Melewatkan Azan Isyak kerana kuliah
Boleh azan sekalipun waktu isyak sudah masuk lama. Berkata pengarang kitab Fiqh al-Manhaji: “Dan azan itu sunat hukumnya bagi solat yang hendak dilakukan atau yang sudah luput.” Rujuk Fiqh al-Manhaji (1/114).
Ada beberapa riwayat yang berkaitan dengan masaalah ini,diantaranya,
Dari Abu Dzar Al-Ghifari radhiyallahu ‘anhu, beliau menceritakan,
أَذَّنَ مُؤَذِّنُ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِالظُّهْرِ، فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ: «أَبْرِدْ، أَبْرِدْ»، أَوْ قَالَ: «انْتَظِرِ، انْتَظِرْ»، وَقَالَ: «إِنَّ شِدَّةَ الْحَرِّ مِنْ فَيْحِ جَهَنَّمَ، فَإِذَا اشْتَدَّ الْحَرُّ، فَأَبْرِدُوا عَنِ الصَّلَاةِ»
Tukang azan Rasulullah Sallallahu ‘alaihi wa sallam hendak mengumandangkan azan zohor. Kemudian Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam berkata kepadanya, “Tunggu agak teduh… Tunggu agak teduh…” dalam riwayat lain “Tunggu…tunggu…” kemudian beliau bersabda,
إِنَّ شِدَّةَ الْحَرِّ مِنْ فَيْحِ جَهَنَّمَ، فَإِذَا اشْتَدَّ الْحَرُّ، فَأَبْرِدُوا عَنِ الصَّلَاةِ
“Sesungguhnya panas terik itu kerana hembusan angin neraka. Jika cuaca sangat panas, tunda waktu solat zuhur hingga agak teduh.”
Abu Dzar mengatakan,
حَتَّى رَأَيْنَا فَيْءَ التُّلُولِ
“Hingga kami melihat bayangan-bayangan kerikil.” (Hadis riwayat Bukhari 535 dan Muslim 616).
An-Nawawi menjelaskan keterangan keadaan yang diceritakan Abu Dzar,
ومعنى قوله رأينا فيء التلول أنه أخر تأخيرا كثيرا حتى صار للتلول فيء والتلول منبطحة غير منتصبة ولا يصير لها فيء في العادة إلا بعد زوال الشمس بكثير
“Makna ucapan Abu Dzar, ‘kami melihat bayangan-bayangan kerikil’ menunjukkan bahawa beliau mengakhirkan waktu solat zohor cukup lama, hingga kerikil-kerikil kecil memiliki bayangan. Kerikil sangat rendah, dan tidak tegak tinggi, sehingga umumnya tidak akan muncul bayangannya, kecuali setelah matahari condong cukup jauh.” (Syarh Sahih Muslim, 5/119).
Keterangan Imam Zakariya Al-Anshari – salah seorang ulama syafiiyah –,
فيؤذن للصلاة إذا دخل الوقت، وهو مشروع لها إلى خروجه
“Azan solat dikumandangkan jika sudah masuk waktu solat. Dan azan ini disyariatkan hingga selesai waktu solat.” (Asna Al-Mathalib, 2/278).
Dari keterangan di atas, ada beberapa catatan yang perlu diperhatikan berkaitan dengan azan,
Pertama, diantara fungsi azan adalah pengumuman datangnya waktu soat. Dan fungsi ini akan ada jika azan dilakukan di awal waktu solat. Kerana alasan inilah, para ulama menganjurkan agar azan dikumandangkan di awal waktu.
Kedua, masyarakat yang tinggal di kota, atau di daerah yang banyak masjidnya, mereka bokeh mendengar azan dari banyak arah. Sehingga ketika ada azan yang waktunya agak jauh berbeza, fungsi pengumuman masuknya waktu solat tetap terwujud, kerana umumnya orang akan memperhatikan azan yang pertama. Sehingga penundaan azan di sebagian masjid, tidak akan menjadi masaalah besar bagi mereka.
Meskipun boleh jadi, ada sebahagian orang yang akan bertanya-tanya, apa sebab azan masjid ini tertunda. Justeru itu, sebahagian ulama mengimbau agar azan dilakukan secara bersamaan.
Sebaiknya dihentikan seketika kuliah untuk azan Isyak kemudian disambung yang berbaki daripada kuliah. Ini kerana sebagai peringatan kepada mereka yang di luar masjid dan di rumah bahawa waktu solat sudah masuk. Manakala masa yang ada selepas azan boleh dijadikan waktu berkumpul orang untuk solat sebelum iqamat. Menurut hadis Jabir bin Abdillah RA berkenaan solat Isyak Rasulullah Sallahualaihiwasallam,
إِذَا رَآهُمُ اجْتَمَعُوا عَجَّلَ، وَإِذَا رَآهُمْ أَبْطَؤُوا أَخَّرَ
Maksudnya: “Jika baginda melihat orang ramai sudah berkumpul, baginda menyegerakan solat Isyak, jika mereka lambat, maka baginda melewatkan Isyak.” Hadis riwayat al-Bukhari (560)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Nabi Muhammad obor masyarakat dalam semua perkara termasuk aqidah, Syariat dan akhlak
Nabi Muhammad obor masyarakat dalam semua perkara termasuk aqidah, Syariat dan akhlak Nabi Muhammad Sallallahu'alaihiwasallam diutuskan ...
-
Sebuah pesanan kepada para Haji dan Hajjah. Di hari-hari yang terbatas jumlahnya, pada awal bulan Zulhijah yang merupakan salah satu rangkai...
-
Hukum Puasa enam di Bulan Syawal serta permasalahan yang berkaitan dengannya dan pendapat Imam Malik tentang hukum puasa enam di bulan Syaw...
-
Harta pusaka menurut perspektif Islam Harta pusaka adalah semua harta yang dimiliki oleh si mati semasa hayatnya secara halal dan berterusan...
No comments:
Post a Comment