Saturday, November 9, 2019

Hukum memperingati kelahiran Rasulullah Sallahualaihiwasallam sebagai Rahmat lil alamin (رحمةً للعالمين)

Hukum memperingati kelahiran Rasulullah Sallahualaihiwasallam sebagai Rahmat lil alamin (رحمةً للعالمين)

Yang dilahirkan  ( مولُد: اسم مفعول (مولُد الرسول 
Waktu kelahiran ( مولِد : اسم زمان (مولِد الرسول 

Dalil kelahiran Rasulullah Sallahualaihiwasallam,  firman Allah Subhanahuwata'ala, 

وَإِذْ قَالَ عِيسَى ابْنُ مَرْيَمَ يَا بَنِي إِسْرَائِيلَ إِنِّي رَسُولُ اللَّهِ إِلَيْكُمْ مُصَدِّقًا لِمَا بَيْنَ يَدَيَّ مِنَ التَّوْرَاةِ وَمُبَشِّرًا بِرَسُولٍ يَأْتِي مِنْ بَعْدِي اسْمُهُ أَحْمَدُ ۖ فَلَمَّا جَاءَهُمْ بِالْبَيِّنَاتِ قَالُوا هَٰذَا سِحْرٌ مُبِينٌ

Dan (ingatlah) ketika Isa ibnu Maryam berkata: "Hai Bani Israil, sesungguhnya aku adalah utusan Allah kepadamu, membenarkan kitab sebelumku, yaitu Taurat, dan memberi khabar gembira dengan (datangnya) seorang Rasul yang akan datang sesudahku, yang namanya Ahmad (Muhammad)". Maka tatkala rasul itu datang kepada mereka dengan membawa bukti-bukti yang nyata, mereka berkata: "Ini adalah sihir yang nyata". Al-Saff, 6

Juga firman firman Allah Subhanahuwata'ala, 

رَبَّنَا وَابْعَثْ فِيهِمْ رَسُولًا مِنْهُمْ يَتْلُو عَلَيْهِمْ آيَاتِكَ وَيُعَلِّمُهُمُ الْكِتَابَ وَالْحِكْمَةَ وَيُزَكِّيهِمْ ۚ إِنَّكَ أَنْتَ الْعَزِيزُ الْحَكِيمُ

Ya Tuhan kami, utuslah untuk mereka sesorang Rasul dari kalangan mereka, yang akan membacakan kepada mereka ayat-ayat Engkau, dan mengajarkan kepada mereka Al Kitab (Al Quran) dan Al-Hikmah (As-Sunnah) serta mensucikan mereka. Sesungguhnya Engkaulah yang Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana. Al-Baqarah, 129

Juga firman Allah Subhanahuwata'ala pada
Surah yunus ayat 57-58, Surau al-Taubah ayat 228-129.

Hukum Sambutan Maulid al-Rasul, ada yang mengharuskannya dan ada yang sebaliknya. Diantara pendapat ulama:

Pertama: Hukum sambutan Maulidurrasul adalah bid’ah. Ini dipelopori oleh sebahagian ulama. Antara hujahnya adalah:

Perayaan ini tidak diamalkan oleh generasi yang paling mulia, generasi sahabat, tabiin, tabi’ tabi’in, dan juga tidak pada generasi setelahnya. Ia adalah satu bentuk pemujaan yang melampau kepada Nabi Sallahualaihiwasallam.

Sabda Nabi Sallahualaihiwasallam,

لاَ تُطْرُونِي، كَمَا أَطْرَتْ النَّصَارَى ابْنَ مَرْيَمَ، فَإِنَّمَا أَنَا عَبْدُهُ، فَقُولُوا عَبْدُ اللَّهِ، وَرَسُولُهُ
Ertinyanya: “Janganlah kalian berlebihan dalam memujiku seperti kaum Nasrani yang memuji anak lelaki Maryam. Aku hanyalah hamba-Nya, maka katakanlah (mengenaiku) “ Hamba Allah dan Rasul-Nya “(Riwayat al-Bukhari, no. 3445)

Jika sambutan maulid seperti ini,  maka sudah pasti ianya akan disertai dengan pelbagai bentuk kemungkaran dan perkara-perkara yang diharamkan dalam agama

Kedua: Hukumnya adalah dibolehkan.

