Hukum aqiqah seekor kambing untuk bayi laki-laki
Berpandukan dalil hadith, bahawa asal aqiqah untuk anak lelaki adalah dua ekor kambing manakala bagi anak perempuan pula adalah seekor kambing. Ini adalah tertib yang paling afdhal bagi seseorang jika ingin melakukan ibadah aqiqah.Ini berdasarkan sabda Nabi Sallahualaihiwasallam yang menyebutkan:
مَنْ وُلِدَ لَهُ وَلَدٌ فَأَحَبَّ أَنْ يَنْسُكَ عَنْهُ فَلْيَنْسُكْ عَنِ الْغُلاَمِ شَاتَانِ مُكَافِئَتَانِ وَعَنِ الْجَارِيَةِ شَاةٌ
Maksudnya: Sesiapa yang dikurniakan anak dan ingin melakukan ibadat untuknya, maka lakukanlah ibadah aqiqah bagi anak lelaki dua ekor kambing dan bagi anak perempuan pula seekor kambing”.
Hadith Riwayat Abu Daud (2842)
Namunpun begitu sudah memadai untuk beraqiqah dengan seekor kambing sahaja bagi anak lelaki.Imam Abu Ishaq Syairazi menegaskan diperbolehan akikah dengan satu ekor kambing untuk anak laki-laki. Beliau berkata;
وَإِنْ ذُبِحَ عَنْ كُلِّ وَاحِدٍ مِنْهُمَا شَاةٌ جَازَ لِمَا رَوَى ابْنُ عَبَّاسٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ عَقَّ رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنِ الْحَسَنِ وَالْحُسَيْنِ عَلَيْهِمَا السَّلاَم كَبْشًا كَبْشًا
“Jika masing-masing anak baik laki-laki maupun perempuan diakikahi dengan satu ekor kambing, maka itu boleh kerana ada riwayat dari Ibnu Abbas yang menyatakan bahwa Nabi Sallahualaihiwasallam mengakikahkan Hasan dan Husain masing-masing satu kambing kibas ” Rujuk: kitab Muhadzab fi Fiqhil Imam Assyafi’i,
Ini berdasarkan sebuah hadith daripada Ibn Abbas R.Anhuma:
أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صلى الله عليه وسلم عَقَّ عَنِ الْحَسَنِ وَالْحُسَيْنِ كَبْشًا كَبْشًا
Maksudnya: “Rasulullah berdasarkan sabda Nabi Sallahualaihiwasallam mengakikahkan al-Hasan dan al-Husain seekor kibasy yang serupa dan sepadan bagi setiap seorang”.Hadith Riwayat Abu Daud (2841)
Syeikh Nawawi Banten dalam Hasyiyah Fathil Qarib yang lebih dikenal Tausyih ala Ibni Qasim mengatakan sebagai berikut.
ويحصل أصل السنة عن الغلام بشاة لأنه صلى الله عليه وسلم عق عن الحسن والحسين كبشا كبشا
Maksudnya, Dan sudah terhasil mengamalkan sunnah aqiqah bagi anak laki-lakinya meskipun menyembelih hanya seekor kambing. Pasalnya, Rasulullah Sallahualaihiwasallam sendiri mengaqiqahkan dua cucunya Hasan dan Husein dengan dua ekor domba. Masing-masing satu ekor.
Abdullah bin Hijazi As-Syarqawi dalam Hasyiyatus Syarqawi ala Tuhfatit Thullab menyatakan:
فالأقل من الذكر وغيره شاة وأقل الكمال فيه شاتان والكمال لا حد له
Maksudnya: Sebenarnya satu ekor kambing menjadi batas minima aqiqah untuk bayi lelaki dan bayi perempuan. Sementara dua ekor kambing merupakan batas minima kesempurnaan aqiqah untuk bayi laki-laki. Agama sendiri tidak membatasi jumlah kambing untuk kesempurnaan aqiqah.
Berpandukankan petunjuk hadith serta penjelasan dari para ulama maka jika seseorang itu melakukan aqiqah bagi bayi laki-laki dengan seekor kambing adalah sudah memadai.
Justeru itu, lakukanlah ibadah aqiqah ini dengan penuh keikhlasan serta dengan menzahirkan rasa syukur di atas kurniaan Allah Subhanahuwata'ala kerana mengurniakan zuriat.
No comments:
Post a Comment