Saturday, November 23, 2019

Hukum makan siput babi (Achatina fulica)

Hukum makan siput babi (Achatina fulica)

Memahami sesuatu permasaalahan itu adalah amat penting sebelum berhukum. Ini bersesuaian dengan kaedah:

الحُكْمُ عَلَى الشَّيْءِ فَرْعٌ عَن تَصَوُّرِهِ

Maksudnya: “Menghukum sesuatu perkara adalah cabang daripada gambaran mengenainya.”

Siput babi atau nama saintifiknya Achatina fulica merupakan sejenis siput daratan. Ia adalah haiwan moluska dari kelas gastropoda (berjalan dengan perut). Berbeza dengan siput akuatik yang menggunakan insang siput babi yang menggunakan paru paru untuk bernafas (pulmonata). Ia mempunyai cenkerang yang agak besar, padat dan berbentuk piramid dengan spira. Cangkerang siput babi dewasa mempunyai panjang sekitar 10cm sehingga 12cm dan lebarnya 4 ke 5 cm dengan berat 100 ke 120 gram. Lingkar cangkerang mempunyai arah putaran ke kanan. Dari segi struktur organ pembiakan ia adalah haiwan hemafrodit atau haiwan khunsa di mana ia mempunyai kedua dua organ jantan dan betina. Siput ini berasal dari benua Afrika. Pada kurun ke 20 ia telah di bawa ke India dan kemudianya merebak ke negeri Tropika yang lain. Ia adalah haiwan nokturnal atau haiwan malam. Siput Babi seringkali dianggap sebagai perosak. Di sesetengah negara, siput babi dikatakan dimakan. Lihat https://ms.wikipedia.org/wiki/Siput_Babi.

Selain dari kaedah di atas ada beberapa prinsip-prinsip yang penting dalam perkara halal dan haram berkenaan daging haiwan :

1- Pengharaman dari nas berdasarkan jenis haiwan tersebut, Firman Allah Subhanahuwata'ala:

إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنزِيرِ وَمَا أُهِلَّ بِهِ لِغَيْرِ اللَّهِ ? فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ فَلَا إِثْمَ عَلَيْهِ ? إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

Maksudnya: Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah al-Baqarah, 2:173)

2- Pengharaman dari nas berdasarkan perilaku haiwan tersebut. Hadith riwayat Ibn Abbas R.anhuma,bahawa Rasulullah Sallahialaihiwasallam bersabda:

نَهَى رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ كُلِّ ذِي نَابٍ مِنَ السِّبَاعِ، وَعَنْ كُلِّ ذِي مِخْلَبٍ مِنَ الطَّيْرِ

Maksudnya: Rasulullah Sallahialaihiwasallam melarang makan semua binatang yang memiliki nab (taring yang digunakan untuk menyerang) daripada jenis binatang buas, dan burung-burung yang memiliki mikhlab (cakar). Hadis riwayat Imam Muslim (1934) 

Contoh seperti harimau,burung helang, burung hering dan senagainya. 

3-Penghalalan khusus dengan sebab habitat semulajadi haiwan tersebut, 

Haiwan yang hidup di dalam air(حيوانات مائية), samaada di dalam sungai atau laut
Sabda Rasulullah Sallahualaiwasallam:

هُوَ الطَّهُورُ مَاؤُهُ، الحِلُّ مَيْتَتُهُ

Maksudnya: Airnya suci, dan bangkainya suci (tidak perlu disembelih).
Riwayat Imam al-Tirmidzi (68).

Adapun buaya dan katak. Ulama Syafieyyah menghukumkan makannya adalah haram.

4-Pengharaman secara umum kerana ada kemudharatan, Seperti haiwan yang ada racun. Seumpama ular dan lipan. Firman Allah Subhanahuwata'ala:

وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ

Maksudnya: Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan. (Surah al-Baqarah, 2:195)

5- Pengharaman kerana dilihat buruk memakannya  dalam uruf masyatakat Arab pada masa hidup senang dan pada masa zaman Nabi. 
Asas kepada tanggapan jijik dan kotor ini berdasarkan tanggapan masyarakat arab pada zaman Rasulullah Sallahualaihiwasallam..
Penentuan halal atau haram binatang berdasarkan kebiasaan orang arab adalah kerana mereka yang mula-mula menerima syariat dan Nabi Muhammad yang diutus oleh Allah untuk seluruh umat manusia dan jin pula adalah di kalangan mereka. Begitu juga al-Quran mula diturunkan kepada mereka.” Lihat al-Fiqh al-Manhaji (1/69).Contohnya burung gagak dan tikus.
Menurut jumhur fuqaha (Hanafiah, Syafieyyah, dan Hanabilah) haiwan-haiwan yang tidak dinyatakan halal ataupun haram di dalam al-Quran dan al-Hadis Rasulullah Sallahualaihiwasallam, maka mereka mengembalikannya kepada uruf masyarakat Arab samada الطّيّب atau الْخَبَائِثَ.

