Wednesday, November 13, 2019

Hukum haiwan korban dari binatang yang telah dikasi atau kembiri. (الإخصاء)

Hukum haiwan korban dari binatang yang telah dikasi atau kembiri. (الإخصاء)

کمبيري/کاسي
Definisi : sudah dihilangkan alat jantannya; sudah tidak ada sifat jantannya lagi; kasi. mengembiri menghilangkan (membuang) alat jantannya; mengasi. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

Kasi atau castrate dalam istilah perubatan ialah merujuk kepada perbuatan membuang testis. Dalam istilah arab, ia disebut (الإخصاء) iaitu penghapusan fungsi alat jantina manusia atau haiwan (lelaki/jantan).

KEMBIRI atau KASI  adalah satu proses dimana testis jantan dibuang untuk menjadikan kambing tersebut sesuai menjadi kambing pedaging. Proses ini boleh dilakukan dengan cara pembedahan atau menggunakan bahan kimia. Apabila testis pada zakar  jantan ini dibuang maka binatang tersebut tidak dapat mengawan dimana ianya akan menjadi lebih gemuk akibat kurang aktif untuk mengawan.

Dalam kitab "Mukhtar al-Sihah" menyebut bahawa::

خِصَاءً بالكسر والمد إذا سللت خصييه

“Kasi adalah aktiviti mengeluarkan testis haiwan dan menanggalkannya”.

Hukum memandulkan binatang yang tidak boleh dimakan:

Hukum memandulkan haiwan yang tidak boleh dimakan adalah haram dalam mazhab al-Shafie.
Imam al-Nawawi dalam Majmu’ Sharh Muhazzab (6/177):

قَالَ الْبَغَوِيّ وَالرَّافِعِيُّ لَا يَجُوزُ خِصَاءُ حَيَوَانٍ لَا يُؤْكَلُ لَا فِي صِغَرِهِ وَلَا فِي كِبَرِهِ قَالَ وَيَجُوزُ خِصَاءُ الْمَأْكُولِ فِي صِغَرِهِ لِأَنَّ فِيهِ غَرَضًا وَهُوَ طِيبُ لَحْمِهِ وَلَا يَجُوزُ فِي كِبَرِهِ وَوَجْهُ قَوْلِهِمَا أَنَّهُ دَاخِلٌ فِي عُمُومِ قَوْله تَعَالَى إخْبَارًا عَنْ الشَّيْطَانِ (وَلآمُرَنَّهُمْ فَلَيُغَيِّرُنَّ خلق الله) فَخَصَّصَ مِنْهُ الْخِتَانَ وَالْوَسْمَ وَنَحْوَهُمَا وَبَقِيَ الْبَاقِي دَاخِلًا فِي عُمُومِ الذَّمِّ وَالنَّهْيِ

Ertinya: Telah berkata al-Baghawi dan al-Rafie bahawa tidak boleh memandulkan bintang yang tidak dimakan, sama ada semasa kecil atau dewasa. Mereka juga berkata bahawa harus memandulkan binatang yang boleh dimakan ketika kecilnya kerana untuk mendapatkan daging yang bagus, tetapi tidak boleh ketika dewasanya. Sudut pandagan kedua-dua syeikh ini sebenarnya terangkum dalam keumuman firman Allah Taala yang mengkhabarkan perihal hasutan syaitan: “Aku akan menyuruh mereka untuk mengubah ciptaan Allah” (Surah al-Nisa’, 4:119). Kemudian dikhaskan khitan haiwan dan menanda badan menggunakan besi panas, dan seumpama keduanya, maka yang berbaki termasuk dalam perbuatan terkutuk dan larangan. Rujuk:Majmu’ Sharh Muhazzab (6/177)

Pada dasarnya, para ulama membolehkan meng'kasi' atau meng'kembiri' haiwan ternak apabila hal tersebut dilakukan untuk kemaslahatan dan mendatangkan munafaat. Misalnya,haiwan akan menjadi gemuk dan akan lebih menguntungkan apabila dikembiri atau kasi. 

