Sunday, November 3, 2019

Hukum memberi daging korban kepada Kafir Zimmi

Hukum memberi daging korban kepada Kafir Zimmi


Al-Nawawi dalam al-Majmu’ Syarh al-Muhadzdzab, 
mengutip pendapat Ibn al-Mundzir sebagai berikut:

أجمعت الامة على جواز اطعام فقراء المسلمين من الاضحية واختلفوا في اطعام فقراء أهل الذمة فرخص فيه الحسن البصري وأبو حنيفة وأبو ثور  وقال مالك غيرهم أحب الينا وكره مالك أيضا إعطاء النصراني جلد الاضحية أو شيئا من لحمها وكرهه الليث قال فان طبخ لحمها فلا بأس بأكل الذمي مع المسلمين منه  

“Ulama sepakat daging korban boleh diberikan kepada fakir miskin Islam, namun mereka berbeza pendapat mengenai memberi makan daging korban kepada fakir miskin ahli zimmah (kafir Zimmah). Imam Hasan al-Basri memberi keringanan (membolehkan) mereka memakannya. Demikian juga Abu Hanifah dan Abu Tsur juga membolehkannya. Sementara Imam Malik lebih suka ia memberi makan daging korban kepada fakir-miskin yang muslim dan menganggapnya makruh memberikan daging korban kepada kaum nasrani (kafir), baik kulit maupun dagingnya.  Adapun Al-Layts menganggapnya makruh, namun ia berpendapat jika daging korban tersebut dimasak boleh diberikan kepada ahl zimmah(kafir Zimmah) berserta fakir miskin Islam.
(Rujuk Al-Nawawi, al-Majmu’ Syarh al-Muhadzdzab, VIII/425). 

Lebih lanjut Imam al-Nawawi mengatakan:

أنه يجوز إطعامهم من ضحية التطوع دون الواجبة

“Boleh saja memberikan makan daging korban kepada kafir, asal korban sunat bukan korban yang wajib” (misalnya korban nazar). (Rujuk:Al-Syarbini, al-Iqna’, II/593.)

Juga Ibnu Qudamah dalam kitabnya Al-Mughni, 

 فَصْلٌ : وَيَجُوزُ أَنْ يُطْعِمَ مِنْهَا كَافِرًا .وَبِهَذَا قَالَ الْحَسَنُ ، وَأَبُو ثَوْرٍ ، وَأَصْحَابُ الرَّأْيِ وَقَالَ مَالِكٌ : غَيْرُهُمْ أَحَبُّ إلَيْنَا .وَكَرِهَ مَالِكٌ وَاللَّيْثُ إعْطَاءَ النَّصْرَانِيِّ جِلْدَ الْأُضْحِيَّةِ . وَلَنَا أَنَّهُ طَعَامٌ لَهُ أَكْلُهُ فَجَازَ إطْعَامُهُ لِلذِّمِّيِّ ، كَسَائِرِ طَعَامِهِ ، وَلِأَنَّهُ صَدَقَةُ تَطَوُّعٍ ، فَجَازَ إطْعَامُهَا الذِّمِّيَّ وَالْأَسِيرَ ، كَسَائِرِ صَدَقَةِ التَّطَوُّعِ .فَأَمَّا الصَّدَقَةُ الْوَاجِبَةُ مِنْهَا ، فَلَا يُجْزِئُ دَفْعُهَا إلَى كَافِرٍ لِأَنَّهَا صَدَقَةٌ وَاجِبَةٌ ، فَأَشْبَهَتْ الزَّكَاةَ ، وَكَفَّارَةَ الْيَمِينِ 

Ertinya, “Pasal: dan boleh memberikan makan dari haiwan kurban kepada orang kafir. Inilah pandangan yang yang dikemukakan oleh Al-Hasanul Bashri, Abu Tsaur, dan kelompok ashhabur ra’yi(ahli Zahiriah/rasionalis) . Imam Malik berkata, ‘Selain mereka (orang kafir) lebih kami sukai’. Menurut Imam Malik dan Al-Laits, makruh memberikan kulit haiwan kurban kepada orang Nasrani. Sedang menurut kami, itu adalah makanan yang boleh dimakan kerananya boleh memberikan kepada kafir zimmi sebagaimana semua makanannya, (Rujuk:Ibnu Qudamah, Al-Mughni, Beirut, Darul Fikr, cet ke-1, 1405 H, juz XI, halaman 105).

