Tuesday, November 5, 2019

Hukum melakukan ibadah Korban untuk orang lain

Hukum melakukan ibadah Korban untuk orang lain

Ibadah korban yang khusus untuk Rasulullah Salallahualaihiwasallam hukumnya adalah wajib. Hal ini berdasarkan kepada sabda Baginda Salallahualaihiwasallam, salah satu darinya adalah hadith yang diriwayatkan oleh al-Tirmizi; 

أُمِرْتُ بِالنَّحْرِ وَهُوَ سُنَّةٌ لَكُمْ  

“Aku diperintahkan (diwajibkan) untuk berkorban, dan hal itu merupakan sunnah bagi kalian” (Hadith Riwayat Al-Tirmizi). 

Justeru itu,  hukum melaksanakan ibadah korban ini adalah sunat Muakkad (sangat dituntut) bagi setiap muslim yang berkemampuan. (Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh al-Syafi’e, 2/478)

Kesunnahan dalam hal ini adalah sunat kifayah jika ada dalam satu keluarga itu salah seorang dari mereka telah menjalankan ibadah korban maka gugurlah tuntutan sunat kifayat bagi pihak yang lain, tetapi jika hanya dia seorang sahaja maka hukumnya adalah sunat ‘ain. Syarat untuk melaksakan ibadah korban ini adalah ditujukan kepada orang muslim yang merdeka, sudah baligh, berakal dan mampu.

 وَالْاُضْحِيَة- ....(سُنَّةٌ) مُؤَكَّدَةٌ فِيحَقِّنَاعَلَى الْكِفَايَةِ إِنْ تَعَدَّدَ أَهْلُ الْبَيْتِ فَإِذَا فَعَلَهَا وَاحِدٌ مِنْ أَهْلِ الْبَيْتِ كَفَى عَنِ الْجَمِيعِ وَإِلَّا فَسُنَّةُ عَيْنٍ وَالْمُخَاطَبُ بِهَا الْمُسْلِمُ اَلْحُرُّ اَلْبَالِغُ اَلْعَاقِلُ اَلْمُسْتَطِيعُ 

“Hukum berkorban adalah sunat muakkad yang bersifat kifayah apabila jumlahnya dalam satu keluarga yang ramai, maka jika salah seorang dari mereka sudah menjalankannya maka sudah mencukupi untuk kesemuanya jika tidak maka menjadi sunat ain. Sedangkan mukhatab (orang yang terkena khitab) adalah orang islam yang merdeka, sudah baligh, berakal dan mampu” (Muhammad al-Khathib asy-Syarbini, al-Iqna’ fi Halli Alfazhi Abi asy-Syuja’, Bairut-Maktab al-Buhuts wa ad-Dirasat, tt, juz, 2, h. 588) 

Sehingga sampai di sini tidak ada persoalan, tetapi persoalan muncul kemudiannya adalah mengenai berkorban untuk orang yang telah meninggal dunia atau orang yang koma. Biasanya perkara ini akan dilakukan oleh pihak keluarganya, ini kerana orang yang telah meninggal dunia belum pernah berkorban sewaktu hidup. 

Perbahasan yang ditimbulkan oleh para ulama dalam hal melakukan ibadah korban untuk orang lain adalah:

1- Korban adalah merupakan ibadah yang memerlukan niat. Oleh kerana itu, maka secara mutlaknya niat orang yang berkorban adalah diperlukan.
Dari Amirul Mukminin, Abu Hafsh ‘Umar bin Al-Khattab radhiyallahu ‘anhu, ia berkata bahawa ia mendengar Salallahualaihiwasallam bersabda,

إنَّمَا الأعمَال بالنِّيَّاتِ وإِنَّما لِكُلِّ امريءٍ ما نَوَى

Sesungguhnya setiap amalan tergantung pada niatnya. Setiap orang akan mendapatkan apa yang ia niatkan. ” (Hadith Riwayat  Bukhari, no. 1 dan Muslim, no. 1907]

2-Setiap amalan yang dilakukan itu diberi ganjaran mengikut apa yang diusahakan. Ini adalah kerana pada asal ibadah, tidak boleh dilakukan oleh orang lain, melainkan terdapat dalil yang membenarkannya. (Lihat: al-Mu’tamad fi al-Fiqh a-Syafi’e, 2/490).Ini sepertimana Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala:

وَأَن لَّيْسَ لِلْإِنسَانِ إِلَّا مَا سَعَىٰ

Maksudnya: Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya. (Surah al-Najm, 39)

Begitu juga Firman Allah Subhanahu Wa Ta'ala:

لَهَا مَا كَسَبَتْ وَعَلَيْهَا مَا اكْتَسَبَتْ

Maksudnya: Ia mendapat pahala kebaikan yang diusahakannya, dan ia juga menanggung dosa kejahatan yang diusahakannya.(Surah al-Baqarah, 286)

Dari persoalan ini maka para ulama secara umumnya telah berselisih kepada dua pendapat dalam meletakkan hukum pelaksanaan korban ke atas orang yang telah meninggal dunia. Di sini dinyatakan secara ringkas pendapat yang masyhur di kalangan para ulama. Antaranya ialah:

Pertama: 
Pendapat majoriti dari kalangan ulama dalam mazhab Al-Hanafiyah, Al-Malikiyyah dan Al-Hanabilah iaitu Harus melaksanakan ibadah korban ke atas orang yang telah meninggal dunia dan pahalanya akan sampai kepada si mati. Hal ini adalah sebagaimana yang disebut di dalam kitab al-Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah.