Imam Al-Suyuthi dalam al-Hawi lil Fatawi menyebutkan sebagai berikut:

 أَصْلُ عَمَلِ الْمَوْلِدِ بِدْعَةٌ لَمْ تُنْقَلْ عَنِ السَّلَفِ الصَّالِحِ مِنَ الْقُرُوْنِ الثَّلاَثَةِ، وَلكِنَّهَا مَعَ ذلِكَ قَدْ اشْتَمَلَتْ عَلَى مَحَاسِنَ وَضِدِّهَا، فَمَنْ تَحَرَّى فِيْ عَمَلِهَا الْمَحَاسِنَ وَتَجَنَّبَ ضِدَّهَا كَانَتْ بِدْعَةً حَسَنَةً" وَقَالَ: "وَقَدْ ظَهَرَ لِيْ تَخْرِيْجُهَا عَلَى أَصْلٍ ثَابِتٍ. 

“Hukum Asal peringatan maulid adalah bid’ah yang belum pernah dinukil dari kaum Salaf al-soleh yang hidup pada tiga abad pertama, tetapi demikian peringatan maulid mengandung kebaikan dan lawannya, jadi barangsiapa dalam peringatan maulid berusaha melakukan hal-hal yang baik saja dan menjauhi lawannya (hal-hal yang buruk), maka itu adalah bid’ah hasanah”. Al-Hafizh Ibn Hajar juga mengatakan: “Dan telah nyata bagiku dasar pengambilan peringatan Maulid di atas dalil yang tsabit (Sahih)”. 
Imam al-Suyuti juga antara lain menyebut: “Amalan memberi makan adalah perbuatan yang baik. Dengan demikian, amalan Maulid termasuk perkara baharu yang dianjurkan sebagaimana yang diungkapkan oleh Syeikh Izzuddin bin Abd al-Salam.”

Sayyid Muhammad bin Alawi Al-Maliki Al-Hasani, 
mengatakan:

 وَالْحَاصِلُ اَنّ الْاِجْتِمَاعَ لِاَجْلِ الْمَوْلِدِ النَّبَوِيِّ اَمْرٌ عَادِيٌّ وَلَكِنَّهُ مِنَ الْعَادَاتِ الْخَيْرَةِ الصَّالِحَةِ الَّتِي تَشْتَمِلُ عَلَي مَنَافِعَ كَثِيْرَةٍ وَفَوَائِدَ تَعُوْدُ عَلَي النَّاسِ بِفَضْلٍ وَفِيْرٍ لِاَنَّهَا مَطْلُوْبَةٌ شَرْعًا بِاَفْرِادِهَا.

Ertinya: Bahawa sesungguhnya mengadakan Maulid Nabi Sallahualaihiwasallam merupakan suatu tradisi dari tradisi-tradisi yang baik, yang mengandung banyak manfaat dan faedah yang kembali kepada manusia, sebab adanya kurnia yang besar. Oleh karena itu dianjurkan dalam syara’ dengan serangkaian pelaksanaannya. [Sayyid Muhammad bin Alawi Al-Maliki, Mafahim Yajibu An-Tushahha, hal. 340]

Di antara dalil dari al-Quran yang mengharuskan mengadakan maulid Nabi Muhammad menurut sebahagian Ulama` adalah firman Allah:

 قُلْ بِفَضْلِ اللَّهِ وَبِرَحْمَتِهِ فَبِذَلِكَ فَلْيَفْرَحُوا هُوَ خَيْرٌ مِمَّا يَجْمَعُونَ 

Ertinya: “Katakanlah, dengan anugerah Allah dan rahmatNya (Nabi Muhammad Sallahualaihiwasallam) hendaklah mereka menyambut dengan senang gembira.” (Yunus: 58) 

Ayat ini menganjurkan kepada umat Islam agar menyambut dengan gembira anugerah dan rahmat Allah. Terdapat perbezaan pendapat ulama dalam menafsirkan الفضل dan الرحمة. Ada yang menafsirkan kedua lafaz itu dengan Al-Qur’an dan ada pula yang memberikan penafsiran yang berbeza.

