Saturday, November 16, 2019

Hukum membaca “سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ” bagi imam, makmum dan yang solat sendirian ketika bangun dari rukuk.

Hukum membaca “سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ” bagi imam, makmum dan yang solat sendirian ketika bangun dari rukuk. 

Bersandarkan kepada hadis sahih yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah R.A, bacaan
" سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ " merupakan sunnah Nabi Sallahualaihiwasallam yang dibaca di dalam solat. 

Hadith riwayat  Abu Hurairah R.A:

كَانَ رَسُوْلُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا قَامَ إِلَى الصَّلاَةِ يُكَبِّرُ حِينَ يَقُومُ ثُمَّ يُكَبِّرُ حِينَ يَرْكَعُ ثُمَّ يَقُولُ: سَمِعَ الله لِمَنْ حَمِدَهُ حِينَ يَرْفَعُ صُلْبَهُ مِنَ الرُّكُوعِ ثُمَّ يَقُولُ وَهُوَ قَائِمٌ: رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ ثُمَّ يُكَبِّرُ حِينَ يَهْوِي ثُمَّ يُكَبِّرُ حِينَ يَرْفَعُ رَأْسَهُ ثُمَّ يُكَبِّرُ حِينَ يَسْجُدُ، ثُمَّ يُكَبِّرُ حِينَ يَرْفَعُ رَأْسَهُ؛ ثُمَّ يَفْعَلُ ذَلِكَ فِي الصَّلاَةِ كُلِّهَا حَتَّى يَقْضِيَهَا؛ وَيُكَبِّرُ حِينَ يَقُومُ مِنَ الثِّنْتَيْنِ بَعْدَ الْجُلُوسِ ‏

Ertinya: Sesungguhnya Nabi Sallahualaihiwasallam ketika berdiri untuk menunaikan solat, Baginda akan mengucapkan Takbir, kemudian mengucapkan takbir ketika ruku’, kemudian mengucapkan Sami’allahu liman hamidah, dan ketika mengangkat tulang punggungnya dari ruku’ dan berada pada kedudukan tegak, baginda akan mengucapkan Rabbana walakal hamd. lalu Baginda mengucapkan takbir ketika turun hendak melaksanakan sujud, bertakbir ketika mengangkat kepala (dari sujud), kemudian takbir ketika akan sujud (kedua), lalu takbir ketika mengangkat kepala (dari sujud kedua). Baginda melakukan itu semua di dalam solat sehingga selesai, dan baginda bertakbir ketika berdiri dari dua rakaat setelah duduk (tasyahud awal). (Hadis riwayat Bukhari, No. 786)

Imam Ahmad dan ulama mazhab Hambali berpendapat bahawa tasmi’ hukumya adalah wajib.Ibn Qudamah mengatakan,

والمشهور عن أحمد أن تكبير الخفض والرفع ، وتسبيح الركوع والسجود ، وقول ” سمع الله لمن حمده ربنا ولك الحمد ” ، وقول ” رب اغفر لي ” بين السجدتين ، والتشهد الأول – واجب ، وهو قول إسحاق وداود

Riwayat yang masyhur dari Imam Ahmad bahawa takbir intiqal, bacaan tasbih ketika rukuk dan sujud, ucapan سمع الله لمن حمده ربنا ولك الحمد’, doa ketika duduk diantara dua sujud, dan tasyahhud awal, semuanya hukumnya wajib. Dan ini juga pendapat Ishaq bin Rahawaih dan Daud. (al-Mughni, 1:362).

Jumhur ulama berpendapat bahawa tasmi’ dan tahmid hukumnya sunat.Namun mereka berbeza pendapat mengenai bacaan imam dan makmum:

Dalil yang menjadi perbahasannya ialah hadith yang  diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah Sallahualaihiwasallam bersabda:

إِنَّمَا جُعِلَ الإِمَامُ لِيُؤْتَمَّ بِهِ فَإِذَا كَبَّرَ فَكَبِّرُوا وَإِذَا رَكَعَ فَارْكَعُوا وَإِذَا قَالَ سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ ‏.‏ فَقُولُوا اللَّهُمَّ رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ

