Thursday, November 7, 2019

Hukum memakai kasut dalam solat

Hukum memakai kasut dalam solat

Hukumnya adalah dibolehkan mendirikan solat-solat fardhu dan sunat dengan memakai kasut.Syaratnya hanyalah satu iaitu dengan dipastikan dengan penglihatan yang biasa bahawa kasut itu tiada kesan najis yang nyata. Sebagaimana hadith riwayat Said Al-Khudri, 

عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى فَخَلَعَ نَعْلَيْهِ فَخَلَعَ النَّاسُ نِعَالَهُمْ فَلَمَّا انْصَرَفَ قَالَ لِمَ خَلَعْتُمْ نِعَالَكُمْ فَقَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ رَأَيْنَاكَ خَلَعْتَ فَخَلَعْنَا قَالَ إِنَّ جِبْرِيلَ أَتَانِي فَأَخْبَرَنِي أَنَّ بِهِمَا خَبَثًا فَإِذَا جَاءَ أَحَدُكُمْ الْمَسْجِدَ فَلْيَقْلِبْ نَعْلَهُ فَلْيَنْظُرْ فِيهَا فَإِنْ رَأَى بِهَا خَبَثًا فَلْيُمِسَّهُ بِالأَرْضِ ثُمَّ لِيُصَلِّ فِيهِمَا

Ertinya:"Dari Abi Sa'id Al Khudri berkata bahwasanya Rasulullah Sallahualaihiwasallam solat kemudian melepaskan sandalnya dan orang-orang lain pun ikut melepas sandal mereka, ketika selesai beliau bertanya: "Kenapa kalian melepas sandal kalian?" mereka menjawab, "Wahai Rasulullah, kami melihat engkau melepas sandal maka kami juga melepas sandal kami, " beliau bersabda: "Sesungguhnya Jibril menemuiku dan mengabarkan bahwa ada kotoran di kedua sandalku, maka jika di antara kalian mendatangi masjid hendaknya ia membalik sandalnya lalu melihat apakah ada kotorannya, jika ia melihatnya maka hendaklah ia gosokkan kotoran itu ke tanah, setelah itu hendaknya ia solat dengan mengenakan keduanya." Hadith Riwayat Ahmad

Nabi Sallahualaihiwasallam bersabda:

إِذَا جَاءَ أَحَدُكُمْ إِلَى الْمَسْجِدِ فَلْيَنْظُرْ : فَإِنْ رَأَى فِي نَعْلَيْهِ قَذَرًا أَوْ أَذًى فَلْيَمْسَحْهُ وَلْيُصَلِّ فِيهِمَا

Ertinya: “Apabila seseorang daripada kamu datang ke masjid, maka lihatlah jika ada kotoran atau najis pada kasutnya. Jika ada, maka hendaklah disapunya (dibersihkannya) dan dibolehkan bersolat dengan memakai kasut itu.”Riwayat Abu Daud (650) dan al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra (3889)

Perkataan ‘الْأَذَى’ dalam bahasa iaitu yang keji dan kotor sama ada ia bersih atau najis. (Lihat Syarh Sunan Abi Daud, 3/72)

Fiqh hadith:
1- Ini adalah merupakan pensyariatan solat dengan memakai kasut atau selipar.
2- Sapuan kasut atau selipar pada tanah adalah memadai serta boleh menyucikannya daripada kotoran. Dan yang zahir pada kedua-duanya adalah dengan maksud najis, sama ada najis bersifat basah atau kering. (Lihat Subul al-Salam, 1/137)

Hukum keharusan ini adalah tertakluk bagi lelaki dan juga wanita, di dalam apa jua keadaan sekalipun . Samada dalam keadaan bermastautin atau bermusafir, samada dalam suasana senang atau sulit. 

Sejarah kepada sebab permulaan hukum diharuskan memakai kasut semasa bersolat ialah bagi membezakan diri daripada perbuatan ibadah kaum Yahudi.  Sebagaimana sebuah hadith daripada Syaddad bin Aus R.A, Nabi Sallahualaihiwasallam bersabda:

خَالِفُوا الْيَهُودَ فَإِنَّهُمْ لاَ يُصَلُّونَ فِي نِعَالِهِمْ ، وَلاَ خِفَافِهِمْ

Ertinya: “Berbezalah dengan orang Yahudi. Sesungguhnya mereka tidak bersolat sambil memakai kasut atau khuf.”Riwayat Abu Daud (652)

Islam sememangnya sejak dari awal kelahirannya amat menekankan kepada umatnya agar membezakan diri dari kaum-kaum yang lain, samada dari cara peribadatan, cara pakaian, adat kebiasaan dan sebagainya. Tuntutan ini ialah bagi membuktikan bahawa Islam adalah agama yang unggul dan dan tulin dari Allah Subhanahuwata'ala. Agama yang tidak bercampur aduk atau hasil tiruan dari agama lain. Ia juga bagi membuktikan kemuliaan Islam atas agama atau adat lain-lain kerana Islam adalah satu-satunya agama yang diredhai Allah Subhanahu waTa'ala dan tidak mungkin ia boleh menerima dan bergabung dengan unsur-unsur dari keagamaan lain atau terhasil dari peradaban manusia. Membezakan diri dari agama lain juga adalah supaya kita dapat memastikan bahawa amal ibadah kita adalah tulen dari ajaran Islam yang sejati dan bukan pinjaman agama lain.