Abu Syaikh meriwayatkan dari Ibnu Abbas RA bahawa yang dimaksud dengan الفضل adalah ilmu, sedangkan الرحمة adalah Nabi Muhammad Sallahualaihiwasallam. Pendapat yang masyhur yang menerangkan arti الرحمة dengan Nabi Sallahualaihiwasallam ialah kerana adanya isyarat firman Allah Subhanahuwata'ala yaitu, وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ Ertinya: “Kami tidak mengutus engkau melainkan sebagai rahmat bagi semesta alam. (QS. Al-Ambiya’:107).”[Abil Fadhol Syihabuddin Al-Alusy, Ruhul Ma’ani, Juz 11, hal. 186]

Dalil hadith yang digunakan oleh para ulama yang mengharuskan Maulid al-Rasul adalah hadith berikut:

Abu Qatada meriwayatkan, bahawasanya Rasulullah Sallahualaihiwasallam pernah ditanya tentang puasa Isnin? Maka Baginda menjawab:

فِيهِ وُلِدْتُ وَفِيهِ أُنْزِلَ عَلَيَّ

Ertinya: “Padanya aku dilahirkan dan padanya diturunkan (al-Quran) ke atasku.”
(Riwayat Muslim, no. 1162)

Baginda Sallahualaihiwasallam berpuasa pada hari Isnin kerana menunjukkan kesyukuran terhadap nikmat Allah atas kelahirannya sendiri pada hari itu. Justeru itu,maka bagi ummatnya juga dituntut untuk mensyukuri nikmat kelahiran Baginda Sallahualaihiwasallam untuk berpuasa pada hari Isnin, membaca al-Quran, membaca kisah kelahiran Baginda Sallahualaihiwasallam, bersedekah, atau melakukan perbuatan baik yang lain.

Sabda Nabi Sallahualaihiwasallam:

مَنْ سَنَّ فِي الْإِسْلَامِ سُنَّةً حَسَنَةً، فَلَهُ أَجْرُهَا، وَأَجْرُ مَنْ عَمِلَ بِهَا بَعْدَهُ، مِنْ غَيْرِ أَنْ يَنْقُصَ مِنْ أُجُورِهِمْ شَيْءٌ

Maksudnya: “Barang siapa yang melakukan (merintis) dalam Islam sesuatu perkara yang baik maka ia akan mendapatkan pahala daripada perbuatan baiknya tersebut, dan ia juga mendapatkan pahala dari orang yang mengikutinya selepasnya, tanpa dikurangkan pahala mereka sedikitpun”.(Riwayat Muslim, no. 1017)

Apa yang dapat difahami  dari hadith ini adalah bahawa melakukan perkara yang baru yang baik dan selagi tidak bertentangan dengan al-Quran, al-Sunnah, athar mahupun ijmak ulama adalah dibenarkan. Justeru itu, Maulid al-Rasul adalah perkara baru yang baik dan sama sekali tidak menyalahi mana-mana satu pun di antara dalil-dalil tersebut itu, maka hukumnya adalah diharuskan bahkan sebagai salah satu jalan untuk mendapatkan pahala jika bertepatan dengan syarak.

Menurut Syeikh Abdul Halim Mahmud: “Sambutan Maulid Nabi Sallahualaihiwasallam adalah sunnah yang baik daripada sunnah-sunnah yang diisyaratkan oleh Rasul Sallahualaihiwasallam dalam sabdanya: “Barangsiapa melakukan sunnah yang baik, maka dia mendapat pahalanya dan pahala orang yang beramal denganya, barangsiapa yang melakukan sunnah yang buruk, maka dia menanggung dosanya dan dosa sesiapa yang beramal dengannya” Dan ianya adalah kerana terdapat usul yang membimbingnya dan dalil-dalil yang sahih yang berpandukan padanya. “Dan tidaklah bererti peninggalan salafussoleh bagi amalan yang soleh ini merupakan pertentangan kepada syariat, kerana salafussoleh masih mempunyai keprihatinan agama dan cinta Nabi yang mulia yang mana menyebabkan mereka tidak memerlukan kepada peringatan hari maulid untuk disambut.” (Fatawa Imam Abdul Halim Mahmud, m. 273)

Diantara ulama-ulama yang mengharuskannya dan berpendapat ianya termasuk dalam bid’ah hasanah ialah:

Imam Jalaluddin al-Suyuti
Imam Ibn Hajar al-Haithami
Syeikh Ibn al-Hajj al-Abdari
Imam Ibn al-Battal
Al-Hafiz Shamsuddin Muhammad bin Nasiruddin al-Dimashqi
Al-Hafiz Shamsuddin bin al-Jazari
Syeikh Dr. Yusuf al-Qaradhawi
Syeikh Dr. Wahbah al-Zuhaili
Syeikh Abdul Halim Mahmud
Syeikh Atiyyah Saqr
Syeikh Muhammad Mutawalli al-Sya’rawi dan lain-lain.

