Hukum membatalkan solat kerana ada kemudharatan atau kecemasan
Ulama sepakat bahawa tidak diperbolehkan membatalkan solat wajib tanpa adanya keuzuran yang dibenarkan secara syar’i. Di dalam kitab al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah menyebutkan bahawa:
قَطْعُ العِبَادَةِ الوَاجِبَةِ بَعْد الشُّرُوعِ فِيهَا بِلَا مَسُوغٌ شَرْعِي غَيْر جَائِز بِاتِّفَاقِ الفُقَهَاءِ؛ لِأَن قَطَعَهَا بِلَا مَسُوغٍ شَرْعِي عَبَثٌ يَتَنَافى مَعَ حُرْمَةِ العِبَادَةِ
Maksudnya: Membatalkan ibadah yang wajib setelah memulakannya tanpa sebab yang membolehkannya melakukan demikian adalah tidak harus dengan sepakat para fuqaha’. Hal ini kerana membatalkan ibadah tanpa sebab yang diizinkan oleh syarak adalah satu perbuatan yang sia-sia dan bersalahan dengan kehormatan solat. (Rujuk al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 34:51).
Hal ini berdasarkan firman Allah dalam Al-Qur’an surah Muhammad ayat 33;dalam al-Quran:
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَطِيعُوا اللَّـهَ وَأَطِيعُوا الرَّسُولَ وَلَا تُبْطِلُوا أَعْمَالَكُمْ
Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman! Taatlah kamu kepada Allah dan taatlah kepada Rasul Allah, dan janganlah kamu batalkan amal-amal kamu! (Surah Muhammad: 33)
Namunpun demikian, jika ada keuzuran yang dibenarkan secara syar’i, maka diperbolehkan untuk membatalkan solat wajib.
Di dalam kitab al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah menyebutkan bahawa:
أَمَّا قَطَعَهَا بِمَسُوغٍ شَرْعِي فَمَشْرُوعٌ، فَتَقْطَعُ الصَّلَاةَ لِقَتْلِ حَيَّةٍ وَنَحْوِهَا لِلأَمْرِ بِقَتْلِهَا، وَخَوْف ضَيَاع مَال لَهُ قِيمَةٌ، لَهُ أَو لِغَيْرِهِ، وَلِإغَاثَةِ مَلْهُوف، وَتَنْبِيه غَافِل أَو نَائِمٍ قَصَدَتْ إِلَيهِ حَية ولَا يُمْكِن تَنْبِيهُهُ بِتَسْبِيح
Maksudnya: Adapun jika membatalkannya disebabkan oleh sebab yang dibolehkan oleh syarak, maka hukumnya adalah harus, seperti membatalkan solat bagi membunuh ular atau menyuruh orang lain membunuhnya, atau khuatir akan kehilangan harta benda yang berharga sama ada harta benda sendiri atau orang lain, atau menyelamatkan orang yang meminta pertolongan, mengejutkan orang yang terlalai atau tertidur yang sedang dihampiri oleh ular berbisa yang tidak boleh untuk diberikan peringatan dengan menyebut tasbih sahaja. (Rujuk al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah, 34:51)
Juga dinyatakan,
قَطْعُ الْعِبَادَةِ الْوَاجِبَةِ بَعْدَ الشُّرُوعِ فِيهَا بِلاَ مُسَوِّغٍ شَرْعِيٍّ غَيْرُ جَائِزٍ بِاتِّفَاقِ الْفُقَهَاءِ، لأنَّ قَطْعَهَا بِلاَ مُسَوِّغٍ شَرْعِيٍّ عَبَثٌ يَتَنَافَى مَعَ حُرْمَةِ الْعِبَادَةِ، وَوَرَدَ النَّهْيُ عَنْ إِفْسَادِ الْعِبَادَةِ، قَال تعَالَى: وَلاَ تُبْطِلُوا أَعْمَالَكُمْ، أَمَّا قَطْعُهَا بِمُسَوِّغٍ شَرْعِيٍّ فَمَشْرُوعٌ، فَتُقْطَعُ الصَّلاَةُ لِقَتْل حَيَّةٍ وَنَحْوِهَا لِلأَمْرِ بِقَتْلِهَا، وَخَوْفِ ضَيَاعِ مَالٍ لَهُ قِيمَةٌ لَهُ أَوْ لِغَيْرِهِ، وَلإِغَاثَةِ مَلْهُوفٍ، وَتَنْبِيهِ غَافِلٍ أَوْ نَائِمٍ قَصَدَتْ إِلَيْهِ نَحْوَ حَيَّةٍ، وَلاَ يُمْكِنُ تَنْبِيهُهُ بِتَسْبِيحٍ