Pendapat para ulama dari empat mazhab telah disebutkan dalam kitab Al-Mausu’ah Al-Fiqhiyah Al-Kuwaitiyah berikut;

قَرَّرَ الْحَنَفِيَّةُ أَنَّهُ لاَ بَأْسَ بِخِصَاءِ الْبَهَائِمِ ؛ لأنَّ فِيهِ مَنْفَعَةً لِلْبَهِيمَةِ وَالنَّاسِ . وَعِنْدَ الْمَالِكِيَّةِ : يَجُوزُ خِصَاءُ الْمَأْكُول مِنْ غَيْرِ كَرَاهَةٍ ؛ لِمَا فِيهِ مِنْ صَلاَحِ اللَّحْمِ . وَالشَّافِعِيَّةُ فَرَّقُوا بَيْنَ الْمَأْكُول وَغَيْرِهِ ، فَقَالُوا : يَجُوزُ خِصَاءُ مَا يُؤْكَل لَحْمُهُ فِي الصِّغَرِ ، وَيَحْرُمُ فِي غَيْرِهِ . وَشَرَطُوا أَنْ لاَ يَحْصُل فِي الْخِصَاءِ هَلاَكٌ .أَمَّا الْحَنَابِلَةُ فَيُبَاحُ عِنْدَهُمْ خَصِيُّ الْغَنَمِ لِمَا فِيهِ مِنْ إِصْلاَحِ لَحْمِهَا

Ulama Hanafiyah telah menetapkan bahawa tidak mengapa mengembiri( mengasi) haiwan ternak, kerana hal tersebut boleh mendatangkan munafaat pada haiwan itu sendiri dan manusia. Menurut ulama Malikiyah, boleh mengembiri haiwan yang boleh dimakan tanpa ada kemakruhan karena hal itu boleh menjadikan daging haiwan tersebut bagus.Ulama Syafiiyah masih membezakan antara haiwan yang boleh dimakan dan yang tidak boleh. Menurut mereka, boleh mengemibiri haiwan yang boleh dimakan pada waktu masih kecil, dan haram mengemibiri haiwan yang tidak boleh dimakan. Mereka mensyaratkan kebolehan mengemibiri haiwan ternak dengan catatan tidak mendatangkan kerosakan. Menurut ulama Hanabilah, bagi mereka boleh mengimbiri kambing kerana hal itu boleh menjadikan dagingnya bagus. 

Pada asasnya, para ulama’ mazhab Syafi’e membolehkan mengasi haiwan yang halal dimakan ketika haiwan tersebut masih kecil, dan mengharamkannya ketika haiwan tersebut sudah besar. Sebagaimana yang dinyatakan berikut, 

Imam al-Nawawi dalam Majmu’ Sharh Muhazzab (6/177):

قَالَ الْبَغَوِيّ وَالرَّافِعِيُّ لَا يَجُوزُ خِصَاءُ حَيَوَانٍ لَا يُؤْكَلُ لَا فِي صِغَرِهِ وَلَا فِي كِبَرِهِ قَالَ وَيَجُوزُ خِصَاءُ الْمَأْكُولِ فِي صِغَرِهِ لِأَنَّ فِيهِ غَرَضًا وَهُوَ طِيبُ لَحْمِهِ وَلَا يَجُوزُ فِي كِبَرِهِ وَوَجْهُ قَوْلِهِمَا أَنَّهُ دَاخِلٌ فِي عُمُومِ قَوْله تَعَالَى إخْبَارًا عَنْ الشَّيْطَانِ (وَلآمُرَنَّهُمْ فَلَيُغَيِّرُنَّ خلق الله) فَخَصَّصَ مِنْهُ الْخِتَانَ وَالْوَسْمَ وَنَحْوَهُمَا وَبَقِيَ الْبَاقِي دَاخِلًا فِي عُمُومِ الذَّمِّ وَالنَّهْيِ