 إِذَا أَوْصَى الْمَيِّتُ بِالتَّضْحِيَةِ عَنْهُ، أَوْ وَقَفَ وَقْفًا لِذَلِكَ جَازَ بِالاِتِّفَاقِ. فَإِنْ كَانَتْ وَاجِبَةً بِالنَّذْرِ وَغَيْرِهِ وَجَبَ عَلَى الْوَارِثِ إِنْفَاذُ ذَلِكَ. أَمَّا إِذَا لَمْ يُوصِ بِهَافَأَرَادَ الْوَارِثُ أَوْ غَيْرُهُ أَنْ يُضَحِّيَ عَنْهُ مِنْ مَال نَفْسِهِ، فَذَهَبَ الْحَنَفِيَّةُ وَالْمَالِكِيَّةُ وَالْحَنَابِلَةُ إِلَى جَوَازِ التَّضْحِيَةِ عَنْهُ، إِلاَّ أَنَّ الْمَالِكِيَّةَ أَجَازُوا ذَلِكَ مَعَ الْكَرَاهَةِ. وَإِنَّمَا أَجَازُوهُ لِأَنَّ الْمَوْتَ لاَ يَمْنَعُ التَّقَرُّبَ عَنِ الْمَيِّتِ كَمَا فِي الصَّدَقَةِ وَالْحَجِّ 

“Ada pun jika (orang yang telah meninggal dunia) belum pernah berwasiat untuk dikorbanii kemudian ahli waris atau orang lain berkorban untuk orang yang telah meninggal dunia tersebut dari hartanya sendiri maka mazhab Hanafii, Maliki, dan Hanbali memperbolehkannya. Hanya saja menurut mazhab Maliki boleh tetapi makruh. Alasan mereka adalah kerana kematian tidak boleh menghalangi orang yang meninggal dunia untuk ber-taqarrub kepada Allah sebagaimana dalam sedekah dan ibadah haji” (Lihat, Wizarah al-Awqaf wa asy-Syu`un al-Islamiyyah-Kuwait, Mausu’ah al-Fiqhiyyah al-Kuwatiyyah, Bairut-Dar as-Salasil, juz, 5, h. 106-107)

Mereka berdalilkan dengan sebuah hadith Yang diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah R.Anha, bahawa Rasulullah Salallahualaihiwasallam ketika menyembelih haiwan korban, baginda melafazkan:

بِسْمِ اللَّهِ. اللَّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنْ مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ وَمِنْ أُمَّةِ مُحَمَّدٍ

Maksudnya: “Bismillah… Ya Allah, terimalah ibadah korban daripada Muhammad dan daripada ahli keluarga Muhammad dan daripada umat Muhammad” . (Hadis Riwayat Muslim: 1967)

Kedua: 
Pendapat terkuat di kalangan para ulama dalam mazhab Al-Syafie iaitu tidak boleh melaksanakan ibadah korban ke atas orang yang telah meninggal dunia, melainkan di atas dasar wasiat yang telah ditinggalkan oleh si mati. Ini adalah berdasarkan pendapat Imam Muhyiddin an-Nawawi dalam kitab Minhaj ath-Tholibin dengan tegas menyatakan tidak ada korban untuk orang yang telah meninggal dunia kecuali semasa hidupnya pernah berwasiat.

وَلَا تَضْحِيَةَ عَنْ الْغَيْرِ بِغَيْرِ إذْنِهِ وَلَا عَنْ مَيِّتٍ إنْ لَمْ يُوصِ بِهَا

“Tidak sah berkorban untuk orang lain (yang masih hidup) dengan tanpa izinnya, dan tidak juga untuk orang yang telah meninggal dunia apabila ia tidak berwasiat untuk dikorbankan” (Muhyiddin Syarf an-Nawawi, Minhaj ath-Tholibin, Bairut-Dar al-Fikr, cet ke-1, 1425 H/2005 M, h. 321)

Dalam hal ini, Dr. Wahbah Zuhaili juga ada 
Omenyatakan di dalam kitabnya: “Mengikut pandangan ulama’ Syafi’e, tidak boleh melakukan ibadah korban selain daripada mendapat keizinannya. Begitu juga, ke atas orang yang meninggal dunia tidak boleh melainkan sekiranya diwasiat maka diharuskan”.korbant: al-Fiqh al-Islami wa Adillatuhu, 4/2743)

Justeru itu, bagaimanakah jalan keluar dari masaalah ini? 

Iaitu sebaiknya dengan melakukan ibadah korban di atas dirinya sendiri dan diiringi dengan niat untuk disedekahkan pahala kepada simati. Ini adalah seperti yang dilakukan oleh Baginda Salallahualaihiwasallam. Hadith yang diriwayatkan oleh Saidatina Aisyah RAnha bahawa Baginda Salallahualaihiwasallam menyebut ketika melakukan sembelihannya:
بِاسْمِ اللَّهِ اللَّهُمَّ تَقَبَّلْ مِنْ مُحَمَّدٍ وَآلِ مُحَمَّدٍ وَمِنْ أُمَّةِ مُحَمَّدٍ

Maksudnya: Bismillah, Wahai tuhan kami, terimalah daripada Muhammad dan daripada aali (keluarga) Muhammad dan daripada umat Muhammad.Riwayat Muslim (1967



No comments:

Post a Comment

Nabi Muhammad obor masyarakat dalam semua perkara termasuk aqidah, Syariat dan akhlak

Nabi Muhammad obor masyarakat dalam semua perkara termasuk aqidah, Syariat dan akhlak Nabi Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam diutuskan ...