Penentuan halal atau haram binatang juga berdasarkan semua yang buruk atau yang kotor itu dipandang jijik oleh naluri manusia dalam masyarakat majmuk, walaupun dapat diterima oleh sebahagian mereka.Sebagaimana firman Allah Subhanahuwata'ala:

وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبَاتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَائِثَ

Maksudnya: Dan Dia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk.
(Surah al-A’raf: 157

Secara ringkasnya dalam menetapkan hukum 'halal' terhadap sesekor haiwan adalah seperti 
berikut:

1-Tiada pengharaman yang disebut di dalam al-Quran atau hadith seperti babi. 
2-Tiada pengharaman di dalam al-Quran atau hadis seperti binatang buas seumpama singa atau binatang yang memangsa dengan menyambar seperti helang.
3-Tidak bermudarat dan beracun.
4-Tidak memabukkan.
5-Bukanlah bersifat  keji di sisi uruf masyarakat Arab dan yang disifatkan الْخَبَائِثَ oleh al-Qur'an. 

Berdasarkan habitat Siput babi dan kejadiannya bernafas menggunakan paru-paru, maka jelaslah ia adalah jenis haiwan yang dikategorikan sebagai haiwan darat.
Dalam kitab al-Fiqh al-Islam wa Adillatuh membahagikan kepada tiga jenis haiwan yang hidup di daratan, iaitu haiwan darat yang halal dan haram dimakan antaranya:

1- Haiwan yang tidak mempunyai darah seperti lalat, lebah, semut dan seumpamanya. Haram dimakan haiwan ini kerana ia tergolong dalam kategori الْخَبَائِثَ iaitu haiwan yang dipandang jijik oleh masyarakat Arab.

2-Haiwan yang tidak mengalir darahnya seperti kutu, cicak, tikus, dan seumpamanya. Haiwan daripada jenis ini diharamkan kerana ia tergolong dalam kategori الْخَبَائِثَ dan setengahnya mempunyai racun yang memudharatkan manusia.

3-Haiwan yang mengalir darahnya, terbahagi kepada dua jenis iaitu haiwan jinak dan haiwan buas:
a)Haiwan jinak daripada kategori al-An’am adalah halal dimakan seperti unta, lembu, dan kambing. Begitu juga halal dimakan haiwan jinak dari kategori burung seumpama ayam dan itik. 
b)Haiwan buas yang bertaring seumpama singa dan harimau serta burung yang menggunakan kuku sebagai pemangsa seperti helang dan kelawar, ia adalah haram dimakan.
Lihat al-Fiqh al-Islam wa Adillatuh (4/2793)

Maka berdasarkan pembahagian di atas, siput babi termasuk dalam jenis yang kedua iaitu jenis haiwan yang tidak mengalir darahnya dan ianya dikategorikan sebagai khabaith dan tidak halal untuk dimakan. Fuqaha Syafieyyah menghukumkan haiwan sebegini sebagai najis kerana ianya termasuk daripada bangkai.

Justeru itu, siput babi adalah dari kategori haiwan yang haram dimakan,عِلّة/sebab pengharamannya  kerana adalah ia haiwan darat yang tidak mengalir darahnya serta terdiri daripada haiwan الْخَبَائِثَ.
Termasuk dalam penentuan hukum berdasarkan illahnya, iaitu


الحكم يدور مع عللها وجودا وعدما


Maksudnya: “Hukum itu beredar bersama dengan illahnya pada kewujudan dan ketiadaan hukum.”
Rujuk Mughni al-Muhtaj (2/260)

Konsep uruf menghukumkan siput babi adalah merupakan haiwan khabaith dan kotor serta tidak halal untuk dimakan. Ini kerana masyarakat majmuk telah menganggapnya sebagai haiwan yang kotor dan menjijikkan. Ini berdasarkan firman Allah Subhanahuwata'ala:

وَيُحِلُّ لَهُمُ الطَّيِّبَاتِ وَيُحَرِّمُ عَلَيْهِمُ الْخَبَائِثَ

Maksudnya: Dan Dia menghalalkan bagi mereka segala benda yang baik, dan mengharamkan kepada mereka segala benda yang buruk.
(Surah al-A’raf: 157)


No comments:

Post a Comment

Nabi Muhammad obor masyarakat dalam semua perkara termasuk aqidah, Syariat dan akhlak

Nabi Muhammad obor masyarakat dalam semua perkara termasuk aqidah, Syariat dan akhlak Nabi Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam diutuskan ...