Walaubagaimanapun pada zaman ini lantai masjid atau surau biasanya telah dilengkapi dengan jubin yang kemas atau dengan permaidani yang indah maka sudah tentu tidaklah dituntut solat dengan memakai kasut di atasnya.Perkara seperti ini sudah makruf hatta di Masjidil Haram dan Masjid al-Nabawi kecuali bagi mereka yang memakai khuf.

Justeru, tidak memakai kasut semasa berada di dalam masjid dan untuk solat adalah perkara yang biasa bahkan di rumah sendiri pun ditanggalkan kasut ketika mahu memasukinya. Inilah yang lebih aula dan utama daripada memakai kasut yang dibawa masuk ke dalam masjid untuk solat dengannya.Ternyata Rasulullah sendiri juga tidak selalu memakai kasut atau selipar pada setiap kali solat. Di antara dalilnya adalah hadith yang diriwayatkan oleh Abdullah bin As-Sa`ib radhiyallahuanhu berikut ini:

رَأَيْتُ النَّبِيَّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي يَوْمَ الْفَتْحِ وَوَضَعَ نَعْلَيْهِ عَنْ يَسَارِهِ 

Saya melihat Nabi Sallahualaihiwasallam sedang melaksanakan solat pada hari pembebasan kota Makkah, sementara kedua sandalnya diletakkan di sisi kirinya. (HR. Abi Daud)

Juga berdasarkan peristiwa yang ternyata bahawa Rasulullah Sallahualaihiwasallam pernah juga memerintahkan para sahabat untuk solat dengan melepaskan kasut atau seliparnya. Dalilnya adalah hadith-hadith berikut ini :

إِذَا صَلَّى أَحَدُكُمْ فَخَلَعَ نَعْلَيْهِ فَلَا يُؤْذِ بِهِمَا أَحَدًا، لِيَجْعَلْهُمَا بَيْنَ رِجْلَيْهِ أَوْ لِيُصَلِّ فِيهِمَا

"Apabila salah seorang di antara kalian solat dengan melepaskan kedua sandalnya, janganlah mengganggu orang lain dengannya, hendaklah dia meletakkan kedua sandalnya di antara kedua kakinya atau dia solat dengan menggunakan keduanya." (Hadith Riwayat Abi Daud)

إِذَا صَلَّى أَحَدُكُمْ فَلَا يَضَعْ نَعْلَيْهِ عَنْ يَمِينِهِ، وَلَا عَنْ يَسَارِهِ، فَتَكُونَ عَنْ يَمِينِ غَيْرِهِ، إِلَّا أَنْ لَا يَكُونَ عَنْ يَسَارِهِ أَحَدٌ، وَلْيَضَعْهُمَا بَيْنَ رِجْلَيْهِ

Apabila salah seorang di antara kalian melaksanakan solatt, janganlah dia meletakkan sandalnya di sisi kanan atau kirinya sehingga menjadi di sisi kanan orang lain, kecuali di sisi kirinya tidak ada orang lain, dan hendaklah dia meletakkannya di antara kedua kakinya." (Hadith Riwayat Abi Daud)

Justeru itu apabila wujud suasana yang memberikan pilihan bagi kita untuk bersolat dengan berkasut atau membukanya, atau dalam suasana yang lebih mudah dengan berkasut maka dalam kes-kes seperti ini adalah lebih utama untuk meneruskan solat dengan memakai kasut atau selipar agar sunah memakai kasut atau selipar semasa solat pernah kita amalkan dalam hidup kita. 

Kesimpulan

1.     Dibolehkan solat dengan memakai kasut samaada dalam suasana sukar atau senang, samada bermukim atau bermusafir.

2.     Syaratnya ialah kasut yang suci dari najis. Mengenal pasti kasut suci atau bernajis ialah memadai dengan penglihatan biasa, dipastikan bahawa kasut itu tidak ternampak kesan najis. Jikalau ada maka cara pembersihan ialah dengan menggosoknya di tanah. Jikalau tiada tanah maka wajib dicuci dengan air atau dibukakan kasut sebelum solat. Tiada alternatif lain bagi membersihkan najis yang melekat di kasut melainkan dengan tanah atau air.

3.     Solat berkasut adalah satu sunnah dan rukhsah agama yang dituntut agar diamalkan.

No comments:

Post a Comment

Nabi Muhammad obor masyarakat dalam semua perkara termasuk aqidah, Syariat dan akhlak

Nabi Muhammad obor masyarakat dalam semua perkara termasuk aqidah, Syariat dan akhlak Nabi Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam diutuskan ...