Friday, November 22, 2019

Hukum bagi Imam serta makmum dan orang yang solat secara sendirian.membaca dan memegang naskhah Mushaf al-Quran semasa solat.

Hukum bagi Imam serta makmum dan orang yang solat secara sendirian.membaca dan memegang naskhah Mushaf al-Quran semasa solat. 

Perkara ini adalah perkara khilaf, para ulama berbeza pendapat tentang hukum membaca dan memegang naskhah Mushaf al-Quran Semasa Solat. Sebahagian membolehkannya dan sebahagian yang lain pula mengatakan bahawa ianya membatalkan solat.

1-Pendapat pertama:
Mazhab Zahiriyah dan sebahagian pendapat mazhab Imam Abu Hanifah menyatakan ianya batalkan solat, sama ada dalam solat fardhu mahupun solat sunat (Rujuk: al-Mabsut (1/201-202), Bada’i al-Sana’i fi Tartib al-Syara’i (1/236).Ini adalah berdasarkan kepada hadith:

حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا ابْنُ فُضَيْلٍ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ إِبْرَاهِيمَ عَنْ عَلْقَمَةَ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ
كُنْتُ أُسَلِّمُ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ فِي الصَّلَاةِ فَيَرُدُّ عَلَيَّ فَلَمَّا رَجَعْنَا سَلَّمْتُ عَلَيْهِ فَلَمْ يَرُدَّ عَلَيَّ وَقَالَ إِنَّ فِي الصَّلَاةِ لَشُغْلًا

Telah menceritakan kepada kami ‘Abdullah bin Abu Syaibah telah menceritakan kepada kami Ibnu Fudhail dari Al A’masy dari Ibrahim dari ‘Alqamah dari ‘Abdullah radliallahu ‘anhu berkata: “Aku pernah memberi salam kepada Nabi Sallahualaihiwasallam ketika Beliau sedang solat maka Beliau membalas salamku. Ketika kami kembali (dari negeri An-Najasyi), aku memberi salam kembali kepada Beliau namun Beliau tidak membalas salamku. Kemudian Beliau berkata: “Sesungguhnya dalam solat terdapat kesibukan”.
Hadith Riwayat Bukhari 1140.

Bagi mereka, membaca dan memegang mushaf al-Quran menyebabkan seseorang itu hilang fokus semasa solat. Bagi yang tidak menghafal al-Quran, mereka tidak ditaklifkan untuk membaca selain daripada yang dihafal.Ini adalah sebagaimana firman Allah Subhanahuwata'ala:

فَاقْرَءُوا مَا تَيَسَّرَ مِنْهُ وَأَقِيمُوا الصَّلَاةَ

Maksudnya: “Maka bacalah apa-apa yang kamu mampu untuk membacanya (daripada al-Qur’an) dan laksanakanlah solat”.Surah al-Muzammil: 20

Al-Kasani menyebutkan bahawa,

ولو قرأ المصلي من المصحف فصلاته فاسدة عند أبي حنيفة. وعند أبي يوسف و محمد: تامة ويكره. وقال الشافعي: لا يكره.

“Jika ada orang yang solat sambil membaca mushaf, maka solatnya batal menurut Imam Abu Hanifah, sementara menurut Abu Yusuf dan Muhammad asy-Syaibani (dua murid senior Imam Abu Hanifah), solatnya sah, namun makruh. Kemudian Imam asy-Syafii berpendapat, “Tidak makruh.” (Bada’i ash-Shana’i, 1:236).

Mereka berpendapat bahawa memegang al-Qur’an, dengan menyelak-nyelak helaian mushaf untuk menukar mukasurat, melihat kepada mushaf dan memikirkannya kerana untuk memahami isi kandungannya merupakan perbuatan yang banyak dan ini boleh merosakkan solat.
Melihat mushaf al-Qur’an juga seumpama qias ke atas orang yang mempelajarinya al-Qur'an dari gurunya dengan menggunakan mushaf, maka perbuatan ini membatalkan solat.

