhirat. (Lihat Subul al-Huda wa al-Rasyad oleh al-Solihi al-Syami, 1/421)

Harta (Rezeki) Yang Berkat

Harta atau rezeki yang berkat, bukanlah dalam erti kata harta yang terus berkembang dan bertambah banyak dari sisi wujud zatnya sahaja atau jumlah harta yang senantiasa bertambah dan berlipat ganda sahaja. Akan tetapi boleh jadi bertambah atau berlipat gandanya kebaikan dan kegunaan pada harta itu, walaupun jumlahnya tidak bertambah banyak atau tidak berlipat ganda. Dengan kata lain, harta yang berkat ialah harta yang menyebabkan seseorang yang mempergunakannya memperolehi ketenangan dan ketenteraman jiwa sehingga mampu mendorong berbuat kebaikan pada sesama manusia atau sesama makhluk Allah. Harta demikian inilah yang pada hakikatnya sangat didambakan dan dicari oleh setiap orang. Sebab ketenangan dan ketenteraman jiwa itulah yang menjadi faktor penentu bagi kebahagiaan hidup seseorang. Besar atau kecilnya kurniaan, banyak atau sedikitnya rezeki, tidaklah menjadi persoalan bagi yang mendapat keberkatan. Semuanya akan kembali kepada rasa syukur yang mendalam pada Sang Khalik Pemilik Alam Semesta ini.

Sebaliknya, harta yang tidak berkat akan menimbulkan ketidaktenteraman pada orang yang mendapatkannya dan akan selalu dihantui ketakutan atau kebimbangan kalau-kalau suatu saat akan terbongkar cara yang keji dia memperolehi hartanya. Harta yang tidak berkat juga menyebabkan sentiasa rasa kurang atau rasa tidak pernah puas pada orang yang memakannya. Sekalipun menurut ukuran kebanyakan orang, apa yang dimilikinya sudah melebihi ukuran kadarnya, namun mereka tetap merasa kurang dan belum cukup. Dan yang pastinya tidak akan ada tersirat rasa syukur dari orang yang rezekinya tidak berkat.

Dalam hal yang berkaitannya dengan harta yang berkat ini, Rasulullah Sallaualaihiwasallam pernah bersabda: 

مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ

“Sedekah tidaklah mengurangi harta.”(Hadith Riwayat Muslim, 2558. Dari Abu Hurairah)

Secara lahiriyah, mengeluarkan sedekah berarti mengurangi harta. Akan tetapi secara tersirat, harta tidak akan berkurang, bahkan akan bertambah. Ertinya adalah bahawa Allah Subhanahuwata'ala akan menambah lagi rezeki kepada orang yang mengeluarkan harta, yang boleh jadi tanpa diduga dan tanpa diketahui oleh orang tersebut. Orang yang merasa merugi kerana mengeluarkan harta pada jalan Allah Subhanahuwata'ala, biasanya kerana ia hanya mencari-cari hubungan lahiriyah antara infak harta di jalan Allah dengan kebaikan atau tukaran yang akan diperolehnya. Dicari dengan jalan apa pun, apalagi dengan jalan ilmiah, yang menuntut adanya pemikiran rasional, objektif, dan sistematis, pasti tidak akan ditemukan hubungan antara dua hal di atas. Rasulullah Sallahualaiwasallam pernah bersabda: 

يَكْبَرُ ابْنُ آدَمَ وَيَكْبَرُ مَعَهُ اثْنَانِ حُبُّ الْمَالِ وَطُولُ الْعُمُرِ

Anak Adam semakin tua, dan dua perkara semakin besar juga bersamanya: cinta harta dan panjang umur. [HR. Bukhari,5942, dari Anas bin Malik]

Umur Yang Berkat

Dalam sebuah hadis yang bersumber dari sahabat Nabi bernama Abu Bakroh, menceritakan bahawa suatu hari ada seseorang yang bertanya pada Rasulullah Sallahualaiwasallam : 

عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِى بَكْرَةَ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ رَجُلاً قَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَىُّ النَّاسِ خَيْرٌ قَالَ « مَنْ طَالَ عُمُرُهُ وَحَسُنَ عَمَلُهُ ». قَالَ فَأَىُّ النَّاسِ شَرٌّ قَالَ « مَنْ طَالَ عُمُرُهُ وَسَاءَ عَمَلُهُ »