Menyambut atau memperingati maulid al-Rasul hendaklah diisi dengan pengisian yang baik seperti tazkirah dan ceramah, mempelajari sirah Nabawi, zikir, selawat, membaca al-Quran dan sebagainya. Majlis yang diadakan juga tiada unsur maksiat seperti percampuran diantara lelaki dan perempuan dan sebagainya. Diantara kelebihan selawat  kepada Nabi Sallahualaihiwasallam. 

مَنْ صَلَّى عَلَيَّ صَلَاةً وَاحِدَةً صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ عَشْرَ صَلَوَاتٍ، وَحُطَّتْ عَنْهُ عَشْرُ خَطِيئَاتٍ، وَرُفِعَتْ لَهُ عَشْرُ دَرَجَاتٍ

“Sesiapa yang mengucapkan selawat kepadaku satu kali maka Allah akan berselawat baginya sepuluh kali, dan digugurkan sepuluh kesalahan (dosa)nya, serta ditinggikan baginya sepuluh darjat/tingkatan (di syurga kelak).”
(Riwayat al-Nasa’i, no. 1297)

Menurut Imam Abu Syamah “ Termasuk bid’ah atau perkara baru yang dilakukan pada zaman kita ini iaitu sambutan setiap tahun pada hari kelahiran Baginda Sallahualaihiwasallam iaitu dengan bersedekah, melakukan yang ma’ruf Dan menzahirkan kegembiraan. Diisamping itu juga, melakukan ihsan kepada golongan fakir miskin, juga adalah sebagai tanda kecintaan dan memuliakan Rasulullah Sallahualaihiwasallam dalam hati orang yang menyambutnya. Begitu juga merupakan tanda kesyukuran kepada Allah kerana diutus-Nya Rasulullah SAW sebagai pembawa rahmat ke seluruh alam. Sebagaimana Firman Allah Subhanahuwata'ala:

وَمَا أَرْسَلْنَاكَ إِلَّا رَحْمَةً لِلْعَالَمِينَ

Maksudnya: “Dan tiadalah Kami mengutuskan engkau (wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi rahmat bagi sekalian alam.”

(Surah al-Anbiya’: 107)

Dr. ‘Aidh al-Qarni dalam bukunya, Rahmatan li al-‘Alamin menyebut beberapa tafsiran, antaranya:

Baginda Sallahualaihiwasallam merupakan seorang manusia utusan Allah Subhanahuwata'ala
Baginda Sallahualaihiwasallam datang untuk membela nasib umat yang lemah, tertindas, terkebelakang dan terpenjara dengan pelbagai kezaliman.
Baginda Sallahualaihiwasallam datang untuk mengangkat maruah mereka sehingga setaraf dengan bangsa lain.
Baginda Sallahualaihiwasallam membina satu tamadun baru di antara sekalian tamadun yang sedia ada dan ia menjadi tamadun yang paling tinggi nilainya.
Rasulullah Sallahualaihiwasallam telah mengeluarkan kita dari Semenanjung Arab yang tandus tanpa wujudnya sungai, kebun, mahupun tumbuh-tumbuhan, menjelajahi seluruh pelusuk bumi.
Islam adalah agama yang membawa rahmat, keamanan dan segala kebaikan. Allah Subhanahuwata'ala telah memerintahkan kepada kita untuk berlaku baik kepada semua manusia, tanpa sebarang perbezaan dengan dalil yang umum dan jelas:

وَقُولُوا لِلنَّاسِ حُسْنًا
Maksudnya: “…dan katakanlah kepada sesama manusia perkataan-perkataan yang baik.”
(Surah al-Baqarah: 83)

"Kata-kata yang baik misalnya menyuruh pada yang baik dan melarang dari yang mungkar, berkata jujur mengenai diri (Muhammad) dan ramah tamah terhadap sesama manusia. Menurut suatu qiraat 'husna' dengan 'ha' baris di depan dan 'sin' sukun yang merupakan mashdar atau kata benda dan dipergunakan sebagai sifat dengan maksud untuk menyatakan 'teramat' artinya teramat (Rujuk Tafsir al-Jalalayn)

No comments:

Post a Comment

Nabi Muhammad obor masyarakat dalam semua perkara termasuk aqidah, Syariat dan akhlak

Nabi Muhammad obor masyarakat dalam semua perkara termasuk aqidah, Syariat dan akhlak Nabi Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam diutuskan ...