2-Pendapat kedua:
Sebahagian ulama' Mazhab Malikiyyah menyatakan keharusan ini hanyalah pada solat sunat sahaja. Tetapi dimakruhkan untuk solat fardhu.Rujuk al-Dzakhirah (2/408), al-Jami li Masail al-Mudawwanah (3/1190).
Dalil yang digunakan adalah: 

عن عائشة أم المؤمنين رضي الله عنها أنها كان يؤمها عبدها ذكوان ويقرأ من المصحف

Daripada Aishah, sesungguhnya dia telah diimamkan oleh budak suruhannya bernama Zakwan dalam keadaan Zakwan membaca daripada Mashaf (diriwayatkan secara mua’llaq oleh Imam Bukhari dalam Bab 436 Hukum
di awal bab (Berimam Dengan Budak Suruhan/Maula/ إمامة العبد والمولى) dalam sahih al-Bukhari (1/140). Turut diriwayatkan oleh al-Baihaqi dan Ibn Abi Shaibah. Menurut Imam Ibn Hajar, athar ini adalah sahih). 

Mereka berpandangan hukumnya makruh kerana dibimbangi masyarakat Islam akan meninggalkan usaha untuk menghafaz al-Qur’an, apabila mereka semua hanya cenderung untuk membaca al-Qur’an daripada mushaf. 

3-Pendapat ketiga:
Jumhur Ulama' termasuk Mazhab al-Shafi’iyyah berpendapat tidak membatalkan solat dengan membaca, memegang bahkan menukar mukasurat Mushaf al-Quran. Keharusan ini adalah bagi solat sunat atau fardhu, dan termasuk juga solat bagi seorang imam atau orang yang solat cara sendirian, atau juga solat seorang hafiz atau yang bukan hafiz. 

Dalil yang mengharuskan: 

عن عائشة أم المؤمنين رضي الله عنها أنها كان يؤمها عبدها ذكوان ويقرأ من المصحف

Daripada Aishah, sesungguhnya dia telah diimamkan oleh budak suruhannya bernama Zakwan dalam keadaan Zakwan membaca daripada Mashaf (diriwayatkan secara mua’llaq oleh Imam Bukhari dalam Bab 436 Hukum
di awal bab (Berimam Dengan Budak Suruhan/Maula/ إمامة العبد والمولى) dalam sahih al-Bukhari (1/140). Turut diriwayatkan oleh al-Baihaqi dan Ibn Abi Shaibah. Menurut Imam Ibn Hajar, athar ini adalah sahih). 
Telah mencatat Al-Hafiz ibn Hajar Rahimahullah: “Hadith ini menjadi dalil bahawa harus bagi orang yang sedang mengerjakan solat untuk membaca al-Qur’an dengan melihat kepada mushaf” Rujuk Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari (2/185).

Imam al-Nawawi ada menyebutkan, 

 لَوْ قَرَأَ القُرْآنَ مِنَ الْمُصْحَفِ لَمْ تَبْطُلْ صَلَاتُهُ سَوَاءٌ كَانَ يَحْفَظُهُ أَمْ لَا بَلْ يَجِبُ عَلَيْهِ ذَلِكَ إِذَا لَمْ يَحْفَظْ الفَاتِحَةَ كَمَا سَبَقَ. وَلَوْ قَلَّبَ أَوَرَاقَهُ أَحْيَاناً فِي صَلَاتِهِ لَمْ تَبْطُلْ، وَلَوْ نَظَرَ فِي مَكْتُوبٍ غَيْرَ الْقُرْآنِ وَرَدَّدَ مَا فِيهِ فيِ نَفْسِهِ لَمْ تَبْطُلْ صَلَاتُهُ وَإِنْ طَالَ، لَكِنْ يُكْرَهُ، نَصَّ عَلَيْهِ الشَّافِعِيُّ فِي الْإِمْلَاءِ وَأَطْبَقَ عَلَيْهِ الْأَصْحَابُ 