Maksudnya, “ Memutuskan(membatalkan) ibadah wajib adalah di tegah tanpa ada alasan yang membolehkannya, menurut syariat tidak diperkenankan. Ia berdasarkan kesepakatan ulama. Menghentikan ibadah tanpa alasan yang syar'i adalah bentuk main-main yang menafikan kehormatan ibadah. Larangan dalam hal merosakkan ibadah disebut dalam Surah Muhammad ayat 33, dan janganlah kamu batalkan amal-amal kamu.’ Sedangkan menghentikan atau membatalkan ibadah dengan alasan yang membolehkannya secara syar’i adalah memang disyariatkan. Solat boleh dibatalkan kerana ingin membunuh ular atau sejenisnya yang diperintahkan dalam syariat untuk dibunuh, kerana bimbang kehilangan harta benda berharga dan harta lainnya, kerana menyelamatkan orang yang minta tolong, memperingatkan orang lalai atau orang tidur yang sedang didekati oleh ular dan sejenisnya di mana tidak mungkin mengingatkannya hanya dengan kalimat tasbih,” (Lihat Wizaratul Awqaf was Syu`unul Islamiyyah, Al-Mausu’atul Fiqhiyyah Al-Kuwaitiyyah, [Kuwait, Darus Safwah: 1997 M/1417 H], cetakan pertama, juz XXXIV, halaman 51).
Ia berdasarkan satu kaedah fiqh yang menyebutkan bahawa:
الضَّرُورَةُ تُبِيحُ االمَحْظُورَاتِ
Maksudnya: Keadaan yang darurat itu mengharuskan perbuatan-perbuatan yang haram
Berikut adalah beberapa keadaan yang membolehkan untuk membatalkan solat wajib:
Pertama,
Bimbang terhadap keselamatan diri sendiri. Iaitu apabila keselamatan diri terancam jika meneruskan solat, maka diperbolehkan untuk membatalkan solat tersebut. Iaitu dalam rangka untuk menyelematkan diri. Misalnya kerana ada gempa bumi atau banjir besar, atau terdapatnya haiwan buas, sakit perut yang bersangatan dan sebagainya hal yang boleh membahayakan diri.
Terdapat sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A bahawa Rasulullah Sallahualaihiwasallam bersabda:
اقْتُلُوا الأَسْوَدَيْنِ فِي الصَّلاَةِ الْحَيَّةَ وَالْعَقْرَبَ
Maksudnya: Bunuhlah kamu dua yang hitam di dalam solat iaitu ular dan kala jengking. Riwayat Abu Daud (921)
‘’Pada hadis ini terdapat dilalah (petunjuk) ke atas keharusan melakukan perbuatan yang sedikit di dalam solat. Dan melakukan perbuatan berturut-turut sebanyak dua kali dalam keadaan yang satu tidaklah merosakkan solat(muwalat)’’. Rujuk ‘Aun al-Ma’bud Syarah Sunan Abi Daud, Al-Azhim Abaadi
Pada hadith ini juga terdapat petunjuk yang membolehkan seseorang membunuh binatang buas yang mendatangkan bahaya kepadanya di dalam solat. Samada dengan cara kekal bersolat serta membunuh binatang yang merbahaya tersebut atau dengan cara memberhentikan solatnya, kemudian membunuh haiwan yang merbahaya seperti ular atau kala jengking tersebut. Dan kemudian memulakan semula solat fardhunya yang ditinggalkan sebentar tadi.