Maksudnya: Imam dijadikan untuk diikuti, maka bertakbirlah ketika dia bertakbir, dan rukuk apabila dia rukuk, dan apabila dia menyebut ‘sami’a Allah liman hamidah’, hendaklah kamu menyebut ‘Allahumma Rabbana laka al-Hamd’.Hadith Riwayat Muslim (417)

Dalam riwayat yang lain, Nabi Sallahualaihiwasallam menambah:

فَإِنَّهُ مَنْ وَافَقَ قَوْلُهُ قَوْلَ الْمَلاَئِكَةِ غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Maksudnya: Sesungguhnya barangsiapa yang perkataannya berbetulan dengan perkataan para malaikat, maka dosa-dosanya yang lalu akan diampunkan.Hadith Riwayat al-Tirmizi (267

Ulama Malikiyah dan Imam Abu Hanafiah berpendapat bahawa imam hanya disunatkan membaca tasmi’ dan tidak perlu membaca tahmid. Sedangkan makmum disunatkan membaca tahmid saja dan tidak perlu membaca tasmi’. Dan munfarid disunatkan membaca keduanya.

Abu Yusuf Al Hanafi dan juga satu riwayat pendapat dari Abu Hanifah, mengatakan imam dan munfarid disunatkan membaca tasmi’ dan tahmid sekaligus. Dan makmum hanya disunatkan membaca tasmi’ saja.

Ulama Syafi’iyyah berpendapat bahawa imam, makmum dan munfarid disunatkan membaca tasmi’ dan tahmid. (Mausu’ah Fiqhiyyah Kuwaitiyyah, 27/92-94).

Berdalilkan hadith daripada Abu Hurairah RA yang meriwayatkan bahawa Rasulullah Sallahualaihiwasallam bersabda:

كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم إِذَا قَالَ :‏ ‏سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ‏‏‏.‏ قَالَ :‏ ‏اللَّهُمَّ رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ ‏‏‏

Maksudnya: Nabi Sallahualaihiwasallam apabila menyebut “Allah Subhanahuwata'ala Maha Mendengar sesiapa yang memuji-Nya”, Baginda akan menyebut “Wahai Tuhan, bagi-Mu lah segala pujian”. Hadith Riwayat Bukhari (795)

Bacaan ‏سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ‏‏‏  menurut kitab-kitab kalangan Ulama SYAFI’IYYAH disunatkan bagi imam, makmum, muballigh ataupun orang yang sedang solat sendirian (munfarid), 

وَيُسْتَحَبُّ له أَنْ يَرْفَعَ يَدَيْهِ كما سَبَقَ في تَكْبِيرِ الْإِحْرَامِ حين يَرْفَعُ رَأْسَهُ من الرُّكُوعِ بِأَنْ يَكُونَ ابْتِدَاءُ رَفْعِهِمَا مع ابْتِدَاءِ رَفْعِهِ قَائِلًا في ارْتِفَاعِهِ لِلِاعْتِدَالِ سمع اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ لِلِاتِّبَاعِ رَوَاهُ الشَّيْخَانِ مع خَبَرِ صَلُّوا كما رَأَيْتُمُونِي أُصَلِّي وَسَوَاءٌ في ذلك الْإِمَامُ وَغَيْرُهُ وَأَمَّا خَبَرُ إذَا قال سمع اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ فَقُولُوا رَبَّنَا لَك الْحَمْدُ فَمَعْنَاهُ قُولُوا ذلك مع ما عَلِمْتُمُوهُ من سمع اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ لِعِلْمِهِمْ بِقَوْلِهِ صَلُّوا كما رَأَيْتُمُونِي أُصَلِّي مع قَاعِدَةِ التَّأَسِّي بِهِ مُطْلَقًا