Maksudnya, “Seandainya ia (orang yang solat) membaca Al-Qur`an melalui mushaf, solatnya tidak batal, baik ia hafal atau tidak. Bahkan wajib atasnya membaca pada mushaf jika tidak hafal surah Al-Fatihah sebagaimana yang telah dijelaskan. Seandainya ia sesekali membuka beberapa halaman mushaf dalam solatnya, tidak batal. Begitu juga tidak batal solatnya ketika ia melihat selain Al-Qur`an dalam apa yang termaktub kemudian ia mengulang-ulang dalam hatinya meskipun itu dilakukan dalam tempoh waktu lama, akan tetapi hal itu makruh. Demikian pendapat Imam Syafi’i sebagaimana terdapat dalam kitab Al-Imla`dan telah disepakati para pengikutnya,” (Lihat Muhyiddin Syaraf An-Nawawi, Al-Majmu’ Syarhul Muhadzdzab, 1431 H/2010 M, juz V, halaman 134).

{"Namun sikap yang lebih berhati-hati adalah dengan tidak membaca al-Qur'an menggunakan mushaf ketika sedang solat kerana perbuatan ini akan menyebabkan seseorang itu akan meninggalkan beberapa sunat solat kerana sibuk untuk membolak-balikkan halaman mushaf"]. 

Hukum Makmum Melihat Mushaf al-Qur’an di dalam Solat

Dalam satu peristiwa semasa solat subuh berjamaah para Sahabat pernah mengikuti bacaan al-Qur'an yang di baca panjang oleh baginda Sallahualaihiwasallamdi dalam solat. Sehingga Nabi Sallahualaihiwasallam menegur, bersabdanya, 

لا تَفعَلوا إلَّا بفاتحةِ الكتابِ؛ فإنَّه لا صلاةَ لمَن لم يَقرَأْ بها

Maksudnya: “Janganlah kamu berbuat demikian kecuali membaca surah al-Fatihah. Sessungguhnya tiada solat bagi sesiapa yang tidak membaca (surah al-Fatihah) di dalamnya (solat)” Hadith Riwayat Abu Daud (823) Syeikh Arnout mengatakan hadith ini tarafnya, sahih lighairihi. 

Juga firman Allah Subhanahuwata'ala:

وَإِذَا قُرِئَ الْقُرْآنُ فَاسْتَمِعُوا لَهُ وَأَنْصِتُوا لَعَلَّكُمْ تُرْحَمُونَ

Maksudnya: “Dan apabila al-Qur’an dibacakan, maka dengarlah bacaan al-Qur’an tersebut serta diamlah supaya kamu memperolehi rahmat”
Surah al-A’raaf:204

Pada ayat ini ada perintah dari Allah Subhanahuwata'ala agar diam ketika ayat al-Qur’an dibacakan sebagai satu tanda penghormatan kepada al-Qur’an. Lihat: Tafsir ibn Kathir. Perintah ini lebih utama diberi perhatian jika imam membacanya dalam solat fardhu sepertimana hadith, 

إِنَّمَا جُعِلَ الْإِمَامُ لِيُؤْتَمَّ بِهِ، فَإِذَا كَبَّرَ فَكَبِّرُوا، وَإِذَا قَرَأَ فَأَنْصِتُوا

Maksudnya: “Sesungguhnya imam dijadikan untuk diikuti, apabila imam mengangkat takbir, maka hendaklah makmum mengikutnya mengangkat takbir, dan jika imam membaca ayat al-Qur’an, maka hendaklah makmum diam”Hadith Riwayat Muslim (404)

No comments:

Post a Comment

Nabi Muhammad obor masyarakat dalam semua perkara termasuk aqidah, Syariat dan akhlak

Nabi Muhammad obor masyarakat dalam semua perkara termasuk aqidah, Syariat dan akhlak Nabi Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam diutuskan ...