Wednesday, November 27, 2019

Hukum dahan pohon jiran dan buahnya masuk ke pekarangan rumah jiran.

Hukum dahan pohon jiran dan buahnya masuk ke pekarangan rumah jiran. 

Islam adalah agama yang sangat menitikberatkan hubungan silaturahim dan pertalian sesama manusia, selain menuntut umatnya bercampur gaul dan bermasyarakat.
Muslim yang bertimbang rasa dan menyedari serta memahami hukum-hukum agama, adalah merupakan manusia yang paling baik hubungannya terhadap jiran-jirannya. Mereka akan sentiasa menghormati dan menimbulkan perasan ihsan apabila berinteraksi sesama jiran. Islam banyak menggariskan agar umatnya sentiasa menjaga dan memelihara hubungan dengan jiran.

Jiran mendapat tempat yang tinggi di dalam strata kedudukan bermasyarakat di dalam ajaran Islam. Islam mengangkat peranan jiran dan sumbangan bakti mereka adalah sangat penting dalam kehidupan kemanusiaan sebagaimana firman Allah Subhanahuwata'ala di dalam al-Quran;

Dengan itu, menghormati jiran adalah penting demi kebaikan dan persaudaraan.

Sebagaimana Firman Allah Subhanahuwata'ala,

وَاعْبُدُوا اللَّهَ وَلَا تُشْرِكُوا بِهِ شَيْئًا ۖ وَبِالْوَالِدَيْنِ إِحْسَانًا وَبِذِي الْقُرْبَىٰ وَالْيَتَامَىٰ وَالْمَسَاكِينِ وَالْجَارِ ذِي الْقُرْبَىٰ وَالْجَارِ الْجُنُبِ وَالصَّاحِبِ بِالْجَنْبِ وَابْنِ السَّبِيلِ وَمَا مَلَكَتْ أَيْمَانُكُمْ ۗ إِنَّ اللَّهَ لَا يُحِبُّ مَنْ كَانَ مُخْتَالًا فَخُورًا

Sembahlah Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada dua orang ibu-bapa, kerabat dekat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh, dan teman sejawat, ibnu sabil dan hamba sahayamu. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong dan membangga-banggakan diri, Al-Nisa, 36

Juga sebagaimana sabda Nabi Sallahualaihiwasallam,

من كان يؤمن بالله واليوم الآخر فلا يؤذ جاره

‘Barang siapa yang benar-benar beriman kepada Allah dan hari akhir, janganlah mengganggu tetangganya.’ (Hadith Riwsyat Bukhari, 5559 dan Muslim,68)

Hukum dahan pohon jiran dan buahnya masuk ke pekarangan rumah jiran secara asasnya telah dibincangkan oleh ulama fiqh pada satu bab di dalam kitab Fiqh dalam bab Pemilikan Hak. 

Mengambil sesuatu yang bukan miliknya adalah haram. Namun sering di ketemukan dalam kehidupan berjiran tetangga yang mana tanaman miliknya sampai menjulur ke
pekarangan tetangga  sehingga tetangga terbeban untuk membersihkan daun-daun yang jatuh.

Syekh Abdurrahman as Sa’di mengatakan, “Jika dahan atau ranting pohon menjalar ke tanah atau udara orang lain, dan orang tersebut tidak merelakan keberadaan dahan tersebut, maka pemilik pohon diperintahkan untuk memangkas dahan tersebut. Jika dia tidak mahu maka pemilik tanah menekuk dahan tersebut tanpa memotongnya, jika memungkinkan. Jika tidak boleh disingkirkan kecuali dengan dipotong maka pemilik tanah boleh memotongnya, dan dia tidak memiliki kewajiban untuk memberikan ganti, terkait pemotongan dahan tersebut.

Juga boleh dirujuk:
1.  Bughyatul Mustarsyidin, Hal. 291
وَلَوِ انْتَشَرَتْ أَغْصَانُ شَجَرَةٍ أَوْ عُرُوْقُهَا إلَى هَوَاءِ مِلْكِ الْجَارِّ أُجْبِرَ صَاحِبُهَا عَلَى تَحْوِيْلِهَا ، فَإنْ لَمْ يَفْعَلْ فَلِلْجَارِّ تَحْوِيْلُهَا ثُمَّ قَطْعُهَا وَلَوْ بِلَا إِذْنِ حَاكِمٍ كَمَا فِي التُّحْفَةِ
(بغية المسترسدين صـــــ.    ٢٩١ )

Maksudnya:Jika Ranting atau akar suatu pohon menjalar sampai ke atas tanah milik tetangga, maka pemilik pohon dipaksa untuk memindahkan ranting atau akar pohon tersebut. Jika pemilik pohon tidak mahu memindah maka boleh bagi tetangga untuk memindahkannya kemudian memotongnya walaupun tanpa izin dari hakim, seperti keterangan dari kitab Tuhfah.

