Hukum makan ulat/anak lebah (يرقة خنفساء النحل الصغيرة)
Hukum memakan ulat dalam mazhab Syafie adalah haram. Sebagaimana Firman Allah Subhanahuwata'ala,
وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَائِثَ
“Dan dia mengharamkan bagi mereka segala yang kotor/الْخَبَائِثَ ” (Al A’raf: 157).
Maksud الْخَبَائِثَ dalam ayat ini ada tiga pendapat, iaitu:
1- Makanan haram. Jadi yang dimaksudkan dalam ayat tersebut adalah dilarang memakan haram.
2-Segala sesuatu yang merasa jijik untuk memakannya, seperti ular dan الحشرات (berbagai haiwan kecil yang hidup di darat).
3-Bermaksud bangkai, darah dan daging babi yang dianggap halal. Ertinya, Allah mengharamkan bentuk penghalalan semacam ini padahal bangkai, darah dan daging babi sudah jelas-jelas haram. (Lihat Zaadul Masiir, 3: 273)
Boleh diperhatikan bagaimana perbuatan Rasul Salallahualaihiwasallam mencermati dalam soal makanan.
عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ أُتِىَ النَّبِىُّ -صلى الله عليه وسلم- بِتَمْرٍ عَتِيقٍ فَجَعَلَ يُفَتِّشُهُ يُخْرِجُ السُّوسَ مِنْهُ.
Dari Anas bin Malik, ia berkata bahwa Nabi Salallahualaihiwasallam diberi kurma yang sudah agak lama (membusuk), lalu beliau mengorek-ngorek kurma tersebut. Lantas beliau mengeluarkan ulat dari kurma itu. (HR. Abu Daud no. 3832)
Melainkan jika ulat tersebut tidak dapat dielakkan serta dimaafkan seperti ulat yang terhasil daripada keju, cuka dan buah-buahan. Ini kerana ulat-ulat berkenaan lahir dan membesar dari bahan yang suci tersebut. Sekalipun begitu, yang dimaafkan hanyalah jika dimakan bersama bahan-bahan suci tersebut dan bukannya dimakan secara asing. Misalnya ulat keju dimakan dengan keju, ulat cuka dimakan dengan cuka dan ulat buah dimakan dengan buah. Ada pun jika diasingkan ulat daripada buah misalnya, maka haram memakan.
Rujuk Al-Majmu’ Syarh al-Muhazzab (9/15)
Justeru itu, harus hukumnya memakan ulat yang dimakan bersama madu yang diambil daripada sarang lebah itu. Ini kerana dikiaskan madu itu dengan buah, keju dan cuka kerana lahirnya ulat itu bersama madu. Namun sebaliknya jika sengaja diasingkan ulat daripada sarang lebah tersebut, lalu dimakan secara berasingan maka haramlah hukumnya. Ini kerana para ulama secara umumnya mengkategorikan serangga( الحشرات )
dan seumpamanya sebagai sesuatu yang jijik yang secara ma'rufnya tidak dimakan. Allah berfirman:
وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبَاتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَائِثَ
Maksudnya: menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk.
Surah al-A’raf, (7/157)
Namun haram hukumnya jika pada ulat atau madu terdapat racun atau apa-apa yang boleh memudaratkan tubuh manusia dengan memakannya. Sebagaimana firman Allah Ta'ala:
وَأَنفِقُوا فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ ۛ
Maksudnya: Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan. Surah al-Baqarah, (2:195)
Dan juga sabda Rasulullah Salallahualaihiwasallam,
لَا ضَرَرَ وَلَا ضِرَارَ
Maksudnya: Tidak boleh mendatangkan kemudaratan dan tidak boleh membalas kemudaratan dengan mudarat yang lain.
Hadis riwayat Imam Ibn Majah (no. 2340
No comments:
Post a Comment