Sunday, November 24, 2019

Hukum orang lelaki memakai cincin suasa

Hukum orang lelaki memakai cincin suasa

Haram bagi lelaki untuk mengambil emas sebagai perhiasan, maka begitu juga haram hukumnya dengan memakai cincin emas bagi lelaki. 

Namun, apabila dipakai dalam solat, solatnya tetap sah dan tidak perlu diulangi lagi. Ini telah dinyatakan oleh Imam Syafi'i:

وكذلك أنهاهم عن لبس الذهب خواتيم وغير خواتيم ولو لبسوه فصلوا فيه كانوا مسيئين باللبس عاصين إن كانوا علموا بالنهي ولم يكن عليهم إعادة صلاة ; لأنه ليس من الأنجاس ألا ترى أن الأنجاس على الرجال والنساء سواء والنساء يصلين في الذهب .

Maksudnya: Begitu juga Nabi melarang umat Islam laki-laki memakai emas baik dalam bentuk cincin atau lainnya. Apabila muslim memakai emas lalu solat maka mereka telah berbuat buruk dan maksiat apabila mereka tahu atas larangan itu tetapi tidak perlu mengulangi solatnya kerana emas tidaklah najis. Tidakkah anda tahu bahwa najis bagi laki-laki dan perempuan itu sama sedangkan wanita solat dengan memakai emas.
Rujuk: kitab Al-Umm 1/111.

Haram hukumnya bagi lelaki mengambil emas sebagai perhiasan. Ini berdasarkan hadith yang mana Nabi Sallahualaihiwasallam telah bersabda:

أُحِلَّ الذَّهَبُ وَالْحَرِيرُ لإِنَاثِ أُمَّتِي وَحُرِّمَ عَلَى ذُكُورِهَا

Maksudnya: Telah dihalalkan emas dan sutera asli bagi perempuan dikalangan umatku dan diharamkan (keduanya) bagi lelaki.Hadith Riwayat al-Nasai’e (5148)

Begitu juga haram bagi lelaki memakai cincin emas,pengharamannya jelas melalui hadis Nabi Sallahualaihiwasallam. Daripada Abu Hurairah RA:

أنَّهُ نَهَى عَنْ خَاتَمِ الذَّهَبِ

Maksudnya: Sesungguhnya Nabi Sallahualaihiwasallam melarang (lelaki) dari memakai cincin emas.Hadith Riwayat Muslim (2089)

Dan dalam sebuah riwayat,  bahawa Rasulullah Sallahualaihiwasallam pernah melihat seseorang memakai cincin yang diperbuat daripada emas lalu Baginda Sallahualaihiwasallam mencabut cincin itu dari tangan lelaki tersebut lalu mencampakkannya, kemudian Baginda Sallahualaihiwasallam bersabda:

يَعْمِدُ أَحَدُكُمْ إِلَى جَمْرَةٍ مِنْ نَارٍ فَيَجْعَلُهَا فِي يَدِهِ

Maksudnya: Seseorang dari kalian sengaja meletakkan bara dari api neraka ditangannya.
Hadith Riwayat Muslim (2029

Apakah itu cincin suasa? 

Memahami sesuatu permasaalahan itu adalah amat penting sebelum berhukum. Ini bersesuaian dengan kaedah:

الحُكْمُ عَلَى الشَّيْءِ فَرْعٌ عَن تَصَوُّرِهِ

Maksudnya: “Menghukum sesuatu perkara adalah cabang daripada gambaran mengenainya.”

Cincin suasa adalah cincin yang diperbuat daripada campuran emas dan juga tembaga. Ini menjadikan komposisi cincin tersebut bukanlah diperbuat daripada emas semata-mata, akan tetapi terdapat campuran jenis logam yang lain.
Telah diperkatan secara umumnya bagi menghasilkan sebentuk cincin suasa adalah dengan campuran secara kasar dari logam jenis tembaga 70% , emas 20%  dan petak 10% . Kadar campuran ini dicampurkan dengan kaedah yang tertentu untuk menghasilkan suasa.