2.      Al Majmu’ Juz 13 Hal. 410.
(الشرح) الاحكام : إذا كانت له شجرة فى ملكه فانتشرت أغصانها فوق ملك جاره فللجار أن يطالب مالك الشجرة بإزالة ما انتشرت فوق ملكه لان الهواء تابع للقرار, وليس له أن ينتفع بقرار  أرض جاره فان لم يزل مالك الشجرة ذلك فللجار أن يزيل ذلك عن هواء أرضه بغير إذن الحاكم كما لو دخلت بهيمة لغيره إلى أرضه فله أن يخرجه بنفسه.

Maksudnya:Jika seseorang mempunyai pohon, kemudian batangnya menjalar di atas tanah milik tetangganya, maka tetangga tersebut berhak untuk menyuruh pemilik pohon untuk menghilangkan batang yang menjalar di atas tanah miliknya, kerana bahagian atas itu mengikuti tanah yang ada di bawahnya. Pemilik pohon tidak boleh mengambil manfaat pada sesuatu yang berada di tanah tetangganya tanpa seizin tetangganya tersebut, Begitu juga udara diatasnya. Bila pemilik pohon tidak mahu menghilangkannya maka tetangga boleh memotong batang yang ada di atas tanak miliknya tanpa izin dari hakim. Seperti halnya binatang ternak seseorang yang masuk ke tanah tetangganya, maka tetangga tersebut boleh mengeluarkannya sendiri.

Perkara ini telah jelas diterangkan dalam satu hadith Nabi Sallahualaihiwasallam yang menceritakan berkenaan seseorang yang telah menanam pohon kurma pada tanah seorang ansar. Perkara tersebut telah dijelaskan dalam hadith seperti berikut :

Dari Samurah bin Jundub :

أَنَّهُ كَانَتْ لَهُ عَضُدٌ مِنْ نَخْلٍ فِي حَائِطِ رَجُلٍ مِنَ الأَنْصَارِ قَالَ وَمَعَ الرَّجُلِ أَهْلُهُ قَالَ فَكَانَ سَمُرَةُ يَدْخُلُ إِلَى نَخْلِهِ فَيَتَأَذَّى بِهِ وَيَشُقُّ عَلَيْهِ فَطَلَبَ إِلَيْهِ أَنْ يَبِيعَهُ فَأَبَى فَطَلَبَ إِلَيْهِ أَنْ يُنَاقِلَهُ فَأَبَى فَأَتَى النَّبِيَّ صلى الله عليه وسلم فَذَكَرَ ذَلِكَ لَهُ فَطَلَبَ إِلَيْهِ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم أَنْ يَبِيعَهُ فَأَبَى فَطَلَبَ إِلَيْهِ أَنْ يُنَاقِلَهُ فَأَبَى ‏.‏ قَالَ ‏"‏ فَهَبْهُ لَهُ وَلَكَ كَذَا وَكَذَا ‏"‏ ‏.‏ أَمْرًا رَغَّبَهُ فِيهِ فَأَبَى فَقَالَ ‏"‏ أَنْتَ مُضَارٌّ ‏"‏ ‏.‏ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم لِلأَنْصَارِيِّ ‏"‏ اذْهَبْ فَاقْلَعْ نَخْلَهُ ‏"

Maksudnya : Beliau memiliki sederet pohon kurma yang tumbuh di kebun milik salah seorang ansar. Tempat tersebut didiami oleh orang ansar tersebut bersama keluarganya. Samurah sering memeriksa pohon-pohon kurmanya, termasuk pohon kurma yang tumbuh di tanah orang ansar tersebut. Kedatangan Samurah pada tanah tersebut mengganggu dan menyebabkan orang Anshar tersebut merasa tidak nyaman. Orang ansar tersebut menawarkan kepada Samurah agar menjual pohon kurma tersebut kepadanya. Samurah menolak. Orang ansar meminta Samurah memindahkan pohon kurmanya. Samurah juga menolak tawaran tersebut. Akhirnya, dia melaporkan permasalahan ini kepada Nabi Sallahualaihiwasallam. Nabi Sallahualaihiwasallam meminta Samurah untuk menjual pohon kurmanya. Namun dia menolak, Nabi Sallahualaihiwasallam meminta Samurah untuk memindahkan pohon kurmanya. Namun dia menolak, Nabi Sallahualaihiwasallam mengatakan kepada Samurah, “Hadiahkan pohon kurma tersebut kepadanya, dan untukmu ada ganjaran demikian dan demikian.” Nabi Sallahualaihiwasallam sebutkan hal yang disukai oleh Samurah. Samurah tetap menolak, maka Nabi Sallahualaihiwasallam mengatakan, “Engkau ini memang pengganggu!” Nabi Sallahualaihiwasallam lantas berkata kepada si ansar, “Pergilah! Silakan tebang saja pohon kurmanya!”(Hadith Riwayat Abu Daud no 3636)

Berdasarkan kepada hadith di atas, dapat dinyatakan bahawa pemilikan mutlak tanah tersebut adalah ke atas pemilik tanah yang asal. Manakala pemilik pohon tersebut adalah milik penanam pokok tersebut. Hal ini jelas berdasarkan tafsir hadith diatas apabila Nabi Sallahualaihiwasallam mengatakan “Pergilah! Silakan tebang saja pohon kurmanya!”. Perkara ini menunjukkan bahawa pemilik tanah dibolehkan untuk menebang pokok tersebut dan memberi pokok yang ditebang tersebut kepada penanam pokok tersebut.