Dari Abdurrahman bin Abu Bakroh, dari bapaknya, bahawa seorang laki-laki berkata, “Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang terbaik?” Beliau menjawab, “Orang yang panjang umurnya dan baik amalnya”. Dia bertanya lagi, “Lalu siapakah orang yang terburuk?” Beliau menjawab, “Orang yang berumur panjang dan buruk amalnya”. (Hadith Riwayat Ahmad; Tirmizi; dan al-Hâkim. Sahih)

Pada hadith di atas terdapat petunjuk bahawa diperbolehkan untuk meminta pada Allah agar dipanjangkan umur namun banyak amalnya. Berdoa pada Allah dengan meminta panjang umur sama sekali tidak bertentangan dengan ketentuan Allah dalam Lauhul Mahfuzh kerana doa yang dipohon itu sendiri adalah bahagian dari takdir Allah yang telah dicatat. Umur di sini dikaitkan dengan ketaatan pada Allah atau baiknya amalan. Jika panjang umur tapi diisi dengan maksiat, maka sungguh sia-sia dan tidak berfaedah sama sekali nikmat yang diberikan itu. Jadi yang bermanfaat adalah meminta panjang umur namun dengan disertai meminta serta boleh terus beramal soleh. Inilah yang disebut mendapat umur yang berkat.

Ilmu yang berkat

Ciri-ciri ilmu yang berkat menurut Imam al-Ghazali disebut di dalam kitabnya, Bidayatul Hidayah adalah:

Pertama; Memiliki rasa takut kepada Allah. 
Allah Subhanahuwata'ala berfirman,

فَلَا تَخْشَوُا النَّاسَ وَاخْشَوْنِ وَلَا تَشْتَرُوا بِآيَاتِي ثَمَنًا قَلِيلًا

“Kerana itu janganlah kamu takut kepada manusia, (tetapi) takutlah kepada-Ku. Dan janganlah kamu menukar ayat-ayat-Ku dengan harga yang sedikit” (Al-Maidah: 44).

Punca takut kepada Allah adalah bertempat di hati sanubari, jika ilmu semakin tinggi, keagungan dan kebesaran Allah meraja di hati maka lahirlah ketundukan dan ketaatan kepada-Nya. Bukan sebaliknya kesombongan akan kemampuan diri menguasai sesuatu bidang ilmu akhirnya menganggap rendah orang lain. Apa-apa saja kepakaran yang ada padanya dimanfaatkan untuk keredhaan Allah. 

Kedua; Memiliki sifat tawadu’ dan sentiasa mencari aib diri. 

Dari Abu Hurairah, ia berkata bahawa Rasul Sallahualaiwasallam bersabda,

مَا نَقَصَتْ صَدَقَةٌ مِنْ مَالٍ وَمَا زَادَ اللَّهُ عَبْدًا بِعَفْوٍ إِلاَّ عِزًّا وَمَا تَوَاضَعَ أَحَدٌ لِلَّهِ إِلاَّ رَفَعَهُ اللَّهُ

“Sedekah tidaklah mengurangi harta. Tidaklah Allah menambahkan kepada seorang hamba sifat pemaaf melainkan akan semakin memuliakan dirinya. Dan juga tidaklah seseorang memiliki sifat tawadhu’ (rendah hati) kerana Allah melainkan Allah akan meninggikannya.” (Hadith Riwayat Muslim,2588)

Ketiga; Ibadat bertambah nikmat.

Rasulullah Sallahualaiwasallam telah bersabda:

ثَلَاثٌ مَنْ كُنَّ فِيهِ وَجَدَ بِهِنَّ حَلَاوَةَ الْإِيمَانِ: مَنْ كَانَ اللهُ وَرَسُولُهُ أَحَبَّ إِلَيْهِ مِمَّا سِوَاهُمَا، وَأَنْ يُحِبَّ الْمَرْءَ لَا يُحِبُّهُ إِلَّا لِلَّهِ، وَأَنْ يَكْرَهَ أَنْ يَعُودَ فِي الْكُفْرِ بَعْدَ أَنْ أَنْقَذَهُ اللهُ مِنْهُ، كَمَا يَكْرَهُ أَنْ يُقْذَفَ فِي النَّارِ