“Dan disunatkan mengangkat kedua tangannya seperti saat takbiratul ihram saat ia mengangkat kepalanya dari ruku’, sebagaimana awal mengangkat kedua tangannya bertentangan dengan awal mengangkat kepalanya seraya membaca “‏سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ‏‏‏” berdasarkan itba’ Nabi pada hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari Muslim”· وَصَلُّوْا كَمَا رَأَيْتُمُونِيْ أُصَلِّيْ”.Ketentuan diatas sama bagi seorang imam dan lainnya (makmum, orang yang solat sendirian).
Sedang hadith ‘bila imam membaca “‏سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ‏‏‏” maka ucapkanlah oleh kalian رَبَّنَا لَك الْحَمْدُ” ertinya adalah ucapkanlah “رَبَّنَا لَك الْحَمْدُ” bersama dengan ucapan yang telah kalian ketahui yakni”‏سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ‏‏‏” sebab para sahabat telah mengetahui bacaan “‏سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ‏‏‏” dari solat yang dikerjakan oleh nabi dengan kaidah ta’ssy secara mutlak” Asna al-Mathoolib I/158

ويجهر الامام بسمع الله لمن حمده، ويسر بربنا لك الحمد ويسر غيره بهما.نعم المبلغ يجهر بما يجهر به الامام ويسر بما يسر به كما قاله في المجموع لانه ناقل

“Dan bagi imam bacalah dengan keras bacaan”‏سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ‏‏‏” dan bacalah dengan perlahan bacaan rabbana lakal hamdu , sedang bagi selain imam (makmum, orang yang shalat sendirian) bacalah pelan keduanya”Hanya saja bagi seorang muballigh (perantara bacaan imam) bacalah keras bacaan yang dikeraskan imam dan bacalah perlahan bacaan yang diperlahankan oleh imam sebagaimana yang diterangkan dalam kitab al-majmuu’ kerana kedudukannya sebagai perpindahan bacaan dari imam”.Al-Iqnaa I/133

ثم يرفع من ركوعه قائلا سمع الله لمن حمده ويرفع يديه حذم منكبيه فإذا اعتدل قائما قال ربنا لك الحمد ملء السموات وملء الأرض ما شئت من شيء بعد اماما كان أو مأموما أو منفردا

Kemudian bangkitlah ia dari rukuknya seraya mengucapkan ‏سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ‏‏‏ dan angkatlah kedua tangaanya selaras dengan kedua bahunya, kemudian saat ia telah tegak berdiri ucapkan ربنا لك الحمد ملء السموات وملء الأرض ما شئت من شيء بعد baik ia seorang imam, makmum ataupun solat sendiri”.
Iqnaa Li al-Mawardy I/39

( و ) يسن لكل مصل ( التكبير للانتقال من ركن إلى آخر….( إلا في الاعتدال ) ولو لثاني قيام الكسوف ( فيقول ) إماما كان أو منفردا أو مأموما مبلغا أو غيره ( سمع الله لمن حمده ) للاتباع أي تقبل الله منه حمده ويحصل أصل السنة بقوله من حمد الله سمعه

“Disunatkan bagi setiap orang yang solat membaca takbir pada perpindahan gerakan-gerakan yang terdapat pada satu rukun solat pada gerakan lainnya, kecuali saat ia i’tidal meskipun pada saat berdiri yang kedua sewaktu solat gerhana, maka ucapkanlah سمع الله لمن حمده baik ia seorang imam, solat sendirian, makmum, muballigh ataupun lainnya berdasarkan itba’ pada nabi dengan hadith “semoga Allah mendengar pujian darinya”. Dan kesunahan  juga dengan membaca سمع الله لمن حمده“. Al-Minhaj al-Qawiim I/201.

Menurut pandangan muktamad dalam mazhab Syafi’e, bahawa mereka mensunatkan bagi imam, makmum dan yang solat sendirian(منفرد و منفردة) untuk menyebut “سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ” ketika bangun dari rukuk, dan menyebut “رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ” ketika berdiri tegak untuk i’tidal, sebagaimana yang tsabit melalui hadith Baginda Sallahualaihiwasallam dan yang dinaskan dalam karangan para ulama mazhab Syafi’e.(Rujuk Raudhah al-Tolibin 1/252)



No comments:

Post a Comment

Nabi Muhammad obor masyarakat dalam semua perkara termasuk aqidah, Syariat dan akhlak

Nabi Muhammad obor masyarakat dalam semua perkara termasuk aqidah, Syariat dan akhlak Nabi Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam diutuskan ...