Menurut Imam Al-Nawawi hukum memberikan daging korban kepada orang kafir, terdapat perbezaan pendapat dari kalangan ulama. (Rujuk: Al-Nawawi, al-Majmu’ Syarh al-Muhadzdzab, VIII/425.
Ada yang melarang secara mutlak, dan ada yang membolehkan tetapi dengan syarat bukan korban wajib dan penerimanya bukan kafir harbi. Dapat disimpulkan seperti berikut:

1-Al-Imam Abu Hanifah Rahimahullah memberikan rukhsah (keringanan) bagi kafir zimmi yang fakir untuk diberikan kepada mereka daging korban. Ini juga adalah pendapat al-Hasan al-Basri Rahimahullah dan juga Abu Thaur Rahimahullah.
Ulama Hanafiyah membolehkannya asal bukan daging korban yang wajib.(Rujuk:Abd al-Rahman al-Jaziri, al-Fiqh ‘Ala al-Madzahib al-Arba’ah, I/1114.)

2-Mazhab Maliki berpendapat hukumnya makruh seperti memberi makan kepada Yahudi atau Nasrani. (Rujuk:Wahbah al-Zuhayli, al-Fiqh al-Islami Wa Adillatuhu, II/282.)

3-Dalam mazhab Syafi’e, iaitu sebahagian ulama Syafi’iyah (pendapat yang masyhur) tidak dibolehkan kerana korban adalah ketaatan unuk mendekatkan diri kepada Allah Subhanahuwataala. [Al-Syarbini, al-Iqna’, II/593]. 

4-Mazhab Hanbali berpendapat 

membolehkannya (harus) dihadiahkan kepada orang kafir asalkan bukan daging korban yang wajib. Adapun yang wajib tidak diharuskan. (Rujuk: Abd al-Rahman al-Jaziri, al-Fiqh ‘Ala al-Madzahib al-Arba’ah, I/1114.], 

Dilihat dari sudut maslahah dan juga siyasah syar’iyyah, maka secara umumnya para ulama cenderung kepada pendapat yang membolehkan. Khususnya apabila orang kafir itu termasuk fakir miskin yang sangat memerlukankan bantuan, atau tinggal di tengah-tengah masyarakat kejiranan muslim dan mereka dikenali dengan sifat baik serta ramahnya dengan masyarakat setempat

Siapa tahu dengan kebaikan yang kita berikan, maka ia menjadi lebih harmoni di dalam masyarakat serta di samping menjadi senjata dakwah dan mereka akan masuk Islam. Atau paling tidak, ada nilai tambah tersendiri dalam pandangan mereka terhadap Islam dan umatnya, sehingga tidak dimusuhi, bahkan berbalik menjadi simpati. Melainkan jika himpunan hasil korban itu hanya mencukupi untuk orang Islam, maka wajib dahulukanlah umat Islam setempat yang lebih memerlukan.

Dalam hal ini terdapat dalil dari Al-Quran yang menyuruh berbuat baik kepada orang kafir , sebagaimana Allah Subhanahuwata'ala telah berfirman:

لَّا يَنۡهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِينَ لَمۡ يُقَٰتِلُوكُمۡ فِي ٱلدِّينِ وَلَمۡ يُخۡرِجُوكُم مِّن دِيَٰرِكُمۡ أَن تَبَرُّوهُمۡ وَتُقۡسِطُوٓاْ إِلَيۡهِمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ يُحِبُّ ٱلۡمُقۡسِطِينَ 

Maksudnya: Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana ugama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil. 
(Surah Al-Mumtahanah: 8)

Terdapat juga hadith yang mengisyaratkan agar berbuat baik kepada jiran walaupun mereka adalah dari kalangan orang kafir. Dari Abdullah bin ‘Amr al-‘As R.Anhuma:

أَنَّهُ ذُبِحَتْ لَهُ شَاةٌ، فَجَعَلَ يقول لغلامه: أهديت لجارنا اليهوي؟ أَهْدَيْتَ لِجَارِنَا الْيَهُودِيِّ؟ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ: ” مَا زَالَ جِبْرِيلُ يُوصِينِي بالجارحتى ظننت أنه سيورثه 

“Beliau menyembelih seekor kambing. Beliau lalu berkata kepada seorang pemuda: ‘akan aku hadiahkan sebahagian untuk tetangga kita yang orang Yahudi’. Pemuda tadi berkata: ‘Hah? Engkau hadiahkan kepada tetangga kita orang Yahudi?’. Kata Abdullah bin ‘Amr al-‘As R.Anhuma
Yang maksudnya: “Sentiasalah Jibril AS mewasiatkan kepadaku (berbuat baik) kepada jiran (dengan baik dan sopan) sehingga aku menyangka bahawa Jibril AS mengarahkan daripada Allah SWT agar menjadikan mereka sebagai pewaris.” Riwayat Abu Daud (5152) & Al-Tirmizi (1943)












No comments:

Post a Comment

Nabi Muhammad obor masyarakat dalam semua perkara termasuk aqidah, Syariat dan akhlak

Nabi Muhammad obor masyarakat dalam semua perkara termasuk aqidah, Syariat dan akhlak Nabi Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam diutuskan ...