Jika tuan tanah mahu semula tanah tersebut, maka penanam pokok perlu untuk membuang serta membersihkan tanaman tersebut seperti sediakala. Namun jika terdapat kerosakan pada tanah tersebut, penanam tersebut perlu dikenakan penalti atau menggantikan semula tersebut seperti keadaan asal. Selain itu, tuan tanah juga boleh mengenakan sewa keatas penanam tanah tersebut selama mana dia menggunakan tanah tersebut.

Namunpun begitu tuan tanah tidak berhak ke atas pohon-pohon yang telah ditanam tersebut.Ini adalah berdasarkan kepada dalil al-Quran yang jelas seperti yang berikut :

وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ

Maksudnya : Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang-orang lain) di antara kamu Dengan jalan Yang salah.(Surah alBaqarah ayat 188)

Namun pemilik tanah boleh meminta izin kepada penanam pokok tersebut sebelum memakan tanaman tersebut. 

Kepada pihak penanam pokok juga mestilah meminta izin kepada tuan tanah terlebih dahulu sebelum membuat sebarang penanaman di atas tanah bukan miliknya. 
Ini berdasarkan kaedah yang berbunyi,

لا يجوز لأحد أن يتصرف في ملك الغير بلا إذن

“Tidak boleh seseorang memanfaatkan kepemilikian orang lain tanpa izinnya.”

Kaedah ini berdalilkan kepada beberapa hadith, diantaranya adalah hadith berikut, 

لاَ يَحِلُّ مَالُ امْرِئٍ إِلاَّ بِطِيبِ نَفْسٍ مِنْهُ

“Tidak halal harta seseorang kecuali dengan reda pemiliknya” (Hadith Riwayat Ahmad 5: 72. Syaikh Syu’aib Al Arnauth berkata bahawa hadits tersebut shahih lighoirihi).

Perbuatan menanam pohon diatas tanah orang lain akan memberi kesusahan dan kemudaratan kepada pihak tuan tanah tersebut. Ini dapat dilihat berdasarkan hadis dari Nabi Sallahualaihiwasallam seperti berikut :

لاَ ضَرَرَ وَلاَ ضِرَارَ

Maknanya : Tidak boleh memudaratkan diri sendiri dan kemudaratan atas orang lain.(Sunan Ibn Majah no 2341)

Dan maksud izin di sin pulai boleh jadi dalam bentuk:
1-Izin secara langsung.
2-Izin secara tidak langsung (izin dalalah) iaitu misalnya secara ‘urf (kebiasaan), hal seperti itu sudah dimaklumi tanpa ada izin lisan atau sudah diketahui redanya si pemilik jika barangnya dimanfaatkan.

Mengenai bentuk izin jenis kedua ini kita boleh berdalil dengan kisah Khidr yang menghancurkan perahu orang miskin yang nantinya akan dirampas oleh raja. Ia sengaja menghancurkannya kerana ia tahu bahawa mereka (para pemilik) reda akan perbuatan Khidr. Allah Ta’ala berfirman,

أَمَّا السَّفِينَةُ فَكَانَتْ لِمَسَاكِينَ يَعْمَلُونَ فِي الْبَحْرِ فَأَرَدْتُ أَنْ أَعِيبَهَا وَكَانَ وَرَاءَهُمْ مَلِكٌ يَأْخُذُ كُلَّ سَفِينَةٍ غَصْبًا

“Adapun bahtera itu adalah kepunyaan orang-orang miskin yang bekerja di laut, dan aku bertujuan merosakkan bahtera itu, kerana di hadapan mereka ada seorang raja yang merampas tiap-tiap bahtera.” (Surah Al Kahfi: 79). Oleh kerananya, mengenai izin jenis kedua ini, berdasarkan kaedah,

وَالْإِذْنُ الْعُرْفِيُّ كَالْإِذْنِ اللَّفْظِيِّ

“Izin secara ‘urf (kebiasaan) teranggap sama dengan izin secara lisan” (Majmu’ Al Fatawa, 11: 427).

Dan juga kaedah,,

وَكُلُّ مَا دَلَّ عَلَى الْإِذْنِ فَهُوَ إذْنٌ

“Segala sesuatu yang bermakna izin maka dihukumi sebagai izin” (Majmu’ Al Fatawa, 28: 272).

Kesimpulannya:
a.    Pemilik pohon berkewajipan untuk memindah dahan ke pekarangannya sendiri atau memotongnya.
b.    Tetangga tidak boleh mengambil buah-buahan tersebut kerana buah-buahan tersebut adalah milik dari pemilik pohon, melainkan dengan izin. 


No comments:

Post a Comment

Tetap istiqomah walaupun di luar bulan Ramadhan.

Tetap istiqomah walaupun di luar bulan Ramadhan. Istiqomah dalam mengerjakan amal soleh merupakan satu sikap yang penting dalam kehidupan se...