Maksudnya: Telah berkata al-Baghawi dan al-Rafie bahawa tidak boleh memandulkan bintang yang tidak dimakan, sama ada semasa kecil atau dewasa. Mereka juga berkata bahawa harus memandulkan binatang yang boleh dimakan ketika kecilnya kerana untuk mendapatkan daging yang bagus, tetapi tidak boleh ketika dewasanya. Sudut pandagan kedua-dua syeikh ini sebenarnya terangkum dalam keumuman firman Allah Taala yang mengkhabarkan perihal hasutan syaitan: “Aku akan menyuruh mereka untuk mengubah ciptaan Allah” (Surah al-Nisa’, 4:119). Kemudian dikhaskan khitan haiwan dan menanda badan menggunakan besi panas, dan seumpama keduanya, maka yang berbaki termasuk dalam perbuatan terkutuk dan larangan. Rujuk:Majmu’ Sharh Muhazzab (6/177)

Khatib al-Syarbini dalam kitabnya "Mughni al-Muhtaaj", Jilid 3 hal.102:

ويجوز خصاء ما يؤكل في صغره لأنه يطيب اللحم ويحرم في الكبير وكذا خصاء ما لا يؤكل

Bermaksud: “Harus mengkasi sesuatu yang boleh dimakan ketika ia masih kecil kerana ia menyuburkan dagingnya. Namun, haram melakukannya ketika ia telah dewasa. Begitu juga haram mengkasi sesuatu yang tidak boleh dimakan”. Rujuk: Mughni al-Muhtaaj", Jilid 3 hal.102.

Umar Bin al-Wardi dalam "Syarah al-Bahjah al-Wardiyyah", jilid 14, hal.120:

وَيَجُوزُ خِصَاءُ مَا يُؤْكَلُ لَحْمُهُ فِي صِغَرِهِ لِطِيبِ لَحْمِهِ لَا فِي كِبَرِهِ وَلَا مَا لَا يُؤْكَلُ لَحْمُهُ

Bermaksud: “Harus mengkasi sesuatu yg boleh dimakan dagingnya ketika ia masih kecil untuk menyuburkan dagingnya bukan ketika ia telah membesar. Dan tidak harus mengkasi sesuatu yg tidak boleh dimakan dagingnya.” Rujuk:Syarah al-Bahjah al-Wardiyyah", jilid 14, hal.120.

Imam al-Nawawi dalam kitabnya "Raudhah al-Thalibin wa Umdah al-Muftin", jiilid 2 hal.337:

فرع ويجوز خصاء ما يؤكل لحمه في صغره لطيب لحمه ولا يجوز ولإخصاء ما لا يؤكل

Bermaksud: “Harus mengkasi sesuatu yg boleh dimakan dagingnya ketika ia masih kecil untuk menyuburkan dagingnya dan tidak harus mengkasi sesuatu yg tidak boleh dimakan.” Rujuk: Raudhah al-Thalibin wa Umdah al-Muftin", jiilid 2 hal.337

Syihabuddin Ahmad yg dikenali sebagai 'Umairah, dalam "Hasyiah"nya, jilid 3 hal.205:

ويجوز خصاء ما يؤكل لحمه في الصغر فقط . ويحرم في غيره , والظاهر أن مرجع الصغر العرف

Bermaksud: “Dan harus mengkasi sesuatu yg dimakan dagingnya ketika ia masih kecil sahaja. Haram melakukannya ketika ia telah dewasa. Zahirnya, kecil dan besar itu merujuk kepada Uruf (pandangan kebanyakan org).” Rujuk:Hasyiah"nya, jilid 3 hal.205.

Menurut al-Bujairimi dalam "Hasyiah"nya, jilid 13 hal.323:

اعْلَمْ أَنَّ الْخِصَاءَ جَائِزٌ بِشُرُوطٍ ثَلَاثَةٍ : أَنْ يَكُونَ لِمَأْكُولٍ وَأَنْ يَكُونَ صَغِيرًا وَأَنْ يَكُونَ فِي زَمَانٍ مُعْتَدِلٍ وَإِلَّا حَرُمَ وَعِبَارَةُ الْمِصْبَاحِ قَوْلُهُ : خِصَاءُ الْمَأْكُولِ بِالْكَسْرِ وَالْمَدِّ أَيْ سَلُّ خُصْيَتَيْهِ بِمَعْنَى اسْتِخْرَاجِ بَيْضَتِهِ .

