Tuesday, November 12, 2019

Hukum berdoa di dalam Rukuk

Hukum berdoa di dalam Rukuk

Berdoa adalah merupakan suatu ibadah, sebagaimana sabda.Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam, 

عَنِ النُّعْمَانَ بْنِ بَشِيْرٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُمَا عَنِ النِّبِيِّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ: الدُّعَاءُ هُوَ العِبَادَةُ رَوَاهُ أَبُوْ دَاوُدَ وَالتِّرْمِذِي وَقَالَ حَدِيْثٌ حَسَنٌ صَحِيْحٌ

Dari An-Nu’man bin Basyir radhiyallahu ‘anhuma, dari Nabi Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Doa adalah ibadah.” (Hadith Riwayat Abu Daud ,1479 dan Tirmizi, 2969.Tirmizi mengatakan bahawa hadits ini hasan sahih).

Berdoa amat dituntut untuk dilakukan pada setiap masa, tempat, dan keadaan. Sebagaimana firman Allah Subhanahuwata'ala yang berikut, 

وَقَالَ رَبُّكُمُ ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ

Ertinya: Telah berkata Tuhan kamu‘’Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku akan mustajabkan.
Surah Ghaafir (60)

Berdasarkan kepada dalil-dalil syara, bahawa sesungguhnya ada tempat-tempat, waktu-waktu, dan juga keadaan tertentu yang mustajab untuk berdoa . Diantaranya iaitu di dalam sujud, satu pertiga malam, di antara dua azan, ketika dalam permusafiran, di hari arafah serta di Padang arafah dan sebagainya.

Berkenaan berdoa sewaktu rukuk di dalam solat, 
Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam ada bersabda bersabda:

وإني نهيت أن أقرأ القرآن راكعا أو ساجدا فأما الركوع فعظموا فيه الرب عز و جل وأما السجود فاجتهدوا في الدعاء فقمن أن يستجاب لكم

“Dan aku dilarang membaca Al-Quran ketika ruku’ dan sujud. Adapun ketika ruku’ maka hendaklah kalian mengagungkan الرب عز و جل, dan ketika sujud maka hendaklah kalian bersungguh-sungguh dalam berdoa kerana yang demikian lebih berhak/pantas dikabulkan doa kalian.” (Hadith Riwayat Muslim,479)

Ulama berpendapat bahawa larangan disini bersifat makruh (Lihat Al-Mughny 2/181, dan Al-Majmu’ 3/411)

Berkata Az-Zaila’iy Al-Hanafy:

ويكره قراءة القرآن في الركوع والسجود والتشهد بإجماع الأئمة الأربعة

“Dan makruh membaca Al-Quran ketika ruku’, sujud, dan tasyahhud dengan kesepakatan imam yang empat.” (Tabyiinul Haqaiq Syarh Kanzi Ad-Daqaa’iq 1/115)

Jumhur ulama berpendapat harus berdoa di dalam rukuk. Mereka berdalilkan sebuah hadih yang diriwayatkan oleh Ummul Mu’minin A’isyah R.Anha beliau berkata:

 كَانَ النَّبِيُّ صلى الله عليه وسلم يَقُولُ فِي رُكُوعِهِ وَسُجُودِهِ سُبْحَانَكَ اللَّهُمَّ رَبَّنَا وَبِحَمْدِكَ، اللَّهُمَّ اغْفِرْ لِي

Ertinya: Adalah Nabi Sallallahu ‘alaihi wa sallam membaca di dalam ruku’ dan sujud baginda: ‘’Maha suci Kamu ya Allah wahai Tuhan kami dan segala puji bagi-Mu. Ya Allah ampunkanlah aku’’. Hadith riwayat Al-Bukhari (794)

Berdasarkan dalil dan juga perbahasan ulama, hukum berdoa di dalam rukuk adalah lebih cenderung kepada pendapat yang mengatakan hukumnya adalah harus. Namun pun begitu yang lebih afdhalnya adalah berdoa di dalam sujud. Sebagaimana sabda Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam yang berikut, 

وَعَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ  : أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ، قَالَ : أَقْرَبُ مَا يَكُونُ العَبْدُ مِنْ رَبِّهِ وَهُوَ سَاجِدٌ ، فَأَكْثِرُوا الدُّعَاءَ
.
Dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu, Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda, “Keadaan seorang hamba paling dekat dengan Rabbnya adalah ketika ia sedang bersujud, maka perbanyaklah berdoa saat itu.” (Hadith Riwayat . Muslim no. 482)

Dan juga sabda Rasulullah sallahu ‘alaihi wa sallam :

وإني نهيت أن أقرأ القرآن راكعا أو ساجدا فأما الركوع فعظموا فيه الرب عز و جل وأما السجود فاجتهدوا في الدعاء فقمن أن يستجاب لكم

“Dan aku dilarang membaca Al-Quran ketika ruku’ dan sujud. Adapun ketika ruku’ maka hendaklah kalian mengagungkan الرب عز و جل, dan ketika sujud maka hendaklah kalian bersungguh-sungguh dalam berdoa kerana yang demikian lebih berhak/pantas dikabulkan doa kalian.” (Hadith Riwayat Muslim,479)




No comments:

Post a Comment

Nabi Muhammad obor masyarakat dalam semua perkara termasuk aqidah, Syariat dan akhlak

Nabi Muhammad obor masyarakat dalam semua perkara termasuk aqidah, Syariat dan akhlak Nabi Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam diutuskan ...