Pendapat di dalam mazhab Syafi’e, bagi jenis logam yang disadur dengan emas adalah seperti berikut :

لَوْ كَانَ الْخَاتَمُ فِضَّةً وَمَوَّهَهُ بِذَهَبٍ أَوْ مَوَّهَ السَّيْفَ وَغَيْرَهُ مِنْ آلَاتِ الْحَرْبِ أَوْ غَيْرِهَا بِذَهَبٍ فَإِنْ كَانَ تَمْوِيهًا يَحْصُلُ منه شئ إنْ عُرِضَ عَلَى النَّارِ فَهُوَ حَرَامٌ بِالِاتِّفَاقِ وإن لم يحصل منه شئ فطريقان (أصحهما) وَبِهِ قَطَعَ الْعِرَاقِيُّونَ يَحْرُمُ لِلْحَدِيثِ (وَالثَّانِي) فِيهِ وَجْهَانِ حَكَاهُمَا الْبَغَوِيّ وَسَائِرُ الْخُرَاسَانِيِّينَ أَوْ جُمْهُورُهُمْ أَحَدُهُمَا (يَحْرُمُ) (وَالثَّانِي) يَحِلُّ لِأَنَّهُ كَالْعَدَمِ

Maksudnya: Sekiranya cincin itu diperbuat dari perak dan dicampur, disadur (menggunakan api) dengan emas atau pedang yang disadur ataupun selainnya dari alatan perang dengan emas, sekiranya dileburkan kembali di atas api lalu masih dapat dikesan emasnya maka hukumnya haram secara kesepakatan. Sekiranya tidak dapat dikesan lagi emas tersebut maka ada dua jalan (yang paling sahih di antara keduanya) dan dengannya diputuskan oleh ulama’ al-`Iraq adalah haram berdasarkan hadis. (Keduanya) padanya terdapat dua pendapat dan dihikayatkan keduanya oleh al-Baghawi dan juga seluruh ulama’ al-Khurasan atau jumhur dari kalangan mereka yang mana salah satunya (haram) dan (keduanya) dibenarkan kerana ianya dihukumkan seperti tiada (emas tersebut selepas dilebur kembali)
Rujuk:  Al-Majmu` Syarh al-Muhazzab. Dar al-Fikr, (4/441)

Memakai cincin suasa hukumnya haram begitu juga segala bentuk cincin yang dilapisi emas walaupun sedikit seperti penjelasan Imam Nawawi dalam kitab Syarah Muslim (شرح النووي على مسلم) berikut:

وكذا لو كان بعضه ذهبا وبعضه فضة حتى قال أصحابنا : لو كانت سن الخاتم ذهبا ، أو كان مموها بذهب يسير ، فهو حرام لعموم الحديث الآخر في الحرير والذهب ( إن هذين حرام على ذكور أمتي حل لإناثها

Bagitu juga haram memakai cincin yang sebahagian bahannya terbuat dari emas dan sebahagiannya lagi dari perak. Kalangan ulama Syafi'i mengatakan: Apabila pada cincin terbuat dari emas, atau dilapisi dengan sedikit emas maka hukumnya haram karena keumuman hadits yang melarang pemakaian sutra dan emas:
إِنَّ هَذَيْنِ حَرَامٌ عَلَى ذُكُورِ أُمَّتِي حِلٌّ لِإِنَاثِهَا

Maksudnya: Dua hal ini (emas dan sutra) adalah haram bagi laki-laki dan halal bagi perempuan. Hadith Riwayat Tirmizi Dan Al-Nasaً'i

Begitu juga dengan kaedah:

إذا اجتَمَع الحلالُ والحرامُ غُلِّبَ الحرام

Maksudnya: Apabila berkumpul perkara halal dan haram maka perkara haram akan lebih menguasai.
Rujuk :Al-Asybah wa al-Nazair oleh al-Imam al-Suyuti Rahimahullah. Dar al-Kutub al-`Ilmiyyah, hlm. 105.

No comments:

Post a Comment

Nabi Muhammad obor masyarakat dalam semua perkara termasuk aqidah, Syariat dan akhlak

Nabi Muhammad obor masyarakat dalam semua perkara termasuk aqidah, Syariat dan akhlak Nabi Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam diutuskan ...