Bermaksud: “Ketahuilah bahawa mengkasi adalah sessuatu yg diharuskan dgn memenuhi 3 syarat:

• Hendaklah binatang yg dikasi adalah haiwan yg boleh dimakan.

• Hendaklah haiwan tersebut masih kecil

• Hendaklah dilakukan pada masa yg sesuai.

Jika perkara ini tidak dipenuhi maka haram hukumnya mengkasi haiwan tersebut. Rujuk: Hasyiah"nya, jilid 13 hal.323.

Syeikh Abdullah al-Harari al-Habasyi dalam kitabnya "Bughyah al-Thalib", jilid 2 hal.281:

وكذلك لا يجوز خصي بعض البهائم كالهر. لكن البقر يجور خصيه قبل الكبر لأن لحمه يطيب بذلك لكن بعد أن يكبر لا يجوز حصيه

Bermaksud: “Begitu juga tidak harus mengkasi sebahagian jenis haiwan seperti kucing. Tetapi lembu harus diperlakukan sedemikian itu sebelum ia membesar kerana dagingnya akan jadi baik atau bertambah disebabkan kasian tersebut. Walaupun begitu setelah ia dewasa tidak harus untuk seseorg itu mengkasinya”. Rujuk: Bughyah al-Thalib", jilid 2 hal.281.

Dalam jilid ke 13, hal.229, al-Bujairimi mengatakan:

فَائِدَةٌ : ضَابِطُ الْمُجْزِئِ فِي الْأُضْحِيَّةِ السَّلَامَةُ مِنْ عَيْبٍ يُنْقِصُ اللَّحْمَ أَوْ غَيْرَهُ مِمَّا يُؤْكَلُ ( وَيُجْزِئُ الْخَصِيُّ ) ، لِأَنَّهُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ { ضَحَّى بِكَبْشَيْنِ مَوْجُوءَيْنِ } " أَيْ خَصِيَّيْنِ رَوَاهُ الْإِمَامُ أَحْمَدُ وَأَبُو دَاوُد وَغَيْرُهُمَا وَجَبَرَ مَا قُطِعَ مِنْهُ زِيَادَةُ لَحْمِهِ طِيبًا وَكَثْرَةً وَأَيْضًا الْخُصْيَةُ الْمَفْقُودَةُ مِنْهُ غَيْرُ مَقْصُودَةٍ بِالْأَكْلِ فَلَا يَضُرُّ فَقْدُهَا . وَاتَّفَقَ الْأَصْحَابُ إلَّا ابْنَ الْمُنْذِرِ عَلَى جَوَازِ خِصَاءِ الْمَأْكُولِ فِي صِغَرِهِ دُونَ كِبَرِهِ وَتَحْرِيمِهِ فِيمَا لَا يُؤْكَلُ كَمَا أَوْضَحْتُهُ فِي شَرْحِ الْمِنْهَاجِ وَغَيْرِهِ .

Bermaksud: “Panduan yg dalam melakukan korban. Hendaklah binatang yg akan disembelih tersebut selamat drpd sebarang keaiban yg boleh mengurangkan daging atau selainnya iaitulah haiwan yg boleh dimakan. Dan sah melakukan korban dgn binatang telah dikasi. Kerana RasuluLlah ﷺ pernah mengorbankan dua ekor kibas yg telah dikasikan.”Rujuk: al-Bujairimi jilid ke 13, hal.229,

Wahbah az Zuhaili dalam Al-Fiqh al-Islamy wa Adillatuh menyatakan:

