Friday, November 1, 2019

Hukum makan ketam nipah

Hukum makan ketam nipah

Hukum memakan ketam nipah adalah halal sebagai mengambil tempat binatang air. Sebagaimana yang diketahui, binatang ini memang boleh hidup juga di luar air tetapi bukanlah dalam jangka masa yang lama. 
Ini juga bertepatan dengan kaedah:

الْأَصْلُ فِي الْأَشْيَاءِ الْإِبَاحَةُ حَتَّى يَدُلُّ الدَّلِيلُ عَلَى التَّحْرِيمِ

Maksudnya: “Hukum asal bagi sesuatu adalah "harus" sehingga ada dalil yang menunjukkan kepada pengharamanya.” (Lihat al-Asybah wa al-Nazair oleh al-Suyuti, 1/60)

Mengenali  definasi dan habitat Ketam Nipah: 

KETAM NIPAH (Scylla serrata) atau 'Mud Crab' adalah haiwan dari jenis krustacea iatu jenis hidupan yang bercangkerang seperti udang. Ia juga dikenali sebagai ketam bakau atau ketam lumpur dari keluarga Portunidae. Secara semulajadi ketam jenis ini hidup serta membiak di sekitar paya bakau, kuala sungai, tepi pantai atau laut, dalam air payau atau air masin mengikut masa air pasang dan surut

Ketam nipah sama seperti udang dan kerang di mana keseluruhan hidupnya adalah di dalam air dan bernafas melalui insang dan bukannya melalui paru-paru. Ketam nipah bernafas menggunakan oksigen di dalam air sebagai pelarut. Ketam nipah hanya boleh berada di darat dalam tempoh masa yang singkat kerana di dalam insangnya mempunyai satu ruang pintu yang boleh ditutup dan mengandungi sedikit air. Air tersebut digunakan untuk bernafas, dan sekiranya air itu kering, ketam nipah itu akan

Memahami sesuatu permasaalahan itu adalah amat penting sebelum berhukum. Ini bersesuaian dengan kaedah:

الحُكْمُ عَلَى الشَّيْءِ فَرْعٌ عَن تَصَوُّرِهِ

Maksudnya: “Menghukum sesuatu perkara adalah cabang daripada gambaran mengenainya.”

Selain dari kaedah di atas ada beberapa prinsip-prinsip yang penting dalam perkara halal dan haram berkenaan daging haiwan :

1- Pengharaman dari nas berdasarkan jenis haiwan tersebut, Firman Allah Subhanahuwata'ala:

إِنَّمَا حَرَّمَ عَلَيْكُمُ الْمَيْتَةَ وَالدَّمَ وَلَحْمَ الْخِنزِيرِ وَمَا أُهِلَّ بِهِ لِغَيْرِ اللَّهِ ? فَمَنِ اضْطُرَّ غَيْرَ بَاغٍ وَلَا عَادٍ فَلَا إِثْمَ عَلَيْهِ ? إِنَّ اللَّهَ غَفُورٌ رَّحِيمٌ

Maksudnya: Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, dan darah, dan daging babi, dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah maka sesiapa terpaksa (memakannya kerana darurat) sedang ia tidak mengingininya dan tidak pula melampaui batas (pada kadar benda yang dimakan itu), maka tidaklah ia berdosa. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani. (Surah al-Baqarah, 2:173)

2- Pengharaman dari nas berdasarkan perilaku haiwan tersebut. Hadith riwayat Ibn Abbas R.anhuma,bahawa Rasulullah Sallahialaihiwasallam bersabda:

نَهَى رَسُولُ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ كُلِّ ذِي نَابٍ مِنَ السِّبَاعِ، وَعَنْ كُلِّ ذِي مِخْلَبٍ مِنَ الطَّيْرِ

Maksudnya: Rasulullah Sallahialaihiwasallam melarang makan semua binatang yang memiliki nab (taring yang digunakan untuk menyerang) daripada jenis binatang buas, dan burung-burung yang memiliki mikhlab (cakar). Hadis riwayat Imam Muslim (1934) 

Contoh seperti harimau,burung helang, burung hering dan senagainya. 

3-Penghalalan khusus dengan sebab habitat semulajadi haiwan tersebut, 

Haiwan yang hidup di dalam air(حيوانات مائية), samaada di dalam sungai atau laut
Sabda Rasulullah Sallahualaiwasallam:

هُوَ الطَّهُورُ مَاؤُهُ، الحِلُّ مَيْتَتُهُ

Maksudnya: Airnya suci, dan bangkainya suci (tidak perlu disembelih).
Riwayat Imam al-Tirmidzi (68).

Adapun buaya dan katak. Ulama Syafieyyah menghukumkan makannya adalah haram.

4-Pengharaman secara umum kerana ada kemudharatan, Seperti haiwan yang ada racun. Seumpama ular dan lipan. Firman Allah Subhanahuwata'ala:

وَلَا تُلْقُوا بِأَيْدِيكُمْ إِلَى التَّهْلُكَةِ

Maksudnya: Dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri kamu ke dalam bahaya kebinasaan. (Surah al-Baqarah, 2:195)

5- Pengharaman kerana dilihat buruk memakannya dalam uruf masyatakat Arab. Contohnya burung gagak dan tikus.

Secara ringkasnya dalam menetapkan hukum halal terhadap sesekor haiwan adalah seperti 
berikut:

1-Tiada pengharaman yang disebut di dalam al-Quran atau hadith seperti babi. 
2-Tiada pengharaman di dalam al-Quran atau hadis seperti binatang buas seumpama singa atau binatang yang memangsa dengan menyambar seperti helang.
3-Tidak bermudarat dan beracun.
4-Tidak memabukkan.
5-Bukanlah bersifat  keji di sisi uruf masyarakat Arab.

Ulama telah ber'khilaf'kepada tiga pendapat dalam hal berkaitan binatang di lautan atau sungai, iaitu:

1-Mazhab Hanafi mengharuskan kesemua jenis ikan. Namun begitu , mereka mengharamkan selainnya seperti anjing laut, babi laut dan ular kerana ia menyerupai seperti haiwan daratan.

3-Mazhab Malik dan Syafie mengharuskan kesemuanya tanpa ada pengecualian. Ini berdasarkan firman Allah Subhanahuwata'ala:

أُحِلَّ لَكُمْ صَيْدُ الْبَحْرِ

Maksudnya: “Dihalalkan bagi kamu binatang buruan laut.” Surah al-Maidah (96)

2-Mazhab Hanbali berdasarkan pendapat yang masyhur, mereka mengharuskan kesemua haiwan laut kecuali katak, ular dan buaya. Ini kerana katak dan ular dianggap keji sedangkan buaya bersifat ganas serta mempunyai taring. 

No comments:

Post a Comment

Nabi Muhammad obor masyarakat dalam semua perkara termasuk aqidah, Syariat dan akhlak

Nabi Muhammad obor masyarakat dalam semua perkara termasuk aqidah, Syariat dan akhlak Nabi Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam diutuskan ...