Kedua,
Untuk menyelematkan orang lain. Sebagaimana menyelamatkan diri sendiri, menyelematkan orang lain juga termasuk dalam satu keadaan yang memboleHaln untuk membatalkan solat. Bahkan menurut Imam Izzuddin bin Abdis Salam, menyelamatkan diri sendiri atau orang lain lebih utama dibanding melanjutkan solat. Misalnya, pada masa sedang solat, kita melihat anak kecil yang mengambil pisau yang boleh membahayakan anak kecil tersebut, maka dalam keadaan ini, kita boleh membatalkan solat. Kerana bertujuan untuk menyelamatkan anak kecil tersebut.
Rujuk:
Imam al-Izz Ibn Abd al-Salam RA menyebutkan bahawa:
تَقْدِيمُ إِنْقَاذ الغَرْقَى المَعْصُومِين عَلَى أَدَاءِ الصَّلَاة لِأَنَّ إِنْقَاذُ الغَرْقَى المَعْصُومِينَ عِندَ اللهِ أَفْضَل مِن أَدَاءِ الصَّلَاة، وَالجَمع بَينَ المَصْلَحَتَين مُمْكِنٌ بِأَن يُنقِذَ الغَرِيق ثُمَّ يَقْضِي الصَّلَاة. وَمَعْلُومٌ أَنَّ مَا فَاتَهُ مِن مَصْلَحَةِ أَدَاءِ الصَّلَاة لَا يُقَارِبُ إِنْقَاذُ نَفْس مُسْلِمَة مِنَ الهَلَاك
Maksudnya: Hendaklah didahulukan perbuatan menyelamatkan orang yang lemas diatas perbuatan solat. Ini kerana menyelamatkan orang yang lemas di sisi Allah Subhanahuwata'ala adalah lebih afdhal daripada menunaikan solat. Dan kedua-duanya boleh dihimpunkan iaitu dengan cara menyelamatkan orang yang lemas terlebih dahulu, kemudian mengqadha solatnya. Seperti yang sedia maklum, jika sekiranya terlepas maslahah untuk menunaikan solat pada waktunya tidak sama daripada mashlahah yang lebih besar iaitu menyelamatkan nyawa manusia daripada kebinasaan. (Rujuk Qawa’id al-Ahkam fi Islah al-Anam, 1:96)
Ketiga,
Bimbang terhadap keselamatan harta Yang berharga. Selain menyelamatkan jiwa baik manusia mahupun haiwan, pembatalan atau menghentikan solat juga boleh dilakukan untuk menyelamatkan harta benda Yang berharga.
Misalnya, pada ketika kita sedang bersolat, tiba-tiba hp kita hendak dicuri oleh pencuri. Maka kita boleh membatalkan solat dan menyelamatkan hp tersebut dari dicuri oleh pencuri.
Rujuk:
وتقطع الصلاة أيضاً إذا غلب على ظن المصلي خوف تردي أعمى، أو صغير أو غيرهما في بئر ونحوه. كما تقطع الصلاة خوف اندلاع النار واحتراق المتاع ومهاجمة الذئب الغنم؛ لما في ذلك من إحياء النفس أوالمال، وإمكان تدارك الصلاة بعد قطعها، لأن أداء حق الله تعالى مبني على المسامحة
Maksudnya, “Solat juga wajib dibatalkan bila dalam pandangan orang yang sedang solat muncul kebimbangan yang kuat jatuhnya orang buta, anak kecil, atau selain keduanya jatuh ke dalam perigi atau lainnya. Solat juga wajib dibatalkan ketika bimbang pada kebakaran, terbakarnya harta benda tertentu, atau terkaman serigala kepada ternak kambing. Kerana pembatalan solat untuk menolongnya itu merupakan bahagian daripada penyelamatan jiwa atau harta benda dan ianya memungkinkan mengulangkan solat tersebut setelah ia dibatalkan. Menunaikan kewajipan terhadap Allah berdasarkan kepada kelonggaran,” (Lihat Syekh Wahbah Az-Zuhayli, Al-Fiqhul Islami wa Adillatuh, [Beirut, Darul Fikr, cetakan kedua, 1985 M/1405 H], juz II, halaman 37).
No comments:
Post a Comment