اتفق العلماء على أن الأضحية لا تصح إلا من نَعم: إبل وبقر (ومنها الجاموس) وغنم (ومنها المعز) بسائر أنواعها، فيشمل الذكر والأنثى، والخصي والفحل، فلا يجزئ غير النعم من بقر الوحش وغيره، والظباء وغيرها، لقوله تعالى: {ولكل أمة جعلنا منسكاً ليذكروا اسم الله على ما رزقهم من بهيمة الأنعام} [الحج:34/22] ولم ينقل عنه صلّى الله عليه وسلم ، ولا عن أصحابه التضحية بغيرها،

“Para Ulama sepakat bahawa korban tidak diperbolehkan kecuali dengan binatang ternak iaitu : unta, lembu(termasuk kerbau) dan biri-biri (termasuk kambing) dengan segala jenisnya mencakup ternakan jantan atau betina, baik yang dikembiri atau dikasi. Tidak boleh berkorban dengan selain binatang ternak seperti antelop (بقر الوحش), kijang dan lain-lain berdasarkan firman Allah “Dan bagi tiap-tiap umat telah Kami syariatkan penyembelihan (korban), supaya mereka menyebut nama Allah terhadap binatang ternak yang telah direzekikan Allah kepada mereka” ( Al Hajj 22:34.). Dan tidak diriwayatkan dari Nabi Muhammad Sallahualaihiwasallam dan para sahabat berkorban menggunakan selain binatang ternak”. Rujuk:Al-Fiqh al-Islamy wa Adillatuh 

Berdasarkan kepada petunjuk dari hadith Nabi Sallahualaihiwasallam di bawah dan dari perbahasan para ulama diatas maka haiwan atau ternakan yang telah dikasi adalah boleh dan sah untuk dibuat korban atau akikah. Kerana ianya tidaklah termasuk dalam kecacatan yang menghalang sahnya sesuatu haiwan untuk dijadikan korban.

Dalam sebuah hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah R.A, beliau berkata:

أَنَّ رَسُولَ اللهِ صَلَّى الله عَليْهِ وسَلَّمَ كَانَ إِذَا أَرَادَ أَنْ يُضَحِّيَ ، اشْتَرَى كَبْشَيْنِ عَظِيمَيْنِ ، سَمِينَيْنِ ، أَقْرَنَيْنِ ، أَمْلَحَيْنِ مَوْجُوءَيْنِ

Maksudnya: “Bahawa apabila Rasulullah Sallahualaihiwasallam hendak melaksanakan qurban, maka Baginda membeli dua ekor kibasy yang besar, gemuk, bertanduk dan berwarna belang (hitam dan putih), yang dikasi.”

Hadith riwayat Ibn Majah (3122), Ahmad (25046) dan al-Baihaqi dalam al-Sunan al-Kubra (18827) dan Syu’ab al-Iman (1486)

Manakala dalam lafaz yang diriwayatkan daripada Jabir bin Abdillah R.A, beliau berkata:

ذَبَحَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم يَوْمَ الذَّبْحِ كَبْشَيْنِ أَقْرَنَيْنِ أَمْلَحَيْنِ مُوجَأَيْنِ

Maksudnya: Nabi Sallahualaihiwasallam pada hari Korban menyembelih dua ekor kambing yang bertanduk, hitam putih bulunya, dan dikasi.”
Riwayat Abu Daud (2795)

Imam al-Khattabi Rahimahullah berkata: “Sebahagian ulama’ memakruhkan haiwan yang dikasi kerana kekurangan anggotanya. Tapi yang sahih, ia tidaklah makruh. Ini kerana pengasian (castration) akan memberikan manfaat pada dagingnya (menjadi enak/gemuk), dapat menghilangkan lemak serta bau busuk haiwan. Anggota tersebut juga bukan anggota yang dimakan.” (Lihat Syarh al-Sunnah, 4/335. Pendapat ini juga dinukilkan oleh Al-Hafiz Ibn Hajar dalam Fath al-Bari, 10/10)

No comments:

Post a Comment

Nabi Muhammad obor masyarakat dalam semua perkara termasuk aqidah, Syariat dan akhlak

Nabi Muhammad obor masyarakat dalam semua perkara termasuk aqidah, Syariat dan akhlak Nabi Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam diutuskan ...