“Tiga sifat yang jika ada pada diri seseorang, ia akan meraih manisnya iman, 
Pertama: Barangsiapa Yang menjadikan Allah dan Rasul-Nya lebih ia cintai dari selain keduanya,
Kedua: Ia mencintai seseorang, tidaklah ia mencintainya melainkan kerana Allah,  
Ketiga: Ia membenci untuk kembali kepada kekafiran  setelah Allah menyelamatkannya darinya sebagaimana ia benci apabila dilempar ke dalam neraka.” (Hadith Riwayat. Muslim,67)

Keempat; Banyak persiapannya untuk bekal akhirat dan bersungguh-sungguh menjadi khalifah di dunia. 
Allah Subhanahuwata’ala berfirman:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا اتَّقُوا اللَّهَ وَلْتَنْظُرْ نَفْسٌ مَا قَدَّمَتْ لِغَدٍ وَاتَّقُوا اللَّهَ إِنَّ اللَّهَ خَبِيرٌ بِمَا تَعْمَلُونَ

“Wahai orang-orang yang beriman, bertakwalah kepada Allah dan hendaklah setiap diri memperhatikan apa yang telah diperbuatnya untuk hari esok (akhirat), dan bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan.” (Al Hasyr: 18)

Kelima; Bijak menyembuh penyakit-penyakit dalam beramal. 

Allah Subhanahuwata’ala berfirman,

وَذَرُوا۟ ظَٰهِرَ ٱلْإِثْمِ وَبَاطِنَهُۚ إِنَّ ٱلَّذِينَ يَكْسِبُونَ ٱلْإِثْمَ سَيُجْزَوْنَ بِمَا كَانُوا۟ يَقْتَرِفُونَ

“Dan tinggalkanlah dosa yang nampak dan yang tersembunyi. Sesungguhnya orang-orang yang mengerjakan dosa, kelak akan diberi pembalasan (pada hari kiamat), disebabkan apa yang telah mereka kerjakan.“ (Al An’aam : 120)

Ayat Allah yang mulia ini memberitakan bahawa ada dua jenis dosa yang menimpa manusia. Keduanya sama-sama berbahaya dan wajib ditinggalkan. Dosa itu adalah dosa lahiriyah dan batiniyah. Dosa-dosa lahiriyah misalnya; minum khamr, zina, judi, menghisap ganja, ghibah, mengadu domba dan lain-lain. Adapun dosa-dosa bathiniyah misalnya; sombong, hasad, ujud, sum'ah, riya’ dan sebagainya.

Keenam; Cerdik mengenal dan mematahkan tipu helah syaitan.

Allah Subhanahuwata'ala berfirman,

إِنَّمَا ذَٰلِكُمُ الشَّيْطَانُ يُخَوِّفُ أَوْلِيَاءَهُ فَلَا تَخَافُوهُمْ وَخَافُونِ إِنْ كُنْتُمْ مُؤْمِنِينَ

“Sesungguhnya mereka itu tidak lain hanyalah syaitan yang menakut-nakuti (kamu) dengan kawan-kawannya (orang-orang musyrik Quraisy), karena itu janganlah kamu takut kepada mereka, tetapi takutlah kepada-Ku, jika kamu benar-benar orang yang beriman” (QS. Al-Imran: 175).

Demikianlah syaitan menakut-nakuti manusia untuk menghalangi mereka dari melaksanakan tauhid dan menunaikan hak Allah di muka bumi.

Empat objektif utama syaitan ke atas manusia, iaitu:

1-Menyesatkan manusia.

2-Mengkafirkan manusia.

3-Memusyrikkan manusia.

4-Menjadikan manusia penghuni neraka.

Terdapat dua kaedah yang digunakan oleh syaitan untuk mencapai salah satu atau keempat-empat objektifnya, iaitu:

Kaedah Pertama: Gangguan Secara Terus.

Kaedah ini lazimnya digunakan terhadap orang yang lemah penghayatan agamanya atau yang mengabaikan agamanya. 

Kaedah Kedua: Gangguan Secara Tipu Daya.

Kaedah ini lazim ditujukan kepada orang yang memiliki penghayatan agama atau berminat untuk meningkatkan penghayatan agamanya. 

No comments:

Post a Comment

Nabi Muhammad obor masyarakat dalam semua perkara termasuk aqidah, Syariat dan akhlak

Nabi Muhammad obor masyarakat dalam semua perkara termasuk aqidah, Syariat dan akhlak Nabi Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam diutuskan ...